Anda di halaman 1dari 5

PRAKATA

Dengan lafaz bismillahirahmannirahim Assalamualaikum w.r.t dan salam 1 Malaysia saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin bersyukur kehadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya penulisan ini dapat direalisasikan dan akhirnya kumpulan kami dapat menyiapkan tugasan kursus yang diamanahkan oleh pensyarah kami, Puan ZAinab Bt Ishakagar memberi penilaian ke atas kami dalam subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Sebelum berbicara dengan lebih lanjut lagi, ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada ayahanda dan juga bonda di atas sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi kapada saya selama ini bagi meneruskan projek ini, sekali gus menyempurnakan tugasan yang amat bermanfaat ini. Selain itu, jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada pensyarah subjek SKP 2203 iaitu Puan Zainab Bt Ishak kerana telah memberikan tugasan menarik lagi mencabar melalui pilihan kami iaitu Keberkesanan Aktiviti Kokurikulum Dalam Pembentukan Kemahiran Insaniah Mahasiswa Kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).Selain daripada menyempurnakan tugasan yang diberi, kami juga dapat meluaskan ilmu pengetahuan dan memantapkan ilmu yang berkaitan dengan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Tidak dilupakan, rakan-rakan seperjuangan kerana telah bekerjasama serta bertukartukar pendapat serta idea dengan ahlli kumpulan yang lain. Tanpa bantuan dan dorongan dari kalian yang turut menjadi tulang belakang kepada saya dalam memberi sokongan dan motivasi kepada kami agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh pasti tugasan ini tidak dapat disempurnakan dalam waktu yang ditetapkan. Setiap tugasan pasti ada cabaran dan dugaan yang menanti.Begitu juga dengan tugasan ini,sepanjang saya menyiapkan projek ini,terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuhi misalnya pada peringkat awal, dalam usaha mencari dan mengkaji maklumat tentang keberkesanan aktiviti kokurikulum ini, saya menghadapi sedikit kesukaran bagi mendapatkan maklumat dan responden kerana kekangan masa untuk membuat kajian di UKM.Namun, dengan adanya kerjasama antara ahli kumpulan yang lain yang turut membantu dalam pencarian maklumat bagi tajuk kami dan keizinan daripada Ilahi, masalah ini dapat diatasi. Sebagai konklusi, pelbagai pengalaman dan input menarik yang dapat saya kutip daripada pelaksanaan projek ini seperti semangat kerjasama dalam satu pasukan ,menyiapkan tugasan dalam waktu yang ditetapkan, tolong menolong antara satu sama lain serta menghargai dan menyanjung tinggi tamaduan islam dan asia yang kian dilupakan terutamanya bagi golongan muda yang bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan negara pada masa akan datang.Akhir kata,saya serta ahli kumpulan yang lain

amat berharap agar dengan adanya kajian ini sekurang-kurangnya kita dapat mengetahui serba sedikit mengenai kegiatan kokurikulum sama ada memberi kesan atau tidak kepada pembentukan kemahiran insaniah mahasiswa di universiti.

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Tamadun Asia dan Tamadun Islam ( TITAS ) ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami. Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu Keberkesanan Aktiviti Kokurikulum Dalam Membentuk Kemahiran Insaniah MAhasiswa,Kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu Puan Zainab Bt Ishak kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai