Anda di halaman 1dari 7

Baba merupakan satu kumpulan etnik yang mula menetap di negara kita mulai kurun ke 15 dan juga merupakan

satu kategori Peranakan Cina. Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Dalam pada itu, terdapat pelbagai definisi yang diberikan kepada Baba. Menurut J.D Vaughan, Baba adalah sebutan bagi penduduk asli Negara Bengal terhadap anak anak Eropah. Gelaran ini digunakan oleh orang India di Pulau Pinang apabila mereka merujuk kepada orang Cina. Manakala menurut Felix Chia pula, kemungkinan kaum Cina yang datang ke Melaka berkahwin dengan wanita tempatan lalu melahirkan Baba. Masyarakat Baba dan Nyonya dikatakan berasal dari Tanah Besar China yang berhijrah ke Melaka sejak 600 tahun dahulu. Pada awalnya, masyarakat ini hanya terdapat di Melaka sahaja. Namun begitu, setelah Pulau Pinang dan Singapura mula berkembang, masyarakat Baba dan Nyonya mula berhijrah keduadua negeri ini. Walaubagaimanapun, dalam catatan sejarah, baba merujuk kepada kaum Cina yang berketurunan campuran dengan orang tempatan di negeri Melaka. Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Baba atau peranakan. Baba sesungguhnya hanya merujuk kepada orang Baba di Melaka. Sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacaraupacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-

unsur tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan. Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada faktor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina. Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya. Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka menukar kepada Kristian. Hal ini menyebakan masyarakat

Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai Kings Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan British. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan British. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British. Kebudayaan Baba telah menyimpan pelbagai artifak dan mereka mempunyai cara hidup yang unik dan tersendiri hasil asimilasi dengan penduduk tempatan. Walau apapun kenyataannya yang pasti kebudayaan Baba adalah contoh daripada kebudayaan Cina yang telah diperkayakan dengan tradisi tempatan iaitu tradisi orang Melayu Melaka. Etnik Baba boleh dikesan melalui beberapa budaya seperti dari segi pakaian, masakan dan bahasa. Masyarakat Baba mempunyai kebudayaan yang bercorak kemelayuan namun pada dasarnya masih berpegang kepada prinsip penggabungan budaya etnik Cina. Masyarakat Baba dilihat sebagai satu masyarakat yang berbeza dari masyarakat Cina di Malaysia kerana walaupun mereka dikenali sebagai orang Cina seperti yang telah dijelaskan, mereka dianggap sebagai mempunyai sifat yang lebih kemelayuan. Identiti Baba adalah hasil daripada proses akulturasi. Ciri ciri kebudayaan Baba yang paling mudah dilihat oleh orang luar adalah ciri ciri akulturasi yang signifikan dan memperkuatkan lagi anggapan stereotaip. Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam

loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain. Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu. Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat kecinaan. Walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu. Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh di dapati di dalam perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin itu. Adat lain termasuk mas kahwin diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian gadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.

Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan merupakan saat yang bahagia bagi pasangan yang bercinta. Pelbagai persiapan harus dilakukan dan dirancang terlebih dahulu. Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, situasi begini bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil. Namun begitu, setiap kaum dan bangsa mempunyai adat dan kepercayaan mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonya merupakan antara masyarakat Malaysia yang unik. Keistimewaan Baba dan Nyonya masih lagi diperkatakan oleh masyarakat Malaysia yang lain dan ia boleh dilihat melalui adat perkahwinan mereka. Perkahwinan bagi masyarakat Baba unik kerabat terdapat asimilasi dengan budaya tempatan. Perkahwinan tradisional ini dikenali sebagai kahwin dulukala dan satu daripada upacara yang paling menarik ialah upacara cheo thau. Upacara cheo thau dimulakan di rumah pengantin perempuan terlebih dahulu di mana sam kai (high altar) akan dinaikkan dan mengadap pintu utama ruang tamu. Seterusnya ibu bapa pengantin akan memasang lilin di atas meja tersebut. Cheo thau merupakan satu upacara penyatuan di antara suami isteri. Upacara ini dilakukan bagi memberitahu kedua dua mempelai itu bahawa mereka akan berkahwin dan akan menghadapi masyarakat luar tanpa perlindungan daripada keluarga mereka lagi. Upacara ini dijalankan pada waktu pagi di antara 3 4 pagi atau selepas waktu malam. Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan di mulakan dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang bersampul merah dan di hantar oleh 'Pak Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara perkahwinan. Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. Untuk hari 'kueh ih' ia juga dipanggil 'sang ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah simbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.

Persiapan bilik pengantin juga perlu dan diletakkan langsir dan cadar baru yang penuh dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu. Seterusnya ialah hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang. Hari tersebut juga adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh 'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan. Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain. Dalam pada itu kain yang dilapik atas meja sam kai dikenali sebagai tok wee. Kain tok wee ini mengandungi pelbagai warna dan disulam dengan hiasan corak lapan yang abadi dan juga hiasan yang mewakili perlanjutan, kemewahan dan pengajaran. Di atas sam kai terdapat dua batang lilin. Lilin ini dibalut dengan kertas merah yang telah dicorakkan dengan 8 potongan. Manakala pada bahagian belakangnya pula terdapat mangkuk mangkuk kecil yang diisikan dengan kuih ih yang berwarna putih dan merah. Kuih ini digelek dengan tangan hingga bulat dan dimasukkan bersama sama dengan air gula yang telah dimasak. Kuih ih ini juga akan digunakan untuk dimakan oleh pasangan pengantin pada upacara yang kemudiannya. Masakan Baba lebih mirip kepada masakan Melayu. Walaubagaimanapun, masakan Baba adalah campuran masakan Cina dan melayu tetapi masih beridentitikan

masakan Baba. Masakan Nyonya lebih dirujuk dengan nama lauk Nyonya iaitu daging dan sayuran. Masakan Nyonya biasanya pedas dan menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba, penggunaan cili yang banyak di dalam masakan adalah satu identiti yang menbezakan di antara masyarakat Baba dan Cina. Masyarakat Baba masih mengamalkan satu upacara tradisi yang bersangkutan dengan penyembahan nenek moyang iaitu penggunaan meja panjang atau lauk tok panjang. Upacara ini ialah memasak lauk sembahyang dengan masakan yang istimewa pada hari hari tertentu sahaja. Di antara masakan nyonya yang menerima pengaruh Melayu adalah seperti penggunaan belacan, bauh keras, asam, lengkuas, serai dan acar. Manakala lauk Nyonya yang masih dikekalkan identiti Nyonya ialah seperti ponteh (daging khinzir yang dimasak dengan kacang soya masin / tauchu), itik tem (daging itik yang dimasak dengan sayur asin), cak bek (daging khinzir yang dimasak dengan kicap dan halia). Penggunaan daging khinzir ini yang membezakan identiti masakan Nyonya dan Melayu. Selain itu kuih cang nyonya dan kuih cang abu juga merupakan masakan istimewa bagi kaum Baba.

Anda mungkin juga menyukai