Anda di halaman 1dari 7

FORUM TAJUK: Faktor-faktor yang menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina pada peringkat institusi pengajian

tinggi dan implikasinya terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Pengerusi Forum : Panel 1 : (Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan) Panel 2 : (Penolong Pengarah Pentadbiran Kementerian Masyarakat) Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia diucapkan kepada semua hadirin yang berjaya menghadirkan diri untuk mengikuti diskusi kita pada hari ini. Baiklah, pada tengah hari ini kita membawakan satu topik yang cukup hangat dan menarik untuk sama-sama kita lontarkan pandangan yang dapat membina . Topik yang akan kita bincangkan tidak lain dan tidak bukan semestinya berkaitan dengan isu jantina yang telah menjadi tajuk perbualan hangat di dada-dada akhbar mahupun di media massa sejak dari dahulu lagi. Para hadirin sekalian, Menurut artikel yang dikeluarkan oleh pihak Utusan memetik, hampir 60% pelajar wanita menguasai dan menduduki tempat di IPT. Oleh itu, bagi membincangkan topik yang cukup hangat ini, bersamasama dengan saya, tidak lain dan tidak bukan panel-panel yang cukup arif dan berpengalaman dalam memberi idea dan komentar berkenaan isu ini.

Baiklah, di sebelah kanan saya merupakan seorang yang tidak asing bagi kita ,iaitu_____________. Beliau merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Telah berkecimpung dalam bidang pendidikan selama hampir 25 tahun dan kini berkhidmat sebagai pengarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Seterusnya, di sebelah kiri saya pula,____________. Beliau merupakan Penolong Pengarah Pentadbiran di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Selamat datang sekali lagi diucapkan kepada semua ahli panel. Berbalik kepada artikel yang dikeluarkan oleh pihak Utusan bertarikh 18/06/2008, artikel tersebut menyatakan bahawa faktor ketidakseimbangan jantina di universiti-universiti tempatan dikaitkan juga dengan bilangan populasi wanita yang lebih ramai di negara ini berbanding lelaki. SOALAN 1: (Panel 1) Adakah faktor ini boleh menjadi punca kepada permasalahan

ketidakseimbangan ini, ataupun persepsi masyarakat itu sendiri yang menjadi punca kepada ketidakseimbangan peluang pendidikan di universiti-universiti tempatan masa kini? Assalamulaikum dan salam satu Malaysia saya tujukan kepada saudari pengerusi majlis, rakan panel dan tidak lupa juga kepada semua hadirin yang turut serta memeriahkan forum pada hari ini. Seperti yang kita semua sedia maklum, persepsi seperti ini memang wujud dari dahulu kala lagi di mana wujudnya terma seksisme, iaitu bermaksud kepada sikap diskriminasi yangg berdasarkan jantina, terutamanya sikap memandang rendah terhadap kaum wanita (oleh kaum lelaki). Seterusnya saya sangat tertarik untuk memetik satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Sapura Sipong dari Universiti Sains Islam Malaysia dalam

artikel Utusan bertarikh 18/6/2008 yang mana terdapat tanggapan masyarakat yang mengatakan bahawa pelajar lelaki adalah kurang bersifat akademik serta kurang menerima sokongan sosial dan bimbingan yang sewajarnya untuk menjadi pelajar cemerlang akademik dan perkara ini sememangnya menjejaskan peluang pendidikan pelajar lelaki tersebut. SOALAN 2: (Panel 2) Bercakap tentang isu gender dan peluang pendidikan di Malaysia pada masa kini, masyarakat umum mungkin menyedari bahawa pendidikan sangat penting sebagai jaminan masa hadapan. Tetapi bagaimana pula dengan pihak keluarga? Adakah faktor keluarga dan latar belakang seseorang individu itu memainkan peranan dalam isu ini atau mungkin juga bagi sesetengah keluarga, anak perempuan tidak seharusnya mendapat pendidikan yang tinggi dengan alasan alih-alih ke dapur juga. Jadi apa pandangan _____________tentang isu ini? Terima kasih saudari Pengerusi atas soalan yang saya kira cukup menarik jika nak dikupaskan. Berbalik kepada soalan saudari Pengerusi sebentar tadi, faktor keluarga sesungguhnya memainkan peranan yang sangat besar dalam isu ini. Tidak dapat saya nafikan, dalam dunia teknologi yang serba canggih ini, anak-anak kita pada masa kini tidak lagi terikat dengan mentaliti keluarga kerana anak-anak pada masa kini lebih terbuka dan terdedah kepada kepentingan ilmu dalam kehidupan. Seperti kata pengerusi sebentar tadi, anak perempuan selalu dinafikan hak mereka dalam mendapat peluang pendidikan. Namun, dalam dunia serba maju hari ini, saya kira anak perempuan dan anak lelaki mendapat layanan yang sama rata. Persepsi bahawa anak perempuan tidak berupaya mencapai pencapaian yang cemerlang dan hanya layak duduk diceruk dapur merupakan andaian lapuk dan tidak dapat diterima akal. Buktinya, banyak kejayaankejayaan pelajar di peringkat peperiksaan nasional dimonopoli oleh pelajar perempuan.

