Anda di halaman 1dari 4

ISL 1 PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING posted Mar 11, 2010 6:43 PM by aim samad [ updated Mar

11, 2010 6:52 PM ] 1. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan

yang terancang dan berterusan. Murid dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmukdi Malaysia. 2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua murid.

Semua murid diberi peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan. 3. Semua murid mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan

apabila mereka memerlukannya. Pada ketikatertentu seorang murid mungkin memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya. 4. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan

keperluan murid bag! perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan_keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum mengikuttahap perkembangan dirinya. 5. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk menolong

murid memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan. 6. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berorientasikan masa

sekarang dan masa depan. Usaha-Usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan murid itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakannya sekurang-kurangnya dalam jangka masa panjang. 7. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menolong individu kelemahan diri dan memberi fokus kepada

menyedari

memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui aktivitiaktiviti perkembangan dan pencegahan. 8. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab

bersama. Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekolah iaitu pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa dan murid patut bekerjasama dan saling berunding antara satu dengan lain. 9. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, memerlukan

pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai murid.Segala maklumat mengenai murid adalah perlu untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling memahami murid secara menyeluruh supaya dapat memberi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan. 10. Setiap individu berbeza dari segi gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar. Secara amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut: 10.1 Orientasi Deria Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran

dan rasa. 10.2 Gerak Balas (Response) Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau melalui pemerhatian sahaja. 10.3 Corak Pemikiran Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuan tertentu. 11. Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alarm persekitarannya. Misalnya seorang murid yang dibesarkan di luar bandar, akan dapat dikesan sebagai berasal dari luar bandar, demikian juga sebaliknya. Oleh itu, bimbingan dan kaunseling boleh merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan, tetapi ini bergantung kepada nilai, jangka masa dan di peringkat mana khidmat itu dimulakan. Bimbingan dan kaunseling dijalankan supaya individu berkemampuan menyesuaikan diri.

12.

Perkhidmatan

Bimbingan

dan

Kaunseling

adalah

untuk

pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal murid.lni bermakna murid tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia kognitif. la harus dilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap, mental dan rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan kesepaduan ini.

13. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan

berdasarkan etika kaunseling. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan murid.

Perkembangan Semasa Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah. Langkah awal kaunselor ialah mempastikan bimbingan dan kaunseling telah berjalan di sekolah. Perlaksanaan bimbingan dan kaunseling telah berjalan atau belum, kemudahan bilik kaunseling, guru-guru kaunseling, jawatankuasa bimbingan dan kaunseling, pembimbingan rakan sebaya dan tahap pengetahuan mengenai bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut. Selalunya di sekolah menengah, bimbingan dan kaunseling sedia wujud tetapi cuma pengurusan adakalanya tidak sempurna kerana ketiadaan kaunselor yang berkelayakan.

Anda mungkin juga menyukai