Anda di halaman 1dari 29

11 2111

Indeks Kandungan
M/S 1.0 2.0 Pendahuluan Sumbangan Islam Dalam Bidang 4 6 3

Matematik 2.1 Pengenalan 2.2 Tokoh & Sumbangan 3.0 Sumbangan Islam Dalam Bidang

Astronomi 3.1 Pengenalan 3.2 Tokoh & Sumbangan 4.0 Sumbangan Islam Dalam Bidang

12 14

Perubatan 4.1 Pengenalan 4.2 Tokoh & Sumbangan 5.0 6.0 Kesimpulan Sumber Rujukan

20 21 28 29

Pendahuluan
Islam adalah agama yang menekankan aspek nilai-nilai murni dan ilmu seperti yang diterangkan di dalam al-Quran. Tamadun Islam telah memberi sumbangan yang amat besar sekali kepada perkembangan pesat dan kemajuan peradaban dunia pada hari ini. Tamadun Islam bermulasejak zaman Rasulullah SAW iaitu dari tahun 610M 632 M. Zaman Rasulullah SAW terbahagi kepada dua iaitu dakwah makiyyah dan juga daulah madaniyyah yang merupakan pencentus kepada kebangkitan awal tamadun Islam. Usaha-usaha murni Rasulullah SAW diteruskan oleh para Khulafa Ar-Rasyidin iaitu dari tahun 632M 661M. Mereka ialah Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq R.A. (632M 634M), Khalifah Umar Bin Al-Khattab R.A. (634M 644M), Khalifah Uthman Bin Affan R.A. (644M 656M), dan Khalifah Ali Bin Abi Talib K.W. (656M 661M). Zaman perluasan tamadun Islam telah dijayakan oleh Bani Umayyah iaitu dari tahun 661M 750M. Selepas kejatuhan kerajaan Bani Umayyah, empayar Islam telah dikuasai oleh Bani Abassiyah. Namun begitu, seorang kerabat khalifah Bani Umayyah iaitu Khalifah Abdul rahman Al-Dakhil telah berjaya melarikan diri ke Damsyik dan pergi ke Andalus serta menguasai pemerintahan di Cordova, Sepanyol. Cordova merupakan pusat pentadbiran dan intelektual utama di Andalus. Pemerintahan Bani Umayyah di Sepanyol bertahan selama 252 tahun. Sumbangan tamadun Islam Andalusia kepada peradaban dunia meliputi pelbagai aspek kehidupan terutamanya dalam lapangan intelektual. Sehubungan dengan itu, Andalusia disebut sebagai anugerah tamadun Islam. Lapangan intelektual yang paling menyerlah diterokai oleh umat Islam ialah bidang matematik, astronomi dan perubatan. Berdasarkan kemajuan Islam dalam bidang intelektual ini, tamadun Islam yang bertapak sejak zaman Rasulullah SAW terus berkembang ke seluruh dunia.

Page 2

Sumbangan Matematik
Pengenalan

Islam

Dalam

Bidang

Firman Allah SWT:

Page 2

4 Dan mereka tinggal di dalam gua selama tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun (lagi)). (Surah Al-Kahfi : 25)1 Firman Allah di atas membuktikan bahawa ilmu hisab sudah ada di dalam Al-Quran, walaupun ianya di turunkan 1400 tahun yang lalu, tetapi apa yang patut kita sematkan dalam hati kita, AlQuran bukanlah kitab sains, ilmu hisab ataupun sejarah, tetapi ianya adalah kitab pedoman kepada umat Islam dalam mengecapi kesejahteraan di dunia dan juga akhirat jika beramal dengannya. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, matematik ialah ilmu pengetahuan mengenai nombor, bentuk, susunan, hubungan dll dgn menggunakan simbol.2 Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Empat, matematik ialah ilmu hisab.3 Ilmu matematik mempunyai pelbagai cabang seperti geometri iaitu cabang matematik yg

berkaitan dgn ukuran, sifat-sifat hubungan titik, garis, sudut, permukaan dan bongkah; algebra iaitu cabang matematik yg menggunakan huruf-huruf dan tanda-tanda (simbol-simbol) sebagai mewakili angka atau kuantiti; dan trigonometri iaitu cabang matematik tentang fungsi rajah segitiga, nisbah antara garis dan sudut-sudut yang terbentuk.

Bidang matematik berkait rapat dengan bidang astronomi. Terdapat ramai sarjana Islam Andalus yang menumpukan perhatian kepada bidang ini. Para sarjana Islam telah berjaya mengembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang matematik dengan mensintesiskan metodologi matematik India, Yunani, Mesir dan Mesopotamia. Antara penemuan matematik Islam ialah memperkenalkan sistem angka baru termasuklah angka sifar, sistem perpuluhan aritmetik, algebra, trigonometri dan geometri.

Terjemahan Al-Quran Al-Karim Rasm Uthmani Dalam Bahasa Melayu, Alhidayah House of Al-Quran Sdn Bhd (2009)
2 3

Kamus Elektronik Dewan Bahasa & Pustaka (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=matematik) Kamus Elektronik Dewan Bahasa & Pustaka (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=matematik)

Page 2

5 Antara tokoh-tokoh utama matematik Islam ialah Al-Khawarizmi (780M 863M), Al-Kindi (801M - 873M), Al-Biruni (973M 1051M), Al-Battani (858M 929M), Al-Buzjani (940 997M), Thabit Ibn Qurrah (836M 901M), Omar Al-Khayyam (1048M 1123M) dan ramai lagi.

