Anda di halaman 1dari 18

BAB 5

KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

BERIKAN ISI KERAJAAN PERJANJIAN AQABAH KEDUA


 Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam  Mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w  Menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah ke Madinah  Menjanjikan keselamatan Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam  Menyediakan tempat tinggal kepada orang Islam  Sedia mempertahankan Islam

MENGAPAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W DAN ORANG-ORANG ISLAM BERHIJRAH KE MADINAH


     Perintah Allah menerusi wahyu Strategi baru untuk meneruskan penyebaran Islam Mengatasi ancaman orang Aus dan Khazraj Memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj Jaminan keselamatan dan bantuan daripada orang Arab Madinah  Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam  Mendamaikan masyarakat Madinah yang bermusuhan

BERIKAN HUJAH-HUJAH BAGI MENYANGKAL PANDANGAN ORIENTALIS BARAT YANG MENTAFSIR HIJRAH ADALAH SUATU PELARIAN
 Penghijrahan berlaku kerana jemputan orang Madinah  Orang Islam diterima dengan rela / disambut dengan meriah  Orang Islam diberikan tempat tinggal  Dijamin keselamatan  Nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi pemimpin Madinah

PADA PENDAPAT ANDA, MENGAPAKAH PENGHIJRAHAN YANG BERLAKU HARI INI BERBEZA DARIPADA PENGHIJRAHAN ORANG ISLAM DARI MEKAH KE MADINAH?

 Penghijrahan berlaku akibat peperangan  Mereka dianggap pelarian  Kehadiran mereka tidak diundang  Mereka akan dihantar pulang ke tempat asal

MENGAPAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W MEMILIH MADINAH SEBAGAI TEMPAT UNTUK MENERUSKAN PENYEBARAN ISLAM?
Wahyu Ancaman Aman Jemput Terima Taat Sanggup Islam Jamin Bantuan Kerajaan - Perintah Allah menerusi wahyu - Tiada ancaman yang menjejaskan penyebaran Islam - Suasana aman memudahkan penyampaian dakwah Islamiah - Dijemput oleh suku Aus dan Khazraj - Kehadiran orang Islam diterima oleh masyarakat Madinah - Suku Aus dan Khazraj mengaku taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w - Kesanggupan orang Madinah mempertahankan - Orang Islam mendapat jaminan keselamatan - Sokongan dan bantuan yang ditawarkan oleh orang Arab Madinah - Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam

HIJRAH MEMPUNYAI NILAI YANG SANGAT PENTING KEPADA PENINGKATAN TAMADUN MASYARAKAT ARAB PADA MASA ITU DAN MASYARAKAT ISLAM PADA MASA INI

              

Dakwah Damai Persaudaraan Perpaduan Harmoni Masjid Fungsi Takwim Madinah Tamadun Budaya Pengorbanan Bijaksana Negara Piagam

- Selepas Hijrah, dakwah Islamiyah dilaksanakan secara terbuka - Nabi Muhammad s.a.w berjaya mendamaikan suku Aus dan Khazraj melalui semangat persaudaraan Islam Hijrah telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam dan orang Islam Madinah - Hijrah mewujudkan perpaduan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama - Hijrah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah - Nabi Muhammad telah membina Masjid al-Nabawi - Masjid berfungsi sebagai tempat beribadat, belajar, membincangkan masalah serta mengadakan aktiviti harian - Sempena Hijrah, wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam - Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawwarah - Madinah menjadi pusat tamadun Islam - Agama Islam menjadi budaya hidup dalam semua bidang - Memperlihatkan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi dan golongan wqnita dalam perjuangan Islam - Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.aw mengatur strategi perjuangan - Hijrah membolehkan penubuhan sebuah negara Islam - Lahirnya sebuah perlembagaan Islam iaitu Piagam Madinah

NYATAKAN PERKARA-PERKARA YANG TERKANDUNG DALAM PIAGAM MADINAH


POLITIK
             Pemimpin Hakim Pertahan Undang-undang Amal - Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin Madinah - Baginda adalah hakim - Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar - Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh - Peraturan kabilah yang selari dengan Islam boleh diamalkan

EKONOMI
Sama Kerjasama negara Riba Ummah Musuh Bebas Jamin - Peluang ekonomi yang sama rata - Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi kemajuan - Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan

SOSIAL
Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah Masyarakat Madinah tidak boleh bernusuhan sesama sendiri Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama / adat mereka Keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mereka mematuhi Piagam Madinah

HURAIKAN KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH


POLITIK
                 Panduan Kaedah Allah Terima Ikut Praktik Lengkap Larang Galak Masalah Telus Meningkat Satu Adil Susun Hak Kuat - Menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan Islam - Menunjukkan kaedah mendirikan kerajaan iaitu dengan menyusun perlembagaan negara dahulu sebelum mengasaskan kerajaan - Sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi - Perlembagaan dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat - Satu perundangan yang boleh diikuti oleh kesemua masyarakat - Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara berbilang kaum - Peraturan lengkap merangkumi dunia dan akhirat

EKONOMI
Melarang amalan riba, rasuah, penipuan, dan penindasan Menggalakkan sifat bertimbang rasa dan bersedekah Masalah ekonomi orang Muhajirin dapat diatasi Ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan Ekonomi kerajaan Islam Madinah mula meningkat

SOSIAL
- Berjaya membentuk masyarakat yang bersatu padu dan aman - Konsep keadilan sosial dipraktikkan di Madinah dengan menekankan persamaan hak dan taraf di kalangan masyarakat - Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik - Kesemua bangsa mempunyai hak dalam negara Madinah dan mereka harus mematuhi peraturan yang ditetapkan - Negara Madinah menjadi kuat dan disegani

NYATAKAN KEADAAN-KEADAAN YANG MEMBENARKAN UMAT ISLAM BERPERANG

Dengan keizinan Allah Apabila diserang oleh musuh Untuk mempertahankan maruah diri Untuk mencari keamanan Memelihara tempat ibadat Menjaga maruah negara Menjaga harta benda dan nyawa Mengikut prinsip-prinsip Islam

APAKAH PRINSIP-PRINSIP PEPERANGAN YANG TELAH DIGARISKAN OLEH ISLAM?


Apabila diserang oleh musuh Bertujuan mempertahankan maruah diri, agama dan negara Dilarang membunuh sesuka hati Dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan Dilarang menyeksa / membunuh tawanan perang Jika ditawarkan perdamaian, orang Islam harus memilih perdamaian

APAKAH BUKTI YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ISLAM BERKEMBANG BUKANNYA MELALUI PEPERANGAN
Peperangan dalam Islam bukan bertujuan menyebarkan Islam Peperangan bertujuan mempertahankan maruah diri, agama dan bangsa Islam tidak berkembang melalui paksaan Islam dikembangkan secara sukarela dan toleransi Nabi Muhammad s.a.w mengampunkan tawanan perang Tentera Islam dilarang bertindak ganas / membunuh sesuka hati / memusnahkan tanaman / menyeksa tawanan

MENGAPAKAH ORANG ISLAM BERCADANG UNTUK MENZIARAHI KOTA MAKKAH?

Di situ terletaknya Kaabah Tempat asal orang Muhajirin Tempat turunnya wahyu yang pertama Ingin mengerjakan umrah Dipersetujui oleh Rasulullah s.a.w

NYATAKAN KELEBIHAN YANG ADA PADA USMAN BIN AFFAN BAGI MEWAKILI ORANG ARAB ISLAM UNTUK BERUNDING DENGAN ORANG ARAB QURAISY DI MAKKAH

Mempunyai ramai saudara mara di Makkah Matang berbanding sahabat lain Sifatnya yang lembut / bertolak ansur

SEBUTKAN KANDUNGAN PERJANJIAN HUDAIBIYAH


Bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun Kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah Orang Islam Madinah memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya

APAKAH PENGAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL DARIPADA PERJANJIAN HUDAIBIYAH?


Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya Orang Islam bebas memasuki kota Makkah / beribadat di Kaabah Orang Arab bebas menganut sebarang agama Islam berkembang meluas Bilangan penganut Islam meningkat Pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w Orang Quraisy Makkah mengiktiraf kerajaan Islam Madinah Perintis pembukaan semula kota Makkah

APAKAH FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN NABI MUHAMMAD S.A.W BERTINDAK MEMBUKA SEMULA KOTA MAKKAH?
Langgar Gencatan Kebebasan Memihak Bunuh Strategi Mantap - Pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah - Mencabuli syarat gencatan senjata selama 10 tahun - Orang Quraisy tidak menghormati kebebasan yang dipersetujui bersama - Orang Quraisy memihak kepada Bani Bakar yang bermusuhan dengan Bani Khuzaah - Orang Arab Quraisy membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam - Strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam - Memantapkan kedudukan kerajaan Islam Madinah

HURAIKAN KEPENTINGAN PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH TERHADAP PERKEMBANGAN ISLAM


Peluk Perpaduan Sebar Kaabah Berhala Suci Tumpuan Kukuh Jalan Aman - Pengislaman Abu Sufian dan Abbas menyebabkan orang Arab Quraisy memeluk Islam - Wujudnya perpaduan di kalangan masyarakat Arab Makkah - Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam - Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah - Terhapusnya amalan menyembah berhala - Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam - Kota Makkah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia - Madinah menjadi pusat pemerintahan Islam yang kuat - Membuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab - Dakwah Islam tersebar secara aman

Anda mungkin juga menyukai