Anda di halaman 1dari 30

Pengenalan

Dalam

kehidupan kita, pengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan

dalam semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu juga dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran, malah dia perlu mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. Lalu dia membuat penilaian untuk mengetahui aspek yang yang telah diajar dan dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan aspek-aspek yang yang masih lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran akan datang. guru seharusnya dapat Berdasarkan maklum balas daripada penilaian ini,

membuat keputusan tentang aspek kemahiran yang telah

dipelajari, atau yang perlu diajarkan, diulang semula, atau diberi latihan tambahan.

Walau bagaimanapun, istilah pengujian, pengukuran dan penilaian kadang kala saling ditukar ganti. Contohnya, apabila seorang guru mengedar ujian pencapaian, dia mungkin menyatakan yang dia sedang menguji pencapaian, mengukur pencapaian atau menilai pencapaian dengan tidak mengambil endah maksud khusus sesuatu istilah tersebut. Sebenarnya, istilah-istilah ini ada kelainannya dan tidak sepatutnya saling ditukar ganti. Dengan itu, semua pengajar yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran perlu mengetahui perbezaan antara ketiga-tiga istilah ini agar tidak tersalah pakai.

Konsep

Untuk menjawab penyataan di atas, mari kita fahami dan lihat kelainan pengertian antara ketiga-tiga istilah tersebut.

i.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengujian? Testing is a technique for obtaining information . It is a tool that serves the ends of the users. (Pengujian adalah satu teknik untuk mendapatkan maklumat .. Ia adalah satu alat yang dapat mencapai tujuan si pengguna).

Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan sebahagian daripada aspek tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajarannya.

Jelasnya, pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan seterusnya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai. Untuk itu, pengujian dapat dilaksanakan dengan cara mengadakan pemerhatian , ujian bertulis dan ujian lisan. Pengujian ini, biasanya,

dilaksanakan selepas satu atau beberapa topik pelajaran diajar.

Contoh: a. Untuk menguji sama ada pelajar tahun empat sudah tahu mengeja perkataan yang mempunyai keselarasan vokal, satu ujian rencana tentang perkataanperkataan tertentu diadakan.

ii.

Apakah pula maksud ujian?

Ujian ialah satu alat. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Akan

tetapi, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi tidak baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Dari itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah tidak menggalakkan.

iii.

Apakah maksud pengukuran?

Hopkins & Stanley (1981: 3) menyatakan bahawa Mesurement is the process by which things are differentiated. (Pengukuran adalah satu proses di mana alat atau benda dibeza-bezakan).

Pendapat lain mengatakan pengukuran adalah dirujukkan kepada penyelidikan atau pemerhatian yang dapat dinyatakan secara kuantitatif dan dapat memberikan jawapan kepada sesuatu pertanyaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Alat pengukuran yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Perlu diingat bahawa pengukuran adalah

terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.

Dengan itu, pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan dan kedudukan antara pelajar dalam penguasaan pembelajaran. Hasil pengukuran amat berguna

untuk pengelasan, pensijilan dan penempatan pelajar dalam jurusan yang sesuai. Pengukuran dilakukan setelah ujian bertulis iaitu dengan pengiraan markah. Biasanya pengukuran diadakan selepas beberapa topik pelajaran diajar.

iv.

Apakah maksud penilaian?

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et al. (1971, m.s xxv) menyatakan bahawa penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.

Terry D. TenBrink, (1974: 8) pula menyatakan bahawa Evaluation is the process of obtaining information and using it to form judgements which in turn are to be used in decision making. (Penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan) Definisi ini dapat dihuraikan seperti berikut:

a.

Membuat keputusan adalah matlamat akhir dalam penilaian. Keputusan sebagai satu pilihan daripada beberapa rangkaian tindakan.

Contoh: i. Sebagai guru, anda telah menetapkan ujian bagi semester pertama berbentuk soalan objektif aneka pilihan sahaja .

b.

Pertimbangan mustahak untuk mewujudkan penilaian. Pertimbangan (judgement) tidak memerlukan tindakan tetapi ia merupakan

satu nilai tara buat masa kini untuk melihat prestasi masa depan.

Contoh: i. Dari segi penglibatannya dalam kelas, Halim adalah seorang pelajar yang cerdas. ii. Buku cerita ini nampaknya sesuai bagi kanak-kanak tahun 5 dan 6.

c.

Maklumat adalah unsur penting dalam penilaian. Maklumat itu boleh terdiri dalam bentuk kuantiti atau kualiti; umum atau khusus; benda hidup atau benda mati.

Contoh: i. Kelayakan minimum untuk mengikuti kursus Pengajian Inggeris ialah P4. Pada tahap ini calon-calon dijangkakan cekap bertutur dalam bahasa Inggeris.

Oleh itu, penilaian dalam pendidikan merupakan suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, yang dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran

yang lebih berkesan.

Dengan itu, proses penilaian mengandungi aspek-aspek

pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti berikut:

Peringkat persediaan ujian

Peringkat pentadbiran ujian

Peringkat pemeriksan dan pengukuran

Peringkat analisis

Peringkat interpretasi dan tindakan

Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktivitiaktiviti utama dalam aktiviti penilaian. Rajah 1 di bawah ini pula menunjukkan

kepentingan perkaitan ketiga-tiga sistem ini.

Penilaian Pengukuran

Pengujian

Rajah 1: Perkaitan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Untuk menyimpulkannya, sekali lagi ditegaskan bahawa penilaian merupakan proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelajar dalam pembelajaran. Penilaian berguna untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan. Penilaian

dibuat berdasarkan jadual atau gred yang dihasilkan melalui pengiraan perangkaan (statistik). Penilaian boleh dilakukan sebelum, semasa , dan selepas satu atau beberapa topik pelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.

v.

Apakah pula konsep pentaksiran?

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Proses

ialah

langkah/

tindakan/

operasi

yang

digunakan

untuk

mendapatkan hasil yang dikehendaki. y Maklumat ialah bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. y Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar. y Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Pentaksiran haruslah dilihat sebagai: y proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, y y y aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran, aktiviti yang dijalankan secara berterusan, dan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

Objektif Penilaian Dalam Bilik Darjah

Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk:

mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau pretest. Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang dan

merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru berkenaan tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran;

menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah

disampaikan. Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini

disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu;

membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Perbandingan seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi seseorang individu;

membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang dan digunakan maklumat ini untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya;

menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja pemulihan dan pengayaan;

membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajarpelajar mereka ke jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka sepeti jurusan sains, sastera dan teknikal;

membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat mempertingkatkan pengajaran mereka; dan

pelajar

mengetahui

kelemahan-kelemahan

mereka

dalam sesuatu

kemahiran atau bidang dan segera pula memperbaikinya.

Sebagai rumusannya, dalam keseluruhan usaha penilaian tentang sesuatu kemahiran bahasa, proses yang sering kita lakukan adalah seperti berikut:

Uji

Ukur

Nilai

Sebelum kita menguji atau mentadbir sesuatu pengujian bahasa, terlebih dahulu kita perlu membina alat atau bahan ujian. Selepas ujian itu sempurna ditadbirkan kita akan mengumpulkan tindak balas atau jawapan pelajar untuk diperiksa dan dimarkahkan. Apabila pengukuran telah dilakukan melalui pemarkahan dan

pemarkatan, barulah kita boleh menilai pencapaian pelajar. Di sini pengukuran yang kuantitatif dalam bentuk markah atau angka menjadi bukti atau asas bagi kita membuat penilaian atau memberi sifat yang kualitatif seperti cemerlang, kepujian, lulus atau gagal, selaras dengan kriteria atau standard yang telah kita sediakan.

JADUAL PENENTUAN UJIAN / JADUAL SPESIFIKASI UJIAN DAN PERATURAN MEMBERI MARKAH

Jadual Penentuan Ujian (JPU) Definisi Seringkali soalan-soalan ujian dibuat secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai rancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan keutuhan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancangkan sesuatu ujian adalah

dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. Specification. JPU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test paksi

JPU merupakan matrik yang terdiri daripada dua paksi:

Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).

Maklumat Dalam JPU

JPU mempunyai maklumat seperti berikut:

y y y

Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran. Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.

y y

Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % 80%

Sekarang, mari kita bincangkan butiran-butiran di atas. Kita dapat simpulkan bahawa pengetahuan dan kemahiran yang disenaraikan dalam JPU haruslah berupa pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran serta yang telah diajar di dalam bilik darjah. Bilangan item ujian bagi setiap topik dan kemahiran itu pula ditentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk pengajarannya. Contohnya, jika topik 1 memerlukan dua minggu untuk diajar dan topik 2 cuma memakan masa seminggu, maka bilangan soalan bagi topik 1 seharusnya lebih banyak daripada soalan topik 2. JPU juga menetapkan bilangan soalan yang dikatakan

senang, sederhana dan susah dari segi aras kesukarannya. Aras kesukaran soalan lebih kurang memadai aras kemahiran yang diuji, mengikut taksonomi yang digunakan. Ini bererti, soalan aras pengetahuan biasanya adalah lebih mudah berbanding dengan soalan aras kefahaman, aplikasi dan analisis yang merupakan soalan sederhana. Manakala soalan yang menguji kemahiran sintesis dan penilaian pula adalah merupakan soalan yang susah. Namun begitu, aras kesukaran soalan ini merupakan satu perkara yang relatif. Yakni, satu soalan yang didapati senang bagi sekumpulan pelajar mungkin susah untuk sekumpulan pelajar lain. Jadi, dalam ujian buatan guru, guru harus membina soalan mengikut kebolehan pelajarnya.

Perbincangan di atas menyentuh tentang jenis maklumat yang terkandung dalam JPU. Ini menegaskan betapa pentingnya JPU dalam penggubalan item ujian. Ringkasnya, kepentingan JPU adalah seperti berikut.

Pentingnya Jadual Penentuan Ujian

y y y

Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.

Menentukan

perseimbangan

antara

topik-topik

dengan

aras-aras

kemahiran yang diuji. y y y y y Memberi panduan untuk membentuk format ujian. Memberi panduan untuk membentuk soalan. Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.

Maklumat daripada contoh di atas memberi gambaran kasar tentang perkara yang hendak diuji yang seterusnya memenuhi empat syarat JPU iaitu:

y y y y

ujian tidak dibina sembarangan, menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji, memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian, dan memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

Langkah-langkah Membina JPU Langkah 1 Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji. Bil Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Jam 5

1.1 Keselamatan di dalam bengkel y ciri-ciri pakaian-pakaian keselamatan

1.2 Reka bentuk dan Penghasilan Projek y Penyelesaian masalah y Membina dan mempersembahkan projek

15

1.3 Eletrik dan Elektronik y y y Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan Penghasilan projek elektronik Langkah-langkah penghasilan projek

20

Jumlah

40

Jadual 2: Senarai Tajuk dan Masa Belajar

Langkah 2

Tentukan soalan yang akan dibina itu. a. b. c. soalan objektif (20 soalan) 1 markah bagi 1 item. jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Jumlah masa Jum. Masa keseluruhan X Jumlah soalan

Langkah 3

Tentukan model aras kesukaran item. Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom 3 Domain kognitif afektif psikomotor

Domain Kognitif

6.

Penilaian

Sukar

5.

Sentisis

4.

Analisis

3.

Penggunaan

2.

Kefahaman

1.

Pengetahuan

Mudah

Langkah 4

Apakah jenis ujian yang akan diuji? y y y y Ujian objektif Ujian struktur Ujian esei Dan lain-lain.

Langkah 5

y y y

Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll). Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar). Pemarkahan.

Langkah 6

y y y

Menyatakan mata pelajaran. Tingkatan. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan. Oleh itu, penekanan yang wajar terhadap objektif pembelajaran, dan prosedur penilaian perlu diambil perhatian.

Pemarkahan dan Markah

Tujuan Pemarkahan

Salah satu daripada tugas yang paling tidak seronok bagi guru ialah memberi markah atau gred. Guru mengambil masa yang lama untuk memprosesnya, yang

kadang kala menyebabkan pelajar risau, dan pada akhirnya ada pihak yang tidak berpuas hati tentang markah atau gred yang diperoleh. Tegasnya, tidak ramai pelajar gemar diberi gred kepada pencapaian mereka. Begitu juga, bagi guru. Proses memberi gred bukan sahaja memerlukan banyak masa tetapi juga usaha.

Pelajar dan juga guru mengambil berat tentang markah yang diperoleh dalam ujian. Adalah tidak mustahil bagi pelajar untuk mengambil lebih berat tentang markah

yang mereka dapati dalam ujian tatabahasa, misalnya, daripada pengetahuan dan kemahiran yang mereka belajar daripada aspek tersebut. Jika perkara seperti ini

berlaku, ini merupakan keutamaan yang salah dan menimbulkan implikasi yang membahayakan. Ini adalah kerana kadangkala markah tidak diguna dengan bijak,

disalah tafsir ataupun diguna sebagai senjata untuk mendenda pelajar, dan bukannya sebagai satu sumber untuk mendapatkan maklumat.

Oleh itu, apakah tujuan memberi markah kepada ujian atau tugasan yang telah dibuat oleh pelajar? Adakah ia diberikan sebagai ganjaran atau dendaan? Jika

jawapan anda adalah ya kepada soalan sebelum ini, maka jawapannya adalah salah. Markah bukanlah untuk memberi ganjaran atau pun mendenda pelajar. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas tentang pencapaian pelajar.

Kepentingan Pemarkahan

Markah adalah sebahagian daripada budaya dalam pendidikan. Ia telah menjadi asas kepada beberapa tindakan dan keputusan di institusi pendidikan, dan juga antara institusi pendidikan . Oleh itu, pelajar menyedari dari awal lagi bahawa mereka akan diberi gred atau markah bergantung kepada prestasi mereka di sekolah.

Ibu bapa juga menyedari bahawa markah yang diperoleh anak mereka akan memberi kesan kepada anak-anak mereka dalam pelbagai perkara seperti peluang melanjutkan pelajaran, memohon biasiswa atau mencari pekerjaan nanti. Ibu bapa tahu bahawa pelajar dibanding antara satu sama lain melalui markah yang mereka perolehi. Oleh itu, markah sangat bermakna kepada pelajar dan juga ibu bapa mereka.

Pendidik juga dipengaruhi oleh markah, biasanya untuk mengagihkan pelajar kepada kelas yang leibh pandai atau sebaliknya. Oleh sebab markah sangat penting

bagi kebanyakan orang, maka kita perlu berhati-hati dan bersifat objektif semasa memberi markah. Malangnya, kadang kala tidak sedemikian. Ada kalanya markah diberi secara terburu-buru dan sistem pemarkahan, jika ada, tidak begitu difahami. Perlu diingat bahawa sistem yang berlainan mempunyai kebaikan dan kelemahan yang berbeza juga.

Asas Pemberian Markah.

Pertimbangan yang paling asas tentang apa yang patut dicerminkan oleh markah merupakan isu yang paling utama. Adakah gred yang diberikan itu betul-betul

mencerminkan penilaian prestasi yang tepat tentang sesuatu mata pelajaran seperti bahasa, matematik, sains dan sebagainya? Atau adakah gred tersebut juga

merangkumi perkara-perkara lain seperti kerja yang bersih, tulisan baik, bahasa penyampaian yang menarik, sikap, minat, usaha, motivasi dan personaliti?

Jawapannya ialah apabila markah diberikan berkaitan dengan mata pelajaran akademik, sebaiknya, markah yang diberikan hendaklah mencerminkan pencapaian akademik semata-mata. Faktor-faktor lain tidak patut dipertimbangkan kerana perkaraperkara seperti motivasi sikap dan sebagainya sukar diukur secara objektif. Jika asas pemberian gred masih memasukkan faktor-faktor lain selain daripada pencapaian, sudah tentu skor ujian sukar untuk ditafsir.

PEMBINAAN ITEM UJIAN Pengenalan Seorang guru seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam

pembelajarannya. Ini berguna bagi guru dalam memperbaiki dan mempertingkatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Lazimnya, apabila kita membincangkan tentang pembinaan item ujian, kita akan memberi tumpuan kepada soalan berikut:

Adakah item ujian yang dibina oleh guru itu akan benar-benar dapat menguji dan mempunyai ketakalan dalam mengukur aspek kemahiran bahasa pelajar-pelajar?

Begitu juga, kita tidak dapat lari daripada menyoal perkara-perkara berikut semasa merancang ujian :

y y y

Mengapakah ujian itu dilaksanakan? Apakah jenis ujian yang sesuai digunakan? Bila dan berapa lamakah masa ujian itu dijalankan?

Pun juga, setelah menjawab soalan-soalan di atas, guru seterusnya akan memikirkan ciri-ciri membentuk item ujian yang baik dan penggunaan item ujian yang sesuai dengan kemahiran bahasa yang hendak diuji.

Kesimpulannya, ujian merupakan asas untuk memperoleh maklumat bagi membuat penilaian tentang pencapaian pelajar di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru

harus memastikan yang bahan ujian yang diberi itu betul-betul dapat menguji apa yang hendak diuji dan semestinyalah sentiasa tekal. Jenis-jenis Ujian

Berbagai-bagai jenis ujian dapat digunakan dengan berkesan sekiranya ia dirancang dan sesuai pula dengan kemahiran yang hendak diuji. Dalam pengajaran pembelajaran bahasa KBSR , penguasaan pelajar-pelajar terhadap kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis perlu diuji dengan menggunakan pelbagai jenis ujian dan teknik pembinaan item ujian yang sesuai.

Ujian Objektif Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz. Sesuatu ujian itu

dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan akan memeberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama. Ujian objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindakan balas yang serupa ( Gronland, 1977). Kenyataan ini menunjukkan objektiviti sesuatu ujian itu merujuk kepada

bagaimana skor diperoleh. Item objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan cara tindakbalas yang diberikan kepada pelajar iaitu:

a. b.

item respons bebas ( jenis sumbangan) item respons tetap ( item objektif pilihan)

Item Respons Bebas

Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan jawapan sendiri pada ruang yang disediakan. Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan atau dalam kotak yang disediakan. Di bawah ini ditunjukkan beberapa contoh jenis item respons bebas.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan) Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atu paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format Salah-Betul, Padanan, dan aneka pilihan.

i.

Item Salah-Betul Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi

penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan. Format-format ini dikira sebagai item-item dua pilihan oleh kerana kesemuanya melibatkan penerimaan atau penafian.

ii.

Item Padanan Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara

yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.

Contoh:

Padankan kata bilangan dengan contoh yang diberi dengan

menggunakan garisan lurus untuk menghubungkan kotak-kotak yang diberi.

Kata Bilangan 1. Kata Adjektif Sifatan 2.KataAdjektif Pancaindera 3. Kata Adjektif Bentuk 4. Kata Adjektif Perasaan

Contoh A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini. B. Budak baik selalu dipuji.

C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup. D. Dia amat rindu akan emaknya.

iii.

Item Aneka Pilihan Item aneka pilihan adalah dari golongan item jawapan tetap kerana diberikan

tindakbalas terbatas

iv.

Teknik Kloz Teknik menggunakan ujian kloz sebagai alat bagi menguji kefahaman

bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutunya boleh diuruskan oleh guru-guru bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara

keseluruhannya.

Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu

keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

Soalan Subjektif

Item Jenis Struktur

Item jenis struktur merupakan item-item yang disusun dan diatur secara sistematik dan berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau berkaitan dengan satu-satu tema. Ini terbentuk daripada satu atau dua bahagian iaitu jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahanbahyan yang disertakan pada soalan.

Item-item struktur ini memberi pelajar panduan/ bimbingan/ rangka serta memberi rangsangan / bahan asas untuk memulakan jawapan. Ia juga memberi tanda isyarat yang tetasp bagi bertindak balas terhadap soalan berdasarkan petunjuk markah dan ruang jawapan yang disediakan. Dalam pembinaan item ini, beberapa item pendek boleh dihubungkan menjadi set item-item yang dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sama.

Sebagai satu ujian ringkas mengenai sesuatu tajuk/ perkara , item struktur sebenarnya mengandungi elemen item objektif dan item esei.Jenis soalan struktur ini mengehadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon. adalah pendek, iaitu satu atau dua ayat sahaja. Jawapan yang diperlukan

Pembinaan Ujian

Membina

soalan-soalan

ujian

yang

relevan

dan

boleh

dipertahankan

memerlukan kemahiran teknikal dan kreatif. Banyak keputusan yang berkaitan dengan pelajar adalah dilakukan bedasarkan keputusan ujian atau peperiksaan. Dari itu, guru adalah bertanggung jawab untuk menyediakan ujian dengan teliti dan sistemastik agar kualiti ujian dapat dikawal rapi.

Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya objektif pelajaran, dan hasil pengajaran yang ingin diuji adalah jelas, dan pelan tindakan atau jadual penentuan ujian telah disediakan. Soalan-soalan yang digubal seharusnya mematuhi pelan

tindakan atau jadual penentuan dari aspek-aspek berikut:

 topik yang akan diuji dan pemberatannya,  kemahiran yang akan diuji dan pemberatannya,  aras kesukaran soalan mengikut taksonomi Bloom, dan  jenis soalan. Dalam menentukan jenis soalan bagi sesuatu ujian, guru mempunyai pilihan untuk mengemukakan antara soalan objektif dengan soalan subjektif. Sepertimana

yang telah dihuraikan di atas tadi, soalan objektif adalah jenis soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan yang tepat dan ringkas supaya ia dapat diperiksa dengan mudah dan cepat. Justeru itu, ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang paling tinggi kerana semua pemeriksa akan memberi markah yang sama kepada setiap soalan yang dikemukakan. Soalan jenis objektif memerlukan sumbangan pelajar dan soalan yang cuma memerlukan pilihan. Soalan subjektif pula terdiri daripada soalan tindak balas terhad (jawapan agak pendek) dan soalan tindak balas lanjutan (jawapan panjang yang tidak terhad).

Prinsip-Prinsip Asas Dalam Pengujian dan Penilaian Sesuatu penilaian dan pengujian yang baik dan bermutu ialah penilaian dan pengujian yang hasilnya dapat dimanfaatkan untuk memperbaiki keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, penilaian dan pengujian itu mestilah

dapat memberikan maklumat setiap mungkin tentang pencapaian atau prestasi pelajar kesan daripada proses pembelajaran yang mereka lalui. Tentunya, untuk mendapatkan hasil yang sedemikian, penilaian dan pengujian itu mestilah dirancang, digubal, ditadbirkan dan diinterpretasikan dengan sebaik-baiknya, iaitu berasaskan prinsip-

prinsip yang tertentu.

Di antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan

dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

i.

Penilaian dan Pengujian Itu Mestilah Mempunyai Sifat Kesahan (validity). Kesahan ujian merujuk kepada sejauh mana ujian itu dapat

mengukur apa yang ia sepatutnya mengukur, iaitu sejauh mana ujian tersebut dapat memenuhi objektifnya. Ciri kesahan dalam pengujian boleh dibahagi kepada beberapa jenis berdasarkan tujuaqqn ujian yang dijalankan, antaranya ialah: a. b. c. d. kesahan isi kesahan ramalan kesahan serentak kesahan gagasan

a.

Kesahan Isi

Kesahan isi menegaskan setakat mana ujian tersebut meliputi bidang pelajaran yang harus diuji. Kesahan isi memastikan isi ujian ditentukan, tujuan ujian diadakan,

kandungan sukatan pelajaran, peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk dan sebagainya. Dua perkara yang mencirikan kesahan isi ujian ialah pem Perancangan ujian hendaklah membuat pilihan yang

beratan dan persampelan.

seimbang supaya tajuk-tajuk yang diuji akan mencerminkan pengetahuan yang telah dipelajari secara menyeluruh. Cara yang baik untuk memastikan kesahan sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujnian (JPU). b. Kesahan Ramalan Kesahan ramalan adalah ciri ujian yang menekankan kebolehan seseorang calon itu menjalankan sesuatu tugas di dalam satu keadaan yang lain secara berkesan.

Dengan itu, sesuatu ujian yang mempunyai ciri kesahan ramalan hendaklah boleh meramal perlakuan atau perubahan seseorang pada masa depan. Misalnya, seorang pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM/ STPM dengan baik akan juga berjaya dalam peperiksaan matrikulasi yang didudukinya kelak. Tegasnya, untuk mendapatkan ciri kesahan ramalan yang tinggi dalam sesuatu ujian, item-item yang dibina hendaklah benar-benar menguji perkara yang berkaitan dengan keupayaan, kemahiran, atupun kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas pada masa depan. c. Kesahan Serentak Kesahan serentak merujuk pada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Misalnya, jika pelajar membuat kesilapan tertentu dalam satu ujian, apabila ujian tersebut diulangi dan pelajar itu masih mengulangi kesilapan tersebut, maka ujian itu boleh dikatakan mempunyai kesahan serentak. Cara lain yang boleh digunakan untuk menentukan ciri kesahan serentak ialah guru boleh membina item-item ujian yang merangkumi aspekaspek yang terdapat dalam latihan harian pelajar. Sekiranya pencapaian pelajar dalam ujian tersebut adalah hampir sama dengan prestasi yang ditunjukkan dalam latihan harian yang berkenaan, maka ujian itu bolehlah dikatakan ada kesahan serentak yang tinggi. d. Kesahan Gagasan Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian yang digunakan untuk mengukur trait tingkah laku atau trait mental manusia. Tujuan ini diadakan adalah untuk mengukur setakat mana pelajar yang diuji dapat menunjukkan trait mentalnya seperti kecergasan otak, kreativiti, motivasi, toleransi, kebolehan penaakulan, sifat keadilan, sifat tingkah laku dan sebagainya. Sifat-sifat ini, sebenarnya sukar untuk diuji. Jika sesuatu keputusan ujian tidak dapat menggambarkan gagasan yang diperlukan, maka ujian itu bukan satu alat yang sah. Contoh, ujian itu yang dibina untuk mengukur daya kreativiti di kalangan pelajar akan dianggap tidak sah jika ia tidak dapat membezakan pelajar-pelajar yang mempunyai daya imaginasi dan kreativiti dengan mereka yang tidak memiliki alat tersebut.

ii.

Kebolehpercayaan Ujian. Kesahan ujian merujuk kepada soalan adakah sesuatu ujian itu mengukur apa

yang hendak diukur.

Kebolehpercayaan ujian pula merujuk kapada soalan adakah

sesuatu ujian itu mengukur apa yang diukur dengan tepat. Memang semua ujian yang dihasilkan akan memberi maklumat yang tepat. Ketepatan ujian yang dimaksudkan di sini adalah lebih kepada ketekalan atau konsistensi sesuatu ujian. Sesuatu penimbang atau neraca sebagai alat untuk menimbang berat adalah dikatakan penimbang yang boleh dipercayai jika penimbang itu dapat memberi bacaan yang sama atau tekal (konsisten) bagi berat bahan yang sama di ketika-ketika yang berlainan. Ujian juga boleh berfungsi sama dengan penimbang tadi. Sekiranya pelajar mengambil ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, ini bermakna bahawa markat atau skor yang diperolehi pelajar akan sentiasa diperoleh tidak kira bila ketikanya pelajar ini mengambil ujian yang sama tersebut. Walau bagaimanapun, secara realiti, tidak mungkin pelajar akan mencapai skor atau markah yang sama jika pelajar tersebut mengambil ujian yang sama berulang kali. Pelajar yang menduduki sesuatu ujian berulang kali mungkin akan mencapai skor yang lebih baik kerana telah mempelajari daripada kesalahan yang telah dilakukan hasil daripada ujian kali pertama. Ataupun, pelajar berkenaan akan mencapai keputusan yang semakin menurun hanya disebabkan oleh penurunan motivasi, atau disebabkan keletihan mengambil ujian. Secara lazimnya, bagi menentukan kebolehpercayaan

ujian, pengujian dilakukan sebanyak dua kali, bukannya dengann ujian yang sama, bahkan dengan ujian yang mengandungi item atau soalan yang setara. Bagi menjamin kebolehpercayaan ujian yang tingi, keadaan ujian perlu dikawal agar tidak timbul selisihan antara pelajar yang mengambil ujian. Jika ujian memberi maklumat yang tepat dan konsisten, maka ukuran ini mempunyai selisihan yang sedikit atau tiada langsung. Keselarasan keadaan bagi setiap pelajar perlu dipastikan supaya semua pelajar yang mengambil ujian adalah sama. Kawalan punca-punca atau faktorfaktor yang menghasilkan selisihan adalah amat penting dalam pembentukan dan pentadbiran ujian. Punca-punca seperti kesihatan dan emosi calon, keadaan

persekitaran, cara memeriksa, dan bilangan soalan yang terlalu banyak boleh menyebabkan pengurangan kebolehpercayaan ujian. Walau bagaimanapun, secara am, semakin bilangan soalan berrtambah, semakin tepat pencapaian sesuatu pelajar. Kebolehpercayaan sesuatu ujian boleh dipertingkat jika prinsip-prinsip berikut diikuti:  Banyakkan soalan agar tidak menggalakkan pelajar meneka (asalkan tidak terlampau banyak);  Arahan serta soalan adalah terang, senang difahami dan tidak mengelirukan;  Ujian sepatutnya dalam bentuk yang sanggup ditadbir oleh guru seperti ujian bertulis;  Masa yang cukup perlu diberikan kepada pelajar dan guru untuk membuat persediaan;  Semua pelajar yang mengambil ujian perlulah disediakan dengan keadaan yang sama dan selesa supaya mereka dapat menjawab soalan dengan sebaik-baiknya dengan tidak berlaku keadaan tidak adil; dan  Semakin objektif permarkahan maka semakin tinggi kebolehpercayaan. Dari itu, jika ujian yang diberikan adalah dalam bentuk subjektif seperti ujian esei, dari itu skema permarkahan yang jelas perlulah disediakan dan diikuti dengan sepenuhnya oleh semua pemeriksa.

Anda mungkin juga menyukai

  • Mister Z (Modul MT)
    Mister Z (Modul MT)
    Dokumen12 halaman
    Mister Z (Modul MT)
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • MATEMATIK
    MATEMATIK
    Dokumen226 halaman
    MATEMATIK
    Hazwan Stynteth
    Belum ada peringkat
  • Rrrrbttee
    Rrrrbttee
    Dokumen11 halaman
    Rrrrbttee
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • Cover RPH
    Cover RPH
    Dokumen1 halaman
    Cover RPH
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • VDSAaaadfbsb
    VDSAaaadfbsb
    Dokumen1 halaman
    VDSAaaadfbsb
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • VDSAaaad
    VDSAaaad
    Dokumen1 halaman
    VDSAaaad
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • VDSAaaad
    VDSAaaad
    Dokumen1 halaman
    VDSAaaad
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • VDSAaaad
    VDSAaaad
    Dokumen1 halaman
    VDSAaaad
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • VDSAaaad
    VDSAaaad
    Dokumen1 halaman
    VDSAaaad
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • Pemutar Rata Playar Gabung Playar Muncung Tirus Gandin Getah
    Pemutar Rata Playar Gabung Playar Muncung Tirus Gandin Getah
    Dokumen1 halaman
    Pemutar Rata Playar Gabung Playar Muncung Tirus Gandin Getah
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • VDSAaaad
    VDSAaaad
    Dokumen1 halaman
    VDSAaaad
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • VDSAaa
    VDSAaa
    Dokumen1 halaman
    VDSAaa
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • VDSA
    VDSA
    Dokumen1 halaman
    VDSA
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • Langkah-Langkah Menghias Akuarium: Ikan Hiasan Ikan Hiasan
    Langkah-Langkah Menghias Akuarium: Ikan Hiasan Ikan Hiasan
    Dokumen1 halaman
    Langkah-Langkah Menghias Akuarium: Ikan Hiasan Ikan Hiasan
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • Teori Keselamatan Kemalangan
    Teori Keselamatan Kemalangan
    Dokumen14 halaman
    Teori Keselamatan Kemalangan
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • VDSA
    VDSA
    Dokumen1 halaman
    VDSA
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • 1
    1
    Dokumen1 halaman
    1
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • 1
    1
    Dokumen1 halaman
    1
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • 1
    1
    Dokumen1 halaman
    1
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • Teori Keselamatan Kemalangan
    Teori Keselamatan Kemalangan
    Dokumen14 halaman
    Teori Keselamatan Kemalangan
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • 1
    1
    Dokumen1 halaman
    1
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • K.Hidup - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
    K.Hidup - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
    Dokumen10 halaman
    K.Hidup - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
    Sekolah Portal
    100% (20)
  • 21
    21
    Dokumen1 halaman
    21
    princezharif
    Belum ada peringkat
  • 1
    1
    Dokumen1 halaman
    1
    princezharif
    Belum ada peringkat