Sumbangan Islam Dalam Bidang Matematik


Tokoh-tokoh dan Sumbangan
Al-khawarizmi (780M 863M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Mohammad Bin Musa Al-Khawarizmi. Gelaran Al selatan Laut Aral. Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah
Page 2

Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di

6 Khawarizm. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi beliau dikatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi. Al- Khawarizmi adalah seorang ahli matematik, astronomi, dan geografi. Sumbangan dalam bidang matematik: 1. Sistem Nombor Salah satu sumbangan terbesar al-Khawarizmi kepada tamadun dunia ialah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9.Sebelum angka ini diperkenalkan, setiap bangsa di dunia boleh dikatakan mempunyaicara untuk membuat pengiraan melalui angka-angka mereka sendiri. Sungguhpun demikian, nilai sifar dalam angka-angka yang digunakan oleh pelbagai tamadun tidak mempunyai simbol. Al-Khawarizmi merupakan orang pertama yang memperkenalkan angka sifar dalam ilmu matematik. Melalui salah sebuah bukunya, De Numero Indorum, beliau memperkenalkan penggunaan angka-angka yang digunakan oleh penduduk dunia sekarang. Pengenalan sistem angka yang sistematik oleh al-Khawarizmi bukan sahaja membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa, log, kosinus daan sebagainya, malah membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat.

2. Algebra Al-Khawarizmi dikenali juga sebagai bapa algebra melalui sumbangan beliau dalam memperkenalkan jurusan aritmetik iaitu algebra. Algebra secara ringkasnya merupakan satu bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan. Melalui kaedah penggunaan simbol yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah, banyak masalah pengiraan dapat diselesaikan. Secara praktiknya, masalah-masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi. Algebra mula diperkenalkannya melalui kitabnya yang berjudul Hisab al-Jabr waal-Muqabalah. Al-Khawarizmi dianggap mencipta ilmu baru yang belum pernah dicipta oleh pakar-pakar matematik sebelum ini. Al-Khawarizmi juga menghasilkan satu lagi buku yang berkaitan dengan
Page 2

7 algebra untuk mengatasi masalah praktikal yang dihadapi oleh umat Islam, khususnya melibatkan pengiraan seperti pembahagian harta pusaka dan perniagaan. Sungguhpun penyelesaian masalah-masalah itu terkandung dalam al-Quran dan hadis, namun ilmu yang diperkenalkannya dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit dan kompleks. Kitab yangdimaksudkan ini ialah al-Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah. 3. Geometri dan Trigonometri Melalui penggunaan algebra, al-Khawarizmi turut memberikan sumbangan dalam bidang yang lain seperti geometri dan trigonometri kerana kedua-dua bidang tersebut merupakan pecahan kepada bidang matematik yang melibatkan pengiraan. Geometri berkaitan tentang ciri dan hubungan antara titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal dalam ruang manakala trigonometri pula berkaitan dengan pengiraan segi tiga, sukatansisi dan sudutnya. Beliau telah turut menyentuh bidang tersebut dalam Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.

Al-Kindi (801M 873M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Abu Yousuf Yaqub Ibn Ishaq al-Kindi. Al-Khindi dilahirkan di Kufa sekitar tahun 800M. Beliau meninggal dunia pada 873 M pada masa pemerintahan al-M'utamid. Beliau merupakan seorang yang mempunyai kepakaran dalam banyak bidang meliputi falsafah, matematik, perubatan, astronomi, fizik, ahli geografi dan juga muzik. Namun begitu, beliau lebih dikenali sebgai ahli falsafah Arab. Sumbangan dalam bidang matematik: Tidak dinafikan sistem angka Arab sebahagian besar dikembangkan oleh Al-Khawarizmi, tetapi Al-Kindi juga membuat sumbangan yang besar dalam bidang matematik. Dia juga memberikan sumbangan dalam geometri untuk membantu dalam kajian astronomi. Al-Kindi merupakan
Page 2

8 seorang penulis yang produktif. Sepanjang hayatnya, al-Kindi menulis sekurang-kurangnya dua ratus lima puluh buah buku. Sumbangan terbesar beliau dalam bidang matematik ialah dengan menghasilkan 11 buah buku mengenai aritmetik dan 32 buah buku mengenai geometri.

Thabit Ibn Qurrah (836M 901M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Thabit Ibnu qurra Ibnu Marwan al-Sabi al-Harrani, namun lebih dikenali sebagai thabit. Beliau dilahirkan pada tahun 836M di Harran yang kini dikenali sebagai Turki dan meninggal dunia di Baghdad pada 901M. Thabit memberikan sumbangan untuk beberapa cabang ilmu pengetahuan, khususnya matematikdan astronomi, selain menterjemahkan sejumlah besar karya-karya dari Greek ke Arab. Sumbangan dalam bidang matematik: Beliau berperanan penting dalam memperluaskan konsep tradisional geometri kepada geometri algebra. Beliau juga mengemukakan persoalan baru dan mengkaji nombor tidak nisbah. Selain itu, beliau menyelesaikan kes istimewa persamaan kuasa tiga secara kaedah geometri. Al-Battani (858M - 929M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan alBattani al-Harrani namun lebih dikenali sebagai Al-Battani. Beliau dilahirkan sekitar tahun 858 Masihi di Harran. Battani mendapat pendidikan awal dari bapanya, Ibnu Jabir al-Battani San'an, yang juga seorang saintis terkenal. Dia kemudian pindah ke Raqqa, di mana beliau menerima pendidikan lanjutan dan kemudian berkembang sebagai sarjana. Pada awal abad ke-9, ia berhijrah ke Samarra, di mana ia bekerja sampai akhir hayatnya pada 929M. Al-Battani merupakan ahli astronomi dan matematik yang terkenal. Sumbangan dalam bidang matematik: Dalam matematik, beliau adalah yang pertama menggantikan penggunaan chords Greek oleh sinus. Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents.
Page 2

