Anda di halaman 1dari 19

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

PENGENALAN Pada zaman yang semakin mencabar dan penuh teknologi masa kini, manusia berlumba-lumba untuk mengejar kecanggihan dengan meneroka dunia teknologi yang penuh dengan keajaiban serta pembaharuan dari semasa ke semasa. Melalui galakan serta sokongan daripada kerajaan dan pemerintah untuk memajukan negara serta hala tuju celik teknologi maka lahirlah ramai pemikir yang kreatif dan kritis. Semua institusi pendididkan mula mencungkil bakat untuk melahirkan pemikir yang kreatif dan kritis. Permasalahan yang sentiasa berada di sekeliling mendorong ke arah pelbagai penemuan serta rekacipta yang baru. Jadi kumpulan kami juga ingin menyumbangkan ciptaan kami iaitu almari set bufet. Almari set bufet adalah sejenis tempat penyimpanan untuk menyimpan makanan ketika hidangan untuk sesuatu majlis seperti kenduri kahwin, jamuan hari lahir, majlis ilmu dan sebagainya. Set bufet adalah perlu untuk mengasingkan pelbagai jenis lauk pauk di dalam sesuatu hidangan lengkap tersebut. Kelengkapan alatan jamuan adalah terdiri daripada set bufet, pinggan mangkuk, gelas atau cawan, sudu, garfu dan sebagainya. Apabila hidangan dihidang secara bufet, hidangan mestilah disusun secara selari agar para tetamu tidak bercelaru ketika mengambil makanan. Walaupun produk ini nampak tidak begitu penting pada sesetengah golongan, namun penciptaannya banyak memberikan faedah serta impak yang besar. Ciptaan ini sebenarnya bukan sesuatu yang biasa kerana ia boleh dianggap penting kepada pengguna masa kini memandangkan semua pengguna memerlukan produk bagi tujuan penyimpanan yang lebih efisyen, rapi serta kemas tanpa menyemakkan ruang. Sebelum ini set bufet serta almari digunakan secara berasingan, namun dengan adanya penggabungan kedua-dua produk tersebut menjadi satu menjadikan konsep penyimpanan yang lebih efisyen tercapai.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

LATAR BELAKANG MASALAH Tercetusnya idea untuk menciptakan alamari set bufet ini setelah melihat set bufet yang digunakan di hotel-hotel, mengalami masalah menghidang makanan sewaktu kenduri serta mengkaji pelbagai lagi permasalahan lain yang timbul sewaktu melakukan proses penyimpanan. Kebiasaannya set bufet yang biasa terdapat di pasaran adalah tidak berapa praktikal kerana perlu diangkat satu persatu ke tempat hidangan. Jadi terciptanya almari set bufet ini mampu membaiki set bufet yang lama menjadi set bufet yang lebih efisyen daripada segi penyimpanan disamping penggunaanya yang lebih memudahkan pengguna set tersebut. Pada kebiasaannya kegunaan set bufet adalah amat terhad. Set bufet hanya digunakan dalam berlangsungnya sesuatu majlis seperti majlis perkahwinan, majlis hari jadi tetapi selepas majlis berakhir, set bufet tidak lagi digunakan. Hal ini menjadi masalah kepada pemilik set bufet khususnya golongan wanita untuk menyediakan tempat simpanan set bufet tersebut. Ini kerana kebanyakkan pengguna masa kini mempunyai temapat kediaman yang kecil, terutamanya bagi mereka yang menetap di kawasan bandar. Kesulitan ini mendorong tercetusnya idea untuk menggabungkan 2 produk menjadi satu seperti iklan minuman dan pelbagai produk lain yang menggunakan cogan kata 2 in 1. Oleh sebab itu, melalui pengalaman tersebut kami mendapat ilham untuk merekacipta almari set bufet supaya penyimpanannya mudah dan tersusun kemas. Sesuai dengan tema penyimpanan kami cuba mengaplikasikan segala yang difikirkan bersesuaian serta cuba mempermudahkan fungsi produk yang telah sedia ada. Keadaan ini bersesuaian serta seiring dengan perjalanan serta perubahan dunia masa kini.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

