Anda di halaman 1dari 46

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

KANDUNGAN
RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KATA PENGANTAR PENDAHULUAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN ii iii iv 1 3 BIDANG PEMBELAJARAN 5 : Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia BIDANG PEMBELAJARAN 6 : Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi BIDANG PEMBELAJARAN 7 : Nilai Berkaitan Dengan Keamanan dan Keharmonian 29 34 BIDANG PEMBELAJARAN 3 : Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar BIDANG PEMBELAJARAN 4 : Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme 21

25

PEMBINAAN KEMAHIRAN MELALUI PERKEMBANGAN MORAL BIDANG PEMBELAJARAN 1 : Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri BIDANG PEMBELAJARAN 2 : Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan

39

17

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

ii

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahir kan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jas mani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan w arganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, ber keterampilan, berakhlak berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mulia, bertanggungjaw ab dan

memberikan sumbangan terhadap

kehar monian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iii

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

KATA PENGANTAR
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, teori kecerdasan pelbagai, pembelajaran masteri, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran secara konstru ktivisme, dan pembelajaran akse s kendiri. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberi keyakinan kepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dengan mengambil kira perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan menggembirakan. Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan universiti serta pegawai Kementerian Pendidikan, dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

iv

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

PENDAHULUAN
Takrifan Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik Pendidikan murid supaya menjadi insan yang bermoral atau mulia dengan menekankan aspek Moral berakhlak

menghormati hak asasi manusia; dan mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan. Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah menengah memberi tumpuan kepada usaha memupuk ke kuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu, murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Hal ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan so sial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial. Prinsip-prinsip itu ialah : bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain. berpegang teguh pada ajaran agama. prihatin kepada alam sekitar. mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup. bersemangat patriotik.

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN


Tujuh Bidang Pembelajaran

Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut, sebanyak tuj uh bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri Nilai berkaitan dengan Kekeluargaan Nilai berkaitan dengan Alam Sekitar Nilai berkaitan dengan Patriotisme Nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia Nilai berkaitan dengan Demokrasi Nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

Rangka Konsepsi

Pengajaran nilai berfokus pada Model Insan Menyeluruh yang meliputi tiga dimensi moral yang saling berkaitan. (Rajah 1: Model Insan Menyeluruh). Perwatakan yang positif harus terdiri daripada tiga dimensi moral ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Pendidikan Moral yang efektif seharusnya membantu murid memahami nilai-nilai moral, menerima dan menunjukkan komitmen terhadapnya, serta mengamalkannya dalam kehidupan harian. Ketiga-tiga dimensi ini perlu untuk membolehkan seseorang murid mencapai tahap kematangan moral. Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialah yang mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral. Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi ini akan menyubur dan merangsangkan lagi kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa gembira membuat apa yang betul dan berasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidak bermoral. Program Pendidikan Moral ini tidak seharusnya mengabaikan aspek kesedaran hati nurani yang berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensi moral tersebut.

PEMIKIRAN MO RAL

PERASAAN MO RAL INSAN BERAKHLAK MULIA

KESEDARAN HATI NURANI

TINDAKAN MO RAL

RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL HURAIAN SUKATAN PELAJARAN


Matlamat Pendidikan Moral

KBSM

Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan ke stabilan negara serta masyarakat global. Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid : i. memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia; menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam se kitar serta berusaha ke arah mengekalkannya; meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik; mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

Tujuan

Objektif Pendidikan Moral

Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid. Buku ini juga menyediakan penerangan untuk membantu guru melaksanakan kurikulum Pendidikan Moral dalam bilik darjah dengan berkesan.

Penerangan Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang Lajur pembelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan

ii.

iii.

akademik, hasil pembelajaran, dan cadangan aktiviti pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dan nilai diperincikan mengikut tahun. Walaupun bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar pada setiap tahun, skop dan penekanan adalah berbeza kerana isu moral atau kandungan yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap kematangan murid.
Format Empat Lajur

iv.

Huraian Sukatan Pelajaran menggunakan format empat lajur utama, iaitu : Laj ur Nilai 1 2 3 4

v.

Laj ur Kandungan Akademik Laj ur Hasil Pembelajaran

Laj ur Cadangan Aktiv iti Pembelajaran

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM
1 2 3 4 5 6 7 8 Kandungan akademik bagi setiap tingkatan disusun dengan jelas bermula dengan tema taj uk pengajaran 7
8 6

diikuti oleh

dan huraian taj uk pengajaran

yang disertakan dengan contoh jika perlu bagi

memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam perkembangan kurikulum dan proses pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh dipisahkan daripada kandungan atau pengetahuan akademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikir secara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadap se suatu isu moral jika mereka dapat mengkaji dan memahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesanke sannya. Dengan adanya kandungan akademik ini, murid dapat mentelaah dan mengkaji bahan pembelajaran secara lebih terperinci. Kandungan akademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidang seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasa dan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kandungan akademik harus diajar serta dipelajari bersama nilai dan kemahiran dalam usaha mencapai matlamat Pendidikan Moral.
Lajur Hasil Pembelajaran

Lajur Nilai

Dalam lajur ini disenaraikan nilai-nilai yang terkandung di bawah Bidang Pembelajaran. Setiap nilai disertakan penerangannya Pelajaran
5

yang dipetik daripada Sukatan Bersepadu

Pendidikan Moral Kurikulum

Sekolah Menengah (Semakan).

Lajur Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang Kandungan diolah bersesuaian dengan kebolehan dan tahap Akademik kematangan murid bermula dari diri, keluarga,

masyarakat, negara hingga ke peringkat antarabangsa.

Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid dijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun. Guru boleh mencerakinkan hasil pembelaj aran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan akademik yang disampaikan.

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti dan contoh isu atau situasi untuk pengajaran dan pembelajaran. Isu atau situasi yang dikemukakan bukan sahaja yang berkaitan dengan pengalaman diri murid tetapi juga meliputi hubungannya dengan keluarga, komuniti, negara, dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atau situasi tersebut tidak hanya terbatas kepada cadangan yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini tetapi guru boleh mengambil contoh lain daripada pelbagai sumber asalkan dapat memperkukuh nilai yang diaj ar. Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang sesuai perlu dihubungkaitkan dan digabungjalinkan supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan dan menyeluruh. Selain itu, unsur-unsur ilmu daripada pelbagai mata pelajaran lain harus disepadukan dalam merancang aktiviti sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL
Contoh Persembahan Lajur

KBSM
LAJUR HASIL PEMB ELAJARAN Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri Mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup LAJUR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN i. Berbincang tentang kepentingan agama dalam kehidupan Menghasilkan esei bertema `Buat baik dibalas baik

TINGKATAN 2 BIDANG PEMBELAJARAN 1: LAJUR NILAI Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan :

Penerangan nilai

ii.

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK Tema : Percaya kew uj udan Tuhan asas kesej ahteraan hidup

Taj uk pengaj aran : Agama benteng hidup manusia Huraian taj uk pengajaran : Keperluan beragama dalam kehidupan manusia - Sikap taat dan patuh kepada suruhan Tuhan - Agama memandu manusia ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL PEMBINAAN K EMAHIRAN UNTUK PERK EMBANGAN MORAL


Kemahiran Utama

KBSM

Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran so sial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan murid menghadapi dunia ledakan maklumat dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikap bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di kalangan murid. Mengajar murid kemahiran-kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cara memupuk dan merangsang perkembangan moral mereka. Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik yang akan membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai dengan mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan dan mengelakkan sebarang konflik. Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan kemahiran pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan moral supaya murid dapat menilai sama ada sesuatu tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan membantu menyemai nilai moral dalam jiwa murid. Kemahiran

pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesai masalah dan membuat keputusan yang lebih baik dan seterusnya berjaya dalam kerjaya mereka.
Kemahiran Pemikiran Kreatif

Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid mencari dan bertemu dengan cara penyelesaian dan alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

Kemahiran Penyelesaian Konflik

Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya

Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau moral, khususnya apabila kemahiran ini digunakan dalam usaha pencegahan salah guna dadah atau sebarang bentuk salah laku yang lain. Mengajar murid menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang baik daripada rakan sebaya mereka tetapi mengajar murid supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain dan mempertahankan nilai moral sendiri.

Kemahiran Pemikiran Kritikal

Kemahiran Mengkaji Masa Depan

Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji masa depan di kalangan murid iaitu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada masa yang lampau, masa kini dan masa depan. Ini membantu murid membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

Kemahiran Teknologi Maklumat

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, murid diberi kesempatan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, cakera padat dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada perkembangan minda murid. Selain itu melalui Pendidikan Moral, murid-murid dapat membuat pertimbangan dengan mencari maklumat yang positif dan mengelakkan mereka daripada melayari laman-laman web yang berunsur negatif.

sosial memberi penekanan kepada Kemahiran Kemahiran Sosial kebolehan murid untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam sesuatu situasi sosial yang boleh diterima oleh masyarakat dan pada masa yang sama bermanfaat kepada diri dan orang lain. Kemahiran so sial ini boleh diajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.

BIDANG PEMBELAJARAN

NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

10

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN 1 : N ILAI B ERKAITAN DENGAN PERK EMBANGAN DIRI NILAI 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wuju dnya Tuhan sebagai pencip ta ala m dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. KANDUNGAN AKADEMIK Percaya kewujudan Tuhan asas kesejahteraan hidup Agama panduan hid up manusia Keperlu an beragama dala m kehidupan manusia - Sikap taat dan patuh kepada suruhan Tuhan - Agama memandu manusia ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup Mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hid up i. Berbincang tentang kepentin gan agama dalam kehid upan ii. Menghasilkan esei bertema `Buat baik dibalas baik. HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

1.2

Amanah Sikap bertanggungja wab yang bole h menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain .

Amanah menjamin perhubungan yang harmonis Sikap amanah menimbulkan kepercayaan orang lain Sikap amanah dala m setiap perhubungan - Anggota keluarga - Rakan sebaya - Warga sekola h - Anggota masyarakat Bersikap amanah dalam hubungan dengan anggota keluarga dan individ u la in i. Melakonkan satu situasi sikap amanah dalam kehid upan

ii. Menyenaraikan ciri amanah dalam pelbagai situasi - Koperasi sekola h - Bendahari persatuan/kela b

11

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

NILAI 1.3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu me mulia dan menja ga maruah diri dalam kehidupan.

KANDUNGAN AKADEMIK Sayang akan diri membentuk peribadi mulia Perlakuan yang baik membentuk jati diri Tingkah laku yang merosakkan diri perlu dijauhi - Kumpulan kongsi gelap - Pergaulan bebas - Penyalahgunaan dadah - Tabiat merokok

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Menghin dari amalan yang bole h menjejaskan maruah diri

i. Ceramah yang bertema `Tingkatkan maruah diri ii. Simulasi/main peranan sebagai murid yang mengela k darip ada terlibat dala m kegiatan yang menje jaskan maruah diri

1.4

Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Sikap bertanggungjawab menjamin kesejahteraan hidup Amalan bertanggungjawab menja min kesempurnaan tugas Sikap bertanggungja wab dalam menjalankan tugas - Rumah - Sekolah - Masyarakat Menjalankan tanggungja wab di rumah, sekolah dan dalam masyarakat dengan sempurna i. Menyenaraikan tanggungjawab diri di rumah, sekolah dan dalam masyarakat ii. Main peranan untuk menunju kkan sikap bertanggungja wab dala m pelbagai situasi

12

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

NILAI 1.5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dala m pergaula n seharia n.

KANDUNGAN AKADEMIK Hemah tinggi mencerminkan peribadi mulia Tutur kata dan tingkah la ku yang sela ras dengan norma masyarakat Tutur kata dan tingkah la ku terpuji - Menghormati orang lain - Berterima kasih atas pemberia n Jauhi sikap negatif - Angkuh - Mementingkan diri

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Mengamalkan pertuturan dan tingkah laku yang sesuai dengan norma masyarakat

Memerhati tingkah laku rakan di sekola h dan menyenaraikan tingkah la ku yang berhemah

1.6

Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengela kkan berla kunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Toleransi menjalin kemesraan Amalan toleransi mengekalkan hubungan yang mesra Toleransi dalam perhubungan - Anggota keluarga - Rakan sebaya - Warga sekola h - Masyarakat Bertolak ansur dan mengawal diri bagi menja ga hubungan yang baik dengan keluarga dan orang lain i. Berkongsi pengalaman tentang sikap bertole ransi dalam menjaga hubungan yang baik dengan kelu arga dan orang la in. ii. Perbincangan tentang kesan jika sikap bertole ransi tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.

13

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

NILAI 1.7 Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

KANDUNGAN AKADEMIK Berdikari membawa kejayaan Kemampuan menyelesaikan masalah memupuk sikap berdikari Keupayaan menyelesaikan masalah - Secara individu - Secara kumpula n

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Berkeupayaan menyele saikan masalah sendiri secara individu atau berkumpulan

i. Main peranan sebagai anak/murid yang berdikari dala m me mbuat kerja rumah/ sekolah ii. Menceritakan tentang anggota kelu arga yang berja ya atas hasil usaha sendiri

1.8

Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekala n, kegig ih an, dedikasi dan berdaya maju dala m melakukan sesuatu perkara.

Rajin dan usaha tangga kejayaan Kegigih an dala m kehidupan seharia n Usaha yang gigih menjamin kejayaan - Diri - Keluarga - Sekolah Berusaha dengan gigih demi kepentingan diri, keluarga dan sekolah i. Mengumpul dan membincangkan kata-kata hikmah berkaitan tema ii. Mewawancara atau kajia n kes tentang individ u yang tela h berja ya

14

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

NILAI 1.9 Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendala m serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhla s.

KANDUNGAN AKADEMIK Kasih sayang asas kesejahteraan hidup Kasih dan sayang semua hid upan di dunia Sayangi semua hidupan - Manusia - Fauna - Flora

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Menyayangi dan tidak memusnahkan semua hidupan di dunia

i.

Menghayati dan membincangkan lirik lagu bertemakan kasih sayang

ii. Lawatan ke rumah kebajikan, zoo, hutan rekreasi dan membuat laporan

1.10

Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebela h.

Keadilan menjamin kesejahteraan bersama Keadila n membentuk budaya sekola h Keadila n di sekolah tanggungjawab bersama - Hukuman dan ganja ran - Layanan antara murid - Kemudahan Menerima dan mengamalkan prin sip keadilan di sekola h i. Menulis esei berkaitan dengan tema amalan keadila n di sekola h ii. Main peranan - Pelaksanaan prinsip keadilan di sekolah

15

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

NILAI 1.11 Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

KANDUNGAN AKADEMIK Sikap rasional membentuk pemikiran yang matang Pemikiran terbuka menjamin keputusan yang bijak Keupayaan menimbangkan pelbagai pilihan berdasarkan beberapa faktor sebelum membuat keputusan - Bukti yang kukuh - Pengetahuan - Pengala man

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Membuat keputusan setela h menimbangkan pelbagai faktor

i.

Menyenaraikan kebaikan membuat keputusan setelah menimbangkan pelbagai faktor. Mengumpul keratan akhbar tentang kegiatan perlumbaan haram, rasuah, penyalahgunaan dadah dan membuat analisa akib at kegiatan tersebut.

ii.

1.12 Kesederhanaan Bersikap tidak keterla luan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perla kuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain .

Hidup sederhana asas kesejahteraan bersama Sikap sederhana dala m hubungan Keupayaan mengimbangi kepentin gan diri dan orang lain - Pergaulan - Membantu mengikut kemampuan diri Mengambil tindakan dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain Melengkapkan senarai semak kendiri tentang nilai kesederhanaan dala m hubungan dengan orang lain.

16

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN

NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN

17

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

18

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA BIDANG PEMBELAJARAN 2 : NILAI B ERKAITAN DEN GAN KEKELUAR GAAN KANDUNGAN AKADEMIK NILAI 2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendala m dan berkekala n terhadap keluarga. Kasih sayang asas keluarga bahagia Kebahagia an keluarga tanggungjawab bersama Kasih dan sayang terhadap anggota keluarga Hubungan kelu arga yang harmonis Menyayangi ibu bapa dan anggota keluarga yang la in i. ii. Peta minda tentang ciri-ciri kelu arga bahagia Main peranan sebagai anak yang menyayangi ibu bapa dan anggota keluarga yang la in HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Pegangan agama menjamin keluarga bahagia Keluarga Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan kelu arga yang harmoni. Hormat dan taat kepada ibu bapa tuntutan agama Kedudukan ibu bapa mengikut perspektif agama - Islam - Buddha - Hindu - Kristian - Sikh Memulia dan mentaati ib u bapa seperti yang dituntut agama i. Menyenaraikan perlakuan yang menunju kkan sikap hormat dan taat kepada anggota kelu arga Mengumpul maklumat darip ada pelbagai media dan membincangkan tentang kedudukan ibu bapa mengikut perspektif agama

ii.

19

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA NILAI 2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebia saan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dala m keluarga. KANDUNGAN AKADEMIK Tradisi kekeluargaan warisan berharga Amalan adat menghidupkan tradisi kekelu argaan Amalan tradisi ole h kelu arga sejak turuntemurun - Sambutan sesuatu perayaan bersama keluarga Mematuhi adat dan tradisi yang diamalkan oleh kelu arga Mengumpul gambar beserta penerangan ringkas mengenai adat dan tradisi kelu arga dan menghasilkan buku skrap HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

2.4 Tanggungjawab terhadap Keluarga Kewajipan yang harus dilaksanakan ole h setiap individ u terhadap keluarga untuk melahirkan kelu arga bahagia , meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

Tanggungjawab terhadap keluarga ialah satu amanah Maju diri demi kebahagia an hidup keluarga Sikap bertanggungja wab untuk memajukan diri dan kelu arga - Pendidikan - Kerjaya i. Belajar bersungguh-sungguh untuk kemajuan diri dan keluarga ii. Menjalankan tanggungja wab terhadap keluarga Membina carta roda masa depan yang menunju kkan kemaju an diri dalam pendid ikan dan kerjaya

20

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN

NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

22

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA BIDANG PEMBELAJARAN 3 : N ILAI B ERKAITAN DENGAN ALAM SEK ITAR NILAI 3.1 Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekelilin g untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. KANDUNGAN AKADEMIK Persekitaran berkualiti kesejahteraan bersama Keceriaan sekolah tanggungja wab bersama Tanggungja wab memelihara dan memulihara persekitaran sekola h - Kebersih an dan penghijauan persekitaran sekola h Menjaga persekitaran supaya sentiasa bersih dan segar i. ii. Menjaga dan menceria kan kawasan di sekola h Membuat penila ian tentang kebersih an kawasan-kawasan di sekola h HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

3.2 Keharmonian antara Manusia dengan Alam Sekitar Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekelilin g supaya kualiti kehidupan manusia dan ala m sekelilin g terpelih ara.

Air sumber alam berharga Air nadi kehidupan Kepentin gan air dala m kehidupan - Punca air dan kegunaannya - Tanggungja wab menjaga kebersih an sumber air - Penjimatan air Menjaga kebersihan sumber air dan mengela kkan pembaziran i. ii. Menghasilkan poster bertemakan `Air Buku skrap: - Kepentingan air

23

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA NILAI 3.3 Kemapanan Alam Sekitar Pengekalan keseimbangan ala m sekelilin g sebagai tanggungjawab bersama untuk keseja hteraan hid up. KANDUNGAN AKADEMIK Perlindungan santuari hidupan tanggungjawab bersama Zon persisiran pantai perlu dilindungi Pembangunan terkawal di zon persisiran pantai Pengekalan kawasan terumbu karang untuk pembiakan hid upan marin Melibatkan diri dalam melindungi zon persisiran pantai i. ii. Tayangan video mengenai perlindungan santuari. Mengadakan aktiviti membersihkan persisiran pantai. HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

3.4 Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan ala m sekelilin g dan berusaha menyele saikannya.

Bencana alam ialah fenomena semulajadi Peka terhadap kejadian bencana ala m demi keselamatan bersama Kesan bencana ala m kepada ala m sekitar Persedia an menghadapi bencana alam Peka terhadap kejadian dan kesan bencana alam serta mengenal pasti langkah-langkah persediaan dalam menghadapi bencana ala m i. Membina peta aliran yang menunju kkan persedia an yang dibuat dalam menghadapi bencana alam. ii. Mengumpul maklumat darip ada media cetak atau ele ktronik dan berbin cang tentang bencana ala m. iii. Melakonkan satu latih an kecemasan.

24

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN

NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

26

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTIS ME

NILAI

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

4.1 Cinta akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

Nikmat dan keselesaan hidup tanda kemakmuran negara Kemudahan awam dan perkhidmatan sosial negara tanggungja wab bersama Perasaan bangga dengan kemudahan awam dan perkhidmatan sosia l negara Sikap bertanggungja wab menjaga kemudahan awam dan perkhid matan sosia l yang terdapat dalam negara Berbangga serta menggunakan sebaik-baiknya segala perkhid matan dan kemudahan yang disedia kan oleh keraja an Surat kepada sahabat di luar negeri menceritakan tentang rasa bangga tentang kemudahan awam/perkhid matan sosia l yang ada dala m negara

4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.

Raja dan pemimpin ialah payung negara Kesetiaan kepada raja dan negara iala h kewajip an bagi setiap rakyat Tatalaku dala m majlis yang dihadiri oleh pembesar negara Taat setia kepada raja dan negara - Hari Keputeraan - Hari Kebangsaan - Pertabala n Raja i. Menghormati dan mentaati upacara dan majlis rasmi yang dihadiri oleh pembesar negara ii. Menyokong dan menyertai program-program sambutan hari kebesaran negara i. Menunju kkan rakaman pertabala n Yang Di Pertuan Agong/Sultan dan membuat perbincangan tentang tata laku dala m majlis tersebut. Merancang dan menyertai program Hari Kebangsaan di perin gkat sekolah - Melukis/mewarna/mengibar Bendera Malaysia - Sudut patrio tisme di dala m kelas

ii.

27

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

NILAI

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

4.3 Sanggup Berkorban untuk Negara Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.

Sanggup berkorban demi kebajikan masyarakat dan kemakmuran negara Kesanggupan melib atkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan Sedia mengorbankan masa dan tenaga dalam kerja -kerja amal - Ekonomi - Kesihatan - Pendidikan - Sukan Sanggup mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan demi negara Membuat laporan tentang aktiviti kemasyarakatan yang pernah disertai.

28

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN

NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

30

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA BIDANG PEMBELAJARAN 1 : N ILAI B ERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA NILAI 5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak Membela, me mberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehid upan mereka yang sempurna. KANDUNGAN AKADEMIK Persekitaran mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak Ibu bapa pelindung kanak-kanak Tanggungja wab ibu bapa memastikan anak-anak mendapat kehidupan sempurna - Pendidikan - Perlindungan Menyedari kanak-kanak berhak mendapat pendid ikan dan perlindungan untuk menja min kehidupan yang sempurna Berbincang dan menghasilkan buku skrap tentang persekitaran yang sele sa untuk kanak-kanak - Tempat tinggal - Suasana pembela ja ran HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

5.2 Menghormati Hak Wanita Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai in divid u yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Pengiktirafan hak wanita menjamin pembangunan insan Hak wanita tanggunggjawab bersama Peka terhadap hak wanita - Hal-hal kebajikan - Peluang kenaikan pangkat - Pengeksploitasian - Iklan Bersikap terbuka dala m mengikfiraf wanita sebagai golo ngan yang berkebolehan, berpotensi dan bermaruah Mengumpul maklumat dari media cetak dan media elektronik mengenai pengeksplo itasia n wanita dan mempamerkan di kelas

31

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA NILAI 5.3 Melindungi Hak Pekerja Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhid matan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara. KANDUNGAN AKADEMIK Majikan yang prihatin meningkatkan produktiviti negara Majikan prih atin pekerja berja ya Tanggungja wab majikan dalam menjaga kebajikan pekerja - Keselesaan tempat kerja - Peluang meningkatkan kerja ya - Kemudahan berekreasi Menerima hakikat bahawa kebajikan pekerja merupakan tanggungja wab majikan i. Mengumpul ikla n kerja dari akhbar dan membuat perbandingan tentang kemudahan serta faedah yang ditawarkan HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

ii. Simulasi - Mewawancara dengan pekerja atau majikan tentang kebajikan pekerja

5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai in san cip taan Tuhan.

Golongan kurang berupaya insan ciptaan Tuhan Prihatin terhadap golo ngan kurang berupaya Golongan kurang berupaya memerlukan layanan dan sokongan daripada pelbagai pihak - Keluarga - Rakan sebaya - Anggota masyarakat Memberi layanan dan sokongan yang baik kepada golo ngan kurang berupaya i. ii. Lawatan ke pusat spastik atau kelas pendidikan khas dan membuat laporan Tayangan video berkaitan golo ngan kurang berupaya dan berbincang tentang layanan yang diberi

32

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA NILAI 5.5 Melindungi Hak Pengguna Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksplo itasi. KANDUNGAN AKADEMIK Kesedaran pengguna tanda masyarakat matang Pendidikan kepenggunaan asas kepekaan pengguna Kepekaan pengguna terhadap hak dan tanggungjawab - Maklumat tentang barangan dan perkhidmatan supaya mudah membuat pilihan dan mengela kkan penip uan - Perlindungan daripada penggunaan barangan dan perkhidmatan yang membahayakan Menyedari dan mengenal pasti hak pengguna untuk mendapat perlindungan dan maklumat tentang barangan dan perkhidmatan i. Mengumpul, membincang dan mempamerkan maklumat tentang hak pengguna daripada media cetak dan elektronik HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

ii. Menulis surat aduan kepada Persatuan Pengguna tentang barangan/perkhid matan yang tidak memuaskan

33

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN

NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN DUA

35

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA BIDANG PEMBELAJARAN 6 : N ILAI B ERKAITAN DENGAN D EMOKRASI NILAI 6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang-undang Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. KANDUNGAN AKADEMIK Undang-undang menjamin kesejahteraan hidup masyarakat Undang-undang menja min keselamatan di jala n raya Patuhi undang-undang dan peraturan jalan raya Tidak terlib at dalam perbuatan yang menyalahi undang-undang jala n raya - Perlumbaan haram - Memandu tanpa lesen - Memandu dala m keadaan mabuk - Kecuaian pejala n kaki Mematuhi peraturan dan undangundang jala n raya bagi menjamin keselamatan diri dan orang lain i. ii. Mencari maklumat mengenai kesala hankesalahan di jala n raya Ceramah keselamatan di jala n raya ole h pegawai JPJ atau Polis HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

iii. Mempamerkan keratan akhbar yang berkaitan dan mengadakan perbin cangan tentang pentingnya mematuhi peraturan dan undang-undang jala n raya

6.2 Kebebasan Bersuara Kebebasan berucap dan mengelu arkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga kesela matan dan ketenteraman.