Al-Buzjani (940 - 997M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Abul Wafa Muhammad Ibn Muhammad Ibn Yahya Ibn Ismail al-Buzjani. Beliau dilahirkan di Buzjan, Nisyapur di 940M membesar sebagai seorang ahli matematik besar dan astronomi di Baghdad. Pada 959 M, beliau berpindah ke Iraq dan tinggal di sana sampai akhir hayatnya. Sumbangan dalam bidang matematik: Al-buzjani memberi sumbangan besar dalam bidang matematik terutamanya dalam cabang geometri dan trigonometri. Dalam geometri sumbangannya terdiri penyelesaian masalah geometri dengan pembukaan kompas, pembangunan setara persegi, pembangunan hektagon biasa dan pembinaan pola oleh titik-titik. Sumbangan beliau dalam perkembangan trigonometri adalah luas. Dia adalah yang pertama yang menunjukkan teorem sinus relatif terhadap pola segitiga. Ia mengembangkan sebuah kaedah baru membina jadual sinus. Antara karya beliau ialah Kitab Manazil fil Hisab, Hisab Tiga Bucu/Hisab Tiga Segi. Al-Biruni (973M 1048M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Abu Raihan Mohammad Ibn Ahmad al-Biruni dan lebih dikenali sebagai Al-Biruni. Beliau berbangsa Parsi dan dilahirkan di Birun, Turkistan, Rusia pada 973M. Dia meninggal dunia pada 1048M pada usia 75 tahun di India. Al-Biruni merupakan seorang ahli matematik, astonomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains. Maka, tidak mustahillah beliau digelar sebagai tokoh dalam banyak bidang. Sumbangan dalam bidang matematik: Walaupun Al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri
Page 2

10 sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi mengembangkannya dengan cara yang sistematik. Karangan Qanun al-Masudi yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda. Beliau berjaya mendahului ahli matematik yang lain dengan membuktikan rumus sinus dalam satah segi tiga. Sumbangannya dalam bidang matematik termasuk teori dan amali aritmetik, penjumlahan siri, analisis kombinatorik, peraturan tiga, teori nisbah, geometri, teori Archimedes, pembahagian tiga sama sudut, definisi algebra dan kaedah untuk penyelesaian persamaan algebra. Karya agungnya ialah Rasall al-Biruni yang merupakan sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Hasil karya Al-Biruni mencecah melebihi 120 buah kitab.

Omar Al-Khayyam (1048M 1123M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim alKhayyam, namun dikenali sebagai Omar Al-Khayyam.. Beliau dilahirkan di Nisyapur, ibukota wilayah Khurasan pada 1048M. Beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang matematik, astronomi dan falsafah. Sumbangan dalam bidang matematik: Omar Al-Khayyam terkenal sebagai ahli matematik kerana memperkenalkan penyelesaian persamaan kuasa tiga. Berbanding Al-Khawarizmi yang banyak menumpukan perhatian dalam bidang kuadratik (lipat empat), Omar Al-Khayyam menumpukan perhatian kepada kubik (persamaan). Omar Al-Khayyam juga menghasilkan karya-karya geometri lain yang terkenal, khususnya berkenaan dengan teori perkadaran. Di antara buku beliau yang masyhur ialah Kitab al-Musodarat dan Muskilat al-Hisab.
Page 2

11

Sumbangan Astronomi Pengenalan


Firman Allah SWT:

Islam

Dalam

Bidang

Page 2

12 Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. (Surah Ali-Imran : 190)4 Firman Allah SWT di atas adalah salah satu ayat Al-Quran yang menggesa umat Islam agar memerhati dan menghayati kejadian langit dan bumi, memerhati perjalanan serta kejadian siang dan malam, di mana ia juga merupakan dorongan yang kuat kepada kajian tentang astronomi. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, astronomi ialah ilmu tentang bintang-bintang, planet, bulan dan matahari.5 Manakala, menurut Kamus Dewan Edisi Empat, astronomi ialah ilmu falak (pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang).6 Keprihatinan terhadap cara menentukan arah kiblat merupakan faktor penting yang menggalakkan orang Islam mempelajari ilmu falak. Selain itu, kemajuan sarjana Islam dalam bidang matematik juga banyak membantu mereka menguasai ilmu falak. Para astronomis Islam telah membina balai-balai cerap di lokasi-lokasi terpilih untuk meneropong bintang. Antara balai cerap yang terkenal ialah yang dibina di Maraghah. Selain itu, ahli astronomi Islam telah mencipta pelbagai alat dan antara alat yang terkenal ialah al-Istarlab. Ia digunakan untuk menentukan altitud bintang, matahari dan planet. Pencapaian orang Islam dalam bidang astronomi adalah amat membanggakan. Antaranya, mereka berjaya menemui teori bahawa bumi ini bulat, mengukur ukur lilitan bumi, menentukan panjang tahun dan sebagainya. Antara ahli astronomi Islam yang terkenal ialah Al-Khawarizmi (780M 863M), Al-Farghani (Meninggal Dunia: 1093M), Al-Battani (858M 929M), Abdul Rahman Al-Sufi (903M 986M), Al-Biruni (973M 1051M), Ibn Yunus (Meninggal Dunia:1009M), Omar Al-Khayyam (1048M 1123M) dan ramai lagi.
4