Pengumpulan Maklumat dan Data Bagi memastikan objektif penciptaan produk ini tercapai dengan jayanya serta diterima oleh segenap lapisan pengguna. Kajian yang lebih mendalam serta terperinci dilakukan. Kami berusaha mencari serta mengumpul maklumat serta data yang berguna dengan menggunakan pelbagai kaedah serta cara yang sistematik bagi memastikan penciptaan produk kami berjaya ke pasaran serta mendapat tempat di hati pengguna. Melalui daripada segala pengumpulan maklumat dan data tentang produk yang akan kami ciptakan ini, kebanyakannya kami perolehi daripada pelbagai sumber diantaranya ialah melalui pencarian internet, buku, pemerhatian dan sebagainya. Bagi memastikan produk yang akan dihasilkan memenuhi permintaan pasaran semasa serta mendapat tempat di hati pengguna maka beberapa kaedah bagi pengumpulan data telah dijalankan diantaranya adalah : Idea Sebenar Satu usul kajian telahpun kumpulan kami jalankan ke atas produk yang sedia ada di pasaran bagi memperoleh data serta maklumat yang lengkap yag berkaitan untuk diaplikasikan ke atas produk yang baru yang akan kami ciptakan. Antara perkara yang ditekankan adalah mengenai maklumat berkenaan dengan rekabentuk produk, penggunaan teknologi yang diketengahkan bersesuaian dengan produk yang akan direkaciptakan, serta berkaitan dengan bahan dan juga kekemasan produk juga perlu dititikberatkan bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Pemerhatian Ahli kumpulan kami turut menjalankan aktiviti pemerhatian secara menyeluruh terhadap segala yang berkaitan dengan produk yang akan kumpulan kami keluarkan. Oleh itu, pelbagai kaedah pemerhatian kumpulan kami jalankan diantaranya pemerhatian ke atas pasaran, pengguna serta pusat-pusat penyelidikan bagi memperolehi maklumat tentang penggunaan peralatan, teknologi yang digunakan http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

serta proses- proses yang berkaitan dengan rekabentuk yang telah dijalankan supaya kami dapat mengaplikasikannya ke atas produk keluaran kami. Pencarian Melalui Internet Bagi memastikan produk keluaran kumpulan kami lebih kompleks serta memenuhi pelbagai fungsi yang memenuhi citarasa para pengguna maka pencarian maklumat melalui internet perlu dilakukan bagi memperlengkapkan lagi maklumat yang telah sedia ada sebagai tambahan bagi kumpulan kami membuat rujukan tentang produk rekaan kumpulan kami. Pelbagai laman web telah kumpulan kami terokai berkenaan dengan rekacipta produk keluaran kumpulan kami nanti. Soal Selidik Maklumat melalui kajian soal selidik juga penting perlu dijalankan bagi mendapat komen serta maklumat keluaran produk mendapat tempat di pasaran mahupun di hati pengguna. Melalui maklumat kajian soal selidik ini akan digunakan bagi mengetahui keperluan para pengguna mahupun ianya memenuhi kehendak pasaran serta kehendak pengguna.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

OBJEKTIF Objektif umum merekacipta produk almari set bufet adalah untuk: 1. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan yang mempunyai set bufet untuk tujuan penyimpanan. 2. Memberikan multi fungsi terhadap almari tersebut dengan kegunaan semasa majlis kenduri mahupun tidak. 3. Memberi kelainan dari segi rekabentuk almari tersebut dengan set bufet yang canggih. 4. Memenuhi citarasa dan keperluan pengguna dan pasaran.

