Anda di halaman 1dari 1

Bimbingan dan Kaunseling Islam

Bimbingan dan kaunseling Islam ialah proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka antara seorang kaunselor telatih dengan seorang klien. Semasa proses kaunseling dijalankan, teknik-teknik dan kaedah-kaedah teknikal dan profesional digunakan untuk menolong klien menyelesaikan masalahnya dan menghadapi masalah-masalah itu dengan kaedah-kaedah yang boleh membantu klien memahami dirinya, memahami minat dan kebolehan yang ada pada dirinya serta menggalakkannya untuk menerima takdir yang diberi oleh Allah SWT kepadanya. Kaedah ini melatih klien membuat keputusan-keputusan berpandukan berpandukan kepada syariat Allah sehingga ia menginginkan yang halal dan meninggalkan yang haram. Ia juga membawa diri klien kepada tujuan-tujuan realistik yang halal dan mampu serta berguna bagi dirinya serta orang lain sehingga ia mendapati aktualisasi dirinya dalam mengerjakan apa yang diredai oleh Allah SWT, sehingga dapat menikmati kebahgiaan nhidup di dunia dan akhirat. Bimbingan dan kaunseling Islam, tidak bermakna kaunseling agama sahaja, tetapi merangkumi kaunseling agama dan keduniaan, sebab konsep ibadat dalam Islam mengandungi aktiviti-akviti manusia dalam segala aspek kehidupan. Menuntut ilmu sangat digalakkan, bekerja itu ibadat dan berkahwin itu wajib bagi yang berkemampuan. Memiliki harta benda yang banyak seperti kilang, rumah mewah dan perniagaan dibenarkan selagi ia diusahakan dengan cara yang halal. Bermain, berkelah, berpesta dan kunjung mengunjungi juga digalakkan selagi melepasi batas-batas syariat yang dibenarkan oleh Allah SWT. Tujuan kaunseling Islam ialah untuk menolong, menyuluh dan menggalakkan manusia membuat keputusan dan membimbing kehidupannya bagi mengerjakan yang bermanfaat di akhirat dengan tidak melupakan bahagiannya di dunia sebagaimana firman Allah dalam surah al-Qashash ayat 77 yang bermaksud; "Carilah hari akhirat pada pemberian yang diberikan Allah padamu, jangan kamu melupakan bahagianmu di dunia. Berbuat baiklah, sebagaimana Allah berbuat baik bagimu dan jangan engkau mencari kerosakan di bumi, sebab Allah tidak suka orang yang berbuat kerosakan"