Jadi, disini ingin saya tekankan bahawa keluarga boleh memainkan peranan dalam mempengaruhi peluang anak-anak mendapat pendidikan, namun, anak-anak juga harus diberi peluang dalam mendapat pendidikan yang sewajarnya. Sekian terima kasih. PENGERUSI FORUM: Terima kasih diucapkan kepada____________atas pandangan yang saya kira cukup bernas dan jitu sebentar tadi. Seterusnya, saya ingin tujukan soalan berikut kepada ___________. SOALAN 3: (Panel 1) Puan, jika kita lihat fenomena yang berlaku dewasa ini, pelajar perempuan ternyata memonopoli tempat di IPT berbanding pelajar lelaki. Dengan keputusan akademik yang cemerlang, tidak hairanlah pelajar perempuan boleh menguasai tempat di IPT. Jadi, adakah faktor pencapaian akademik pelajar perempuan yang cemerlang tadi menyumbang kepada lambakan pelajar perempuan di IPT dan bagaimana pula dengan kedudukan pelajar lelaki di Institusi Pengajian Tinggi sekarang? Terima kasih saya ucapkan kepada saudari pengerusi majlis. Jika kita imbas kembali rekod Universiti Malaya pada tahun 2006 contohnya, statistik menunjukkan yang hanya kira-kira 40 peratus sahaja pelajar lelaki yang diterima masuk melalui Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) memperoleh CGPA 3.0 dan ke atas, manakala bagi pelajar wanita pula hampir 60 peratus. Daripada data ini dapatlah kita bandingkan bahawa tahap akademik wanita dan lelaki perbezaannya jauh dan perkara ini menyebabkan universitiuniversiti ini mengambil langkah bersikap lebih terbuka kepada kaum lelaki dengan menutup sebelah mata kemasukan pelajar lelaki dalam kursus-kursus yang memerlukan banyak tenaga lelaki seperti kejuruteraan, manakala untuk kemasukan pelajar wanita pula terpaksa diketatkan.

Walaupun perkara ini dilihat tidak adil, namun ianya masih perlu dilakukan untuk mengimbangkan populasi satu-satu kursus itu. Hal ini menyebabkan hawa pada zaman kini lebih kompetitif dan berusaha dengan lebih keras untuk memasuki kursus yang diingini, manakala kaum adam ini pula akan kurang berusaha serta tidak menggunakan potensi diri dengan semaksimum mungkin. PENGERUSI FORUM: Terima kasih diucapkan kepada ________________. SOALAN 4: (Panel 2) Tadi kita telah melihat faktor-faktor dari yang aspek menyumbang jantina. Ada kepada yang yang