PENYELESAIAN MASALAH Penyimpanan set bufet di rumah biasanya tidak berada dalam keadaan teratur. Pemiliknya hanya meletakkan set bufet tersebut di dalam kotak-kotak yang akan memenuhi ruang-ruang kosong. Ini menyebabkan pemilik set bufet tersebut akan merasa rumah mereka sentiasa tidak berada dalam keadaan kemas. Untuk menyelesaikan masalah ini, kami mendapat idea untuk merekacipta sebuah Almari Set Bufet. Almari Set Bufet yang ingin direka adalah almari yang dibelah kepada dua bahagian. Satu bahagian tersebut boleh dibuka dan ditutup untuk simpanan pinggan dan sudu. Pada satu bahagian lagi terdapat meja yang dipenuhi set bufet yang pelbagai saiz. Sekiranya meja tidak mahu digunakan, almari tersebut boleh di tutup semula. Terdapat laci-laci yang membolehkan pelbagai alatan disimpan dengan rapi. Kajian yang kami jalankan ini melalui pengalaman yang menunjukkan tiada tempat khas bagi menyimpan set bufet. Kami jugak telah merujuk buku dan laman web terhadap bahan-bahan yang perlu digunakan untuk mereka sebuah almari set bufet. http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

KAJIAN PASARAN

Melalui pemerhatian dan kajian, kami mendapati set bufet ini digunakan dengan meluas di negara-negara barat seperti Australia, Amerika Syarikat, London dan sebagainya. Perkataan bufet sebenarnya berasal daripada negara barat yang membawa maksud hidangan pelbagai jenis makanan dan minuman (biasanya dihidangkan di atas meja secara layan diri) untuk dinikmati oleh tetamu. Kemudian set bufet ini menjadi terkenal serta digunakan dengan meluas oleh pelbagai negara di dunia termasuk negaranegara Komanwel, Asia dan juga Malaysia.

Di Malaysia, kita dapat lihat penggunaannya dengan meluas di hotel-hotel dan juga restoran-restoran. Set bufet ini juga amat diperlukan apabila mengadakan pelbagai majlis yang melibatkan jamuan makan. Kami yakin bahawa set bufet ini akan laris sekiranya dipasarkan di Malaysia kerana kita tahu bahawa hampir setiap hari penduduk Malaysia mengadakan pelbagai majlis yang melibatkan jamuan makan seperti kenduri kahwin, majlis hari jadi, kenduri tahlil dan kesyukuran, majlis keraian dan pelbagai lagi majlis.

Negara barat memang pilihan yang tepat untuk memasarkan produk set bufet ini kerana set bufet digunakan dengan meluas juga di sana, ini kerana orang barat memang gemar makan secara bufet. Kebanyakan negara Asia kini juga mula meniru atau mula mengamalkan cara ini dengan meluas di negara masing-masing.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

STRATEGI PEMASARAN PRODUK Strategi Pemasaran : Produk Strategi pemasaran terbahagi kepada produk, promosi, harga serta lokasi. Strategi pemasaran menunjukkan sejauh manakah sesebuah syarikat dapat memasarkan produk mereka. Strategi produk merupakan strategi paling utama dalam pemasaran syarikat. Bagi Almari Set Bufet ini, produk yang akan dikeluarkan akan diperbagaikan rekabentuknya. Hal ini akan dapat memberi kepuasan kepada pelanggan untuk memilih rekabentuk yang mereka kehendaki tetapi mempunyai fungsi yang sama. Bagi Almari Set Bufet, produk yang dikeluarkan adalah jaminan sejauh manakah produk tersebut dapat bersaing dengan produk dari syarikat lain. Produk yang kami akan keluarkan adalah kelainan dari set bufet sebelum ini. Dengan penggabungan sebuah almari dengan set bufet akan menarik minat orang ramai kerana penyimpanan set bufet akan lebih kemas dan teratur. Oleh sebab itu, kualiti lebih baik kerana almari diperbuat daripada kayu serta set bufet daripada stainless steel untuk tahan karat. Selain itu, penguasaan pasaran kami dijamin meningkat disebabkan prestasi yang lebih baik kerana kami akan menawarkan produk yang mempunyai kualiti yang tinggi, pengedaran yang cekap dan perkhidmatan lepas jualan yang boleh dipercayai serta cepat. Dalam bidang pembekalan produk pula, tumpuan akan diberikan ke arah memperbaiki kecekapan pengendalian sebagai usaha untuk mengurangkan kos kendalian serta memperolehi kualiti yang tinggi walaupun permintaan bertambah. Produk Almari Set Bufet ini akan dipasarkan ke dalam pasaran dengan menarik perhatian pengguna serta dapat memenuhi kehendak dan keperluan mereka.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

