Anda di halaman 1dari 19

Sosiolek Jantina Oleh: Akemal Nahar

Pengantar: Awal pramodenisme di Dunia


Pada 1912, George Bernard Shaw memulakan pramodenisme dengan menulis Pygmalion. Ianya menceritakan mengenai Profesor fonetik Henry Higgins dan seorang gadis penjual bunga yang tak berpendidikan, Eliza Doolittle. Ianya mempunyai unsur keindahan, kepelbagaian, keseimbangan dan sebagainya.

Shaw menulis drama kerana sakit hati melihat sifat hidung tinggi bangsawan Inggeris terhadap golongan rendah, dan sikap mereka memandang rendah orang bukan Inggeris. Ianya bertemakan ketinggian martabat manusia bukan kerana keturunan tetapi kerana pendidikan. Ianya dapat dilihat melalui perbezaan yang jelas antara sosiolek lelaki profesor fonetik dengan sosiolek gadis.

Pygmalion dianggap tonggak perkembangan dinamik dalam seni sastera di dunia. Sejak ia diterbitkan, seni sastera memasuki aliran baharu- aliran modenisme yang ciri utamanya ialah polifoni(banyak suara). Sastera moden Melayu belum lagi ditulis ketika George Bernard Shaw menulis Pygmalion, namun ianya masih mengikut perkembangan mutakhir sastera dunia.

Sastera melayu juga menunjukan sosiolek wanita, contohnya dalam petikan Sejarah Melayu. Unsur dialog digunakan untuk menonjolkan sosiolek wanita bertujuan untuk kesenangan pembaca bukan intelektual. Ianya juga adalah pelengkap jenis sosiolek, bukan sahaja sosiolek lelaki. Sosiolek lelaki- neutral, hambar, tanpa perasaan Sosiolek wanita- sangat emosional, mendalam tentang perasaan, fikiran dan tabiat wanita.

Perbezaan sosiolek antara jantina


Terdapat beberapa kajian dijalankan untuk mengkaji perbezaan sosiolek antara jantina. Menurut buku Language and sex difference dan dominance (Thorne dan Henley, 1975) menerangkan mengenai sosiolek wanita yang dipertentangkan dengan sosiolek lelaki

Bentuk Lingustik Ayat pemeri Ayat aktif Ayat nafi Ayat relatif Ayat komplemen Ayat gabungan Kata kerja transitif Panjang ayat penuh

Sosiolek lelaki 2.06% 59.00% 17.71% 31.59% 1.17% 5.68% 28.80% 9.70%

Sosiolek wanita 1.49% 57.70% 18.54% 32.14% 0.30% 4.56% 27.65% 8.94%

Menurut jadual 1, lelaki lebih banyak menggunakan:


Ayat keterangan- lelaki menggunakan 2 sebanyak kali ganda berbanding wanita. Kata ganti nama- lelaki menggunakan 1 kata ganti nama dlm setiap 3 ayat penuh berbanding wanita 1 kata ganti nama dalam 5 ayat penuh. Kata hubung dan- lelaki menggunakan dan dalam hampir setiap 4 ayat penuh, manakala wanita dalam 5 ayat penuh. Akhiran lah- lelaki menggunakan lah dalam tiaptiap 11 ayat penuh, manakala wanita 19 ayat penuh.

Berdasarkan huraian di atas, maka dapat dilihat perbezaan antara sosiolek lelaki dan wanita. Lelaki menggunakan ayat keterangan, ayat gabungan, frasa sendi nama dan akhiran lah. Kajian mendalam dijalankan untuk mendapat ciri bahasa yang lebih banyak bagi sesuatu sosiolek berkenaan. Misalnya :-

Ayat -Ayat tanya disebabkan wanita suka bertanya, ingin tahu, curiga. -Ayat tanya tag, iailah ayat yang berakhir dengan kata bukan? Ya? Disebabkan wanita kurang keyakinan, pendidikan dan ingin orang lain membantunya. Frasa -saya fikir, saya ragu-ragu dan sebagainya adalah disebabkan kerana wanita kurang yakin dan kurang pendidikan.