Terjemahan Al-Quran Al-Karim Rasm Uthmani Dalam Bahasa Melayu, Alhidayah House of Al-Quran Sdn Bhd (2009) 5 Kamus Elektronik Dewan Bahasa & Pustaka (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=astronomi) 6 Kamus Elektronik Dewan Bahasa & Pustaka (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=astronomi)

Page 2

13

Sumbangan Astronomi

Islam

Dalam

Bidang

Tokoh-tokoh dan Sumbangan


Al-khawarizmi (780M 863M) Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di
Page 2

Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Mohammad Bin Musa Al-Khawarizmi. Gelaran Al

14 selatan Laut Aral. Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi beliau dikatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi. Al- Khawarizmi adalah seorang ahli matematik, astronomi, dan geografi.7 Sumbangan dalam bidang astronomi: Sumbangan terbesar Al-khawarizmi di dalam bidang astronomi ialah di mana beliau merupakan orang pertama yang mentafsir jadual astronomi. Di samping itu, beliau juga menulis sebuah buku mengenainya. Jadual astronominya diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan, kemudian, ke dalam bahasa Cina. Selain itu, beliau menulis sebuah buku pada kalendar Yahudi Istikhraj Tarikh al-Yahud, dan dua buku tentang astrolabe. Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat.

Al-Battani (858M - 929M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan alBattani al-Harrani namun lebih dikenali sebagai Al-Battani. Beliau dilahirkan sekitar tahun 858 Masihi di Harran. Battani mendapat pendidikan awal dari bapanya, Ibnu Jabir al-Battani San'an, yang juga seorang saintis terkenal. Dia kemudian pindah ke Raqqa, di mana beliau menerima pendidikan lanjutan dan kemudian berkembang sebagai sarjana. Pada awal abad ke-9, ia berhijrah ke Samarra, di mana ia bekerja sampai akhir hayatnya pada 929M.8 Sumbangan dalam bidang astronomi: Al-battani telah berjaya dalam sejumlah penemuan penting dalam astronomi, yang merupakan hasil dari kerjayanya sepanjang 42 tahun. Penemuannya yang terkenal adalah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun sebagai 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Al-Battani menggariskan miring buruj di garisan khatulistiwa dengan teliti. Beliau juga menjalankan penyelidikan yang teliti dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakanya.
7

Nota riwayat hidup sama seperti di muka surat 6

Page 2

15

Al-Farghani (Meninggal Dunia: 1093M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Abu al-Abbas Ahmad Ibn Muhammad Ibn Kathir al-Farghani dan dilahirkanlahir di Farghana, Transoxiana. Beliau merupakan salah satu astronomi yang paling terkenal ketika berkhidmat sepanjang era al-Mamun. Sumbangan dalam bidang astronomi: Al-Farghani menerima teori Ptolemy. Menurutnya, teori itu jika diteliti bukan sahaja memberi kesan kepada bintang tetapi juga planet di alam semesta ini. Kejayaan Al-Farghani yang lain ialah beliau mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km. Al-Farghani menulis sebuah buku bertajuk "Elemen Astronomi" (Kitab fi al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm alNujum) iaitu buku tentang gerakan objek di langit dan ilmu menyeluruh dari bintang-bintang, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12 dan memberi pengaruh yang besar pada astronomi Eropah sebelum Regiomontanus. Abdul Rahman Al-Sufi (903M 986M) Riwayat Hidup: Beliau dikenali sebagai Abd ar-Rahman as-Sufi atau Abd al-Rahman Abu alHussain atau lebih dikenali sebagai Azophi di Barat. Abdul Rahman Al-Sufi merupakan seorang ahli astronomi Parsi atau dikenali kini dikenali sebagai Iran. Beliau dilahirkan pada pada 7 Disember 903dan meninggal dunia pada 25 Mei 986. Sumbangan dalam bidang astronomi: Pada zaman pertengahan, Abdul Rahman Al-Sufi telah melakukan beberapa sumbangan dalam astronomi dengan membetulkan senarai bintang Ptolemy dan melakukan anggaran magnitud serta kejelasan yang menyimpang daripada kerja-kerja Ptolemy. Selain itu, beliau juga mengenal pasti Awan Besar Megallanic yang kelihatan di Yaman dan bukan di Isfahan yang tidak dapat dilihat oleh bangsa Eropah sehingga penggembaraan Megellan pada abad ke 16. Abdul Rahman Al-Sufi merupakan penterjemah utama Astronomi Hellenistic ke Bahasa Arab
Page 2

Nota riwayat hidup sama seperti di muka surat 9

16 yang berpusat di Iskandariah. Di antara hasil karya beliau yang amat terkenal ialah Kitab AlKawakib As- Sabit Al-Musawwar yang menerangkan tentang kedudukan buruj bintang. Abdul Rahman As-Sufi bukan hanya mengkaji kedudukan bintang tetapi juga kedudukan buruj bagi bintang itu sendiri, menggambarkannya, serta menghuraikan pantulan sinar dan warnanya. Abdul Rahman Al-Sufi juga menghitung tahun matahari dengan tepat. Abdul Rahman merupakan saintis pertama yang menerangkan tentang kewujudan nebula dan galaksi di alam cakerawala. Beliau juga berjaya menyenaraikan dan menerangkan dengan terperinci kegunaan astrolab. Beliau menerbitkan bukunya Book of Fixed Stars pada 964, yang memaparkan mengenai kerjayanya dalam bentuk teks dan gambar.

Al-Biruni (973M 1048M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Abu Raihan Mohammad Ibn Ahmad al-Biruni dan lebih dikenali sebagai Al-Biruni. Beliau berbangsa Parsi dan dilahirkan di Birun, Turkistan, Rusia pada 973M. Dia meninggal dunia pada 1048M pada usia 75 tahun di India. Al-Biruni merupakan seorang ahli matematik, astonomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak

Page 2

17 menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains. Maka, tidak mustahillah beliau digelar sebagai tokoh dalam banyak bidang. 9 Sumbangan dalam bidang astronomi: Al-Biruni banyak membuat kajian tentang matahari, bulan dan planet-planet, khususnya tentang sifat sifat fizikal, pergerakan tahunan, panjang tahun tropika, jarak diantara planet dengan matahari, fenomena gerhana, fajar, pergerakan bulan, keserongan ekliptik bulan, pasang surut, pemerhatian anak bulan dan kajian tentang jarak dan magnitud bintang. Ibn Yunus (Meninggal Dunia:1009M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Abu al-Hassan Ali Ibn Abdur-Rahman Ibn Ahmad Ibn Yunus Ibn Abdul Ala al-Sadafi. Tarikh kelahiran beliau tidak diketahui kerana beliau tidak begitu dikenali ketika muda namun beliau meninggal dunia pada tahun 1009M. Sumbangan dalam bidang astronomi: Beliau telah berjaya dengan satu penemuan yang baru iaitu bandul atau ayunan yang digunakan untuk mengetahui detik-detik waktu dalam meneropong objek di angkasa. Antara hasil karya beliau ialah al-Ziji al-Kabir. Karya beliau yang lain adalah Kitab al-Mikail iaitu mengenai kemiringan matahari dan Kitab at-Tadil al-Muhkam yang mengetengahkan tentang gerhana matahari dan bulan. Di samping itu, beliau juga menulis beberapa uraian mengenai bayangbayang dan ukuran solat. Di dalam buku tersebut, beliau juga memperkatakan tentang teori-teori tentang perjalanan cakerawala oleh para sarjana yang terdahulu dan sezaman dengan beliau. Omar Al-Khayyam (1048M 1123M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim alKhayyam, namun dikenali sebagai Omar Al-Khayyam.. Beliau dilahirkan di Nisyapur, ibukota wilayah Khurasan pada 1048M. Beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang matematik, astronomi dan falsafah.10 Sumbangan dalam bidang astronomi:
Page 2

Nota riwayat hidup sama seperti di muka surat 10

18 Omar Al-Khayyam pernah diarahkan oleh Sultan Saljuq - Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja di balai cerap di Ray sekitar 1074.Di sana, beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang tepat. Omar Al-Khayyam memperkenalkan kalendar yang sangat tepat, dan dinamakan sebagai Al-Tarikh-al-Jalali, di mana ia hanya terdapat kesalahan satu hari dalam 3770 tahun yang menjadikannya lebih hebat dari kalendar Georgia yang mempunyai kesalahan 1 hari dalam 3330 tahun.

Nasir Al-Din Al-Tusi (1201M 1274M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Abu Jafar Muhammad Ibn Muhammad Ibn al-Hasan Nasir al-Din al-Tusi. Beliau dilahirkan di Tous, Khorasan, Iran pada 1201M. Beliau adalah salah seorang daripada mereka yang diculik oleh agen Hasan Bin Sabah dan dihantar ke Almut. Pada 1256 ketika Almut ditakluk oleh Mongol, Nasir al-Din bergabung dengan perkhidmatan Hulagu. Hulagu Khan sangat kagum dengan kebijaksanaan Nasir Al-Din, termasuklah kemahiran beliau dalam astrologi, lalu melantik beliau sebagai salah seorang menterinya. Dia berperanan dalam pembentukan dan pengurusan balai cerap di Maragha. Pada tahun terakhir hayatnya beliau pergi ke Baghdad dan meninggal dunia di sana, lalu dikebumikan di Masyhad al-Kazimiyah. AlTusi merupakan salah seorang saintis, ahli matematik, ahli astronomi, ahli falsafah, ahli teologi dan ahli perubatan teragung walaupun berdepan dengan pergolakan politik pada zaman beliau.

Sumbangan dalam bidang astronomi: Antara sumbangan Nasir al-Din ialah dengan menghasilkan satu jadual pergerakan planet yang sangat tepat dan satu katalog bintang, dan beliau menerbitkannya di bawah tajuk al-Zij al-Ilkhani yang didedikasikan untuk Hulagu Khan. Jadual tersebut dibangunkan berdasarkan pencerapan selama 12 tahun.Nasir al-Din adalah antara orang pertama di kalangan ahli astronomi Islam yang mengetengahkan beberapa kesilapan serius dalam model-model Ptolemy berdasarkan prinsipprinsip mekanik dan mengubahsuainya. Kritikan beliau terhadap teori-teori Ptolemy berjaya menyakinkan ahli-ahli astronomi selepasnya mengenai keperluan untuk membangunkan model
10

Nota riwayat hidup sama seperti di muka surat 11

Page 2

alternatif yang berakhir dalam hasil kerja Copernicus. Al-Zij al-Ilkhani adalah buku yang paling

19 terkenal di kalangan ahli astronomi sehingga kurun ke-15. Biografi dan pengalaman beliau mengenai astronomi yang berjudul Tazkirah fi Ilm al-Hayah mengandungi peralatan pintar beliau untuk menjana pergerakan rectilinear sepanjang diameter bulatan luar dari dua pergerakan bulatan.

Sumbangan Perubatan Pengenalan


Sabda Rasulullah SAW:

Islam

Dalam

Bidang

Page 2

20 Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.11 Menurut Kamus Kamus Pelajar Edisi Kedua, perubatan ialah semua perkara yg bersangkutan dgn hal berubat12. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Empat, perubatan membawa maksud perihal berubat, yg berkaitan dgn ubat atau usaha mengubati. 13 Andalus berjaya melahirkan sarjana-sarjana yang mempunyai kepakaran mendalam dalam pelbagai cabang ilmu perubatan. Pakar perubatan Islam adalah perintis dalam penyusunan kitabkitab perubatan. Pakar perubatan Islam banyak menterjemahkan buku-buku karangan orang Yunani seperti Jalinus, Hepokrat, Bollas dan lain-lain lagi. Maka, perubatan Islam banyak dipengaruhi oleh teori perubatan Yunani. Sumbangan Islam bidang perubatan terserlah dengan munculnya ramai tokoh-tokoh dan pakarpakar perubatan Islam. Antaranya ialah Al-Razi (865M 925M), Ibn Sina (980M 1037M), AlZahrawi (936M 1013M), Ibn Zuhr (1091M 1161M) Ibn Rusyd (1128M 1198M) , Ibn AlNafis (1213M 1288M), dan ramai lagi.

Sumbangan Perubatan

Islam

Dalam

Bidang

Tokoh-tokoh dan Sumbangan


12

Page 2

11

Koleksi e-Hadith (http://www.islam.gov.my/e-hadith) Kamus Elektronik Dewan Bahasa & Pustaka (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perubatan) 13 Kamus Elektronik Dewan Bahasa & Pustaka (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perubatan)

21

Al-Razi (865M 925M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad Ibn Zakaria al-Razi. Beliau dikenali di Barat sebagai Rhazes. Beliau dilahirkan di Ray, Iran dan seorang yang berbangsa Parsi. Beliau pernah digelar sebagai Jalinus Arab dan pernah menjadi guru kepada Ali Ibn Rabban al-Thabari, Hunayn Ibnu Ishaq dan Ibn Sina. Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera, dan kimia dan belajar ilmu falsafah. Al-Razi amat menonjol dalam bidang kimia dan perubatan. Beliau berpindah ke berbagai kota dari masa ke masa, khususnya antara Ray dan Baghdad, tetapi akhirnya kembali ke Ray, di mana ia meninggal sekitar 930 M. Namanya diperingati di Institut Razi berhampiran Teheran. Sumbangan dalam bidang perubatan: Beliau merupakan orang yang pertama yang menemui penyakit campak dan cacar. Al-NyaJudari wal Hasabah adalah risalah pertama mengenai campak dan cacar, yang juga diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa Eropah. Melalui risalah ini beliau menjadi orang yang pertama untuk membuat perbandingan yang jelas antara campak dan cacar. Beliau adalah ahli bedah yang pertama menggunakan opium iaitu sejenis dadah untuk tujuan bius atau anestesia. Beliau juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol untuk tujuan perubatan. Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan serta mengaitkannya dengan psikologi. Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata, di mana beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa. Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana beliau memperkenalkan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing. Beberapa karya-karyanya dalam perubatan misalnya Kitab al-Mansoori, Al-Hawi, Kitab alMulooki dan Kitab al-Judari wa al-Hasabah mendapatkan kemasyhuran kekal. Kitab alensiklopedia perubatan yang terbesar disusun pada saat itu. Ia mengandungi setiap mata
Page 2

Mansoori, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-15. Al-Hawi merupakan

22 pelajaran perubatan dan semua maklumat penting yang sedia ada daripada sumber-sumber Yunani dan Arab, dan Al-Razi membuat kesimpulan dengan memberikan pendapat berdasarkan pengalaman beliau.

