Anda di halaman 1dari 34

Folio Sivik &

Kewarganegaraan
Tingkatan 1

SMK Aminuddin Baki, Chemor

Nama Pelajar : Ahmad Mustaqim bin Amiruddin


Kelas ; 1 Sekolah
Guru Pembimbing : Pn. Alina
ISI KANDUNGAN

1. Penghargaan
2. Tema 1 : Pencapaian Kendiri
 Hasil & Aktiviti Untuk Pencapaian Kendiri

 Projek Pencapaian Kendiri : Penjagaan Kesihatan dan

Keselamatan Diri
3. Tema 2 :Hubungan Kekeluargaan
 Hasil & Aktiviti Hubungan Kekeluargaan

 Projek Hubungan Kekeluargaan : Profil Keluarga Asas dan

Keluarga Kembangan
4. Hasil Pembelajaran Untuk Kedua-dua Tema
Tema 1 : Pencapaian Kendiri

Identiti Diri
 Potensi Diri

Penyelesaian Konflik
 Pengaruh Rakan Sebaya

Berdasarkan tajuk-tajuk di atas, saya dapati bahawa saya dapat:


 Mengenal pasti potensi diri dan langkah-langkah untuk

mengembangkan potensi diri


 Menghuraikan kepentingan memilih rakan yang bijak

 Berkeupayaan mengembangkan potensi diri

 Bijak memilih rakan

 Membuat keputusan yang bijak dalam menangani pengaruh negatif

 Mempunyai keyakinan diri

 Menjaga maruah diri dalam pergaulan dengan orang lain

Antara aktiviti yang dijalankan oleh guru saya untuk pembelajaran ini
adalah:
 Menulis diari atau puisi untuk melahirkan perasaan

 Membuat kajian mudah tentang kerjaya masa depan

 Mengumpul maklumat tokoh-tokoh yang telah berjaya dalam

kerjaya masing-masing
 Mengenal pasti tingkah laku anti sosial dan agresif dan cara

mengatasinya
 Melakonkan tingkah laku asertif untuk menangani pengaruh

negatif
Projek Tema 1 : Penjagaan Kesihatan dan Keselamatan
Diri

Disediakan oleh : Ahmad Mustaqim bin Amiruddin

Penasihat Projek : Pn. Alina


ISI KANDUNGAN

Pengenalan Kepada Penjagaan Kesihatan


 Jenis-jenis penyakit

 Punca penyakit

 Pendorong penyakit

 Cara-cara mengatasi

 Cara-cara menghindari

 Rumusan penyakit pada masa kini

Perawatan Penyakit
 Jenis rawatan

 Jenis ubat-ubatan

 Merawat secara tradisional

 Merawat menggunakan peti pertolongan cemas

 Merawat secara sendirian

 Rumusan rawatan penyakit

Pencegahan dari Penyakit


 Asal-usul penyakit

 Kehidupan pesakit

 Taktik pencegahan penyakit

Keselamatan Diri
 Pengenalan

 Tanda-tanda bahaya

 Tanda-tanda yang harus diikuti

 Cara perlindungan diri


Peraturan Keselamatan Diri
 Jenis Pemakaian

 Keadaan diri

 Tidak terlalu tergesa-gesa

 Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling

Pencegahan Kemalangan Diri


 Berada di tempat yang betul

 Mematuhi perturan yang ditetapkan

 Mengikuti arahan dari pihak yang tertentu

 Mengambil langkah berjaga-jaga


Pengenalan Kepada Penjagaan Kesihatan
 Jenis-jenis penyakit

Terdapat pelbagai jens penyakit yang terdapat di Malaysia.


Sesetengah penyakit ini hanya merebak melalui generasi, cecair
dan gas yang dihasilkan oleh pesakit. Penyakit yang berbahaya
juga boleh merebak seperti cara tersebut. Jikalau tidak dirawat
dengan segera, ia booleh mengundang maut. Antara contoh
penyakit yang disebarkan melalui generasi ialah ; resdung, kencing
manis dan sebagainya. Contoh penyakit disebarkan cecair ialah ;
Selesema, batuk dan sebagainya. Bagi penyakit disebarkan gas
ialah ; kanser paru-paru(melibatkan perokok), asma dan
sebagainya. Penyakit seperti contoh diberikan tadi sebahagiannya
adalah sangat berbahaya dan boleh mengundang maut jikalau tidak
dirawat dengan segera. Temu janji dengan doktor untuk
memeriksa tahap bahaya atau kroniknya penyakit tersebut adalah
satu langkah yang boleh mencegah penyakit tersebut untuk
bersebar ke seluruh tubuh pesakit. Penyakit juga boleh
ditimbulkan dengan keadaan sekeliling yang semakin meningkat dan
berpesat. Sektor pembangunan yang besar telah menyebabkan
kadar pencemaran di Malaysia ini meningkat dan membolehkan
penyebaran penyakit dengan lebih menular.
 Punca Penyakit

Telah dinyatakan bahawa punca utamanya adalah disebabkan oleh


perkembangan ekosistem dalam emnjayakan misi Malaysia untuk
mencapai cita-cita rakyat Malaysia itu sendiri. Akibat daripada
penggunaan bahan yang mencemarkan udara serta persekitarannya
telah membuatkan keadaan yang tidak lagi bersih. Negara yang
maju dan bersih juga diinginkan oleh rakyat Malaysia yang
sentiasa inginkan masa depan anak-anak mereka yang cerah. Dalam
menjayakan cita-cita negara, perlu dimain peranan juga aspek-
aspek kebersihan negara yang tercinta. Penyakit yang semakin
menular ke seluruh Malaysia harus dihentikan dengan segera.
 Pendorong Penyakit
Pendorong kepada semua penyakit adalah tertakhluk kepada diri
pesakit itu sendiri. Pendorong penyakit yang dilakukan oleh pesakit
tanpa henti membolehkan penyakit itu merebak ke seluruh anggota
badan pesakit tanpa disedari oleh pesakit itu sendiri. Langkah
untuk berhenti melakukan perkara yang mendorong penyakit
adalah satu jalan alternatif untuk memberhentikan pembiakan
penyakit tersebut serta dapat menghapuskan penyakit tersebut
dengan mudah jikalau diambil tindakan dengan segera.
 Cara-cara Mengatasi
Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi penyakit yang berjnagkit
kepada diri seseorang pesakit itu. Misalnya peakit itu menghidap
penyakit Kencing Manis, pesakit tersebut perlu berjumpa dengan
doktor untuk mengambil ubat penawar penyakit Kencing Manis.
Ubat ini bertindak dengan mengurangkan jumlah gula di dalam
darah pesakit tersebut dengan pantas. Penyakit ini akan sembuh
dalam masa 1 bulan jikalau pesakit telah mengambil tindakan awal
untuk mengatasi penyakit tersebut. Dengan pengambilan ubat
penawar penyakit, pesakit dapat merawat penyakitnya jika pesakit
mengamalkan pengambilan ubat serta aktiviti yang dijalankan
dengan selalu.
 Rumusan Penyakit Pada Masa Kini
Penyakit di era globalisasi ini memang banyak menular di kalangan
masyarakat Malaysia. Penyakit seperti Kencing Manis, Obesiti,
Sakit Buah Pinggang sememangnya sering berlaku di kalangan kita.
Prestasi kesihatan rakyat Malaysia juga berkurangan akibat
pencemaran yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tertentu. Oleh
itu, penyakit yang semakin merebak di kalangan kita mesti
dihentikan dengan segera terutamanya penyakit yang mudah
berjangkit melalui generasi, udara dan lain-lain. Aktiviti yang sihat
dapat mengekalkan keseimbangan kesihatan seseorang manusia.
Jadi, kesihatan diri amat penting untuk melaksanakan aktiviti.
Perawatan Penyakit
 Jenis Rawatan

Untuk mengekalkan atau mengembalikan kesihatan seseorang itu,


terdapat pelbagai taktik dan cara rawatan bersesuaian untuk
merawat penyakit tersebut. Rawatan yang lebih maju di zaman
sekarang telah banyak membantu semua pesakit yang menderita
tentang penyakit mereka. Tetapi, masih juga di antara kita yang
masih menggunakan taktik lama atau tradisional untuk merawat
seseorang itu. Taktik tradisional ini juga berkesan untuk merawat
penyakit di zaman sekarang. Bagi sesetengah pihak, rawatan
tradisional ini mesti dikekalkan untuk dibuat rujukan oleh doktor-
doktor yang inginkan ketepatan untuk merawat sesebuah penyakit
tersebut.
 Jenis Ubat-ubatan

“Setiap penyakit mesti ada penawarnya,”itulah yang sering


diungkapkan oleh beberapa pakar kesihatan yang bersusah payah
untuk mencari penawar sesebuah penyakit tersebut. Ubat yang di
buat oleh doktor dan saintis telah banyak membantu pesakit untuk
menghentikan penyakit yang merebak ke dalam diri pesakit itu
sendiri. Ubat yang dirumus khas oleh para saintis dan doktor telah
digunakan oleh semua pesakit. Ubat yang mengandungi ekstrak
herba semula jadi, tumbuh-tumbuhan amat digunakan oleh pesakit
kerana dipercayai keasliannya untuk menyembuhkan penyakit
mereka.
 Merawat Secara Tradisional

Cara rawatan secara tradisional masih dikekalkan sampai


sekarang. Rawatan ini yang sememangnya berkesan menarik
perhatian orang ramai untuk merawat secara tradisional. Para
doktor juga sedang mengkaji tentang keupayaan rawatan
tradisional untuk menyembuhkan penyakit pesakit tersebut dan
akan menggunakan cara tersebut untuk rawatan di hospital nanti.
Rawatan tradisional yang sering menggunakan herba asli dan
tumbuh-tumbuhan amat selamat dengan keadaan pesakit itu
kerana herba tersebut mempunyai satu ekstrak penyembuhan
yang dapat mengurang penyebaran penyakit itu dan memusnahkan
penyakit itu dengan mudah. Segelintir masyarakat kota tidak
menukai rawatan tradisional ini kerana ubat-ubatan yang pahit dan
kelat harus dimakan atau diminum untuk menyembuhkan penyakit
tersebut.
 Merawat Menggunakan Peti Petolongan Cemas(First Aid Kit)
Menyimpan Peti Pertolongan Cemas adalah diharuskan di setiap
rumah untuk merawat kemalangan yang ditimpa sementara
menunggu kehadiran Ambulans untuk mengambil pesakit. Peti
tersebut juga harus mempunyai kelengkapan yang lengkap untuk di
gunakan dalam apa-apa keadaan. Kekurangan kelengkapan dalam
peti tersebut boleh melambatkan pertolongan sementara kepada
pesakit tersebut. Penggunaan yang betul boleh mengurangkan
kesakitan pesakit terhadap penyakit tersebut. Peti ini boleh dibeli
di Klinik, Hospital atau apa-apa farmasi dan pasaraya dengan harga
yang murah serta lengkap kelengkapannya.
 Merawat Secara Sendirian
Rawatan secara sendiri boleh dilakukan dengan cara-cara yang
tertentu. Cara-cara untuk melakukan rawatan secara senidiri ini
boleh didapati melalui buku, temu ramah doktor atau apa-apa
sumber yang berkenaan. Rawatan secara sendirian ini mesti
dilakukan dengan berhati-hati oleh sebab ketiadaan orang lain
untuk membantu diri kita sendiri. Rawatan ini sukar dilakukan dan
hanya terdapat beberapa orang saja yang mengetahui cara untuk
menjalankan rawatan ini. Nasihat dari doktor amat penting agar
rawatan yang kita lakukan tidak terdapat apa-apa kesilapan yang
boleh mengundang masalah yang serius.
 Rumusan Rawatan Penyakit
Rawatan penyakit pada masa sekarang sememangnya canggih dan
menepati kehendak manusia. Tetapi terdapat juga rawatan moden
ini yang tidak menyembuhkan atau tidak berjaya untuk
menyembuhkan penyakit tersebut. Rawatan tradisional yang
mungkin boleh membaiki kesilapam penggunaan rawatan moden ini
harus dikekalkan agar dapat kita mempelajarinya dengan lebih
mudah difahami oleh sebab ubat-ubatan yang mempunyai ekstrak
tumbuh-tumbuhan dan pelbagai sumber bumi lagi. Oleh itu, amat
penting untuk mengekalkan rawatan tradisional selain mendapat
manfaatnya.
Pencegahan Daripada Penyakit
 Asal-usul Penyakit

Penyakit mempunyai asal-usulnya yang spesifik. Ia boleh bermula


dengan pelbagai jenis sumber. Sumber utamanya adalah bakteria
yang menjadi faktor perkembangan serta penyebarannya.
Penyebarannya yang mungkin tidak memerlukan banyak masa
menyebabkan kita harus mempunyai sistem pertahanan diri yang
kuat agar dapat menghalang bakteria dan kuman ini daripada
masuk ke dalam badan kita sendiri. Pengekalan keseimbangan
kesihatan badan juga boleh membantu untuk menghalang dan
menghapuskan makhluk yang sukar dilihat melalui mata kasar ini.
Penyakit yang disebabkan oleh bakteria ini bergangtung kepada
jenis bakteria itu sendiri.
 Kehidupan Pesakit

Kehidupan sebagai seorang pesakit di hospital mahupun di rumah


amat membebankan terutama apabila kita tidak boleh menjalankan
apa aktiviti yang kita minati. Bebanan yang kita rasakan di dalam
diri kita sendiri menghalang diri kita untuk melakukan apa-apa
aktiviti yang kita mahu lakukan. Walau bagaimanapun, aktiviti yang
kita lakukan dengan sedikit dan selalu kita lakukannya dapat
meningkatkan kecergasan badan. Melalui kaedah ini, sistem
pertahan pesakit dapat dibina semula dan diperkukuhkan lagi jika
pesakit mengambil ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor.
Dengan adanya aktiviti yang dilakukan, kita dapat membentuk
sistem pertahan diri yang lebih kuat.
 Taktik Pencegahan Penyakit

Pelbagai taktik untuk mencegahkan diri daripada terjebak dalam


penyakit tersebut. Antaranya adalah ; melakukan senaman,
sentiasa mengambil diet yang sihat, sentiasa memastikan
kebersihan diri, dan pelbagai lagi. Pengambilan multivitamin yang
mungkin boleh menigkatkan tahap kesihatan diri kita boleh
membuatkan pencegahan kepada apa-apa penyakit dapat
diteruskan tanpa rasa risau dan ragu. Pemeriksaan yang sentiasa
dijalankan sekurang-kurangnya dua bulan sekali membolehkan kita
mengetahui tentang status kesihatan kita dan dapat kita
mengambil sedikit nasihat daripada doktor pakar atau doktor yang
berkenaan.
Keselamatan Diri
 Pengenalan

Keselamatan diri amat penting dalam perkembangan diri sendiri.


Pengambilan langkah berjaga-jaga dapat mengekalkan kenormalan
seseorang manusia itu. Diri kita yang berharga ini mesti dijaga
dengan baik agar mendapat masa depan yang lebih cerah dan
mendapat peluang keemasan yang lebih banyak lagi. Nasihat yang
diberi oleh orang lebih tua daripada kita harus diikuti agar
keadaan diri yang normal dapat dikekalkan sampai bila-bila.
Penting untuk kita memastikan keselamatan orang lain juga agar
kita dapat hidup dengan cara hidup yang lebih normal dan tidak
mempunyai masalah untuk menghadapi dunia sebenar.
 Tanda-tanda Bahaya

Memang terdapat pelbagai tanda-tanda bahaya di Malaysia.


Antaranya ialah :

 Tanda-tanda Yang Harus Diikuti


Tanda-tanda yang harus diikuti antaranya ialah :

 Cara Perlindungan Diri


Cara yang paling mudah untuk melindungi diri dari orang yang tidak
dikenali adalah dengan menggunakan ilmu taekwando. Ilmu
taekwando ini memang sering digunakan dalam seni
mempertahankan diri. Selain taekwando, kita juga boleh
mempelajari silat dan lain-lain lagi. Untuk melindungi diri daripada
kemalangan jalan raya adalah dengan memakai pakaian yang
berkilauan agar pemandu kenderaan nampak anda berada di
hadapan mereka. Untuk lebih selamat pastikan anda memakai baju
berpantul cahaya lengkap dengan topi,seluar dan kasut yang
mungkin dijual.
Peraturan Keselamatan Diri
 Jenis Pemakaian

Untuk lebih selamat amat dicadangkan untuk memakai pakaian


yang cerah serta mampu membalikkan atau mempantulkan cahaya
pada waktu malam agar anada mampu dilihat di dalam keadaan
yang gelap. Anda juga harus sentiasa memakai peralatan
keselamatan seperti alat perlindungan siku, lutut serta muka
seperti anda ingin menaiki basikal. Peralatan ini juga boleh
membantu anda untuk menahan impak daripada jatuhan badan ke
tanah dengan kuat. Lebih selamat anda memakainya di dalam baju
untuk lebih menyerap impak yang dihasilkan oleh badan kita
sendiri.
 Keadaan Diri

Diri yang sihat membolehkan kita untuk memastikan keselamatan


diri semasa berada di luar rumah. Diri yang sihat amat penting
untuk menjaga diri agar tidak berada dalam keadaan yang
merbahayakan diri sendiri terhadap keadaan keselamatan yang
sememangnya tidak selamat di zaman sekarang. Sememangnya,
keadaan diri yang tidak sihat boleh mengundang kepada
kemalangan diri yang lebih boleh mengundang maut. Untuk lebih
berhati-hati, pastikan diri anda sudah berada pada tahap yang
boleh tahan kepada keadaan di luar rumah serta jangan lupa untuk
mengambil ubat penahan jika perlu.
 Tidak Terlalu Tergesa-gesa

Sifat tergesa-gesa adalah sifat yang menjadi punca kepada


kemalangan diri yang sering berlaku. Perkara sedemian memang
sudah banyak kali menimbulkan kemalangan diri serta kemalangan
jalan raya. Bagi orang dewasa pula, sifat tergesa-gesa untuk ke
tempat kerja mengundang kepada kemalangan jalan raya dan
menyebabkan kesesakan lalu lintas. Keadaan lalu lintas yang teruk
boleh menyebabkan lebih banyak orang yang akan ketinggalan
masa untuk pergi bekerja. Bukan kita saja yang lambat malah
ramai lagi yang akan menerima nasib yang sama. Sifat tergesa-
gesa haruslah sentiasa dikawal agar tiada apa-apa yang buruk
berlaku.
 Sentiasa Memerhatikan Keadaan Sekeliling
Kita harus sentiasa mengawasi diri kita sendiri seperti mana ibu
bapa kita mengawasi dan memerhatikan kita. Keadaan sekeliling
yang mungkin semakin bahaya sekarang boleh menyebabkan
kecelakaan seseorang itu mahu pun seorang dewasa. Amat penting
bagi kita untuk mengawasi diri kita sendiri agar tidak cedera
mahupun celakaan akibat kemalangan atau insiden yang berlaku ke
atas diri kita sendiri. Mata kita harus sentiasa mengawasi tingkah
laku yang kita buat agar apa yang kita buat tidak menyebabkan
kecelakaan diri sendiri atau kecelakaan orang lain. Oleh itu, amat
penting kita mengawasi apa yang berlaku sekeliling sebelum
bertindak.
Pencegahan Kemalangan Diri
 Berada di Tempat Yang Betul

Untuk memastikan keselamatan kita terjamin, kita harus sentiasa


berada di tempat yang betul agar kita tidak menerima apa-apa
musibah dan kecelakaan. Tempat yang betul maksudnya tempat
yang mempunyai orang ramai, tidak tertutup tempatnya serta
sentiasa di awasi oleh orang yang bertugas di tempat tersebut.
Tempat dimana semuanya saling memerhatikan antara satu sama
lain adalah satu tempat yang selamat kerana jikalau ada apa-apa
yang hendak berlaku kepada seseorang itu, orang yang
memerhatikan beliau dapat memanggil untuk memberitahunya
tentang sesuatu hendak berlaku ke atas diri beliau.
 Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan

Malaysia sememangnya mempunyai pelbagai peraturan sama


seperti negara lain. Peraturan-peraturan ini harus dipatuhi agar
tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini berlaku. Misalnya di
sekolah, setiap sekolah mempunyai peraturan bahawa tidak boleh
membawa benda tajam. Jikalau pelajar membawa benda tajam
misalnya pisau, pembawa tersebut mungkin tidak sengaja tertikam
rakannya sendiri. Dan ini boleh disabit kesalahan dan mungkin akan
dikira sebagai kes bunuh. Kejadian tersebut memang akan berlaku
juga jikalau rakyat Malaysia tidak mematuhi peraturan yang
ditetapkan oleh kerajaan Malaysia sendiri.
 Mengikuti Arahan Dari Pihak Yang Tertentu

