Anda di halaman 1dari 40

Kegiatan Pertanian Perdagangan

Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi British

Perkembangan Perusahaan Getah

MENU

Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan

Pengeluaran Hasil Hutan

Perkembangan Perusahaan Perlombongan

Setelah berjaya menguasai pertanian di negara kita, British telah memperkenalkan pertanian perdagangan. perdagangan. Pada peringkat awal, British mengusahakan tanaman tradisional seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih, ubi kayu, tebu dan nanas secara komersil. British menggalakkan tanaman ini kerana mendapat pasaran yang baik. Tanaman tebu a) Pada tahun 1830-an, Seberang Perai merupakan pusat 1830pengeluaran gula di Tanah Melayu; b) Ladang tebu diusahakan kerana mendapat permintaan gula meningkat di pasaran dunia. c) Perak pula muncul sebagai pusat pengeluaran gula di Tanah Melayu. d) Gula menjadi eksport penting di Tanah Melayu selama 50 tahun.

Tanaman lada hitam a) Lada hitam ditanam di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan Pinang, dan Sarawak. b) Lada hitam dan gambir diperkenalkan di Johor apabila orang Cina dari Singapura mengusahakan tanaman tersebut melalui Sistem Kangcu. Kangcu. c) Lada hitam menjadi hasil eksport penting negeri Johor sehingga awal kurun ke-20. ke Buah pala a) Buah pala banyak diusahakan di Pulau Pinang kerana harganya yang tinggi. b) Penanaman buah pala merosot selepas tahun 1850-an kerana 1850harganya tidak stabil. Tanaman nanas a) Industri mengetin nanas diusahakan di Perak, Selangor dan Johor. b) Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu menjadi pengeksport nanas dalam tin yang kedua terbesar di dunia.

Menjelang kurun ke-20, tanaman dagangan tradisional telah keberkurangan kerana harganya yang tidak stabil di pasaran dunia British memperkenalkan tanaman baru seperti koko, kelapa sawit, tembakau dan teh bagi mengukuhkan ekonomi mereka. Tanaman kelapa sawit a) Kelapa sawit mula diperkenalkan di Kuala Selangor b) Ladang kelapa sawit banyak dibuka di Perak dan Johor. c) Menjelang tahun 1920-an, minyak kelapa sawit mula dieksport. 1920 Tanaman kopi a) Kopi berasal dari Afrika dan diusahakan secara besar-besaran di besarPerak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. b) Pokok kopi mula ditanam apabila harga kopi meningkat di pasaran dunia. c) Kopi menjadi eksport penting di Tanah Melayu sehingga akhir kurun ke-19 ke-19.

Tanaman teh a) Tanaman teh diusahakan di Tanah Tinggi Cameron, Pahang. b) Teh yang dihasilkan di Tanah Melayu jenis berkualiti tinggi. c) Teh ini dikenali sebagai Teh Ceylon. Ladang tembakau dibuka di Pulau Pinang dan Pahang. British hanya menggalakkan pedagang Eropah dan orang asing untuk mengusahakan pertanian perdagangan. Penduduk tempatan tidak digalakkan menceburi kegiatan tersebut

Getah berasal dari negara Brazil. Pada tahun 1876, sebanyak 70 000 biji getah telah dibawa dari Brazil ke England oleh Henry Wickham. Biji getah tersebut disemai di Kew Garden dan 3 000 benih getah lagi dihantar ke Sri Lanka. Pada tahun 1877, sebanyak 22 batang anak getah ditanam di Botanical Garden Singapura. Dari Singapura, beberapa batang anak pokok telah dibawa ke Kuala Kangsar dan ditanam di halaman kediaman Residen Perak di sana.

Pada akhir kurun ke-19, harga kopi jatuh di pasaran dunia. Getah diperkenalkan sebagai tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi. Pada awal kurun ke-20, harga getah melambung tinggi di pasaran dunia kerana permintaan terhadap getah meningkat akibat perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah dan Amerika Syarikat. Kesannya, ladang-ladang getah telah dibuka secara besar-besaran di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Menjelang tahun 1920-an, Tanah Melayu mengeluarkan 53% daripada jumlah pengeluaran getah dunia dan muncul sebagai pengeluar getah terbesar dunia. Penanaman getah dikuasai dan diusahakan oleh syarikat Eropah seperti Sime Darby, Guthrie, Harrisons & Crosfield dan United Plantations. Penduduk tempatan hanya mengusahakan tanaman getah secara kebun kecil.