Ibn Sina (980M 1037M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina. Beliau dilahirkan di Afshana berhampiran Bukhara yang kini lebih dikenali sebagai Uzbekistan. Beliau lebih dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat Eropah. Ibn Sina menerima pendidikan awal di Bukhara, dan pada usia sepuluh telah fasih dalam kajian Al-Quran dan berbagai ilmu. Walaupun Ibnu Sina merupakan pakar perubatan, sains, falsafah, muzik, matematik, puisi dan kaji bintang pada masa tersebut, tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut. Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).Ibn Sina dianggap sebagi 'Bapa Perubatan' oleh penulis-penulis Barat kerana beliau telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen, pengalaman ahli-ahli perubatan India dan Parsi serta hasil pengalaman beliau sendiri untuk diamalkan. Sumbangan dalam bidang perubatan: Ibn Sina telah berjaya menjumpai sejenis penyakit yang dikenali sebagai Inklistoma iaitu cacing yang bulat. Beliau menemui sejenis ulat adrah yang kecil selepas membedah hati. Ibn Sina juga menjadi saintis yang pertama menjelaskan bahagian-bahagian berbeza pada mata seperti kornea, koroid, iris, retina, lapisan kanta dan lain-lain. Beliau telah menjalankan kajian terhadap tubuh manusia yang dikenali sebagai anatomi dan hasilnya, beliau mendapati jantung manusia mempunyai tiga injap yang akan terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa jantung mengepam darah. diabetes dan kesannya.
Page 2

Beliau juga menerangkan tentang simptom-simptom penyakit kencing manis ataupun

23 Beliau juga memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung untuk mengenalpasti ketidakseimbangan hormon yang berkenaan. Apa yang menarik mengenai ilmu ini ialah beliau dapat memulihkan pesakit yang menghadapi masalah mental. Beliau turut memperluas ilmu psikologi dalam perubatan dan menemui ilmu yang kita kenali hari ini sebagai ilmu perubatan Psikomatiks, di mana ia menunjukkan perkaitan antara psikologi dengan kesihatan. Ibn Sina juga menyedari betapa pentingnya emosi dalam usaha pemulihan pesakit. Minatnya yang mendalam dalam bidang berkaitan kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak daripada hasil karyanya berkisar mengenai gangguan psikologi. Sumbangan besar Nya untuk ilmu perubatan adalah bukunya yang terkenal al-Qanun fi alTibb, yang dikenali sebagai "Canon" di Barat. Ia merupakan sebuah ensiklopedia yang lengkap yang mengandungi lima jilid utama, di mana ia membicarakan mengenai penyakit batuk kering, malaria, pembedahan gigi, tulang, dagu, urat saraf, buah pinggang dan bagaimana sesuatu penyakit itu berjangkit. Ia telah dicetak lebih dari 15 kali dalam bahasa Latin.

Al-Zahrawi (936M 1013M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Abul Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi. Beliau dikenali sebagai Abulcasis di barat dan dianggap sebagai Bapa Pembedahan Moden. Beliau dilahirkan pada tahun 936M di Zahra, Cordova, ibu negeri Sepanyol.Beliau menjadi salah satu ahli bedah yang paling terkenal dan doktor untuk Raja Al-Hakam-II dari Sepanyol. Beliau meninggal dunia pada tahun 1013M. Sumbangan dalam bidang perubatan: Sebagai pakar bedah, Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti alat untuk pemeriksaan dalaman telinga dan saluran kencing
Page 2

serta alat untuk mengeluarkan atau menghapuskan benda asing dari tekak.

24 Beliau ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang juga sejenis kanser darah, yang dikenali sebagai hemofilia. Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit dan mengkelaskan penyakit, serta membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit menggunakan antibiotik Profilaksis. Sebagai seorang ahli kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik dan alat penyediaan ubat. Selain terkenal sebagai pakar bedah, Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian. Beliau mengkaji dengan terperinci mengenai gigi geraham yang tumbuh bukan pada tempatnya, memberi ikatan emas atau perak serta mencabut gigi tanpa rasa sakit. Beliau juga mengembangkan teknik penyusunan gigi palsu. Karya terkenalnya, Al-Tasrif liman Ajaza an at-Talif, merupakan sebuah ensiklopedia yang membincangkan mengenai persiapan pelbagai ubat-ubatan, rawatan pembedahan komprehensif dan mengandungi sejumlah lakaran-lakaran alat bedah yang diciptanya. Ia pertama kali diterjemahkan oleh Gherard dari Cremona ke dalam bahasa Latin pada zaman pertengahan dan diikuti oleh beberapa editor lain di Eropah.

Ibn Zuhr (1091M 1161M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Abu Marwan Abd al-Malik Ibn Zuhr. Beliau dilahirkan di kota Seville pada 1091M. Setelah menyelesaikan pendidikan dan pakar dalam perubatan, beliau memasuki perkhidmatan Almoravides (Al-Murabatun), tetapi setelah mereka kalah kepada Al-Mohades (Al-Muwahadun), beliau berkhidmat di bawah 'Abd al-Mu'mi.. Dia meninggal dunia di Seville pada 1161M. Sumbangan dalam bidang perubatan: Ibn Zuhr merupakan yang terawal memperkenalkan teori perubatantracheotomy dan rektum di mana makan secara normal adalah mustahil.
Page 2

dan kaedah memberi makan secara langsung melalui kerongkong dan rektum dalam kes-kes

25 Beliau juga yang pertama mengkaji kaedah perubatan kompleks bagi menyelesaikan penyakit kudis, tungau, gatal dan dengan boleh dianggap sebagai Parasitologist pertama. Beliau juga memberikan gambaran klinikal tumor mediastinum, penyakit paru-paru, usus, radang telinga, perikarditis, dan lain-lain lagi. Kitab al-Taisir fi al-Mudawat wa al-Tadbir (Kitab tentang Terapi dan Diet), yang ditulis di atas permintaan Ibnu Rushd (Averroes), adalah karya Ibnu Zuhr yang paling penting. Buku ini memberikan penerangan terperinci mengenai kaedah teraputik dan diet serta perincian tentang teknik terapi dan kajian parasitologi. Kitab al-Iqtisad fi Islah wa al-Anfus-Ajsad membicarakan tentang keharmonian roh dan jasad, psikologi dan keutamaan menjaga kebersihan yang ditulis khusus untuk kepentingan orang awam. Kitab al-Aghthiya mengupas tentang aktiviti pemakanan dan peengambilan sumber berkhasiat yang dapat menyegarkan minda dan mencergaskan fizikal.