Strategi Pemasaran : Promosi Promosi memainkan peranan yang penting dalam pasaran produk Almari Set Bufet ini. Oleh sebab itu, kami sentiasa mempromosikan produk mereka melalui iklan di televisyen dan surat khabar tempatan. Media ini adalah tumpuan utama kami kerana ia merupakan tumpuan kebanyakan pengguna serta mesej syarikat dapat di sampaikan dengan segera kepada kumpulan sasaran yang luas. Pengiklanan yang digunakan adalah untuk memperkenalkan, mempromosikan dan meningkatkan jualan produk. Oleh itu, produk terbaru kami seperti produk Almari Set Bufet ini dapat diperkenalkan secara meluas melalui media. Selain itu, kami dapat menarik perhatian pelanggan dengan mempromosikan di internet. Promosi di internet dapat mengurangkan kos pengiklanan. Mempromosikan barangan melalui internet adalah sangat mudah hanya dengan adanya web site, pelbagai barangan dapat dipromosikan. Namun begitu, peraduan juga merupakan promosi yang digunakan oleh kami yang memerlukan pengguna bersaing dengan mengisi dan menghantar borang peraduan untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan untuk menimbulkan minat terhadap sesuatu produk. Sebagai contoh, syarikat kami menjadi penganjur bagi mengadakan peraduan memasak, sesiapa yang menjadi pemenang akan diberikan hadiah daripada produk kami iaitu Almari Set Bufet supaya mereka lebih berminat untuk menyertainya. Untuk mempromosikan produk almari ini dengan lebih meluas, syarikat kami bukan sahaja menjadi penaja untuk pelbagai program, malah syarikat ini telah memperkenalkan perkhidmatan pemasangan, penghantaran serta servis secara percuma.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

Strategi Pemasaran : Harga Bagi harga Almari Set Bufet yang tertumpu di dalam negara adalah lebih tinggi berbanding luar negara. Oleh itu, syarikat kami telah mereka cipta Almari Set Bufet ini dengan harga lebih kurang dengan sebuah almari. Harga yang kami tawarkan adalah RM 300 hingga RM 400. Bagi produk yang dipasarkan di dalam negara, masyarakat lebih melihat kepada harga berbanding kualiti. Tetapi bagi pasaran di luar negara, mereka lebih mementingkan kualiti. Oleh sebab itu, syarikat kami telah mengeluarkan dua jenis produk yang sama tetapi harga dan kualiti yang berbeza.

Strategi Pemasaran : Lokasi Tumpuan lokasi produk kami biasanya tertumpu di kawasan bandar-bandar. Kami akan memasarkan produk di pelbagai syarikat perabot untuk memudahkan pengguna membeli produk kami. Ini disebabkan oleh pengguna di bandar lebih banyak menggunakan set bufet berbanding di kawasan luar bandar. Selain itu, hasil galakan daripada pelanggan, Petronas memperluaskan pasaran ke luar negara seperti di Australia, Jepun, Amerika Syarikat dan sebagainya. Negara-negara ini yang kami pilih untuk pemasaran adalah disebabkan oleh masyarakat di sana mementingkan kesenian. Kami tidak memilih untuk pasaran di China, Hong Kong dan Thailand disebabkan harga barangan mereka jauh lebih rendah berbanding produk kami. Jadi, mungkin kurang permintaan di negara-negara tersebut.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

CARTA GANTT / PROGRESS

Bil Aktiviti/Perkara 1 1 2 Pemilihan Tema Bagi Kumpulan Perbincangan Ahli Kenalpasti Masalah Cetusan Idea Merekacipta Produk Setiap Ahli Kumpulan Penghasilan Lakaran Produk Setiap Ahli Kumpulan Kritikan Serta Komen Ahli Kumpulan Lain Pengubahsuaian Lakaran Produk Setiap Ahli Berdasarkan Komen Pemilihan Rekabentuk Produk Berdasarkan Komen Positif Lakaran Akhir Bagi Produk Terpilih Pengagihan Tugas Penyediaan Kertas Cadangan Pembentangan Ahli Kumpulan

1 0

1 1

1 2

1 3

14

5 6

8 9

10

http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

PROSEDUR KERJA MENGHASILKAN PROJEK DAN KOS MODAL Prosedur Kerja Menghasilkan Projek Dalam menyiapkan kerja ini, terdapat beberapa prosedur kerja yang perlu dilakukan. Bermulanya prosedur kerja ini setelah melihat kekurangan pada sesuatu produk yang berada di pasaran. Antara langkah kerja yang dilalui adalah : Langkah 1 Sesi perbincangan bersama ahli kumpulan Setiap ahli menghadirkan diri dalam sesi perbincangan untuk menjana idea Cuba mencapai kata sepakat bagi menentukan tema produk yang akan dipilih

Langkah 2 Setiap ahli cuba mencetuskan idea bagi memilih produk yang bersesuaian dengan tema Kerja-kerja membuat lakaran bebas bermula mengikut idea masing-masing Kesemua lakaran disimpan dan dimasukkan ke dalam buku idea untuk dinilai oleh pensyarah Langkah 3 Sesi kritikan dijalankan bagi setiap lakaran produk. Kritikan ini dilakukan oleh ahli kumpulan yang lain dan ahli kumpulan kami juga perlu mengkritik hasil kerja ahli kumpulan yang lain Setelah selesai sesi kritikan, pengubahsuaian lakaran atau rekaan produk dilakukan berdasarkan komen yang diberikan bagi penambahbaikan produk berdasarkan komen daripada ahli kumpulan yang lain.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

Langkah 4 Sekali lagi kesemua ahli duduk berbincang untuk memilih salah satu lukisan yang mempunyai banyak komen yang positif serta mempunyai daya tarikan yang kuat Lakaran akhir produk terpilih dibuat dengan menghias seperti objek yang sebenar walaupun ia hanya sekadar lukisan Kesemua ahli bergabung bersama untuk membuat kertas cadangan bagi produk terpilih Langkah 5 Ketua kumpulan mengumpul duit ahli dan membeli bahan yang diperlukan untuk membina model Aktiviti pembinaan model dilakukan berdasarkan kertas cadangan yang telah disediakan Setiap ahli juga membuat lakaran menggunakan lukisan autocad bagi produk masing-masing

Sepanjang melakukan tugasan ini, beberapa garis prosedur ditetapkan supaya boleh dipatuhi oleh semua ahli kumpulan. Antaranya ialah : Setiap ahli kumpulan mesti mematuhi prosedur yang telah digariskan Setiap ahli kumpulan perlu sentiasa menghadirkan diri setiap sesi perbincangan akan dilaksanakan. Setiap ahli kumpulan mesti sentiasa bersatu serta bekerjasama untuk menghasilkan sesuatu produk yang telah direka cipta berdasarkan kata sepakat di antara ahli kumpulan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

KOS MODAL BAGI MODEL ALMARI SET BUFET

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

SENARAI BAHAN KUANTITI Paip PVC Bekas Aluminium Bulat Besi Pemegang Magnet Roda Berkunci Pelekat Aluminium Span Skru dan Engsel Kecil Skru dan Engsel Besar Heater Tikar Getah Gam Kayu 1 unit 2 unit

