Anda di halaman 1dari 1

Khuluk dan Pengertiannya : Khuluk ialah penceraian di antara suami dan isteri dengan cara tebus talak, iaitu

isteri dengan cara tebusan sebagai ganti rugi atau memulangkan kembali mahar dan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Hukum melakukan khuluk ialah harus. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, sama ada waktu suci atau waktu idah. Pada kebiasaannya khuluk adalah kehendak dan kemahuan isteri walapun suami tidak berniat untuk menceraikannya. Penceraian yang berlaku kerana tebus talak, suami tidak boleh rujuk dan tidak boleh menambah talak sewaktu idah kecuali dibolehkan berkahwin dengan bekas isterinya dengan akad baru. Firman Allah S.W.T Maksudnya: ".....Tidak halal bagi kamu mengambil semula apa-apa yang telah diberikan kepada mereka sedikit pun, kecuali kedua-dua suami isteri, takut tidak dapat menjalankan hukum Allah. Jika kamu ( wali-wali ) khuatir mereka tidak dapat menjalankan hukum Allah, maka keduaduanya tidak berdosa tentang apa-apa bayaran ( tebus talak ) yang dibayarnya "

Anda mungkin juga menyukai