Anda di halaman 1dari 5

Maksud Nilai Nilai lazimnya dikaitkan dengan nilai murni.

Nilai murni datang dari keluarga anda, rakan sebaya, masyarakat atau orang yang terdekat dengan anda. Nilai murni yang anda pegang adalah sangat bermakna pada anda dan ia membentuk keperibadian anda. Nilai murni anda haruslah sesuai dengan masyarakat. Sekiranya nilai anda bertentangan dengan persekitaran sosial, maka anda perlu bersedia untuk menghadapi keadaannya. Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. Amanah Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan samaada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain Cinta Akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Taat Setia Kepada Raja Dan Negara Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara. Sanggup Berkorban Untuk Negara Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.

Menyayangi Dan Menghargai Alam Sekitar Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Keharmonian Antara Manusia Dengan Alam Sekitar Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara. Kemapanan Alam Sekitar Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup. Peka Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya. Kasih Sayang Terhadap Keluarga Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. Hormat Dan Taat Kepada Anggota Keluarga Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan

kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga. Tanggungjawab Terhadap Keluarga Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nilai&d=10

Nilai-nilai murni ialah nilai -nilai yang tidak mengandungi unsur-unsur asing atau unsur-unsur yang mencemarkan sikap seseorang. Sila rujuk bahan ini:

1. Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan : menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru oleh Abd. Rahim Abd. Rashid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001 2. Pembangunan Watak Bangsa terbitan Akademi Kajian Ketamadunan 2005

3. Penyerapan Ilmu Pengetahuan Dan Pemupukan Nilai Murni Melalui Pendidikan Bahasa Melayu oleh Nawi bin Ismail Pelita Bahasa 01/10/1995

Nilai-nilai murni ialah nilai -nilai yang tidak mengandungi unsur-unsur asing/unsurunsur yang mencemarkan. Senarai nilai-nilai murni dalam pendidikan. Sila rujuk bahan ini :

1. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi Perubahan Dan Cabaran Alaf Baru oleh Abd. Rahim Abd. Rashid Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001

2. Pembangunan Watak Bangsa terbitan Akademi Kajian Ketamadunan 2005

3. Penyerapan ilmu pengetahuan dan pemupukan nilai murni melaluipendidikan bahasa Melayu oleh Nawi bin Ismail Pelita Bahasa 01/10/1995 Contoh nilai murni dalam pantun melayu. Nilai-nilai murni dalam pantun secara umumnya ialah nilai-nilai baik yang boleh dijadi panduan. Contoh nilai murni dalam pantun di bawah: Baju Melayu butangnya lima, Datangnya asal di Teluk Belanga; Jangan tuan suka menghina, Kita sama-sama hidup di dunia.

Dalam pantun di atas, nilai murni dapat dilihat dalam bahagian maksud pantun, iaitu baris ketiga dan keempat yang mengingkat kita tentang perbuatan menghina sesama sendiri yang tidak membawa manfaat dengan ingat kita hanya manusia biasa yang tentu sahaja ada melakukan kesalahan.