Anda di halaman 1dari 9

ESEI Pengurusan disiplin bilik darjah, Pelbagai model disiplin dan aplikasinya, Pengurusan kelompok kounin, Terapi reality

glaser, masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di bilik darjah, konsep dan perbincangan umum.

Secara umum, disiplin merangkumi usaha anda dalam membantu murid-murid berinteraksi dengan rakan-rakan kelas, mengajarmereka berkelakuan selaras dengan norma dan piawaian sedia ada, memberikan mereka peluang belajar daripada kesilapan, dan sedia menerima konsekuen akibat keputusan yang mereka buat.

Berdasarkan keterangan di atas, maka boleh dikatakan bahawa disiplin bertujuan untuk membantu murid-murid menjadi individu yang bertanggungjawab dan

berkeyakinan diri, boleh berfikir untuk diri sendiri,prihatin terhadap orang lain, dan menjalani hidup yang berguna serta membawa kepada kepuasan diri.

Sebagai penjelasan lanjut, kita akan mengkaji beberapa takrifan masalah disiplin yang diutarakan oleh ahli-ahli teoris dalam bidang tersebut. Kindsvatter (Levin & Nolan, 2004) yang melihat disiplin dari perspektif tingkah laku murid-murid dalam bilik darjah mendefinisikan masalah disiplin sebagai tingkah laku bermasalah atau salah laku.

Feldhusen (Levin & Nolan, 2004) pula menggunakan istilah tingkah laku disruptif yang ditakrifkan sebagai gangguan terhadap pelaksanaan proses pengajaran yang lancar. Berpegang kepada pengertian ini, maka apa jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru boleh dianggap sebagai masalah disiplin. Bagi Emmer dan rakanrakan (Levin & Nolan, 2004) tingkah laku murid boleh ditakrifkan sebagai disruptif apabila ia mengganggu pengajaran guru serta pembelajaran beberapa orang murid untuk satu jangka masa tertentu.

Manakala Shrigley (Levin & Nolan, 2004) menegaskan bahawa apa jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru atau yang bersifat tidak selamat dari segi psikologi

mahupun fizikal boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku disruptif. Justeru, perbuatan seperti perbuatan berbual-bual sesama rakan-rakan kelas, berbuat bising, berlari-lari dalam makmal sains, tidak mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa

menggunakan radas sains, mengugut murid-murid yang lain, membuli, dan ejekmengejek dikatakan tingkah laku bermasalah bilik darjah.

Antara masalah disiplin yang sering berlaku di bilik darjah ialah jenayah, jenayah boleh dikelaskan sebagai mencuri, menumbuk guru, bergaduh sesama pelajar, berjudi, mencuri kertas soalan ujian, melawan pengawas, membawa bahan lucah, memeras ugut, memasuki kumpulan haram, menceroboh blok khas, mengadakan tunjuk perasaan dan lain-lain.

Seterusnya, Kekemasan diri yang bermaksud membabitkan

pelanggaran disiplin yang

kekemasan diri seperti berambut panjang, tidak memakai lencana dan stoking yang berwarna-warni, dan tidak memasang

sekolah, memakai selipar butang baju.

Selain itu, masalah disiplin yang melibatkan kepentingan masa yang meliputi perkara seperti datang lambat ke sekolah atau perhimpunan, berdiri di luar kels dan berkumpul di pintu setelah tamat sesuatu subjek, berfoya-foya di kawasan sekolah, makan di kanti bukan waktu rehat, dan meninggalkan asrama tanpa izin.

Kurang sopan dan biadap meliputi aspek menghisap dan menyimpan rokok, berkelakuan kasar dan kurang sopan terhadap guru, mengganggu pelajar perempuan, menindas atau menyakat pelajar lain, dan berbasikal di kawasan sekolah.

Di samping itu, masalah disiplin lain yang sering berlaku di sekolah ialah laku musnah yang melibatkan pelanggaran disiplin seperti merosakkan harta benda kerajaan atau sekolah, menconteng meja, memecahkan cermin tingkap, menendang pintu tandas, mematah-matahkan dahan pokok, mengotorkan kawasan sekolah, menyalahgunakan barang-barang asrama, dan mengoyakkan baju kawan.

Masalah disiplin seperti penipuan dianggap sebagai pelanggaran disiplin kerana hal ini melibatkan tindakan mengetepikan ujian dan peperiksaan, ponteng, tiada dalam bilik darjah sewaktu guru mengajar, memalsukan surat cuti, menipu tandatangan, mengubah markah peperiksaan/ujian, tidak menjalankan tugas dan lain-lain lagi.