ketaksamaan mengatakakan cemerlang

peluang faktor

pendidikan keluarga,

pencapaian yang

akademik menjadi

pelajar punca

dan

persepsi

masyarakat

kepada

permasalahan ini. Jadi sekarang kita hendaklah melihat sejauh mana ketidaksamaan jantina di universiti-universiti tempatan memberi kesan terhadap diri individu itu sendiri. ________Bagaimanakah isu gender ini boleh mempengaruhi pencapaian dan prestasi seseorang individu itu? Apa yang saya ingin sentuh berdasarkan kepada implikasi terhadap individu ini, saya sebenarnya lebih melihat kesan tersebut dari aspek motivasi individu untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik yang mana ia mungkin berkurangan dan mungkin juga bertambah bergantung kepada bagaimana individu tersebut menerima isu ini. Implikasi ini ingin saya tegaskan para hadirin sekalian, boleh dilihat dari kedua-dua sudut positif dan negatif. Sebagai contoh, jika dilihat dari sudut yang negatif, golongan lelaki akan mudah berasa rendah diri dengan kelayakan atau pencapaian akademik yang mereka peroleh manakala golongan wanita pula mudah berputus asa dengan peluang yang tidak setimpal dengan usaha yang mereka lakukan. Ini berbeza pula jika dilihat dari sudut yang positif yang mana golongan lelaki mungkin akan merasa tercabar dan berusaha dengan lebih gigih

untuk memajukan diri manakala golongan wanita pula akan cuba untuk meningkat usaha mereka dalam bersaing untuk menempatkan diri dalam bidang yang ingin mereka ceburi. SOALAN 5: (Panel 1) Isu kuota di IPT- IPT tempatan dilihat seolah-olah tidak mengiktiraf pencapaian wanita. Ada wanita yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi tetapi dinafikan haknya dengan alasan untuk memenuhi kuota. Bagi lelaki pula mereka seolah-olah tidak diberi peluang oleh pihak majikan untuk membuktikan keupayaan diri dalam bidang pekerjaan dengan alasan tiada pencapaian akademik yang tinggi. Jadi bagaimana isu ini boleh memberi impak kepada perkembangan ekonomi khasnya untuk kesan jangka panjang. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Tuan Pengerusi, ahli panel dan juga para hadirin sekalian. Isu gender bias ini jika dibincangkan pasti tidak akan habis-habis kerana manusia pada asasnya dijadikan tidak sempurna, punya kekurangan dan kelemahan. Seperti mana siang dan malam, bulan dan bintang, Allah menjadikan semua manusia itu berpasang-pasangan serta saling melengkapi antara satu sama lain. Begitu juga dalam hal-hal pendidikan. Sepertimana yang telah di jelaskan oleh panel-panel hakim kita tentang sektor-sektor pekerjaan misalnya, ada sektor yang dimonopoli oleh kaum wanita dan ada pula sektor-sektor tertentu dimonopolikan oleh kaum lelaki. Secara fitrahnya, manusia ini saling melengkapi dan tidak boleh dan tidak mampu seseorang individu itu hidup dengan sendirinya. Saya melihat isu ini dari dua sudut. Yang pertama, dengan bertambahnya bilangan wanita di IPT tempatan, maka bilangan wanita cerdik pandai semakin bertambah di negara ini. Dengan bertambahnya bilangan wanita yang cerdik pandai maka harga diri dan nilai wanita itu sendiri semakin tinggi. Tambahan

lagi, tenaga kerja manusia di negara ini turut meningkat dan ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap sistem dan perkembangan ekonomi negara. Namun, tidak dapat dinafikan disebalik kejayaan-kejayaan ini, ada pula golongan yang semakin ketinggalan kebelakang, iaitu lelaki. Siswa-siswa hari ini dilihat kurang berdaya saing serta mudah goyah dalam menghadapi cabaran semasa. Akibat daripada kekurangan tenaga guna manusia daripada pihak lelaki, maka negara akan menjadi kurang produktif dan hasilnya sistem ekonomi negara turut terjejas. Dalam hal ini saya kira, lelaki mahupun wanita haruslah meletakkan usaha pada tahap tertinggi agar modal insan negara menjadi semakin bertambah dan bermutu. Sekian, terima kasih.

PENGERUSI FORUM: Terima kasih diucapkan kepada semua panel-panel yang telah memberi ideaidea dan kupasan yang bernas berkenaan isu kita pada hari ini. Baiklah, nampaknya masa amat mencemburui kita. Apa pun diharapkan kita semua mendapat manfaat daripada pandangan-pandangan yang telah dilontarkan sebentar tadi. Salam hormat daripada saya. Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai