Anda di halaman 1dari 14

Hapuskan Badan Berbau

Faisal Abdullah www.BadanBerbau.com

Hapuskan Badan Berbau 2009 Faisal Abdullah

Hapuskan Badan Berbau Hakcipta Terpelihara 2009 Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada manual ini boleh diterbitkan semula, disimpan, untuk pengeluaran atau ditukar ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat jua pun sama ada dengan cara elektronik, gambar, rakaman, atau sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penulis terlebih dahulu.

Hapuskan Badan Berbau 2009 Faisal Abdullah

PENAFIAN Manual ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat profesional, sekuriti atau perakuan sekuriti. Strategi yang disebut di dalam manual ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di dalam manual ini ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat. Oleh itu, sesetengah dari maklumat yang ada di dalam manual ini mungkin sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga, kemungkinan ada kesalahan tipografi dan kandungan. Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam manual ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang, penulis serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, samada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi penggunaan manual ini, secara langsung atau tidak. Dengan belian dan pembacaan manual ini, anda bersetuju dengan syarat-syarat di atas.

Hapuskan Badan Berbau 2009 Faisal Abdullah

Pengenalan
Sejak saya menyelesaikan masalah peluh saya 3 tahun dahulu, saya yakin yang suatu hari nanti saya akan menulis sebuah buku supaya orang lain pun boleh mendapat faedahnya. Tapi saya menangguhkan niat ini kerana saya bukanlah seorang penulis berpengalaman. Waktu saya mempunyai masalah peluh dan bau badan dahulu, dengan mudah saya sanggup mengorbankan beratus-ratus ringgit untuk mempelajari penyelesaian mudah ini. Sekarang, dengan ikhlas dan gembira, saya berkongsi pengalaman saya dengan anda, dan ribuan orang lain yang kecewa dengan masalah yang dihadapi ini.

Subjek yang kurang selesa


Saya tidak suka menggunakan perkataan seperti ketiak danbau masam, sebagaimana anda mungkin kurang selesa membacanya. Malangnya tiada cara lebih sopan memberi penerangan mengenai subjek sebegini.

Ya, buku ini nipis


Sebagai seorang profesional yang sibuk, saya menghargai buku yang ringkas tapi padat. Saya mempunyai beberapa rak yang dipenuhi dengan buku yang baru dibaca beberapa bab, kemudian tak pernah disentuh lagi. Ia mengecewakan saya jika penulis banyak bersimpang-siur di dalam penulisannya. Oleh itu, saya tidak berniat untuk membuang masa anda. Sebelum saya menulis buku ini, ia menjadi azam saya supaya anda boleh menghabiskan buku ini dalam sekali bacaan sahaja. Tujuan anda membeli buku ini adalah supaya anda boleh menghapuskan masalah ketiak berpeluh dan berbau mudah dan ringkas. Anda akan dapat tahu sebaik sahaja selesai membaca buku ini.

Buku ini bukan.


Di sini terdapat beberapa perkara yang tidak disentuh oleh buku ini: Hasil kajian yang mendalam, falsafah dan bahasa yang saintifik atau kompleks. Apa yang saya bicarakan di dalam buku ini tidak di buktikan oleh kajian saintifik. Oleh itu, saya tidak menulis bab-bab membosankan kenapa 3
Hapuskan Badan Berbau 2009 Faisal Abdullah

Langkah Mudah ini berkesan. Saya pasti terdapat profesional kesihatan yang boleh menerangkan kenapa ia berkesan. Tapi yang penting, anda ikut sahaja 3 Langkah Mudah ini tiap-tiap hari untuk menyelesaikan masalah anda Memperlekehkan kaedah rawatan lain. Saya pernah mencuba berapa kaedah lain untuk menyelesaikan masalah berpeluh ketiak dan bau masam, tetapi tidak menjadi. Ada juga rawatan pembedahan, suntikan, losyen sapuan dan sebagainya, tetapi tidak pula tergerak hati saya untuk mencubanya. Setelah anda mencuba kaedah di dalam buku ini, saya pasti anda tidak perlu lagi mencuba rawatan lain.

Penafian
Saya bukan seorang doktor. Saya bukan cuba mengubati sesuatu penyakit. Saya cuma berkongsi pengalaman saya untuk menyelesaikan masalah berpeluh ketiak dengan berkesan. Buku ini cuma maklumat am sahaja, dan bukannya pengganti bagi konsultasi kesihatan profesional.

