Anda di halaman 1dari 3

Ramai warganegara ini yang kaya-raya, terbang meninggalkan negara.

Yang miskin pula sanggup merompak kerana perlukan dolar untuk keluar dari negara ini. Kenapa bonda tidak menyertai mereka?

Dari mana anakanda tahu ini semua?

Apa-apa saja dalam fikiran dan hati bonda, anakanda tahu. Nafas anakanda daripada nafas bonda.

Nendamu berpesan, tetap teguhlah di Yellowstone, jaga sayap niaga warisan berzaman. Moyang-poyangmu, Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah, bermula dengan chalet di pinggir jalan menuju Gibbon Waterfall, kemudian merebut ruang di Canyon Village, Mammoth Hot Springs, Jackson City, Hayden Valley

Bonda merebut ruang di Devils Tower, begitu banyak khidmat yang bonda tawarkan hingga kepada kursus motivasi musim bunga. Peserta-peserta, rata-rata orang putih, dimotivasikan oleh keturunan Melayu Ahmad Abdullah. Cukup membanggakan. Tapi bonda patuhilah pujukan ayahanda. Kembalilah ke Malaysia.

Perusahaan turun-temerun di Yellowstone ini?

Bonda boleh usahakan yang lain, di tempat lain. Kenapa bonda mahu mengalirkan keuntungan ke Israel? Bukankah dolar itu digunakan untuk memusnahkan negara-negara Islam. Bonda membiayai penumpasan saudara seagama sendiri!

Lari dari Yellowstone belum pasti selamat.

Kenapa, bonda? Kerana jangkaan geologis letupan itu akan menyebabkan suhu dunia tidak tentu? Hujan asid akan melanda? Siapa tahu kita selamat daripada bahana hujan asid? Benar kata ayahanda, lari daripada satu takdir untuk mendepani takdir yang lain adalah satu usaha. Allah menggesa umatnya berikhtiar, bonda. Kalau Ahmad Abdullah masih hidup, barangkali dia akan memberitahu bonda.

Beritahu apa?

Selamatkan keturunan Ahmad Abdullah. Sebab zuriat bonda inilah harta warisan yang paling berharga. Anakanda telah berjuang untuk membentuk diri manusia. Berilah anakanda peluang menjadi seorang insan.

Adam, saya akan jadi isteri yang setia taat! Anak kita seorang awang rupa-rupanya!

Anda mungkin juga menyukai