Anda di halaman 1dari 2

Matematik KBSR a.

Menegaskan pembentukan asas ilmu matematik supaya penyemaian dan penyuburan pengetahuan, minat, sikap dan nilai estetik berjaya melahirkan generasi yang berbudaya matematik. b. Kemahiran berfikir dan kemahiran belajar diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menegaskan penguasaan konsep, proses dan bahasa matematik. c. Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. d. Bagi tujuan ini penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid. e. Pertimbangan juga perlu diberi kepada gaya pembelajaran yang berbeza dalam kalangan murid. f. Pendekatan inkuiri-penemuan berpusatkan murid digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman matematik yang menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar. g. Pembinaan kefahaman tentang konsep dan kemahiran perlu dibentuk di peringkat awal melalui objek sebenar atau objek konkrit. h. Pemahaman konsep dan kemahiran ini disusuli pula dengan latihan secara lisan dan bertulis yang mencukupi. i. latihan mencongak yang lebih kerap dan menghafal fakta yang berkaitan dengan empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi perlu diberi tumpuan yang sewajarnya. j. Pendekatan penyelesaian masalah memberi penekanan terhadap perkembangan pemikiran matematik dan keupayaan menaakul yang dilakukan melalui aktiviti yang konkrit dan berfikrah. k. Penguasaan kemahiran penyelesaian masalah akan membolehkan murid mengaplikasikan dan mengadaptasikan berbagai strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah baharu.

MATLAMAT Matematik KBSR Kurikulum Matematik Sekolah Rendah bertujuan untuk membinapemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asasmengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu muridmengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuhtanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara majuserta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran.

OBJEKTIF Matematik KBSR Kurikulum Matmatik Sekolah rendah membolehkan murid: 1. Mengethui serta memahami konsep, hokum, prinsip yang berkaitan dengan - Nombor,Operasi,Ruang,Ukuran,Perwakilan data 2. Menguasai kemahiran operasi asas matematik iaitu: - Tambah,Tolak,Darad,Bahagi 3. Menguasai kemahiran operasi bergabung 4. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu: - Mengukur Mengendalikan data - Mewakilkan maklumat dalam bentuk graf dan carta - Menggunakan strategi menyelesaikan masalah secara berkesan 5. Bertanggungjawab dalam kehidupan seharian 6. menggunakan laras bahas matematik yang betul 7. Menggunakan perkakasan dan persisian teknologi yang bersesuaian untuk matematik dan menyelesaikan masalah 8. Mengamalkan ilmu Matematik secara bersistem, heuristic, tepat dan teliti 9. Mendapatkan peluang melibatkan diri dalam perkembangan dunia pendidikan matematik. 10. Menghargai kepentingan dan keindahan Matematik

Anda mungkin juga menyukai