Kebebasan bersuara mencerminkan keluarga berfikiran terbuka Amalan bermusyawarah sebagai budaya hidup berkeluarga Kebebasan mengelu arkan pendapat dalam perbincangan keluarga - Perbincangan bersama keluarga dalam pelb agai hal - Perasaan dan emosi dikawal Berbincang dengan anggota keluarga dala m suasana yang harmoni Sketsa atau main peranan sebagai anggota keluarga yang mengamalkan kebebasan bersuara dala m perbincangan secara terbuka dan harmoni

36

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN DUA NILAI 6.3 Kebebasan Beragama Kebebasan setiap in divid u untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dala m Perlembagaan Malaysia. KANDUNGAN AKADEMIK Kebebasan beragama lambang masyarakat majmuk Rakyat Malaysia merayakan pelb agai upacara keagamaan Kebebasan meraikan upacara keagamaan - Sambutan Maulidur-Rasul (Islam) - Hari Wesak (Buddha) - Thaipusam (Hindu) - Good Frid ay (Kristian) - Hari Vasakhi (Sikh) Meraikan upacara keagamaan sendiri dan menghormati upacara keagamaan orang lain i. Perbincangan tentang perayaan keagamaan sendiri dan pentingnya menghormati perayaan keagamaan orang lain ii. Menghasilkan folio tentang perayaan keagamaan di Malaysia HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undangundang dan Perlembagaan Malaysia.

Minda yang sihat melalui aktiviti yang bermanfaat Aktiviti kemasyarakatan dija yakan bersama Penyertaan dalam aktiviti luar sekolah yang membina dan berfaedah - Aktiviti kebajikan dengan masyarakat setempat Melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan demi pembangunan negara Menyenaraikan aktiviti luar sekola h yang berfaedah dan mengkaji kesannya

37

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA NILAI 6.5 Sikap Keterbukaan Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia. KANDUNGAN AKADEMIK Sikap terbuka tanda kematangan fikiran Teguran yang membina pentin g untuk kebaikan bersama Pendapat dan teguran diterima dengan sikap terbuka - Akademik - Kokurikulu m - Bimbingan dan kaunseling Menerima pandangan dan teguran orang lain demi kebaikan bersama Main peranan - Orang yang memberi teguran dan orang yang menerima teguran dala m sesuatu hal. HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

38

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN

NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA

40

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN DUA BIDANG PEMBELAJARAN 7 : N ILAI B ERKAITAN DENGAN K EAMANAN DAN KEHARMONIAN NILAI 7.1 Hidup Bersama Secara Aman Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. KANDUNGAN AKADEMIK Perpaduan masyarakat tunggak kesejahteraan negara Semangat kejiranan membentuk kesejahteraan masyarakat Konsep kejiranan sebagai amalan dala m kehidupan bermasyarakat - Kunjungan Muhibah (Rumah terbuka, hari keluarga, saling membantu, ziarah-menziarahi) Menjadi jiran yang baik boleh dicontohi oleh masyarakat i. Membincangkan ciri-ciri jiran yang baik HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

ii. Projek : membantu jiran dan membuat laporan

7.2 Saling Membantu dan Bekerjasama Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individ u, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

Hidup sepakat membawa berkat Permuafakatan masyarakat untuk kebaikan bersama Permuafakatan dala m melaksanakan tugas kemasyarakatan - Gotong royong - Rukun Tetangga - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung - Program Permuafakatan Melibatkan diri dalam pelb agai aktiviti masyarakat untuk kesejahteraan bersama Melibatkan diri dalam salah satu program komuniti dan membuat laporan ringkas

41

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM TINGKATAN DUA NILAI 7.3 Saling Menghormati antara Negara Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat. KANDUNGAN AKADEMIK Kesepakatan antara negara menjamin kemakmuran sejagat Amalan saling menghormati antara negara menjamin kemantapan ekonomi Perasaan bertola k ansur dan hormat-menghormati antara negara untuk kesepakatan serantau Menerima hakikat bahawa perasaan bertola k ansur dan salin g menghormati antara negara menjamin kesepakatan dan pembangunan serantau i. Menghasilkan buku skrap tentang kesepakatan antara negara serantau dalam pelb agai aspek. ii. Mengumpul maklumat darip ada pelbagai sumber tentang penyelesaian secara diplo masi isu kesempadanan antara negara dan mempamerkan di kela s HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

42

Anda mungkin juga menyukai