FAKTOR PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GETAH

Kejatuhan harga kopi akibat pengeluaran kopi yang berlebihan di Brazil dan serangan serangga perosak.

Permintaan getah yang tinggi kerana perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat dan Eropah

H.N Ridley memperkenalkan kaedah menoreh getah mengikut sistem ibedem atau sistem tulang ikan kering. kaedah torehan ini dapat meningkatkan pengeluaran susu getah

Kerajaan British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah bagi menggalakkan pembukaan ladangladang baru

Getah juga digunakan untuk membuat kasut, pakaian, tayar kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik

Pelabur modal syarikatsyarikat besar Eropah seperti Sime Darby atau Gurhrie

Tenaga buruh yang mencukupi dibawa dari India.

Rancangan Sekatan Stevenson tahun 1922 a) Harga getah di negara kita bergantung kepada keadaan pasaran dunia. b) Pada tahun 1920-an, telah berlaku kemelesetan 1920ekonomi dunia dan harga getah telah jatuh. c) Keadaan ini memberi kesan kepada perusahaan getah di negara kita. d) Bagi mengatasi masalah ini, Rancangan Stevenson telah diperkenalkan yang bertujuan mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah. e) Rancangan ini hanya disertai oleh negara naungan British iaitu Tanah Melayu dan Sri Lanka. f) Belanda di Indonesia pula enggan menyertainya sebaliknya terus meningkatkan pengeluaran getahnya g) Rancangan ini telah gagal mencapai matlamatnya dan ditamatkan oleh kerajaan British menjelang tahun 1928.

Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa tahun 1934 a) Perjanjian ini bertujuan mengurangkan pengeluaran getah dan menstabilkan harga getah akibat berlaku kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930-an. b) Perjanjian ini disertai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, Myanmar, Indonesia, IndoChina dan Thailand. c) Perjanjian ini menetapkan setiap negara mengurangkan pengeluaran getah mengikut kuota yang ditetapkan. d) Perjanjian ini telah berjaya meningkatkan harga getah di pasaran dunia sebelum Perang Dunia Kedua. Persaingan Getah Tiruan 1940-an a) Pengeluaran getah di negara kita mendapat cabaran baru apabila Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan kerana bekalan getah asli di pasaran dunia terputus akibat Perang Dunia Kedua. b) Namun begitu, mutu getah asli negara yang tinggi dapat menandingi mutu getah tiruan.

Emas dilombong secara komersial di Raub, Pahang. Raub merupakan kawasan perlombongan emas yang terbesar di Tanah Melayu. Arang batu dilombong di Batu Arang, Selangor. Bauksit merupakan sejenis logam yang digunakan untuk membuat aluminium. Bauksit dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia, Johor serta Teluk Emas, Melaka. Ilmanit ialah galian sampingan perlombongan bijih timah. Bijih timah dihasilkan di Batang Padang, Perak. Bijih besi dilombong di Bukit Besi, Terengganu dan di Rompin, Pahang. Lombong bijih besi juga dibuka di Kedah, Perak dan Johor.

Orang Melayu a) Sebelum campur tangan British, orang Melayu mengusahakan kegiatan perlombongan bijih timah secara tradisional. b) Perlombongan bijih timah dilakukan secara mendulang dan melampan Orang Cina a) Orang Cina dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah milik pembesar Melayu di daerah Lukut, Sg. Ujong, Larut dan Klang pada awal tahun 1820-an. b) Orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar2 Melayu. c) Penglibatan Orang Cina dalam kegiatan ini merancakkan lagi aktiviti melombong bijih timah. d) Banyak kawasan baru dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan di Lembah Kinta, Perak. e) Orang Cina telah memperkenalkan kaedah melombong yang lebih baik seperti lombong dedah, pam kelikir dan palung. f) Sehingga akhir kurun ke-19, orang Cina menguasai kegiatan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.

Syarikat Eropah a) Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah menyebabkan permintaan terhadap bijih timah meningkat. b) Bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan. c) Oleh itu, perusahaan bijih timah berkembang maju di dunia. d) Pada awal kurun ke-20, syarikat Eropah menggunakan kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah. e) Kapal korek buat pertama kalinya digunakan oleh Syarikat Malayan Tun Dredging di Batu Gajah, Perak pada tahun 1912. Pada tahun 1929, terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu. f) Melalui teknologi kapal korek, orang Eropah telah menguasai perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an.

