Anda di halaman 1dari 3

PERMAINAN KORPORAT HAIWAN KESAYANGANKU Objektif Mengenalpasti tahap pemerhatian peserta, menguji kemahiran komunikasi yang berkesan dan

menyemai sikap kerjasama ahli kumpulan. Alatan : kertas mahjong dan marker pen Masa : 30 minit Prosedur aktiviti 1. Setiap kumpulan akan menghantar wakil untuk melihat lukisan gambar haiwan yang terdapat pada fasilitator. 2. Apabila wisel ditiup, wakil tadi berlari ke arah fasilitator melihat gambar yang ditunjukkan oleh fasilitator dan berlari semula ke kumpulan masing-masing dan menerangkan apa yang dilihat kepada ahli kumpulan untuk dilukis semula dalam masa yang ditetapkan. 3. Setiap kumpulan boleh menukar wakil mereka dengan syarat wakil pertama tidak boleh terlibat dalam aktiviti melukis bersama kumpulan mereka. 4. Kumpulan yang melukis seperti gambar yang terdapat pada fasilitator akan menjadi pemenang.

RUNAWAY PROJECT Tunjang : kreativiti Masa : 30 minit Objektif : memupuk kerjasama dalam menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan. Alatan : surat khabar lama, pita selofan, gunting. Arahan : 1. Salah seorang peserta dari setiap kumpulan dipilih sebagai volunteer 2. Setiap kumpulan diminta untuk merekacipta satu pakaian volunteer tersebut mengikut tema yang diberikan. 3. Pemenang akan ditentukan berdasarkan kreativiti, kekemasan dan aksesori tambahan.

GIVE ME WATER !!!! Tunjang : kerjasama, kepantasan. Masa : 30 minit Objektif : membina semangat kerjasama dan kepantasan semasa melakukan aktiviti. Alatan : botol, baldi, jam randik, pita pengukur. Arahan : 1. Setiap ahli kumpulan perlu membentuk satu barisan memanjang dari baldi hingga ke tempat botol yang disediakan. 2. Peserta paling hampir dengan baldi perlu mengambil air dalam baldi dengan mengunakan tangan dan kemudian mengalihkannya ke dalam tapak tangan peserta yang lain ahli kumpulan yang terakhir dikehendaki mengisi air tersebut ke dalam botol yang disediakan. 3. Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah air yang terkumpul berdasarkan masa yang ditetapkan.

KUMPUL PINGPONG Tunjang : kerjasama, kepekaan. Masa : 20 minit Objektif : menilai kepekaan dan kerjasama ahli kumpulan. Alatan : penutup mata, sudu, pingpong, mangkuk kecil. Arahan : 1. Setiap ahli kumpulan akan menghantar seorang wakil yang peka kepada arahan dan akan ditutup mata sambil membawa bola pingpong dalam sudu. 2. Seorang wakil lagi akan memberi arahan kepada wakil yang ditutup mata kearah mangkuk kecil untuk dikumpulkan pingpong. 3. Wakil tersebut tidak memijak garisan yang ditetapkan. Jika terpijak wakil tersebut akan mengulangi dari tempat asal. 4. Pemenang dikira sekiranya mengumpul bola pingpong paling banyak dalam mangkuk tadi.

RAHSIA OBJEKTIF : Menguji daya ingatan, kecekapan penglihatan dan semangat kerjasama dalam pasukan. Alatan : marker pen dan kertas Masa : 20 minit (8 kumpulan) Prosedur aktiviti : 1. Fasilitator akan meletakkan beberapa barang di dalam sebuah kotak. 2. Ahli kumpulan akan menghantar wakil untuk melihat barang-barang tersebut dalam masa yang telah ditentukan (3saat) 3. Peserta tadi akan cuba mengingati barang-barang tadi dan menyenaraikannya dalam kertas yang disediakan. 4. Proses ini akan dilakukan sebanyak lima kali iaitu setiap kumpulan akan menghantar lima orang wakil berbeza untuk melihat barang-barang tersebut. 5. Kumpulan yang paling banyak menyenaraikan barang yang terdapat dalam kotak akan dikira sebagai pemenang.

BUNYI-BUNYIAN Objektif : Menjana kemahiran berfikir, berkerjasama dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang baru. Alatan : bahan-bahan terbuang seperti botol, tong kosong, batang besi, daun dan sebagainya. Masa : 40 minit (25 minit cari bahan dan latihan, 15 minit bentang) Prosedur aktiviti: 1. Setiap kumpulan diminta mencari bahan-bahan terbuang yang ada di sekeliling yang boleh menghasilkan bunyi. 2. Seterusnya ahli kumpulan akan membentuk bunyi-bunyian tersebut menjadi satu irama apabila dimainkan secara bersama. 3. Setiap ahli kumpulan akan membunyikan dahulu alatan mereka satu persatu sehinggalah kesemuanya memainkan bunyi tersebut. 4. Amat penting sekali, bunyian yang dihasilkan mestilah membentuk satu irama yang enak untuk didengar. Oleh itu, penyusunan ton bunyi yang dimainkan mestilah dilakukan denga teliti.

Anda mungkin juga menyukai