Tidak semestinya kita harus mengikuti semua arahan yang disuruh


orang. Hanya sesetengah orang sahaja yang boleh kita ikuti
arahannya seperti guru, ibu bapa, pihak atasan, polis dan lain-lain.
Orang-orang seperti ini mempunyai kuasa untuk menyuruh dan
menegur rakyat biasa yang membuat kesalahan atau kesilapan.
Malangnya, ada diantara kalangan kita yang mengambil kesempatan
menyamar sebagai orang pihak atasan semata-mata untuk
bersuka-suka dan menghilangkan kepercayaaan orang ramai
terhadap pihak-pihak atasan. Perkara seperti ini mungkin akan
diberhentikan dengan segera oleh pihak-pihak yang berkenaan
agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.
 Mengambil Langkah Berjaga-jaga
Memang pada saat ini kita memerlukan perlindungan yang lebih
agar diri kita sentiasa dilindungi daripada apa-apa musibah atau
kecelakaan. Mengambil langkah berjaga-jaga adalah satu jalan
alternatif untuk melindungi diri daripada kecelakaan yang berlaku
akibat apa yang kita lakukan sebelumnya. Kecelakaan ini harus di
elakkan agar sifat kenormalan diri kita sendiri sentiasa kekal.
Tema 2 : Hubungan Kekeluargaan

Keluarga Bahagia
 Saling menyayangi

 Hubungan yang mesra dan akrab

 Saling membantu

 Kesihatan keluarga

Berdasarkan tajuk di atas, saya mendapati bahawa saya dapat :


 Menerangkan ciri-ciri keluarga bahagia

 Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab antara anggota

keluarga
 Mengamalkan adab dan tatasusila dalam keluarga

 Mengamalkan gaya hidup keluarga yang sihat

 Menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa dan anggota keluarga

 Menghormati dan menghargai ibu bapa dan anggota keluarga

Antara aktiviti yang dijalankan oleh guru saya untuk pembelajaran ini
adalah :
 Menulis surat atau menghasilkan kad untuk meluahkan perasaan

kasih sayang dan mengucapkan terima kasih


 Menghasilkan puisi/poster yang bertemakan keluarga bahagia

 Melakonkan cara membantu anggota keluarga di rumah

 Membuat catatan peristiwa kehidupan yang berkaitan dengan

keluarga bahagia
 Merancang dan menulis menu mingguan yang sihat untuk keluarga

 Membincang kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan diri

dari perspektif kesejahteraan keluarga.


Projek Tema 2 : Profil keluarga asas dan keluarga
kembangan

Disediakan oleh : Ahmad Mustaqim bin Amiruddin

Penasihat projek : Pn. Alina


ISI KANDUNGAN

Profil Keluarga
 Pengenalan

 Profil Ahli Keluarga

 Sedikit Budi Bicara Ahli Keluarga

 Rumusan

Keluarga Kembangan
 Pengenalan

 Sedikit Pengenalan Keluarga Kembangan

 Carta Keluarga Kembangan(Carta Keluarga)

 Budi Bicara dari Beberapa Ahli Keluarga Kembangan

 Rumusan Keluarga Kembangan


Profil Keluarga
 Pengenalan

Setiap manusia yang hidup di dunia ini mempunyai profilnya yang


tersendiri. Setiap manusia mempunyai profil yang berbeza kerana
mungkin mengikut kesesuaian dari segi pemikiran, fizikal, dan
rohani. Profil yang sama mungkin akan membuatkan orang tersebut
berasa tidak sunyi daripada orang lain. Profil-profil ini
sememangnya boleh ditukar tetapi mempunyai hadnya yang
tersendiri. Sesetengah negara membolehkan rakyatnya untuk
menukar profil mereka. Yang sering ditukar adalah nama rakyat
tersebut. Jadi, profil yang kita ada ini mungkin boleh membimbing
kita ke perjalanan yang kita minati.
 Profil Ahli Keluarga

Setiap ahli keluarga juga mempunyai profil yang tersendiri. Di


muka surat seterusnya akan dipaparkan profil ahli keluarga saya.
Nama : Amiruddin bin Mukhtar
Tarikh lahir : 26 Julai 1966
Tempat kelahiran : Kg. Gajah, Perak
Pekerjaan : Penjaja
Hobi : Membaca surat khabar
Cogan kata : Usaha tangga kejayaan
Nama : Dermawan binti Abdul Wadood
Tarikh lahir : 28 Julai 1968
Tempat kelahiran : Simpang Pulai, Perak
Pekerjaaan : Guru
Hobi : Membaca buku
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda
Cogan kata : Di mana ada masalah, di situlah ada penyelesaiannya
Nama : Luqman Hakim bin Amiruddin
Tarikh lahir : 8 Febuari 1994
Tempat lahir : Hospital Pakar Ipoh, Perak
Status : Pelajar Sekolah Menengah
Hobi : Menonton televisyen
Cita-cita : Saintis(Biologi)
Cogan kata : Hendak seribu daya, tidak hendak seribu alasan
Tokoh : Dr. Tengku Asmadi
Nama : Ahmad Mustaqim bin Amiruddin
Tarikh lahir : 2 April 1995
Tempat lahir : Pusat Perbidanan Sungai Petani, Kedah
Status : Pelajar sekolah menengah
Hobi : Bermain komputer(melayari internet)
Cita-cita : Jurutera ICT, Saintis(Teknologi & Biologi)
Cogan Kata : Ilmu untuk difahami, bukan dihafal tapi tidak
memahaminya
Tokoh : Steve Job, Bill Gates dan lain-lain
Nama : Farhanah Husna binti Amiruddin
Tarikh lahir : 19 September 1996
Tempat lahir : Pusat Perbidanan Sungai Petani, Kedah
Status : Pelajar sekolah rendah
Hobi : Membaca buku
Cita-cita : Juruhias dalaman
Cogan kata : Kecantikan dalaman lebih penting daripada kecantikan
luaran
Tokoh : Eric Leong
Nama : Alif Imran bin Amiruddin
Tarikh lahir : 25 April 1998
Tempat lahir : Pusat Bersalin Hasanah, Ipoh
Hobi : Menonton televisyen
Cita-cita : Saintis(Angkasa)
Cogan kata : Anugerah yang Tuhan berikan harus diterokai dengan ilmu
yang dipelajari
Tokoh : Ishak Al-Khindi
 Sedikit Budi Bicara Ahli Keluarga
Luqman- Saya berasal dari sini(Ipoh). Saya merupakan abang yang
sulung dalam adik-beradik. Saya lebih sukakan keadaan yang
tenteram dan damai. Pada waktu lapang saya selalunya menonton
televisyen atau pun bermain badminton. Saya jenis orang yang
mungkin cerewet sikit dalam memilih barangan. Pada pandangan
saya, keluarga merupakan seperti peti soal jawab soalan. Mungkin
tidak semua yang mempunyai keluarga yang diidamkan tapi inilah
takdir yang telah Tuhan tetapkan untuk kita semua. Sehubungan
itu, hormatilah ahli keluarga yang lain sementara mereka maish
hidup di dunia ini. Cell tidak akan berkembang selagi tiada
hubungan sesama cell itu sendiri.

Mustaqim- Saya memang berasal dari Kedah tapi saya tidak


pernah untuk pergi ke sana melihat atau melawat tempat di mana
rumah lama kami di sana. Saya merupakan anak kedua dalam
keluarga ini. Saya boleh juga dianggap sebagai “Gila Tekno”
disebabkan minat yang mendalam tentang teknologi zaman
sekarang. Saya memang sukakan warna semula jadi dan keadaan
yang lebih semula jadi. Sebagai seorang manusia, saya inginkan
keadaan yang indah dan penuh dengan alam semula jadi. Saya
sebagai anak, amat bersyukur dapat berada dalam keluarga ini.
Walaupun terdapat suka duka, saya tetap memahami keluarga saya
ini. Bagi saya, walaupun kita kaya semanapun jikalau tiada keluarga
tiada maknanya. Keluargalah satu-satunya tempat meluahkan
perasaan walaupun terdapat beberapa orang yang tidak setuju
dengan pendirian saya ini tapi saya mengaku bahawa tidak semua
keluarga yang meahu mendengar luahan perasaan kita. Ada
segelintir yang hanya meluahkan perasaan kepada rakan baik yang
sentiasa memahami diri kita sendiri. Kepada semua keluarga di luar
sana, dengarlah luahan hati kami dengan penuh ikhlas. Akhir kata,
komputer tidak akan lengkap tanpa processor, chip dan board
sama seperti anak yang tiada dorongan ibu bapa dan sesiapa pun.

Husna- Saya anak ke tiga dalam keluarga ini. Memang sunyi sebab
tiada adik perempuan dalam keluarga ini untuk menemani saya.
Oleh disebabkan itu, saya menjadi seorang pelajar yang pendiam di
sekolah dan memang agak sukar mencari rakan di sekolah.
Mengambil masa untuk berkenalan dengan rakan baru. Saya amat
berminat dengan hiasan dalaman rumah kerana saya sukakan
keadaan yang kemas, cantik dan mempunyai ciri-ciri yang ekszotik
apabila dipandang. Saya sentiasa membeli majalah yang
diterbitkan oleh Eric Leong, seorang Juruhias Dalaman juga.
Beliau mengendalikan rancangan realiti, Casa Impian dengan
memperhias rumah pelanggan yang bertuah. Walaupun saya masih
terlalu muda untuk menceburi bidang tapi apa salahnyakan? Bagi
diri saya sendiri, keluarga yang bahagia dapat membentuk aura
yang cerah untuk perkembangan anak-anak di masa hadapan nanti.

Alif- Saya sebagai adik paling bongsu amat menghormati abang


dan kakak saya sendiri. Walaupun saya pernah bersikap kurang
ajar kepada mereka, saya akan sentiasa berdoa agar mereka akan
dipanjangkan umur. Saya suka dengan keadaan yang sunyi tanpa
apa-apa gangguan yang boleh mengganggu kehidupan saya serta
kehidupan orang lain. Keindahan alam semesta sememangnya
menarik perhatian saya untuk menceburi bidang yang mungkin agak
sukar. Bagi diri saya, keluarga merupakan seperti sebuah galaksi
dan di dalam galaksi tersebut mempunyai sistem-sistem tertentu
mewakili anak yang penuh dengan memori mereka.
 Rumusan
Keluarga merupakan hubungan yang paling rapat dengan kehidupan
kita seharian. Tanpa hubungan yang dijalinkan antara ibu bapa
kita, kita mungkin tiada di dunia ini sekarang.
Keluarga Kembangan
 Pengenalan

Setiap keluarga berkait-kait antara satu sama lain dengan


keluarga yang lain. Apabila semakin banyak hubungan dibuat antara
keluarga dengan keluarga lain, ini boleh menyebabkan liputan
keluarga yang besar. Keluarga kembangan yang sememangnya ada
yang kita kenal dan ada yang kita tidak kenal cepat berkembang.
Kadang kala, orang yang tidak disangkakan kita merupada keluarga
kembangan kita sendiri.
 Carta Keluarga Kembangan(Carta Keluarga)

Setiap keluarga mempunyai talian hubungannya sendiri. Talian


hubungan ini sentiasa ditunjukkan dalm carta pokok keluarga.
 Rumusan Keluarga Kembangan
Keluarga kembangan sememangnya besar dan boleh mencapai
keluarga orang yang kita tidak sangkakan sama sekali.
Perkembangan keluarga yang semakin berkembang boleh
menjadikan lebih banyak orang atau keluarga terlibat dalam
keluarga kembangan ini.
Hasil Pembelajaran Untuk Kedua-dua Tema

Berdasarkan pelajaran kedua-dua tema untuk pelajaran sivik dan


kewarganegaraan tingkatan 1, saya telah dapat banyak ilmu tentang
penjagaan diri, pengurusan diri, hubungan keluarga dan hubungan
sesama keluarga kembangan. Pelajaran yang banyak menumoukan
tentang aspek diri sendiri serta hubungan keluarga yang meluas dapat
mensedarkan saya tentang aspek-aspek tambahan dala mkehidupan
seharian. Kehidupan yang sering berkait-kait ini harus ditunjukkan jalan
yang benar agar apa yang kita lalui tidak mencapai perkara yang tidak
diingini.