Anda di halaman 1dari 5

SAKSAFON Saksafon adalah sejenis alat muzik tiupan yang biasanya diperbuat daripada logam tembaga, bentuknya seperti

kon yang bengkok berbentuk huruf "J" dan terdapat kekunci untuk bermain dengan jari-jari, sementara bahagian hujungnya terdapat tempat untuk meniup. Terdapat alat rid di bahagian tempat tiupan tersebut. Saksafon pada asalnya digunakan dalam orkestra dan pancaragam tentera, tetapi kini lebih dikenali sebagai alat muzik dalam muzik popular, big band dan jazz. Terdapat berbagai-bagai jenis saksofon,antaranya ialah saksafon alto dan saksafon baritone

saksafon baritone

saksafon alto

BIOLA

Biola atau violin adalah sejenis alat muzik bertali yang dimainkan dengan mengunakan penggesek biola (bow). Biola mempunyai empat tali dan leher yang tidak mempunyai fret. Ia dimainkan dengan cara menggesek tali-tali tersebut dan hujung biola diletakkan di bahu pemain. Terdapat beberapa alat lain dalam keluarga biola, contohnya viola dan selo. Bezanya adalah dari segi saiz (kerana bunyi yang dikeluarkan berbeza), namun cara bermain adalah sama. Biola adalah yang terkecil dan mengeluarkan pic yang paling tinggi. Biola dibuat oleh tukang lut(luthier). Biola adalah sebuah alat musik dawai yang dimainkan dengan cara digesek. Biola memiliki empat senar (G-D-A-E) yang disetel berbeza satu sama lain dengan interval sempurna kelima.Nada yang paling rendah adalah G. Di antara keluarga biola, yaitu denganviola dan cello, biola memiliki nada yang tertinggi. Alat musik dawai yang lainnya, bas, secara langsung masuk ke dalam keluarga violin. Kertas musik untuk biola hampir selalu menggunakan atau ditulis pada kunci G. Sebuah nama yang lazim dipakai untuk biola ialah fiddle, dan biola seringkali disebut fiddle jika digunakan untuk memainkan lagu-lagu tradisional.

Orang yang memainkan biola disebut pemain biola, atau violinis (Inggris: Violinist - bezakan dengan violis atau pemain viola). Orang yang membuat atau membetulkan alat musik berdawai disebut luthier. GITAR Assalamu'alaikum dan salam sejahtera... Di sini kami akan berkongsi sedikit maklumat dan sejarah mengenai alat muzik yang biasa dimainkan sehingga kini setelah mencapai beberapa revolusi, iaitu gitar. Semoga sama-sama kita memperoleh pengetahuan umum ini. Sebelum pembuatan gitar elektrik diperkenalkan, gitar secara asasnya dikenali sebagai satu alat muzik yang mempunyai leher yang panjang, badan dan bahaian belakang yang rata dan selalunya berlekuk dibahagian tepi . Alat ini telah mula popular sejak 5000 tahun yang lalu. Gitar klasikal yang bertali 6 mula wujud di Sepanyol dan ianya adalah satu alat yang mempunyai sejarah yang sangat panjang. Sepertinya juga alatan muzik bertali dari Eropah lain yang mempunyai persamaan dengan gitar juga telah berusia ribuan tahun. Dari Timur tengah hingga ke Asia Tengah dan India. Daripada situ secara tidak lansung ia mempumyai hubung kait anntara satu sama lain sperti Tnbur Iran dan Setar (di India dikenali sebagai sitar). Perkataan gitar diambil dari perkataan Sepanyol guitarra yang diambil dari perkataan Latin Cithara dimana ianya pula diambil dari perkataan Parsi Shitar dan ianya secara tidak lansung mempunyai hubung kait dengan Sitar. Gitar moden mempunyai asal usul dari Cithara Rome yang dibawa oleh orang-orang Rome ke Hispania dalam tahun 40AD. Ia kemudian dimajukan daripada Oud bertali 4 (orang kita mungkin mengenalinya sebagai gambus) oleh orang-orang Moors (orang Muslim di semenanjung Iberia dan Afrika Utara) selapas mereka menakluki semenanjung Iberia pada abad ke 8. Sementara itu di tempat lain di Eropah alat muzik bertali 6 Scandinavian yang dikenali sebagai lute semakin popular di bahagian yang ditakluki oleh orang-orang Viking. Pada 1200AD gitar yang bertali empat telah berkembang dan dipecahkan menjadi dua jenis iaitu Guitarra Moorisca (gitar Moorish) dimana bahagian belakang gitar berbentuk bulat dan mempunya fretboard yang lebar, badan yang mempunyai banyak lubang bunyi, dan yang keduaGuitarra Latina (gitar latin) di mana gitar moden yang dicantumkan dengan satu lubang bunyi dan fretboard yang kurang lebar dari Guitar Moors. Vihuela atau "viola da mano" dari Sepanyol adalah alatan muzik yang mana rupanya mirip kepada gitar. Ianya mula dijumpai pada abad 15 atau 16, merujuk kepada persamaannya dengan gitar maka ianya dianggap sebagi nenek moyang kepada gitar moden. Ia mempunyai tuning sepertiLute dan badannya seperti gitar. Vihuela hanya popular dalam jangka masa yang pendek kerana ia telah dibayangi dengan kewujudan dan populariti gitar. Keluarga Vinnacio terkenal sebagai orang yang memperkenalkan mandolin dan mungkin telah membuat satu gitar yang paling lama bertahan. Gaetano Vinnacio mempunyai tandanya yang tersendiri pada gitar yang di buat di Neples, Italy dengan tarikh pada tahun 1779.

Posted by TITAS Semester 2 08/09 at 3:26 PM 0 comments

GONG Gong merupakan sejenis peralatan muzik idiofonMelayu yang silam yang berasal dari Asia Timur Selatan. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi

mengiringi permainan wayang kulit. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan. Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh Malaysia sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional. Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, Filipina, dan Brunei. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu. Semasa pemerintahan sultan-sultan Melayu dahulu, gong akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja. Gong juga banyak di pulau Jawa.

GENDANG Gendang adalah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing, atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang. Setiap bangsa seperti Melayu, Cina, dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.

KERONCONG Keroncong ialah sejenis seni muzik yang berasal dari pengaruh Indonesia. Ia mula diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, juga tidak ketinggalan membawa bersama kesenian mereka seperti muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak, dan sebagainya.

Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia II, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad. Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama, antaranya ialah Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.

Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya dalam kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong, burung kenekkenek, dan pelanduk-pelanduk. Rebana juga sering dimainkan di pulau Jawa. Selain daripada rebana yang bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai 'Rebana Ubi'.