Anda di halaman 1dari 14

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

KELAS INTERVENSI AWAL MEMBACA DAN MENULIS (KIA2M)

PENDAHULUAN Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah ini. Satu program alternatif telah dirancang untuk menyelesaikan masalah penguasaan membaca dan menulis ini. Program ini diberi nama Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis KIA2M. Program khas ini dijalankan oleh guru Bahasa Melayu selama tiga atau enam bulan. Program ini wajib dikendalikan di semua sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis kebangsaan diberi pilihan, bergantung kepada budi bicara pihak pentadbiran sekolah berkenaan. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) pula dipertanggungjawabkan untuk membantu Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) untuk menjayakan program ini. BPG telah mengarahkan semua Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk mengambil sekolah orang asli untuk dijadikan anak angkat bagi program KIA2M. BPG merasakan IPGM boleh membantu menjayakan program KIA2M ini kerana mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang penting yang diperlukan seperti ilmu pendidikan dan pemulihan.

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) 2006-2010

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

Teras 1 Membina Negara Bangsa

Teras 2 Membangunkan Modal Insan

Teras 6 Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) 2006 - 2010

Teras 3 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Teras 5 Memartabatkan Profesion Keguruan

Teras 4 Merapatkan Jurang Pendidikan

Rajah 1 : Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidkan (PIPP) 2006-2010

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010 dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertujuan untuk memantapkan sektor pendidikan Negara. Pelan ini akan menjadi garis panduan bagi pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun iaitu 2006 hingga 2010 dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9). Merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh. PIPP bukan sahaja akan membangunkan sekolah kebangsaan sebagai sekolah aliran perdana, malah kualiti pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) turut ditingkatkan bersama.

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

Perancangan pembangunan ini meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia. Matlamat utama dalam menghasilkan pendidikan berkualiti bagi semua dalam PIPP ini adalah berdasarkan dua pendekatan utama.

Pendekatan pertama : Memastikan akses kepada pendidikan dan menyamaratakan medan persaingan dalam kalangan murid. Antara strategi yang digariskan termasuk seperti yang berikut : 1. Semua rakyat, tanpa mengira lokasi atau kaum (contoh : oaring asli atau suku kaum) ataupun mereka yang kurang upaya turut diberi peluang pendidikan yang adil dan saksama; 2. Semua murid akan diberi peluang untuk menguasai 3M, iaitu kemahiran membaca, mengira dan menulis tanpa mengira samada mereka berasal daripada keluarga miskin, tinggal di kawasan luar bandar atau pedalaman; 3. Akses ICT, khususnya capaian internet ditingkatkan agar boleh sampai kepada semua jenis sekolah dan lokasi.

Pendekatan Kedua : Mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan sehingga Berjaya mengharumkan nama dan system pendidikan Negara di mata dunia. Strategistrategi berikut telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) :
1. Kenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah

Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Premier, Sekolah menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah 100 tahun (Centennial), Sekolah Bestari dan sekolah-sekolah Putrajaya dan Cyberjaya; 2. Perkenalkan pelbagai program yang dapat membantu untuk meningkatkan lagi kelebihan, kekuatan dan daya saing sekolah-sekolah dalam kluster ini.

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

Sepertimana yang kita sedia maklum PIPP mempunyai enam teras utama (Lihat Rajah 1), iaitu : i. ii. iii. iv. v. vi. Teras 1 Teras 2 Teras 3 Teras 4 Teras 5 Teras 6 Membina Negara Bangsa Membangunkan Modal Insan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Merapatkan Jurang Pendidikan Memartabatkan Profesion Keguruan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Fokus utama dalam PIPP bagi Program Kelas Intervensi Awal membaca dan Menulis (KIA2M) ialah dalam Teras 3 iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Di dalam teras ini, ia memberi penekanan kepada memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK). Ini kerana sekolah kebangsaan mempunyai peranan yang penting sebagai tapak untuk menyemai dan memupuk perpaduan di antara kaum daripada peringkat awal persekolahan. Dasar memperkasakan sekolah kebangsaan diwujudkan bagi memastikan semua sekolah rendah yang berbasaha pengantar Bahasa Melayu dan sekolah menengah kebangsaan menjadi sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia. Matlamat dasar ini adalah untuk meningkatkan dan memperkukuh perpaduan dikalangan pelajar pelbagai kaum. tinggi selaras dengan aspirasi nasional. Strategi pelaksanaan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan antaranya ialah : i. ii. iii. iv. Meluaskan program pra-sekolah; Memantapkan kepimpinan guru besar dan kualiti guru; Mengukuhkan budaya sekolah; Memantapkan kurikulum, program ko-kurikulum dan sukan; Justeru, pelajar-pelajar dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta toleransi yang

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

v. vi. vii.

