Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tajuk Isi

Daya Tahan Kardiovaskular 1. Definisi Daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan jantung dan sistem peredaran darah membekalkan oksigen kepada sel-sel badan semasa melakukan aktiviti dalam tempoh masa yang lama 2. Mengira dan mengesan nadi sebelum dan selepas bersenam 3. Fartlek

Kemahiran / Butir Mengajar 1. Mengesan dan mengira nadi - meletakkan 2 jari di leher - kira denyutan nadi selama 10 saat - darab bilangan denyutan nadi dengan enam 2. Mengira kadar nadi selepas bersenam - berlari setempat selama 3 minit - kira denyutan nadi selama 10 saat 3. Fartlek a) Bangkit tubi ( 30 saat ) baring dan bengkokkan lutut kedua-dua belah tangan disilang di atas dada naik dan turunkan badan berulang-ulang seberapa banyak yang boleh. ( Meningkatkan kekuatan daya tahan otot abdomen serta paha ) b) Lompat jauh berdiri ( jarak lompatan bebas ) berdiri di belakang garisan bengkokkan lutut berdiri di atas bebola kaki hayun tangan ke belakang lompat sejauh mungkin sambil menghayunkan tangan ke hadapan. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki sambil membengkokkan lutut. ( Meningkatkan kekuatan otot kaki ) c) Jangkauan melunjur ( jarak jangkauan dalam sentimeter ) duduk berlunjur lutut dibengkokkan sedikit luruskan tangan sambil menjangkau sejauh mungkin kekalkan kedudukan selama 3 saat ulang sebanyak 3 kali dan rekodkan jarak yang terbaik. ( Meningkatkan kelenturan bahagian belakang ) d) Tekan tubi ( ulangan dalam tempoh 30 saat ) kedua-dua tapak tangan di lantai, tangan dibuka seluas bidang bahu kaki rapat diluruskan bagi murid perempuan, kedua-dua lutut di lantai turunkan badan sehingga siku bersudut 90% ulang sebanyak mungkin dengan badan senantiasa lurus ( senaman ini meningkatkan daya tahan otot lengan dan bahu)

e) lari ulang -alik ( tempoh dalam saat jarak dalam 10 meter ) Cadangan : gelanggang takraw / badminton Bersedia di belakang garisan Lari sejauh 10 meter dan sentuh garisan Berpatah balik dan sentuh garisan permulaan Lakukan larian ulang - alik sebanyak 4 kali secara berterusan. Masa diambil setelah tamat larian. ( meningkatkan ketangkasan dan kelajuan ) f) berlari atau berjalan ( jarak dalam meter) Cadangan : gelanggang permainan. berlari atau berjalan selama 10 minit. catatkan jarak setelah tamat aktiviti ( meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot kaki)

Anda mungkin juga menyukai