Harga bijih timah jatuh akibat kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930-an. Bagi menstabilkan semula harga bijih timah, Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa telah ditandatangani pada tahun 1931. Perjanjian ini ditandatangani oleh Tanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan Indonesia ndonesia. Negara2 tersebut bersetuju mengurangkan pengeluaran bijih timah masing-masing. Hasil daripada perjanjian tersebut, Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan bagi menyelaras pengeluaran bijih timah. Perjanjian tersebut berjaya menstabilkan semula harga bijih timah.

Pengeluaran hasil hutan dijadikan bahan eksport ke China, Amerika Syarikat dan Eropah. Jabatan Perhutanan telah ditubuhkan untuk menguruskan pengeluaran hasil hutan dengan sistematik pada tahun 1901. Getah perca a) Diperoleh daripada getah perca. b) Batang pokok ditetak untuk mengeluarkan susunya. c) Susu tersebut kemudiannya dikumpul di dalam bekas dan dibentuk menjadi bebola atau jongkang. d) Digunakan untuk membuat alatan bedah, bola golf, dan bahan penebat telegram dasar laut. Damar a) Damar diperoleh daripada getah pelbagai jenis pokok di hutan. b) Digunakan untuk menutup renggangan pada papan perahu. Rotan a) Dihasilkan untuk kegunaan dalam negeri dan juga dieksport ke China. b) Digunakan untuk membuat perabot, bakul, tikar, tongkat dan tangkai payung.

Getah jelutung a) Dikumpulkan dengan menggunakan tabung buluh. b) Dijadikan ramuan getah pengunyah dan sebagai pelekat dalam industri gigi palsu. palsu. Pembalakan a) Antara kayu balak ialah kayu cengal, meranti dan keruing. b) Digunakan sebagai bahan binaan, membuat perabot dan perahu. binaan, c) Pada tahun 1928, Perlesenan Kilang Papan diperkenalkan untuk mengawal kegiatan pembalakan dan industri berasaskan kayu. d) Hasil balak dieksport ke China. British hanya memberi tumpuan kepada kegiatan ekonomi dagangan. Kegiatan perlombongan, perladangan dan perdagangan telah dimajukan terutamanya di kawasan pantai barat. barat. Kegiatan ekonomi ini telah diusahakan secara besar-besaran dan keadaan ini besarditambah pula dengan penggunaan teknologi moden dan kemudahan asas yang baik seperti sistem perhubungan dan pengangkutan yang teratur. Dalam menggiatkan kegiatan ekonomi dagangan, British telah mengabaikan kegiatan ekonomi tradisional seperti kegiatan penanaman padi dan menangkap ikan yang dijalankan oleh orang Melayu di luar bandar. Perkembangan yang tidak seimbang ini akhirnya telah mewujudkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar.

EKONOMI TRADISIONAL Bercorak sara diri Dijalankan oleh orang Melayu di luar Kegiatan menanam padi dan menangkap ikan Menggunakan alatan tradisional Menggunakan tenaga buruh yg tidak ramai Melibatkan modal yang kecil

DWIEKONOMI SEMASA PENJAJAHAN BRITISH


EKONOMI DAGANGAN Berorientasikan eksport Dikuasai oleh syarikat Eropah Tertumpu kepada perlombongan bijih timah dan perusahaan getah Menggunakan teknologi moden Menggunakan tenaga buruh yang ramai Melibatkan modal yang besar

Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah menyebabkan kemasukan Imigran China dan India. British memastikan bekalan tenaga buruh yang mencukupi dalam usaha membolot kekayaan negara kita. Orang India dari selatan India dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang getah. Terdapat buruh India yang bekerja membina jalan kereta api, jalan raya serta buruh di bandar dan pelabuhan. Buruh India dibawa masuk melalui sistem Kangani. a)Kangani bermaksud penyelia atau ketua pekerja di ladang. b)Kangani dihantar oleh pemilik ladang ke India untuk mencari tenaga buruh. c)Kangani akan menguruskan tambang dan perjalanan buruh sehingga selamat tiba di ladang majikannya.

d)Kangani akan dibayar komisen berdasarkan d)Kangani perjalanan buruh yg dibawa masuk. e) Buruh2 ini diletakkan di bawah jagaan Kangani yg membawa mereka masuk dan buruh2 ini dibayar gaji tetap. f) Buruh dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga selesai hutang tambang mereka itu. Orang Cina dari selatan China dibawa masuk untuk bekerja di lombong bijih timah di Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Terdapat orang Cina yg datang secara persendirian dan bekerja dalam sektor pertanian serta menjadi pekerja mahir di bandar. Buruh Cina dibawa masuk melalui Sistem Kontrak. a) Orang Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh majikan. b)Tambang perjalanan mereka dibayar oleh b) Tambang majikan c) Makanan, pakaian dan tempat tinggal disediakan oleh pihak majikan. d)Mereka dikehendaki bekerja dengan majikan d)Mereka sehingga hutang tambang masuk selesai. e) Setelah tamat kontrak, mereka bebas untuk bekerja dengan majikan lain.

Pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi a) British telah membiarkan setiap kaum tinggal di kawasan yang berasingan. b) Setiap kaum terlibat dalam kegiatan ekonomi yg berlainan. c) Masyarakat peribumi kekal menjalankan kegiatan ekonomi tradisional dan tinggal di luar bandar. d) Orang India tinggal di ladang getah. e) Kebanyakan orang Cina tinggal di kawasan perlombongan dan bandar serta terlibat dalam bidang perniagaan. f) Masyarakat peribumi terus terpisah daripada arus perkembangan ekonomi. g) Dasar British ini telah mewujudkan jurang ekonomi antara ketiga-tiga kaum ketigatersebut. h) Kemasukan buruh-buruh asing ini telah buruhmembentuk masyarakat berbilang kaum di negara kita.

British memajukan sistem pengangkutan dan perhubungan untuk mengangkut hasil bijih timah dan getah ke pelabuhan untuk dieksport. Bagi memenuhi keperluan tersebut, landasan kereta api dan jalan raya telah dibina. Sistem perhubungan seperti perkhidmatan pos, telegraf, dan juga diperkenalkan.

 

 

FASA PERTAMA (1885-1896) (1885Landasan kereta api telah dibina dari: a) Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang). b) Kuala Lumpur ke Port Swettenham (Pelabuhan Klang). c) Seremban ke Port Dickson serta Ipoh dan Batu Gajah ke Teluk Anson (Teluk Intan). Landasan kereta api dibina untuk memenuhi keperluan perlombongan bijih timah . Oleh itu, beberapa landasan kereta api yg pendek dibina bagi menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan untuk memudahkan bijih timah dieksport. FASA KEDUA (1897-1909) (1897-1909) Landasan kereta api dibina bagi menghubungkan kawasan utara-selatan apabila Negeri-Negeri utaraNegeriMelayu Bersekutu ditubuhkan. Landasan kereta api dibina untuk: a) Memenuhi ekonomi akibat perkembangan pesat perusahaan bijih timah dan getah. b) Untuk memudahkan pentadbiran British.

 

FASA KETIGA (1910-1931) (1910British memerlukan sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap dan pantas untuk membawa hasil ekonomi seperti bijih timah dan getah ke pa\elabuhan pa\ untuk dieksport. Untuk itu, British telah membina landasan kereta api dan jalan raya. British telah memperkenalkan perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan awam di Tanah Melayu pada akhir kurun ke-19. keLandasan kereta api dibina selepas British berjaya meluaskan pengaruh ke NegeriNegeriNegeri Melayu Bersekutu (NNMTB) pada tahun 1909. Landasan kereta api telah dibina untuk: a) Menghubungkan seluruh Tanah Melayu kecuali Terengganu b) Memenuhi keperluan ekonomi. c) Melicinkan pentadbiran British. d) Perkhidmatan kereta api telah menjadi pengangkutan awam bagi penduduk Tanah Melayu.

Jalan raya pada peringkat awal dibina bagi menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api. Contohnya, jalan raya pada telah dibina bagi menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh dan Seremban. Pembinaan rangkaian jalan raya menjadi pesat dengan peningkatan jumlah penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas pada awal kurun ke-20. Jalan2 yang sedia ada diturap utk disesuaikan dengan kenderaan bermotor. Jalan raya dibina bagi menghubungkan: a) Kawasan kegiatan ekonomi dengan pelabuhan. b) Bandar-bandar besar dgn bandar-bandar kecil. Pada tahun 1939, terdapat satu jaringan jalan raya yg menghubungkan seluruh Tanah Melayu. Pembinaan jalan raya ini hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi British dan untuk kemudahan pentadbiran mereka

Perkhidmatan kapal wap dan kapal terbang juga diperkenalkan berikutan kemajuan ekonomi. Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura pada tahun 1890 utk memberi perkhidmatan kapal wap kepada pelabuhan di negerinegeri-negeri Melayu. Perkhidmatan kapal wap susur pantai ini membawa jentera, bekalan makanan dan buruh utk keperluan perusahaan perlombongan bijih timah. Pada tahun 1937, Syarikat Wearne Air Service memperkenalkan perkhidmatan penerbangan awam di Tanah Melayu Syarikat ini beribu pejabat di Singapura dan memulakan penerbangan dalam negeri antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Perkhidmatan penerbangan awam telah dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

Sistem perhubungan dimajukan oleh pihak British sejajar dengan kemajuan sistem pengangkutan. Sistem perhubungan seperti sistem pos, telegraf, telefon, dan radio mula diperkenalkan di kawasan kegiata ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan dan seterusnya berkembang ke kawasan petempatan. Perkembangan sistem perhubungan ini telah membolehkan perhubungan antara negeri di Semenanjung Tanah Melayu dengan negara lain dapat dilakukan dengan lebih cepat

Masalah kesihatan telah timbul akibat daripada: a) Pertambahan penduduk yang pesat. b) Pembukaan kawasan hutan untuk kegiatan ekonomi. c) Petempatan baru Kawasan persekitaran kediaman dan tempat kerja yang kotor menyebabkan penyakit mudah merebak, misalnya penyakit taun, malaria, dan beriberi-beri. Hospital, pusat perubatan dan Institut Penyelidikan Perubatan didirikan oleh pihak British untuk mengatasi masalah kesihatan. Hospital kerajaan yang awal didirikan di bandarbandarbandar seperti di Kuala Lumpur, Taiping dan Pulau Pinang. Pusat kesihatan kecil didirikan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk kemudahan penduduk luar bandar. Pada tahun 1890, Lembaga Kesihatan ditubuhkan untuk menjaga kebersihan bandar.

Penyakit beri-beri dan malaria mengakibatkan beriramai buruh Cina dan India mati. Oleh itu, penyakit tersebut dianggap penghalang kepada perkembangan ekonomi British. Pertambahan penduduk menyebabkan keperluan bekalan makanan turut meningkat. Pada tahun 1931, pihak British telah menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air untuk memajukan penanaman padi. Penubuhan jabatan ini telah membawa kepada pembukaan kawasan sawah padi yang lebih luas di Sg. Manik, Perak dan Tanjong Karang, Selangor. Tenaga elektrik juga diperkenalkan berikutan kemajuan ekonomi. Tenaga elektrik mula disalurkan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada awal kurun ke-20. keEmpangan Hidroelektrik Chenderoh telah dibuka untuk menampung keperluan tenaga elektrik. Empangan ini dikendalikan oleh The Perak River The HydroHydro-Electric Power Company Limited. Tujuan asal pembinaan empangan ini adalah untuk mendapatkan kuasa elektrik bagi kegunaan perusahaan melombong bijih timah di Lembah Kinta, Perak.

Menjelang pertengahan kurun ke 19, banyak petempatan baru telah dibuka di kawasan kegiatan ekonomi, khususnya di kawasan perlombongan bijih timah. Berikutan perkembangan ekonomi dan pertambahan penduduk, petempatan baru itu telah berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan. Faktor utama yang membawa kepada kemunculan bandar baru di Tanah Melayu ialah perkembangan perlombongan bijih timah. BandarBandar-bandar baru yang muncul kesan daripada perkembangan perusahaan bijih timah ialah Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban.

Sebuah bandar yang terletak di daerah Larut. Nama asalnya dipanggil Kelian Pauh. Ramai orang Cina dibawa masuk ke Larut untuk mengusahakan perlombongan bijih timah pada tahun 18401840-an. British telah menyusun semula pentadbiran di Larut selepas tamatnya Perang Larut. Nama Kelian Pauh telah ditukar kepada Taiping yang membawa maksud kedamaian yang abadi. Taiping dijadikan ibu negeri Perak dan berkembang menjadi sebuah bandar yang moden.

Ipoh merupakan sebuah bandar yang terletak di Lembah Kinta Apabila pengeluaran bijih timah di daerah Larut mulai merosot, Lembah Kinta pula menjadi tumpuan pelombong Cina. Berikutan itu, Ipoh berkembang menjadi sebuah bandar yang agak sibuk. Pada tahun 1935, Ipoh menjadi ibu negeri Perak bagi menggantikan Taiping.

Semasa Raja Abdullah menjadi pembesar daerah Klang pada pertengahan kurun ke-19, beliau telah meneroka kawasan yang berhampiran kepertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong bijih timah. Kawasan ini dinamakan Kuala Lumpur kerana kawasan itu berlumpur. Pada tahun 1860-an, pembesar daerah Klang telah menggalakkan orang 1860Cina untuk menjalankan kegiatan melombong bijih timah di Kuala Lumpur. Selepas itu, Kuala Lumpur telah berkembang dengan pesat dan muncul sebagai pusat perdagangan yang maju. Pada tahun 1880, Kuala Lumpur menjadi ibu negeri Selangor bagi menggantikan Klang. Pada tahun 1896, Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran NegeriNegeriNegeri Melayu Bersekutu. Kini, Kuala Lumpur menjadi ibu negara Malaysia yang pesat membangun.

Sekolah Melayu Didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan anaknelayan. Diajar membaca, menulis, dan mengira serta sedikit ilmu geografi, perkebunan dan seni pertukangan. Pendidikan diberi sekadar menjadikan orang Melayu sebagai petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka. Lulusan sekolah Melayu hanya layak menjadi guru, polis serta menjawat jawatan rendah di jabatan kerajaan Sekolah Cina Diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina dan tertumpu di kawasan bandar. Guru, buku dan sukatan pelajaran dibawa dari negara China. Enakmen Pendaftaran Sekolah telah diperkenalkan utuk mengawal sekolahsekolahsekolah Cina.

Sekolah Tamil Diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan. Biasanya didirikan di kawasan ladang getah. Sukatan pelajaran, buku & guru dibawa dari India Pada tahun 1912, British memperkenalkan Undang-Undang UndangBuruh yang mewajibkan pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya. anak Hal ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah. Sekolah Inggeris Mula didirikan di Negeri-Negeri Selat spt Penang Free School Negeri(1816) dan Malacca Free School (1826) Ditubuhkan oleh mubaligh Kristian pada peringkat awal Menyediakan pendidikan sehingga peringkat menengah dan terbuka kepada semua kaum. Sukatan pelajarannya mengikut sistem pendidikan di England. Lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang seperti perubatan, guaman, pentadbiran, & kejuruteraan. Mereka juga diberi keutamaan menjawat jawatan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan. Kolej Melayu Kuala Kangsar telah ditubuhkan pada tahun 1905 uyk memberi pendidikan Inggeris sehingga ke peringkat menengah kepada anak-anak raja dan golongan bangsawan anakMelayu. Kolej ini memberi latihan kepada anak-anak bangsawan Melayu anakuntuk berkhidmat dengan kerajaan British. Pihak British tidak mahu memberi pendidikan Inggeris yg tinggi kepada orang Melayu. Ini menyebabkan bilangan pelajar Melayu di sekolah Inggeis masih rendah berbanding dengan kaum lain pada tahun 1930-an. 1930-

TAHUN
Peratus pelajar Melayu Peratus pelajar Cina Peratus pelajar India Peratus Lain-lain JUMLAH PELAJAR

1920
10% 48% 30% 12% 9 208

1924
18% 48% 24% 10% 12 806

1928
17% 49% 26% 8% 16 185

1932
15% 50% 27% 8% 17 477

Kadar pelajar yang belajar di sekolah Inggeris di NegeriNegeri-Negeri Melayu Bersekutu (1920-1932) (1920-

CiriCiri-ciri Pihak yang mendirikan sekolah Lokasi Bahasa pengantar

Sekolah Melayu Masyarakat Melayu Kerajaan British Luar bandar Bahasa Melayu Berasaskan agama Islam dan sukatan pelajaran yang terhad Peringkat rendah Mengekalkan orang Melayu sebagai petani dan nelayan

Sekolah Cina Masyarakat Cina Bandar

Sekolah Tamil Pengusaha ladang getah Ladang getah Tamil Berasaskan sukatan pelajaran negara India Peringkat rendah Memenuhi peraturan Undang-Undang Buruh 1912

Sekolah Inggeris Mubaligh Kristian Kerajaan British Bandar

Dialek Cina Berasaskan sukatan pelajaran negara China Peringkat menengah Memenuhi kehendak masyarakat Cina

Inggeris Berasaskan sukatan pelajaran England Peringkat menengah Menyediakan pegawai rendah dalam perkhidmatan awam

Sukatan pelajaran

Peringkat tertinggi

Tujuan