Seterusnya ialah masalah tingkah laku, secara ringkasnya masalah tingkah laku dapat didefinisikan sebagai perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh setiap pelajar semasa berada di dalam bilik darjah. Perlakuan ini jika dilakukan secara konsisten dan berterusan dalam jangka masa yang lama akan memberi kesan yang buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar bilik darjah.

Terdapat ahli teoris yang membincangkan tingkah laku bermasalah dari segi tiga kategori iaitu bukan masalah; masalah ringan; masalah serius yang terhad skop dan kesan; dan masalah yang meningkat serius atau merebak.

Bukan masalah merangkumi tempoh ketidaktumpuan perhatian yang ringkas, percakapan ringkas semasa pertukaran waktu atau aktiviti kelas, berkhayal seketika, hentian singkat semasa membuat tugasan. Tidak ditakrifkan sebagai tingkah laku bermasalah.

Masalah ringan meliputi perbuatan yang melanggar peraturan dan prosedur bilik darjah. Misalnya, bangun dari tempat duduk tanpa kebenaran, menghantar nota, makan gula-gula, membuang kertas merata-rata dan bercakap tanpa berhenti semasa kerja individu. Masalah ini tidak berterusan dan hanya terhad kepada sebilangan kecil murid sahaja.

Masalah serius yang terhad skop dan kesan termasuk tingkah laku yang mengganggu aktiviti pembelajaran. Tidak kerap berlaku dan hanya seorang atau dua orang murid sahaja. Misalnya, seorang murid yang tidak mahu memberi tumpuan

langsung pada hari tersebut sahaja, jarang menyempurnakan tugasan, dan enggan membuat sebarang tugasan yang diberikan.

Masalah yang meningkat serius atau merebak termasuk segala masalah ringan yang telah menjadi amalan biasa atau rutin harian, mengancam kawalan murid dan persekitaran pembelajaran. Misalnya, ramai murid yang merayau-rayau dalam kawasan bilik darjah sambil memberi komen-komen yang bukan-bukan, percapakan sosial yang berterusan walaupun disuruh berhenti oleh guru, enggan bekerjasama dengan guru.

Terdapat pelbagai fakor yang boleh menimbulkan masalah disiplin , antaranya ialah kaedah serta bahan pengajaran yang tidak sesuai, bahan pengajaran yang digunakan gagal menarik minat pelajar atau isi pelajaran itu tidak bersesuaian dengan mereka. Mereka merasa bosan sekiranya isi pelajaran tidak mencabar atau terlalu mudah. Kesukaran memahami isi pelajaran yang disampaikan juga menjadikan mereka bosan dan gelisah.

Keadaan fizikal bilik darjah seperti ketidakselesaan di bilik darjah boleh menggalakkan timbulnya masalah disiplin. Faktor seperti panas, terlalu sesak, gelap atau tidak cukup cahaya boleh mengganggu pelajar untuk memberi tumpuan kepada pengajaran guru.

Suasana sosioemosi yang kurang sihat seperti amalan budaya autokratik dan dominan yang diamalkan guru akan menekan emosi pelajar untuk merasa bimbang dan takut. Kesannya, penerimaan pelajar terhadap pengajaran akan terganggu. Persahabatan yang tidak sihat juga menimbulkan masalah disiplin.

Kesihatan murid memainkan peranan penting, pelajar yang mempunyai masalah kesihatan selalunya gagal memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran guru. Keadaan ini boleh mengganggu kawalan guru di bilik darjah. Pelajar tersebut

tidak dapat menerima arahan guru yang diberikan dan secara tidak langsung menimbulkan masalah disiplin.

Kualiti guru iaitu kesediaan guru juga menjamin ketenteraman dan disiplin pelajar. Guru yang kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat pelajar untuk terus memberi perhatian sekaligus mengurangkan masalah disiplin.

Seterusnya, persekitaran sekolah. Bilangan pelajar yang ramai secara langsung mewujudkan suasana yang membenarkan berlakunya masalah disiplin. Keadaan ini merumitkan tugas guru bagi mengawal disiplin mereka. Di samping itu terdapat pelajar yang tidak mendapat layanan guru. Golongan itu akan berasa kecewa dan seterusnya berusaha untuk mendapat p[erhatian guru. Mereka tidak menghiraukan tindakan yang diambil.

Keluarga iaitu Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk sikap anak-anak. Tingkah laku pelajar dipengaruhi juga oleh faktor keluarga. Didikan dan asuhan yang bermula di rumah merupakan asas atau acuan untuk membentuk sikap anak-anak. Kegagalan ibu bapa untuk menunaikan tanggungjawab yang diperlukan kanak-kanak, boleh mendatangkan maslah disiplin ketika melangkah ke alam persekolahan. Seterusnya menimbulkan masalah kepada pihak sekolah dan guru.

Disamping

itu,

pengaruh

rakan

sebaya

dimana

sikap

rakan

sebaya

mempengaruhi tingkah laku dan perwatakan pelajar tersebut. Rakan sebaya yang baik boleh membantu seseorang pelajar menjadi insan yang mempunyai sifat-sifat sosial yang positif.

Sebagai kesimpulan, harus kita ingat bahawa apa jua intervensi yang digunakan hendaklah setimpal dengan situasi yang berkenaan serta selaras dengan falsafah guru tersebut. Satu-satu intervensi mungkin tidak sesuai bagi semua guru dan tidak ada satu pun yang boleh dikatakan sebagai yang paling baik atau terbaik. Oleh itu, pelbagai

intervensi yang dicadangkan oleh ahli teoris harus digunakan oleh guru dalam mengawal disiplin bilik darjah. Sehubungan itu, intervensi disiplin senantiasa diperkembangkan serta dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak dak keperluan pelbagai jenis murid. Intervensi yang terbaik ialah intervensi yang berlandaskan pelbagai pendekatan.

Kesimpulannya, Kebanyakan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam bilik darjah bersifat pelbagai dimensi dan merupakan simptom-simptom masalah yang dihadapi oleh murid-murid pada pelbagai aras. Sebagai seorang guru, kita harus boleh bezakan bila sesuatu tingkah laku ditakrifkan sebagai yang bermasalah atau bukan bermasalah. Jika bermasalah pun, tingkah laku atau disiplin tersebut mempunyai darjat keseriusannya. Yang tidak kurang penting juga kita ketahui puncanya, kesan dan implikasi tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah agar kita lebih memahami murid yang menimbulkan masalah disiplin, seterusnya bertindak ke arah mengawasi situasi bilik darjah agar tidak bertambah lagi teruk sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

ESEI

NAMA

: NURFARAHANA BT SHAMSUDIN ( 890207- 03 - 6148 ) HASLIZA BT HUSSIN

KUMPULAN

: PISMP JANUARI 2009 ( 3 PEMED 2 )

TAJUK ESEI

: PengurusaN disiplin bilik darjah. Pelbagai model disiplin dan aplikasinya. Pengurusan kelompok kounin. Terapi realitI glaser, masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di bilik darjah,

PENSYARAH TARIKH SERAHAN

: EN. ANUAR BIN YAAKOB : 25 MAC 2010

BIBLIOGRAFI

Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel, 2008. Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Internet :http://www.scribd.com/doc/17805545/Definisi-Masalah-Tingkah-Laku http://www.scribd.com/doc/15080456/Perbandingan-Model-tingkahlaku http://www.scribd.com/doc/22218911/Pengurusan-Bilik-Darjah

REFLEKSI

NAMA

: NURFARAHANA BT SHAMSUDIN

NO.KAD PENGENALAN : 890207-03-6148

Sepanjang menyiapkan esei ini saya telah didedahkan dengan ilmu mengenai pengurusan disiplin bilik darjah, pelbagai model disiplin dan aplikasinya, Pengurusan kelompok kounin, Terapi reality glaser, masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di bilik darjah ini saya telah memperoleh lmu mengenai pengurusan bilik darjah dan jenisjenis tingkah laku bermasalah yang banyak mengajar saya mengenai peranan-peranan seorang guru dalam menangani tingkah laku bermasalah. Saya dapat menggunakan strategi pengurusan bilik darjah bagi mengatasi masalah disiplin. Disini saya ingin menyatakan perasaan saya mengenai aktiviti pembentangan yang telah saya dan rakan sekumpulan jalankan sebelum menyiapkan esei ini. Saya dan rakan sekumpulan telah melakukan pembentangan mengenai pengurusan disiplin bilik darjah, pelbagai model disiplin dan aplikasinya, Pengurusan kelompok kounin, Terapi reality glaser, masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah di bilik darjah dan perasaan saya semasa melakukan pembentangan ini ialah saya berasa lega dan bersyukur kerana maklumat yang telah saya dan rakan sekumpulan peroleh daripada buku dan internet banyak membantu dalam menyempurnakan proses pembentangan. Komen positif yang telah diterima selepas pembentangan telah mendorong kami untuk melakukan sesuatu yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Saya juga telah mempelajari pentingnya kerjasama dan saling membantu dalam menyiapkan esei ini, dengan adanya semangat kerjasama ini saya berasakan esei ini dapat dijalankan dengan sempurna dan jayanya.