KOS/UNIT ( RM ) 1.20 1.80

JUMLAH KOS ( RM) RM 1.20 RM 3.60 RM 5.00 RM 1.00 RM 6.00 RM 6.00 RM 4.50 RM 6.00 RM 3.80 RM 20.00 RM 7.50 RM 3.00

4 unit 4 unit 1 paket 9 unit 12 unit 2 unit

0.25 1.50 6.00 0.50 0.50 1.90

1 meter 1 tin

7.50 3.00

MANUAL PENGENDALIAN Pada kebiasaannya, penggunaan set bufet yang digunakan di majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, majlis keramaian dan sebagainya di mana penggunaannya http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

amat terhad kerana dapat menempatkan sebahagian sahaja jenis makanan yang dapat dihidangkan di atas set bufet. Walaupun dapat menempatkan pelbagai jenis makanan di atas set bufet yang disediakan namun, penggunaan set bufet tersebut memerlukan penambahan bilangan yang banyak bagi menampung pelbagai jenis lauk pauk yang perlu dihidangkan. Oleh yang demikian, kumpulan kami telah mereka bentuk produk set bufet yang dapat memenuhi permintaan pengguna untuk menghidangkan pelbagai jenis makanan serta mempunyai banyak kelebihan berbanding set bufet yang telah terdapat di pasaran. Almari Set bufet yang telah diciptakan oleh ahli kumpulan kami adalah melalui pembaharuan daripada set-set bufet yang telah sedia ada namun kumpulan kami telah memperbaharuinya mengikut cita rasa para pengguna. Almari set buffet ini terdiri daripada pelbagai saiz di mana terdapatnya tempat bagi menghidangkan makanan serta lauk pauk, tempat bagi penyimpanan pinggan, sudu dan garpu serta terdapatnya juga laci bagi penyimpanan peralatan dapur. Kemudahan yang terdapat pada almari set bufet ini mempunyai pelbagai saiz bekas serta bentuk yang berlainan bagi tempat penyimpanan lauk pauk. Tambahan pula, terdapatnya heater yang akan memanaskan air di dalam bekas yang terletak di bawah bahagian tempat penyimpanan lauk pauk yang berfungsi untuk sentiasa memanaskan lauk pauk. Oleh itu, makanan akan sentiasa berada dalam keadaan panas serta dapat menaikkan selera makan para tetamu yang menjamu selera. Malah kedudukan tempat bagi penyimpanan pinggan, sudu serta garpu pula di reka bentuk di sisi tempat bekas penyimpanan lauk pauk bagi memberikan kemudahan kepada tetamu untuk mendapatkannya bagi menjamu selera sama ada melalui kedudukan hadapan atau belakang set bufet. Selain itu, tempat penyimpanan pinggan ini mempunyai engsel yang dapat memudahkan bagi membuka serta menutup almari set bufet ini.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

Selain itu, terdapatnya kemudahan laci yang disediakan untuk penyimpanan peralatan dapur di mana dapat memuatkan peralatan sama ada di hadapan mahupun di bahagian belakang almari set bufet ini. Ini memudahkan pengguna bagi mendapatkan peralatan tersebut melalui dua kedudukan yang berbeza yang saling berhubung kait di antara satu sama lain. Almari set bufet ini juga dilengkapi dengan kemudahan roda untuk memudahkan pergerakan set bufet untuk diletakkan di mana-mana sudut semasa penghidangan makanan. Pada bahagian roda tersebut pula disediakan break pada roda bagi memberhentikan pergerakan set bufet daripada bergerak sekiranya berada di kedudukan yang tidak rata atau licin.

KESIMPULAN

http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

Almari set bufet ini tercipta hasil daripada pemerhatian serta masalah yang timbul daripada set bufet yang telah sedia ada seperti masalah tempat yang terhad, kekemasan produk, reka bentuk serta rupa, fungsi yang kurang efisyen dan kecanggihan. Ia merupakan cantuman daripada almari dan set bufet dengan mengadakan penambahan pada beberapa fungsi supaya menjadikannya lebih canggih serta efisyen daripada segi penggunaannya. Cara penggunaannya amat mudah serta mempunyai multi fungsi di samping memudahkan kerja-kerja supaya lebih teratur dan kemas.

Kualiti produk ini diletakkan di tempat yang paling teratas supaya ia dapat menembusi pasaran sama ada dalam atau luar negara di samping tidak mengabaikan faktor yang lain seperti kecekapan, servis sebelum dan selepas jualan dan yang berkaitan dengannya.

Selain itu promosi memainkan peranan yang penting bagi memperkenalkan, mempromosikan dan meningkatkan jualan produk. Dengan memilih cara promosi yang paling popular masa kini seperti malalui media, internet, peraduan, menjadi sebagai penaja objektif memaksimumkan pejualan ke serata negara di dunia akan tercapai dengan cemerlang. Adanya penambahan promosi seperti memperkenalkan perkhidmatan pemasangan, penghantaran serta servis secara percuma akan melariskan lagi produk ini.

Walaupun pembinaan set bufet ini terdiri daripada bahan yang berkualiti tinggi seperti stainless steel, playwood serta kayu jati, magnet, roda dan kaca, harganya tetap memuaskan serta tidak jauh beza daripada harga almari biasa. Ini tidak bermakna produk ini tidak berkualiti kerana konsep kualiti adalah keutamaan kami. Lokasi yang menjadi sasaran pasaran adalah Australia, Jepun, Amerika Syarikat kerana berpotensi baik untuk memasarkan almari set bufet ini. CADANGAN

http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan oleh ahli kumpulan lain terhadap lakaran akhir produk kami iaitu set bufet terdapat pelbagai komen serta cadangan telah diutarakan untuk menambahbaikan terhadap produk kumpulan kami. Di antaranya ialah:

1. Menambah break pada roda Bagi mengelakkan set bufet daripada bergerak serta menyebabkannya tertolak ke tepi maka, kumpulan kami telah bersetuju menerima cadangan daripada kawankawan di mana menambahkan break pada roda dengan ini dapat mengelakkan set bufet daripada bergerak apabila digunakan di kawasan yang tidak rata.

2. Penambahan terhadap pemegang pada set bufet Bagi mempermudahkan lagi penggunaan set bufet, maka kumpulan kami telah mengambil kata sepakat untuk menambahkan kemudahan pada set bufet iaitu pemegang di sisi set bufet. Melalui penambahan yang telah dilakukan maka memperlengkapkan lagi penggunaannya, mempermudahkan lagi bagi pengguna set bufet menolak atau menarik tempat penyimpanan pinggan serta sudu. Malah pemegang digunakan untuk mempermudahkan pengguna menyorong set bufet ke tempat penjamuan hidangan.

3. Tempat penyimpanan yang fleksibel Untuk memudahkan lagi para tetamu menikmati hidangan tanpa perlu menunggu giliran yang lama, maka ahli kumpulan kami telah pun mengubahsuai di mana tempat penyimpanan bagi pinggan, sudu serta tempat penyimpanan peralatan di perbanyakkan. Ahli kumpulan kami telah bersetuju mengadakan tempat penyimpanan bagi pinggan, sudu serta peralatan saling berhubung. Dengan ini, dapat menjimatkan ruang malah, mempermudahkan para tetamu mendapatkan makanan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

RUJUKAN

http://tangkapgambar.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ASAS REKACIPTA SPE 2032

1. Siti Rahaya Hussin & rakan-rakan. (2004). Asas Pemasaran. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill. 84 93 2. Aini Hayati Mohamed (2002). STPM: Pengajian Perniagaan 1. Petaling Jaya : Pearson Malaysia Sdn.Bhd. 236-249. 3. http://www.mozila.org/dogs/web-developedshiffer/browser.type.html 4. http://rss.epmions.com/rss/linkin_id-8003929/product-150059258756 5. http://www.internationalsilver.com/intheknow/top.ten.php

http://tangkapgambar.blogspot.com/