Anda di halaman 1dari 16

GOLONGAN MAK NYAH

Chia Woan Zhao Chong Weng Siong Nurul Aini Mudayat Rohana Abdul Rahim PEC060009 PEC060010 PEC060055 PEC060082

Definisi

Transvestisme - Lelaki yang suka memakai pakaian wanita dan mempamerkan diri dikenali sebagai bapuk atau pondan -Golongan ini tidak semestinya transeksual atau homosexual Transeksual - Perempuan atau lelaki yang merasai diri mereka sepatutnya tergolong pada seks yang berlainan. Mereka merasakan bahawa mereka mempunyai organ seksual yang salah. Justeru itu, mereka menjalani sex reassignment therapy iaitu pembedahan pertukaran seks atau pengambilan hormon -Golongan dikendalikan sebagai Mak Nyah atau Pak Nyah

Golongan 3rd gender daripada perspektif klien

Bapuk- lelaki transfer menjadi pondan -Anak-anak baru golongan Mak Nyah Pondan- individu yang mempunyai struktur lelaki. Mereka bertingkah laku seperti perempuan dan mempunyai keinginan untuk menjadi perempuan tetapi masih tidak mempunyai ciri-ciri perempuan Mak Nyah- golongan ini akan berpakaian seperti perempuan dan mempunyai sifat-sifat kewanitaan.

Cabaran yang dihadapi oleh kaunselor

Kekeliruan tentang definisi Mak Nyah. Kategori dan makna Mak Nyah adalah berbeza-beza bagi golongan ini. Contohnya, Mak Nyah adalah satu trend si mana seseorang individu akan mengalami peringkat bapuk, pondan dan sampai ke peringkat Mak Nyah. Tetapi bagi pandangan lain pula bapuk dan pondan adalah sama maksud dan Mak Nyah pula ialah transexual.

Gangguan Emosi Merasa tersentak apabila setiap klien memanggil dengan nama Puan sehingga sering kali hilang fokus tentang perkara yang dibincangkan. Berasa gementar dalam sesi kerana bimbang soalan yang ditanyakan mungkin menyebabkan klien tersinggung perasaan. Dengan itu, amat sukar untuk menyentuh isu-isu yang sensitif seperti isu pelacuran, hubungan sejenis dan transgender yang berkait dengan diri klien.

Kesusahan dalam penerimaan tanpa syarat di mana tingkah laku klien yang menyinggung perasaan kaunselor. Misalnya, klien memegang breastnya dalam penjelasan tentang kesan pengambilan pil-pil hormon ke atas sifatsifat kewanitaan. Penggunaan bahasa di mana term-term yang digunakan kurang difahami. Contohnya, salah seorang klien adalah berasal dari negara Myanmar, penggunaan Bahasa Melayu agak berbeza di mana klien menggunakan perkataan anda digantikan dengan perkataan Lu. Situasi ini juga menyebabkan terlibat pihak ketiga sebagai penjemah dalam sesi ini.

Susah menunjukkan empati kerana amat sukar untuk berdiri di perspektif klien. -sukar faham bagaimana klien mengasimilasikan dirinya ke dalam budaya mak nyah. Menghadapi masalah dalam mendapatkan klien untuk 3rd gender ini untuk menjalankan sesi kaunseling dan rakaman. - kebanyakan mereka kurang rasa selesa datang ke sesi kaunseling kerana mereka rasa dirinya akan dicamkan orang lain.

Pengalaman

Merupakan pengalaman kali pertama menjalankan sesi kaunseling dengan golongan Mak Nyah Mempelajari maksud mengenali golongan 3rd gender daripada klien. 3rd gender maksud golongan yang pelik-pelik seperti bapok, pondan, Mak Nyah.

Didapati setiap budaya dan world view individu adalah berbeza-beza dan unik. Kadang-kala, Individu akan menghukum orang daripada luaran dan bukan daripada dalaman individu menyebabkan wujudnya diskriminasi terhadap pihak tertentu. Contohnya, klien rasa sesetengah orang akan tetap mendiskriminasi 3rd gender walaupun mereka mempunyai kelulusan pendidikan yang tinggi.

Memperolehi pengetahuan tentang konteks budaya individu akan mempengaruhi world view golongan ini. -World view klien adalah golongangolongan seperti mak nyah dapat menerima dirinya yang bersifat kewanitaan manakala lelaki-lelaki yang biasa tidak dapat menerima dirinya jika bersifat kewanitaan.

Penerimaan kendiri akan tercapai bagi golongan Mak Nyah apabila sampai di tahap kematangan ( Enjoy to be I am Who I am)

Golongan 3rd gender ini perlu patut kepada norma masyarakat sekiranya mereka ingin menyesuaikan diri dalam masyarakat. Contohnya, Klien akan memotong rambut yang pendek dan berpakaian seperti lelaki semasa waktu kerja supaya tidak menyinggung perasaan terhadap orang lain.

Sensitiviti golongan Mak Nyah adalah tinggi. Contohnya, golongan ini akan rasa kurang selesa dan marah apabila terdapat individu yang menejek-ejekkan mereka atau marah jika dipanggil bapuk.

Belajar mengawal emosi dan respon diri di mana tingkah laku klien yang mungkin akan menyinggung perasaan kaunselor. Contohnya, klien memegang breastnya dalam sesi bagi penjelasan kesan pengambilan hormon. Kaunselor perlu tenang dalam meneruskan sesi.

Penerimaan tanpa syarat bukan satu perkara yang senang dalam kehidupan sebenar. Contonya, kaunselor perlu menjalankan sesi dengan golongan Mak Nyah ini baru dapat mengetahui diri sama dapat menerima golongan 3rd gender atau tidak.

Kaunselor perlu bersifat cultural intentionality. - the ability to generate a maximum number of thought, words and behavours to communicate with self and others within a given culture.

Kaunselor perlu mempunyai keupayaan untuk menjana pemikiran, kata-kata, tingkah laku yang sepatutnya untuk komunikasi dengan golongan daripada kepelbagaian budaya. Contohnya, kaunselor perlu sensitif dan memahami budaya masing-masing dan tidak mempersendakan budaya klien (mak nyah).

Harapan

Harap dapat mempunyai peluang dalam memahami golongan ini dengan lebih mendalam melalui sesi kaunseling atau interview supaya tidak membuat tanggapan dan andaian yang negatif terhadap golongan ini. Tidak mendiskriminasikan golongan 3rd gender dengan dapat mengendalikan sesi dengan golongan Mak Nyah seperti biasa.

Kaunseling golongan Mak Nyah amat diperlukan supaya golongan ini mendapatkan kemahiran-kamahiran dalam menguruskan hal-hal harian dan juga membantu memperkembangkan potensi diri dan penyesuaian diri dalam masyarakat. Hal ini kerana hanya terdapat dua organisasi swasta yang mengendalikan isu-isu transeksual di Malaysia iaitu PTF (formerly Pink Triangle Foundation) and the Federal Territory Mak Nyah Association adalah tidak cukup untuk memberi bantuan kepada golongan Mak Nyah yang semakin meningkat.

Kesimpulan

Golongan Mak Nyah tidak semestinya memberi kesan negatif kepada masyarakat. Penerimaan tanpa syarat dan empati amat penting dalam mengendalikan sesi kaunseling dengan golongan Mak Nyah. Walau bagaimanapun, bukan semua kaunselor dapat menerima klien dari golongan Mak Nyah. Dengan itu, kaunselor perlu merujuk klien kepada kaunselor lain sekira didapat dirinya tidak berupaya mengendalikan sesi dengan golongan ini.