Menambahbaikan sistem sokongan; Meningkatkan prestasi akademik; dan Menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas yang mencukupi dan berkualiti.

Berdasarkan kandungan Bab 6 : Teras 3 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dalam (muka surat 80) Perkara 6.17 menyatakan bahawa, pada tahun 2005, 4.4 peratus murid sekolah rendah dan 0.8 peratus pelajar sekolah menengah masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Peratusan ini termasuk juga pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Mulai tahun 2006, KPM telah memperkenalkan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bagi memastikan murid-murid Tahun 1 dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis selepas enam bulan mengikuti persekolahan. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran akan mengikuti kelas pemulihan. Cabaran KPM adalah untuk mengurangkan masalah tidak menguasai 3M dan memastikan semua kanak-kanak 5+ tahun terutama kanak-kanak yang tinggal di luar bandar dan pedalaman, kanak-kanak berkeperluan khas, anak Orang Asli dan suku minoriti di Sabah dan Sarawak mengikuti prasekolah sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah.KPM juga akan terus memperluas Program Pemulihan dengan menaik taraf 2,800 kelas pemulihan dan menyediakan guru pemulihan yang secukupnya, sejajar dengan Keputusan Kabinet tahun 2005 untuk memantapkan lagi program tersebut.

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

Kegagalan menguasai kemahiran membaca dan

KELAS INTERVENSI AWAL MEMBACA DAN MENULIS Guru : Bahasa Melayu Tahun 1 Pemulihan Khas Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual Matlamat Pemulihan dalam kelas Penguasaan 2M murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan WAJIB Sekolah Jenis Kebangsaan Pemulihan Khas

Murid lambat

Pencalonan, Ujian Penapisan, Perancangan, Pengajaran, Penilaian, Tindakan Susulan

Rajah 2 : Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

LATAR BELAKANG Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) telah dilaksanakan pada bulan Mac 2006 ekoran daripada pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 2010 (Rujuk Rajah 1). Dalam Mesyuarat Memperkasa Sekolah Kebangsaan telah diadakan pada 22 November 2005 masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam kalangan murid-murid diberi perhatian serius. Sebagai langkah segera, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diberi mandat untuk melaksanakan program KIA2M ini. Selain itu, tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi memastikan murid yang mengikuti Kelas KIA2M ini dapat mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut setiap perkataan dan ayat tunggal dengan sebutan yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

MATLAMAT PROGRAM KIA2M Program KIA2M dilaksanakan adalah bagi memastikan 100% murid Tahun Satu menguasai 2M, iaitu kemahiran asas membaca dan menulis. Bagi mencapai matlamat ini, program ini telah menggariskan tujuan-tujuan seperti berikut :
i.

Membantu murid-murid Tahun Satu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu;

ii.

Memberi peluang murid-murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan tahap kebolehan masing-masing;

iii.

Meningkatkan keyakinan diri murid-murid; dan Menyemai semangat berminat untuk belajar.

iv.

OBJEKTIF 1. Menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. 2. Murid dapat mengikuti tahap kebolehan diri sendiri. 3. Meningkatkan keyakinan diri dan berminat untuk belajar.

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

KUMPULAN SASARAN Sasaran utama bagi program KIA2M ini ialah terdiri daripada murid-murid Tahun Satu yang : i. ii. iii. Perlukan pemulihan di dalam kelas; Perlukan pemulihan khas; Lambat dan masih belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Program KIA2M wajib dikendalikan di semua sekolah kebangsaan. pentadbiran sekolah. Manakala

sekolah jenis kebangsaan diberi pilihan bergantung kepada budi bicara pihak

TENAGA PENGAJAR Program khas KIA2M ini dilaksanakan dan dikendalikan oleh guru-guru khusus dan khas. Guru-guru ini boleh dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu : a) Guru Bahasa Melayu Tahun Satu; b) Guru Pemulihan Khas (sebagai pembantu); dan c) Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) Strategi Pengajaran dan Pembelajaran untuk program KIA2M ini adalah berpandukan kepada enam langkah utama, iaitu : i.Pencalonan; ii.Ujian Penapisan; iii.Perancangan;

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

iv.Pengajaran; v.Penilaian, dan vi.Tindakan susulan.

Pencalonan dan Ujian Penapisan Penubuhan kelas adalah berdasarkan jumlah murid Tahun Satu. Maka, tiada

penambahan kelas dan guru bagi tujuan tersebut. Sebelum murid-murid mengikuti program ini, mereka terlebih dahulu akan melalui proses pencalonan dan ujian penapisan kemasukan. Pengkelasan muris seterusnya adalah berdasarkan kepada skor seperti berikut : 09 10 44 45 60 : : : dirujuk kepada pengamal perubatan; menjalani program KIA2M, dan meneruskan pengajaran dan pembelajaran kelas biasa.

