Anda di halaman 1dari 7

Permainan : Bola baling Tajuk Masa Guru Peralatan Bil murid Objektif : Melantun dan menggelecek : 30 minit : Nurhazirah

binti Md. Nor : Bola, wisel, kon, jersi. : 20 orang : Pada akhir pengajaran murid-murid dapat : 1) Mengetahui teknik lantunan yang betul 2) Menguasai teknik menggelecek bola dengan betul. Langkah 1 Aktiviti memanaskan badan (warming up)
1. Guru memastikan semua murid bersedia untuk melakukan aktiviti pemanasan

badan (warming up). 2. Guru meminta murid membuat bulatan dan berundur satu langkah ke belakang. 3. Guru mengambil tempat di tengah-tengah bulatan dan mengetuai aktiviti memanaskan badan dengan membuat regangan bermula daripada kepala, bahu, tangan, pinggang dan kaki dengan kiraan lapan. 4. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk meragangkan otot-otot anggota badan. Langkah 2 Aktiviti melantun dan menggelecek Sebelum aktiviti dimulakan, guru meminta murid mengambil bola serta memastikan bola tidak lembik.

Guru menerangkan maksud melantun dan menggelecek. Kemudian, guru membuat demonstrasi terlebih dahulu agar murid lebih memahami cara untuk melantun dan menggelecek bola. Cara caranya ialah :
1. Murid dikehendaki membengkokkan lutut dalam keadaan 120 dengan

kedudukan imbangan badan terkawal. 2. Lantunan bola dilakukan dengan keadaan jari terbuka. Lantunan bola menggunakan jari dan bukannya tapak tangan. 3. Lantunan bola ditolak ke tanah dengan satu gerakan pergerakan tangan sambil lengan digerakkan sedikit ke bawah, dan badan dibengkokkan sedikit. 4. Mata hendaklan memandang kea rah hantaran yang hendak di buat. 5. Lantunan dibuat sebaik-baiknya pada aras lutut dan pinggang. 6. Tolak bola ke hadapan dan bergerak pantas ketika menyambut bola untuk menggelecek. 7. Guru mengarahkan murid mencari ruang untuk membuat gerakan melantun dan menggelecek. 8. Murid membuat aktiviti seperti yang diarahkan. 9. Guru memantau setiap pergerakan murid. Langkah 3 Aktiviti menggelecek sambil menukar arah. 1. Guru mengarahkan murid supaya membuat dua barisan, setiap barisan 10 orang. 2. Murid diminta melakukan aktiviti yang diarahkan secara berpasangan. Sebelom memulakan aktiviti guru meminta seorang murid ke hadapan untuk membantu untuk menunjukkan teknik menggelecek sambil menukar arah. Caranya ialah :

1. Guru mengawal bola manakala murid cuba merampas bola. 2. Guru melantun dan menggelecek bola seolah-olah hendak ke sisi kiri murid. Apabila hampir denagn murid guru menukar gerak badan ke sisi kanan murid sambil mengawal bola. 3. Guru mengarahkan murid-murid melakukan aktiviti seperti yang ditunjukkan. 4. Guru memantau pergerakan murid. Langkah 4 Aktiviti menggelecek sambil mengacah. Guru mengarahkan murid berkumpul semula dalam dua barisan seperti biasa. Secara berpasangan murid diminta melakukan aktiviti ini. Guru menunjukkan cara sebelum memulakan aktiviti. Caranya ialah : 1. Guru mengawal bola manakala murid cuba menghalang. 2. Guru mengawal bola ke kiri dan ke kanan murid. 3. Guru mengarahkan murid berkenaan mengambil bola yang dikawal sehingga berjaya. 4. Setelah selesai, guru mengarahkan murid melakukan aktiviti seperti yang ditunjukkan. 5. Guru memantau setiap pergerakan akiviti murid. Langkah 5 Aktiviti cooling down. 1. Setelah semua aktiviti selesai, murid diminta berkumpul dan membuat 4 barisan, setiap barisan 5 orang.

2. Guru mengetuai aktiviti cooling down. Guru mengarahkan murid tarik dan hembus nafas secara berulang-ulang. Pada tarikan nafas terakhir, guru mengarahkan murid supaya tahan untuk seketika dan lepas. 3. Latihan bersurai.

Aktiviti 1(warming up)

a. Kedudukan guru dan murid ketika aktiviti Warming up.

Aktiviti 2 (melantun bola)

a. Tangan menyentuh atas bola dengan jari sentiasa terbuka. Lantunan dilakukan dengan jari bukan tapak tangan.

b.Lantunan bola tanpa halangan.

c. Lantunan bola ketika bergerak.

Aktiviti 3 (menggelecek sambil menukar arah)

a. Murid A seolah-olah ke sisi kiri murid B b. Murid A menukar gerak badan ke sisi kanan murid B sambil tangan mengawal bola. Aktiviti 4 (menggelecek sambil mengacah)

a. Murid A mengacah bola ke sisi kiri dan kanan murid B. b. Murid A bergerak selangkah ke hadapan melepasi murid B sambil melantun bola ke tanah.

Aktiviti 5 (cooling down)

a. Kedudukan guru dan murid ketika aktiviti cooling down.