Saya faham
Saya akan cerita sedikit mengenai diri saya supaya anda boleh cuba kaitkan dengan diri sendiri. Saya berumur 32 tahun, dan sudah berkeluarga. Saya seorang profesional yang bekerja di suasana pejabat. Sekali sekala saya ada bersukan dan bersenam. Sewaktu saya mengalami masalah ketiak berpeluh dan berbau, saya sangat segan untuk mengangkat tangan di dalam bas dan LRT. Bila berada di dalam lif bersama orang-orang lain, saya mula rasa risau sekiranya orang lain akan dapat menangkap bau badan saya di dalam ruang yang sempit sebegitu. Kerisauan ini sering mengganggu emosi diri saya, dan mengganggu kerja juga kadang-kadang. Saya pernah mencuba kaedah-kaedah berikut untuk mengurangkan peluh dan bau badan: Pelbagai jenis deodoran dan anti-perspirant Menggunakan anti-perspirant beberapa kali sehari Memakai baju dalam dengan harapan akan menyerap peluh ketiak sebelum terkena pada baju pejabat Bila memandu kereta, saya akan mengangkat tangan supaya ketiak akan terkena pada tiupan angin air-con supaya dapat mengeringkan ketiak
Hapuskan Badan Berbau 2009 Faisal Abdullah

Bila di pejabat, saya cuba mengepak tangan supaya baju saya tidak terkena pada peluh ketiak

Penyelesaian 3 Langkah Mudah


Penyelesaian ini saya belajar dari seorang kawan yang berkongsi dengan saya apabila beliau menghadiri satu seminar kesihatan semulajadi. Pakar pada seminar tersebut selalu menyebut tentang jangan menggunakan produk yang boleh membahayakan badan, mengeringkan kulit, atau menyumbat liang-liang peluh pada kulit.

Ini Apa Yang Saya Lakukan


Penerangan berikut adalah apa yang saya lakukan untuk menghentikan perpeluhan ketara pada ketiak (kecuali waktu bersenam). Terdapat 3 perkara yang anda perlu buat. Kesemua perkara ini tidak akan mengganggu rutin harian anda setiap hari. Kesemuanya berteraskan membuka atau melegakan liang-liang peluh pada ketiak anda, supaya ketiak anda boleh bernafas sedikit. Mungkin anda akan terfikir kaedah ini mengarut, tapi percayalah, ia memang berkesan. Sila habiskan membaca buku ini. Mungkin juga perlu baca 2 kali. Amat penting bagi anda untuk mengikuti langkah-langkah ini dengan terperinci, dan menggunakan produk yang sesuai. Langkah 1: Berhenti gunakan sabun untuk membersihkan ketiak. Tiada lagi cara mudah untuk menerangkan langkah ini. Semasa anda mandi, jangan gunakan apa-apa produk sabun, atau cecair sabun, atau gel untuk membasuh ketiak anda. Langkah ini memang perit bagi saya. Macamana boleh mandi tetapi tidak sabun pada bahagian yang paling busuk? Macamana boleh rasa bersih tanpa menggunakan sabun? Langkah 2 akan menjawab soalan-soalan sebegini. Tapi buat masa sekarang, ketahuilah bahawa sabun adalah salah satu punca masalah anda jauhilah sabun dari ketiak anda. Langkah 2: Gunakan loofa. Jika anda tidak tahu apa itu loofa, ia adalah alat yang boleh dibeli di mana-mana supermarket yang digunakan untuk menggosok badan anda semasa mandi. Ada jenis lembut seperti sponge, dan ada juga yang jenis keras.

Hapuskan Badan Berbau 2009 Faisal Abdullah

Bila anda mandi, gunakan loofa organik (diperbuat dari bahan semulajadi, bukan dari bahan kimia) untuk menggosok ketiak anda selama lebih kurang 10 saat, kemudian basuh ketiak anda dengan kain basah yang kecil. Ini adalah langkah yang penting untuk meregangkan liang-liang kulit pada ketiak anda. Loofa semulajadi adalah sponge pembersih yang berkesan untuk membuang sel-sel kulit yang mati dan juga bagus untuk peredaran darah. Ia menyegarkan kulit anda dan membantu liang-liang peluh supaya bekerja secara semulajadi sebagaimana telah dianugerahkan Tuhan. Penting: Sekali lagi jangan gunakan sabun. Ia juga penting untuk memilih loofa yang sesuai. Jenis loofa yang anda harus guna adalah seperti gambar di bawah. Jangan gunakan dari jenis plastik atau bahan tiruan. Hanya gunakan loofa semulajadi (organik). Loofa yang lembut juga kurang berkesan. Cari loofa yang agak keras dan kasar permukaanya. Anda sepatutnya rasa sedikit kurang selesa apabila membasuh dengan loofa.

Hapuskan Badan Berbau 2009 Faisal Abdullah

Saya cadangkan anda beli beberapa jenis sponge atau loofa dari pembekal lain-lain untuk mencari loofa yang sesuai untuk anda. Apa yang saya amati adalah, loofa yang lebih keras, kasar dan lebih berkerutu, lebih berkesan tetapi ia berbeza untuk setiap individu. Jika selepas 2 minggu ia tidak membawa kesan pada anda, cuba gunakan loofa yang lain selama 2 minggu seterusnya. Setelah beberapa lama menggunakan loofa, kekerasannya akan kurang sedikit. Anda perlu menggantikan loofa yang sudah kurang kasar dengan yang baru. Anda boleh mendapatkan loofa ini di supermarket seperti Giant, Tesco, Jusco dan sebagainya. Loofa yang saya beli tidak lebih dari RM12. Loofa yang lebih berkualiti boleh juga di dapati di kedaikedai penjagaan diri organic tetapi harganya lebih mahal. Cara saya menggunakan loofa semasa mandi: Saya basahkan loofa, kemudian basahkan ketiak di bawah air mandian (shower). Kemudian saya membengkokkan pertengahan loofa sedikit supaya lengkonganya muat dengan lengkungan ketiak. Kemudian saya mengangkat lengan saya supaya terkena betul-betul di bawah air mandian dan gosok pada pelbagai arah selamat 10 hingga 15 saat. Kemudian lakukan yang sama pada lengan lagi sebelah. Saya dapati dengan menggosok ketiak di bawah air mandian, ia akan mengurangkan rasa kurang selesa akibat dari kekasaran loofa. Kemudian, saya mengambil tuala muka yang telah dibasahkan, dan gosokkan pada ketiak selama beberapa saat juga. Ini cuma untuk memastikan ketiak bersih tidak perlu gosok dengan terlalu kuat dengan tuala muka. Sesudah ini, ketiak saya kebiasaannya akan merah sedikit akibat gosokkan dengan loofa. Sekiranya anda rasa kesakitan yang

Hapuskan Badan Berbau 2009 Faisal Abdullah

melampau atau berterusan, jangan gosok terlalu kuat pada mandian seterusnya. Setelah mandi, saya peras loofa tersebut dan goncangkan dengan kuat beberapa kali untuk menghilangkan air yang terperap. Saya dapati loofa akan tahan lebih lama jika buat sebegini. Sebaiknya gantikan loofa anda setiap 2 bulan. Saya hanya menggunakan loofa sekali sehari sewaktu mandi di waktu pagi. Langkah 3: Berhenti menggunakan anti-perspirant Kebanyakan produk yang berada di dalam pasaran adalah antiperspirant. Anda harus tukar dari menggunakan anti-perspirant kepada deodorant sahaja. Cuma lihat pada botol yang anda gunakan dan ia akan tertera samada produk tersebut adalah antiperspirant atau deodorant. Ada juga produk yang ditulis keduaduanya (anti-perspirant deodorant). Elakkan produk sebegini juga. Cuma gunakan produk dari jenis deodorant sahaja, dan yang bewarna lutsinar atau separa lutsinar. Jangan gunakan deodorant yang bewarna putih dan melekit seperti plaster. Deodorant yang berkesan bagi saya adalah yang mempunyai unsur propylene glycol. Pastikan produk yang anda gunakan tidak mempunyai Aluminium Ziconium atau Tetracholorhydrex atau Aluminum Cholorohydrate atau apa-apa bahan yang mengandungi perkataan aluminum". Bahan-bahan ini kebiasaanya akan ada di dalam produk jenis anti-perspirant, tetapi tidak pada deodorant. Namun ada juga satu bahan di dalam deodorant yang mempunyai bahan di-propylene glycol - ini juga harus dielakkan. Kebiasannya produk ini rupanya berkilat dan samada bewarna lutsinar atau separa lutsinar.

Hapuskan Badan Berbau 2009 Faisal Abdullah

Sebagai contoh, ini adalah kandungan bahan di dalam antiperspirant (yang seharusnya dielakkan):

Kandungan: Cyclopentasiloxane, Aluminum Zirconium, Tetrachlorohydrex Gly, PPG-14 butyl ether, Stearyl Alcohol, Hydrogenated Castor Oil, Talc, Parfum. Ambil perhatian bahawa Aluminum Zirconium tersenarai di dalam kandungan - jadi ia harus dielakkan.

Hapuskan Badan Berbau 2009 Faisal Abdullah

Dan ini pula bahan-bahan yang terdapat di dalam produk deodorant yang berkesan bagi saya. Produk yang saya gunakan ini adalah dari jenis Nivea For Men Aqua Cool.

Kandungan: Aqua, Propylene Glycol, PEG-8, Sodium Stearate, Parfum (wangian), Butyloctanoic Acid, Ethlyhexlglycerin, Distarch Phosphate, Octyldodecanol, Persea Gratissima. Nota: Produk yang lustinar atau separa lutsinar tidak semestinya elok. Ada juga produk sebegini yang mengandungi Aluminium Zirconium Tetrachlorohydrex atau di-propylene glycol. Ingat, produk yang berkesan adalah : Tertera sebagai deodorant dan BUKAN anti-perspirant atau anti-perspirant deodorant Lutsinar atau separa lustinar, berkilat dan tidak mengapa jika terdapat warna selain dari putih Mengandungi propylene glycol sebagai bahan utama Tidak mengandungi bahan aluminium atau di-proplyene glycol

Hapuskan Badan Berbau 2009 Faisal Abdullah

Beberapa minggu pertama, anda mungkin perlu menggunakan deodorant beberapa kali sehari. Lama kelamaan, anda cuma perlu gunakan sekali atau dua kali sehari. Saya menggunakan produk ini setiap kali selepas mandi di waktu pagi, dan gunakan sikit sebelum masuk tidur pada waktu malam. Untuk Wanita: jika anda menggunakan krim untuk melicinkan ketiak setiap kali mencukur, saya galakkan anda berhenti menggunakan krim ini dan cuma cukur di bawah aliran air. Sekiranya ingin menggunakan krim juga, bersihkan ketiak anda di bawah aliran air dan gunakan tuala muka kecil atau loofa untuk membersihkan krim tersebut betul-betul. Mungkin ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa kebanyakan pengilang produk mengandungi bahan supaya badan kita sentiasa bermasalah, supaya kita akan membeli produk mereka secara berterusan. Ini adalah muslihat dan taktik supaya pengguna sentiasa membeli produk mereka berkali-kali secara berterusan.

Jadikan Ia Rutin Harian


3 Langkah Mudah ini sepatutnya menjadi penawar pada perpeluhan pada ketiak anda, dan bau badan yang kurang senang akibat daripadanya. Jadikan 3 Langkah Mudah ini sebahagian dari rutin harian anda, supaya masalah berpeluh ketiak ini tidak kembali di masa hadapan. Ianya mudah, jadi tidak perlu risau. Itulah keajaiban pada teknik ini. Sepatutnya tidak menjadi masalah untuk dijadikan rutin harian.

Bahagian Badan Yang Lain


Sekiranya berat badan anda terlebih, dan jika anda juga berpeluh di bahagian badan selain dari ketiak, saya cadangkan anda cuba menguruskan badan. Berat berlebihan boleh menyebabkan berpeluh secara berlebihan. Walaupun berat badan diturunkan sedikit sahaja, namun perpeluhan akan banyak dapat dikurangkan. Buku ini tidak membincangkan tentang cara menguruskan badan, jadi saya tidak akan cerita panjang lebar mengenai topik ini di sini.

Hasilnya
Hasil dari 3 Langkah Mudah yang dijadikan rutin harian ini memang mujarab. Ia bukan sahaja menawarkan bau badan yang kurang menyenangkan. Tetapi yang lebih penting lagi, ia memberikan saya keyakinan diri yang lebih mendalam. Kerjaya

Hapuskan Badan Berbau 2009 Faisal Abdullah

saya lebih produktif disebabkan diri yang lebih yakin. Ia satu perubahan kecil yang membawa impak yang besar. Jika anda cuma membaca buku in sepintas lalu, saya cadangkan agar anda mula balik dari awal dan baca dengan lebih teliti. Untuk berjaya, amat penting anda menggunakan langkah yang diberikan dengan baik, dan memilih produk yang betul. Perpeluhan di ketiak sepatutnya kurang atau mungkin juga terus hilang di dalam masa 2 minggu dan mungkin juga kurang dari 2 minggu. Langkah yang perlu anda lakukan sekarang selepas membaca buku ini, adalah mempraktikkan ilmu baru yang anda pelajari. Saya ingin meminta pertolongan ikhlas dari anda. Boleh kah anda berkongsi pengalaman anda hasil dari melakukan 3 Langkah Mudah ini? Saya ingin tahu berapa lama teknik ini membawa kesan baik pada anda. Cuma email pada saya di alamat faisal@badanberbau.com.

Soalan Lazim (FAQ)


Sejak saya berhenti menggunakan anti-perspirant, bau badan saya lebih teruk. Bagaimana? Teknik yang saya ajar ini juga akan mengurangkan masalah bau badan, tetapi ia kerap kali memerlukan masa, bukannya serta merta. Anda boleh cuba menggunakan deodorant yang lebih wangi untuk menangi masalah ini sementara waktu. Asalkan bahan di dalam deodorant tersebut memenuhi syarat-syarat yang telah di ajar di dalam buku ini. Berapa lama baru boleh dapat hasil yang baik? Kawan-kawan saya yang mencuba teknik ini mempunyai jawapan yang berbeza. Ada yang mendapat hasil ajaib di mana ia serta merta mujarab setelah cuba sehari. Ada juga setelah beberapa hari. Ada juga yang mengambil masa yang lebih lama. Nasihat saya adalah sekurang-kurangnya cuba teknik ini selama 2 minggu. Pastikan anda membaca buku ini dengan teliti dan ikut betul-betul teknik yang seharusnya dilakukan. Jika selepas 2

Hapuskan Badan Berbau 2009 Faisal Abdullah

minggu anda tidak mendapat hasil, cuba tukar jenis loofa yang anda pakai. Juga, pastikan anda tidak terlalu agresif atau kasar membersihkan ketiak dengan loofa. Kalau anda kasar sehinggakan ketiak anda merah, sakit atau kegatalan kurangkan tekanan yang digunakan ke atas ketiak anda pada loofa tersebut. Jika anda tercedara atau kesakitan akibat dari ini, berhenti menggunakan loofa selama 2 atau 3 hari, dan cuma bersihkan ketiak anda dengan tuala muka. Setelah rasa pulih, kembali menggunakan loofa, tapi kali ini jangan terlalu kasar. Saya dah menggosok dengan loofa, tidak menggunakan sabun, dan menggunakan deodorant, tetapi masih berpeluh. Ada buat silap ke? Walaupun anda tidak membuat silap, hasilnya tidak akan boleh dilihat serta merta. Ia satu proses yang memerlukan beberapa hari atau beberapa minggu. Ingat, selepas 2 minggu kalau tak berkesan juga, gantikan loofa anda dari jenis atau pengeluar yang lain. Kebanyakan kali ini adalah puncanya. Juga, jangan menggunakan loofa lebih dari sekali sehari. Ia tidak akan membantu. Bila anda menggosok ketiak dengan loofa, ia akan membuang sel-sel mati pada kulit anda. Badan anda memerlukan masa untuk menhasilkan sel-sel baru. Jadi jangan menggosok dengan loofa lebih dari sekali sehari. Boleh ke jika terlupa menggunakan loofa dalam sehari? Tak mengapa. Saya juga kadang-kadang pergi out-station atau bercuti tanpa membawa loofa. Saya cuma menggunakan tuala muka, air dan tidak menggunakan sabun. Jika anda baru nak mula menggunakan teknik ini, ia mungkin melambatkan hasil anda untuk berhenti berpeluh sedikit. Tetapi ia bukannya masalah yang besar.

Hapuskan Badan Berbau 2009 Faisal Abdullah

Anda mungkin juga menyukai