Anda di halaman 1dari 3

Kekuatan Dan Kelemahan Pelaksanaan Kbsr Dan Kssr Di Malaysia KEKUATAN KBSR Murid dapat menggunakan kemahiran bahasa

dan matematik untuk berfikir dan berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Murid dapat berfikir secara logik serta memahami isu-isu

kemasyarakatan dan negara Peluang-peluang juga disediakan untuk murid-murid mengembangkan potensi, bakat, minat dan daya kreatif mereka melalui muzik, lukisan dan penulisan. Murid-murid dapat menguasai bahasa melayu selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah berkenaan. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal Menimba ilmu pengetahuan dan berikhtiar untuk meluaskannya. Mengukuhkan asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan

mengamalkan akhlak mulia. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian Pelaksanaan KBSR yang sempurna dapat memenuhi hasrat FPK ke arah penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi JERI. Proses pelaksanaan yang bermula dengan tahun1 hingga tahun 6 amat komprehensif dan mengambil kira segala aspek proses P&P dalam dan luar bilik darjah termasuk penyampaian ilmu dan kemahiran serta pemupukan nilai merentasi kurikulum.

KELEMAHAN KBSR y Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah.

y Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. y Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan

KEKUATAN KSSR Menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M. KSSR masih mengekalkan iaitu prinsip KBSR dengan mempunyai bersepadu,

penambahbaikan

menggunakan

pendekatan

perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. KSSR turut bersandarkan enam tunjang iaitu komunikasi,

perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.

Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam. Walaupun ujian bertulis masih dijalankan seperti dulu, proses penilaian KSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yang ditonjolkan murid dalam kelas. Menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan akademik.

KELEMAHAN KSSR Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.

RUJUKAN Sy Primizah. (n.d). Kekuatan dan kelemahan KBSR di Malaysia. Diakses dari http://www.scribd.com/doc/52434239/ISL-KEKUATAN-DAN-KELEMAHANKBSR-DI-MALAYSIA

Berita Harian Online. (2011, Januari 30). KSSR kurangkan tekanan peperiksaan, bina modal insane berkesan. Diakses dari http://www.bharian. com.my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiksaan_binamodalin sanberkesan/Article/index_html

Anda mungkin juga menyukai