Anda di halaman 1dari 2

Surat Jemputan ke PIBG ke 25.

Persatuan Ibubapa dan Guru, SK RKT Sri Ledang, 85220 Jementah, Johor. Tel : 06-9777115 Ruj. Kami: SU/PIBG/100-9/4/1 Tarikh : 11 Februari 2011 Semua Ahli Persatuan Ibubapa dan Guru, SK RKT Sri Ledang, 85220 Jementah, Johor. Tuan / Puan, Pemberitahuan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru SK RKT Sri Ledang Kali Ke- 25. Merujuk perkara di atas, dimaklumkan Persatuan Ibubapa dan Guru SK RKT Sri Ledang akan mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke- 25. 2. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir sebagaimana berikut : Tarikh : 24 Februari 2011 Hari : Khamis Masa : 2.30 petang Tempat : Dewan SK RKT Sri Ledang 3. Tuan / Puan yang ingin mengemukakan usul untuk di bawa ke dalam mesyuarat tersebut, diminta mengisi borang usul yang dilampirkan bersama surat ini. 4. Borang usul yang lengkap, hendaklah dikembalikan kepada Setiusaha Persatuan Ibubapa dan Guru SK RKT Sri Ledang (U.P Cik Norema binti Hashim) pada atau sebelum 17 Februari 2011 bersamaan hari Khamis. Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan dialu-alukan. Sekian terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang menurut perintah, . ( Cik Norema binti Hashim ) Setiausaha

Persatuan Ibubapa dan Guru, SK RKT Sri Ledang, 85220 Jementah, Johor. Sk. Tuan Guru Besar SK RKT Sri Ledang. Posted by SK RKT SRI LEDANG at 7:27 PM