Perancangan Guru-guru yang telah dikenalpasti untuk mengendalikan program tersebut ini dikehendaki supaya merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan merujuk kepada modul pengajaran yang telah dibekalkan. Tetapi, mereka diberi kebebasan untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti dan latihan dalam modul tersebut agar relevan dan selaras dengan tahap kebolehan murid-murid berkenaan. Antara strategi yang dicadangkan termasuklah : a. Berpusatkan guru Perancangan dan pelaksanaan pengajaran dijalankan oleh guru secara individu dan murid hanya mengikut arahan guru dan belajar apa yang disampaikan. b. Berpusatkan murid

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

Penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh guru sama ada secara individu, kumpulan kecil atau kelas.

c. Berpusatkan bahan

Bahan-bahan pembelajaran yang akan digunakan disediakan dan disusun untuk digunakan oleh murid-murid setelah diberi keterangan yang oleh guru.

KUMPULAN Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

CEPAT Interaksi Guru Kerja Bertulis Pengukuhan

SEDERHANA Secara Interaksi Guru Kerja Bertulis

LAMBAT Kelas Secara Kumpulan Kecil Interaksi Guru Secara Individu

Pendekatan Selain itu, guru-guru yang mengendalikan kelas KIA2M juga mempunyai pilihan dari segi pendekatan yang hendak digunakan iaitu samada secara individu, berkumpulan atau kelas. Namun, apa yang penting ialah pendekatan yang dipilih hendaklah selaras dengan keupayaan murid, aktiviti yang dirancang dan kemahiran yang akan diajar. pendekatan yang digunakan ialah : a. Pendekatan secara individu Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu. Akan tetapi, bantuan rakan sebaya juga boleh digunakan (jika difikirkan perlu); b. Pendekatan secara berkumpulan Antara

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

Menggunakan strategi yang berpuasatkan murid. Ahli-ahli kumpulan terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama.

Guru menyampaikan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan;

c.

Pendekatan secara kelas Murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar dan dengan ini, keyakinan diri mereka akan dapat ditingkatkan.

Pengajaran Dalam menyampaikan aspek pengajaran yang telah dipilih, guru digalakkan untuk menggunakan pelbagai teknik agar dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. muid. Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah : a) Bercerita; b) Latih tubi; c) Tunjuk cara; d) Bersoal jawab; e) Main peranan; f) Menyanyi;
g) Lakonan; dan h) Kuiz.

Di

samping itu, menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu

Pelaksanaan Program KIA2M berpegang kepada prinsip dan dasar pengajaran Bahasa Melayu merentasi kurikulum dengan menggunakan strategi penggabungjalin mata pelajaranmata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual. Selain itu, murid-murid KIA2M juga akan mengikuti mata pelajaran Bahasa

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral seperti murid-murid lain. Tindakan Susulan Murid-murid KIA2M dibenarkan mengikuti kelas biasa setelah mereka lulus dalam menjalani Ujian Pelepasan 1 dan Ujian Pelepasan 2. Disamping itu, pencerapan dan pemantauan akan dilakukan oleh beberapa pihak termasuk :

Pusat Perkembangan Kurikulum dan bahagian lain dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM);

Jemaah Nazir Sekolah; Jabatan Pelajaran Negeri (JPN); Pejabat Pelajaran Daerah (PPD); dan Guru Besar. Selain itu, setelah murid program KIA2M telah selesai menjalani Ujian Pelepasan

mereka, satu laporan keberkesanan hendaklah disediakan kemudian dihantar kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.Subjeksubjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

a. Pendidikan Jasmani Kesihatan (3 waktu):

1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan; 2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan; dan

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

3. Lambung dan sambut pundi kacang/bola berabjad/suku kata.

b. Pendidikan Muzik (2 waktu): 1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak; 2. Pergerakan berirama; dan 3. Bunyi-bunyian berirama.

c. Pendidikan Seni (2 waktu):

1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin untuk membentuk abjad; 2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata; 3. Capan - mengecap bentuk; dan 4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.

Rumusan Sebagai rumusan, memang tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid diberi peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkan mereka memahami sesuatu konsep. Sehubungan itu, sudah tentu menjadi tugas dan tanggungjawab guru-guru yang terlibat dengan program KIA2M untuk membuat perancangan mengajar yang menyeluruh dan merangkumi pelbagai pendekatan,

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

teknik, media pengajaran dan aktiviti agar memudahkan tercapai matlamat yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai