Anda di halaman 1dari 7

KERJA KURSUS CTIS

TAJUK: KEISTIMEWAAN DAN KEHEBATAN MANUSIA

DISEDIAKAN OLEH y NUR IZZATI NADHIRAH BT MOKHTAR y NURUL IZZATI BT BAHARUM

PENDAHULUAN
Dalam membahaskan bukti-bukti material tentang kewujudan Allah, adalah lebih baik dimulai dengan membahaskan tentang kewujudan makhluk itu sendiri. Ia merupakan bukti paling dekat dan jelas dengan kita. Ia sentiasa berada di hadapan kita dan kita temui sehari-hari. Hakikat kewujudannya memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa jua.

Benda-benda tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia,dan seluruh makhluk-Nya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah. Semua bersaksi bahawa adanya buktibukti tentang kesaanya yang tidak memerlukan perbahasan, pemikiran, dan fahaman yang sulit . Allah s.w.t. telah mencipta bukti-bukti lahiriah tentang kewujudanNya, sehingga semua akal perasaan berbicara tentang kewujudan dan kesaan Allah s.w.t. Allah telah menjadikan akal sebagai alat pertama untuk menyedari (memahami) wujudNya, sehingga akal tersebut dapat menangkap pengertian untuk selanjutnya memahami wujud Allah melalui dalil akal terhadap apa yang di ciptakanNya dalam alam semesta .

Manusia mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan berbanding dengan makhluk lain seperti haiwan, alam semesta, malaikat dan jin. Manusia adalah makhluk yang terbaik ciptaannya, sempurna dan indah kejadiannya. Firman Allah SWT bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya(dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya(Surah al-Tin 95:4) Antara ciri-ciri keistimewaan yang ada pada manusia ialah: 1. Kesempurnaan Kejadian Manusia Allah menciptakan manusia terdiri dari unsur fizikal dan spiritual. Melalui unsur fizikal seperti anggota badan dan pancaindera, manusia boleh melakukan sesuatu pekerjaan. Contonya, tangan boleh melakukan, mengambil dan mengangkat sesuatu, kaki bergerak ke sesuatu tempat yang ingin dituju, mata untuk melihat sesuatu, dan begitulah seterusnya funsi setiap anggota badan yang diciptakan Allah SWT untuk manusia. Manakala, unsur spiritual seperti akal, hati, jiwa dan perasaan, manusia mampu melakukan sesuatu dengan baik. Contohnya, manusia boleh berfikir, merancang, mengkaji, mempunyai sifat belas kasihan, penyayang, prihatin dan seumpamanya. Kombinasi dari dua unsur ini, menjadikan manusia begitu sempurna dari sudut kejadian dan akan melahirkan sifat murni dan amalan positf dalam menjalani kehidupan mereka. 2. Akal Fikiran Akal merupakan satu anugerah Allah SWT yang amat berharga, malah kewajipan agama hanya akan ditaklifkan kepada orang yang berakal. Kewujudan akal membantu manusia merancang, memikir, mengkaji sesuatu aktiviti dengan betul dan berkesan kerana ia juga boleh menjadi alat dan penunjuk kebenaran. Ia boleh dijadikan neraca pertimbangan dalam melakukan sesuatu tindakan. Manusia Allah jadikan berbeza statusnya dari haiwan seperti kera. Manusia dibekalkan Allah dengan akal fikiran dan naluri fitrah yang sungguh berbeza dari haiwan. Manusia secara fitrahnya sukakan ilmu pengetahuan, mencuba sesuatu yang baru, bertamadun dan bermasyarakat. Dengan akal ini mereka dapat membezakan antara sifat kemanusiaan dan kebinatangan. Dengan ilmu dan akal yang diberi Tuhan, mereka berupaya mencetus dan membangunkan pelbagai bidang. Tamadun yang tinggi berupaya mencetus dan membangunkan pelbagai bidang. Tamadun teknologi yang tinggi berupaya menghubungkan antara satu sama lain pada suatu masa yang sama meskipun berada pada jarak yang jauh. Contohnya mereka telah mencipta satelit dan sistem perhubungan melalui internet berkomputer. Sesungguhnya kekuatan akal semata-mata tidak akan dapat memberikan jawapan terhadap rahsia penciptaan alam ini. Segala-galanya berada di dalam pengetahuan penciptanya iaitu Allah s.w.t. bahkan tidak ada seorangpun yang mendakwa dirinya sebagai pencipta sesuatu makhluk itu selain dari Allah Taala sendiri. Pencipta sesuatu jenis barang lazimnya berusaha agar seluruh dunia mengenal dirinya, nama, riwat hidupdan kisah penemuanya terhadap sesuatu jenis barang ciptaannya. Betapalah lagi bagi pencipta seluruh alam ini. Sudah tentu ingin dirinya

diketahui umum. Namun sehingga kini tiada seorang pun yan mengaku bahawa dialah yang mencipa langit, bumi dan ,manusia. Hanya Allah yang mengakui demikian. Dan orang-orang kafir pun tidak membantah tentang hakikat ini. Dalam firman Allah: "Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menciptakan langit dan bumi, dan Yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". maka Bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?. 3. Kemudahan Alam Tabii Demi memelihara kesempurnaan kehidupan makhluknya, Allah telah menetapkan hukum alam yang tidak berubah dari zaman ke zaman. Adalah salah jika ketetapan hukum alam yang dijadikan hujah untukmengatakan tidak adanya kebebasan takdir. Hikmah Allah menetapkan hukum alam yangtidak berubah merupakan tanda kebebasan takdir-Nya agar alam tidak binasa. Allah s.w.t.tidak mengkehendaki adanya hukum yang dapat merosak alam ini. Akan tetapi Dia mengkehendaki adanya alam sesuai dengan keagungan Penciptanya. Maka dengan kebebasan takdir-Nya, ditetapkan-Nya hukum alam yang tetap dan tidak berubah-ubah. Namun begitu bukanlah sesuatu sifat mustahil bagi Allah untuk mentakdirkan sesuatu yang di luar dari hukum yang telah ditetapkannya .Umpamanya menjadi pohon durian berbuah di luar musimnya. Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menjadikan makhluk ciptaanNya sama ada kecil atau besar, di langit atau di bumi, di daratan atau di lautan adalah untuk kegunaan manusia. Contohnya, matahari mengeluarkan cahaya yang boleh menerangi manusia, menjadikan makanan tahan lama, memasakkan buah-buahan dan menjadi sumber bahan tenaga. Planet, lautan, haiwan, tumbuhan dan sebagainya dijadikan untuk keperluan dan digunakan oleh manusia sebagai sumber makanan, minuman, pakaian, perhiasan, tempat tinggal, perlindungan, kenderaan dan bermacam lagi. Firman Allah SWT bermaksud : Allahlah yang telah menjadikan langit dan bumi, menurunkan air hujan dari langit lalu menumbuhkan tanaman, buahan sebagai rezeki bagi kamu. Dia telah menjadikan bagi kamu kapal untuk belayar di lautan dengan ketentuan-Nya. Dia telah menjadikan bagi kamu sungai-sungai. Allah telah memberikan segala yang kamu pinta daripada-Nya. Sekiranya kamu hitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan berupaya menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan kufur. (Surah Ibrahim 14: 32-34) Ayat di atas menunjukkan perkataan (lakum adalah bermaksud bagi kamu) diulang sebanyak lima kali iaitu semuanya dijadikan untuk kegunaan manusia. Cuba kita perhatikan kepada sunnah alam yang mana Allah SWT menjadikan tingkatan makhluknya: makhluk yang rendah dijadikan untuk kegunaan makhluk yang lebih tinggi tingkatannnya. Contohnya benda-benda mati dijadikan untuk kegunaan tumbuhan, tumbuhan dijadikan kegunaan oleh haiwan dan semuanya pula adalah untuk kegunaan manusia. Oleh itu, fikirkan pula manusia dijadikan untuk kegunaan siapa? Ternyata tidak ada makhluk yang lebih tinggi tingkatannya dari manusia. Jawapannya manusia diciptakan adalah untuk memperhambakan diri, menyembah atau mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT.

4. Nafsu Nafsu merupakan satu anugerah Allah SWT yang diberikan kepada manusia tidak kepada malaikat walaupun ia merupakan makhluk yang setia taat beribadah kepada Allah SWT. Nafsu atau keinginan yang ada dalam diri manusia, menjadikan meraka berkeinginan kepada makan, minum, kahwin, harta dan sebagainya. Nafsu sememangnya sentiasa mengarah diri seseorang ke arah keburukan dan mengajak manusia melakukan kejahatan. Ia merupakan halangan yang mesti ditundukkan kerana kebanyakan akhlak mazmumah adalah didorong oleh kehendak manusia(basic needs) yang tidak pernah puas. Memandangkan manusia juga dibekalkan oleh Allah SWT akal, maka mereka tidak boleh bertindak mengikut hawa nafsu semata-mata seperti haiwan. Oleh itu, manusia hendaklah mengawal nafsunya dengan kekuatan iman bukannya tunduk kepada hawa nafsu. Berhati-hati dengan nafsu, kerana jika ianya tidak dibendung dengan lingkaran iman dan takwa serta diperkukuhkan dengan tarhib dan taghrib, nescaya boleh menewaskan diri tuannya. Rasulullah SAW pernah mengingatkan umatnya supaya berawas dengan nafsu yang sentiasa mengajak manusia melakukan kejahatan(nafsu ammarah bissu) 5. Ilmu Pengetahuan Manusia dianugerahkan oleh Allah SWT dengan ilmu pengetahuan. Ini dapat di lihat dalam rentetan peristiwa kejadian manusia pertama Adam a.s di mana ketika Allah SWT meniupkan roh-Nya ke dalam jasad Adam a.s, Allah SWT menyatakan keinginan-Nya menjadikan khalifah di muka bumi. Hal ini mengundang kehairanan kepada malaikat lantas bertanya kepada Allah SWT adakah Dia ingin menjadikan manusia yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah, sedangkan mereka sentiasa bertasbih dan memuji Allah SWT. Allah menjelaskan bahawa Dia lebih mengetahui akan segala-galanya. Seterusnya Allah menguji Nabi Adam, dengan meminta supaya disebutkan nama-nama benda yang tidak dapat disebut oleh malaikat. Jawapan Nabi Adam a.s terhadap nama-nama benda tersebut menyerlahkan kelebihan manusia berbanding makhluk lain yang akan menjawat jawatan khalifah fi al-ard Manusia yang berperanan sebagai khalifah mesti mampu menguasai ilmu pengetahuan, kerana mereka diamanahkan untuk memakmurkan alam. Pastinya ilmu adalah aset utama dan penting dalam pembinaan tamadun. Oleh itu, manusia mesti memiliki ilmu kerana ia tidak akan datang tanpa berusaha untuk mempelajarinya:man jadda wajada(sesiapa yang berusaha maka dia akan berjaya). Perlu diingatkan bahawa manusia dilahirkan dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa sebagaimana Firman Allah SWT bermaksud: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur(Surah Al-Nahl 16:78) Terdapat banyak gesaan dan anjuran supaya menuntut ilmu antaranya sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Barangsiapa menjalani satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah permudahkan baginya jalan ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat akan menebarkan sayapnya kerana redha kepada pelajar ilmu. Dan sesungguhnya pelajar ilmu itu akan diminta ampun ole penghuni langit dan bumi hinggalah akan dalam air. Dan sesungguhnya kelebihan orang alim atas orang abid adalah bagaikan kelebihan bulan atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris Anbiya(para Nabi) dan para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya bererti ia telah mengambil suatu bahagian yang sempurna.(Riwayat Ibnu Majah)

KESIMPULAN Manusia adalah makhluk terbaik ciptaan Allah SWT, unik dan berbeza dari makhluk lain. Mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan bagi membolehkan mereka memikul tugas khalifah fi al-ard memakmurkan alam berdasarkan syariat-Nya. Semua yang ada pada diri manusia: otot-otot, saluran makanan, alat pencernaan, saluran darah, alat pernafasan, alat kelamin, limpa, saluran kencing dan alat-alat indera merupakan tanda kebesaran Allah SWT yang boleh menundukkan akal dan hati, yakin dengan kebesaran dan keagungan Allah SWT dan seterusnya tunduk dan patuh memperhambakan diri kepada-Nya. Paduan dua unsur :fizikal dan spiritual dengan pelbagai keistimewaan yang diberikan kepadaya melayakkan merak menjadi pemimpin, pengurus dan pemakmur alam semesta ini.

Anda mungkin juga menyukai