- kata- kata adjektif, misalnya cantik, geram menyampah adalah disebabkan wanita lebih emosional berbanding lelaki. Sosiolek jantina dalam Bahasa Melayu merupakan unsur sederhana yang boleh digunakan oleh sasterawan Malaysia untuk Memperbagaikan dan memperindahkan karya mereka. Contohnya, sosiolek wanita boleh disatukan dengna sosiolek berpendidikan tinggi dan sosiolek lelaki dicampurkan dengan sosiolek berpendidikan rendah seperti drama Tennesse Williams Trem Bernama Desiree

Sosiolek Pendidikan
Alice Walker, penulis novel The Color Purple pada tahun 1982 yang menceritakan penggunaan dua sosiolek yang sudut pandangannya sangat bertentangan antara satu sama lain melalui dua watak adik beradik perempuan Negro. Watak tersebut adalah Celie yang tak berpendidikan manakala Nettie berpendidikan tinggi. Celie adalah daripada perkataan silly, manakala Nettie adalah net iaitu suci.

Novel ini adalah novel utama aliran feminisme di dunia. Temanya, wanita menderita di tangan lelaki. Gerakan feminisme bukan hanya untuk memperbaiki kehidupan wanita, tetapi juga untuk golongan minoriti yang tertindas di dunia. Keindahannya terletak kepada perbezaan yang jelas antara watak utama dari segi pendidikan mereka.

Keadaan ini dapat dilaraskan berdasarkan pendidikan agama dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang. Pemeluk agama islam terbahagi kepada 2 golongan- ahli sufi dan bukan ahli sufi. Ahli sufi adalah orang islam yang berilmu tinggi dan kata-kata mereka tidak difahami oleh bukan ahli sufi.

Melalui sastera Melayu, keindahan boleh dibuat dengan pelbagai ragam bahasa berdasarkan pendidikan. Petikan di atas melihatkan ragam bahasa biasa dikontraskan dengan ragam sufi(tidak difahami oleh orang islam bukan sufi)
Barang sesiapa mengatakan bahawa Allah S.W.T menjadikan dan memberi rezeki pada azal, sesungguhnya kafir barang sesiapa mengatakan Allah SWT tidak menjadikan dan tiada memberi rezeki pada azal, maka sesungguhnya kafir.

Ada kajian yang mengkaji ragam-ragam bahasa berdasarkan pendidikan. Contohnya kajian yang dijalankan oleh B. Bernstein. Perbezaannya dapat dilihat melalui jadual peratusan penggunaan bentuk linguistik berdasarkan pendidikan
Bentuk Linguistik Ayat gabungan Ayat aktif Frasa predikat Kata nama abstrak Kata hubung dan Sosiolek sekolah menengah 3.81% 66.59% 6.41% 6.46% 20.49% Sosiolek universiti 7.10% 57.55% 8.68% 8.27% 26.13%

Berdasarkan jadual di atas, dapata dilihat bahawa: Ayat pasif- sosiolek universiti mengandungi satu ayat pasif dalam hampir tiap 6 ayat penuh berbanding dengan sosiolek sekolah rendah satu ayat pasif dalam tiap 4 ayat penuh. Ayat gabungan- sosiolek universiti mengunakan 1 ayat gabungan dalam tiap 14 ayat berbanding sekolah menengah 1 ayat dalam tiap 26 ayat penuh

Kata hubung am- sosiolek universiti menggunakan 1 kata hubung dalam tiap 4 ayat penuh manakala sekolah menengah menggunakan 1 ayat dalam tiap 5 ayat penuh. Kajian mendalam dijalankan menggunakan pendidikan bahasa Melayu untuk mendapatkan ciri bahasa yang lebih banyak bagi sesuatu sosiolek. Banyak bahasa tambahan daripada yang dikemukakan, maka kata-kata khas yang digunakan dalam sesuatu sosiolek. Ianya tidak termasuk sosiolek tak berpendidikan dan sosiolek sekolah rendah.

Ayat tanya- disebabkan orang tak berpendidikan sifatnya jahil. Ayat tanya tag- berakhir dengan ya? Bukan? Disebabkan orang yang tak berpendidikan agak kurang yakin dengan fikiran sendiri dan ingin orang lain membantunya. Frasa- saya fikir, saya ragu dan sebagainya ialah orang tak berpendidikan, kurang yakindengan fikirannya.

Anda mungkin juga menyukai