Ibn Rusyd (1128M 1198M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad Ibn Rusyd. Beliau dikenali sebagai Averroes di Barat. Beliau dilahirkan pada tahun1128 M di Cordova. Beliau meninggal dunia pada tahun 1198M di Maghribi. Sumbangan dalam bidang perubatan: Karya terkenal Ibn Rusyd iaitu Kitab al-Kulliyah fi al-Tibb, yang mengandungi 16 jilid, menerangkan tentang ilmu perubatan secara umum, di mana ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan kemudiannya ke dalam bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine. Ibnu Rusyd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beliau juga
Page 2

pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja.

26 Ibn Al-Nafis (1213M 1288M) Riwayat Hidup: Nama sebenar beliau ialah Ala-al-Din Abu al-Hasan Ali bin Abi al-Hazm alQarshi al-Damashqi. Beliau lahir pada tahun 607H di Damsyik. Beliau merupakan seorang doktor dan pakar bedah dari Syria dan meninggal dunia di Kaherah. Ibn al-Nafis turut dikenali dengan gelaran Bapa Perubatan. Sumbangan dalam bidang perubatan: Sumbangan utamanya terletak pada ubat-ubatan. Pendekatannya terdiri daripada menulis pendapat terperinci tentang karya-karya sebelumnya dengan menilai dan menambah pendapatnya sendiri. Beliau adalah ahli perubatan pertama yang melakukan gerakan pendermaan darah. Beliau juga mendalami ilmu perubatan mata dan kaedah pembuatan selaput mata untuk menghindari penyakit katarak. Beliau memberi penjelasan mengenai sistem peredaran darah, melalui rongga-rongga jantung dan paru-paru. Dalam kajiannya, beliau mendapati darah beredar antara jantung dengan paruparu. Bukunya yang paling tebal adalah Al-Shamil fi al-Tibb, yang merupakan dirancang untuk menjadi sebuah ensiklopedia yang terdiri daripada 300 jilid, tetapi tidak dapat diselesaikan kerana kematiannya. Bukunya yang paling terkenal adalah Mujaz al-Qanun. Buku lain yang terken tentang kesan diet bagi kesihatan berjudul Kitab al-Mukhtar fi al-Aghdhiya. Beliau mewakafkan harta dan bukunya kepada Rumah Sakit Bimarastan di Paris dan Rumah Sakit Al-Manshur di Kairo.

Page 2

27

Kesimpulan
Berdasarkan keterangan yang diberikan, jelaslah bahawa sejarah telah membuktikan bahawa orang Islam mampu dan berjaya memberikan sumbangan besar kepada peradaban dunia. Dunia masa kini berubah dengan pantas kerana perubahan yang dicorakkan oleh penggunaan teknologi. Maka, umat Islam perlu sentiasa memperbaharui dan menggilap kepakaran dan pengetahuan sedia ada bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan. Ia juga sebagai kesimabungan kepada usaha-usaha para sarjana Islam yang lalu. Mase depan dunia Islam, kejayaan dan kegagalannya adalah bergantung kepada umat Islam itu sendiri. Firman Allah SWT:
Page 2

28 Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Surah Yusuf : 111)14

Sumber Rujukan
Buku: Mohd Nor Mamat, 2007. Pemikiran dan Tamadun Islam. Institut Perkembangan Pendidikan UITM. Zulkifli Dahalan et. al, 2009. Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam. UPENA, UITM. Mahmood Zuhdi Bin Abd Majid, 2000. Tokoh-tokoh Kesarjanaan Sains Islam. Dewan Bahasa & Pustaka Muhammad Said Mursi, 2007. Tokoh-tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah. Pustaka AlKautsar. Ahmad Yahya,2009. Keagungan Tamadun Islam- Sejarah yang digelapkan. Anbakri Publika Sdn Bhd. Fadzlullah Hj Shuib, 2007. Pemikiran dan Tamadun Islam. Al-Hidayah Publication. Maruwiah Ahmat, 2003. Sejarah Bani Umayyah di Andalus. Karisma Publications. Al-Quran Al-Karim:
14

Terjemahan Al-Quran Al-Karim Rasm Uthmani Dalam Bahasa Melayu, Alhidayah House of Al-Quran Sdn Bhd (2009)

Page 2

29 Terjemahan Al-Quran Al-Karim Rasm Uthmani Dalam Bahasa Melayu,2009. Alhidayah House of Al-Quran Sdn Bhd. Laman Web: http://www.islam.gov.my/ http://prpm.dbp.gov.my/ http://ms.wikipedia.org/ http://www.scribd.com/ http://www.discoverislam.com/ http://www.ummah.net/history/scholars/index.html/ http://www.tutor.com.my/

Page 2