Anda di halaman 1dari 9

Peraturan Am Asrama

Written by Administrator Monday, 01 December 2008 19:30 - Last Updated Friday, 05 December 2008 03:43

24.0 Peraturan Am Asrama Sekolah Menengah Kebanqsaan Agama Bandar Penawar.

24.1 Kamar Tidur.

24.1.1 Lampu mestilah dipadamkan pada pukul 11.30 malam. Pelajar tidak dibenarkan

merayau-rayau atau berbual-bual selepas lampu dipadamkan.

24.1.2 Katil, almari, bantal, tilam, dan peralatan-peralatan lain-lain yang telah diberi kepada

pelajar tidak boleh ditukar milik dan pelajar berkenaan bertanggungjawab ke atas peralatan tersebut.

24.1.3 Pelajar tidak dibenarkan mengubah susunan peralatan dalam kamar tidur.

24.1.4 Sarung bantal hendaklah sentiasa terpasang secara kemas dan bersih.

24.1.5 Kain selimut, baju, seluar, kasut, dan peralatan harian hendaklah disusun dengan

kemas. Pakaian yang lembap hendaklah disidai di ampaian.

24.1.6 Beg pakaian hendaklah disusun dengan kemas di dalam stor asrama. 24.1.7

Kebersihan di dalam dan di luar kamar hendaklah dijaga. 24.1.8 Dilarang melekatkan gambar atau poster di dinding.

24.1.9 Tidak dibenarkan berada di kamar pada waktu persekolahan, kelas persediaan, dan waktu permainan atau waktu-waktu lain yang ditetapkan.

24.1.10 Dilarang tidur di katil pelajar lain atau tidur berdua.

Peraturan Am Asrama

Written by Administrator Monday, 01 December 2008 19:30 - Last Updated Friday, 05 December 2008 03:43

24.1.11 Dilarang bermain sebarang permainan di dalam kamar dan sekitar asrama.

24.1.12 Pelajar ditegah menggunakan ubat nyamuk jenis Iingkaran.

24.1.13 Pelajar tidak dibenarkan membawa pelawat atau tetamu dari luar ke dalam kamar.

24.1.14 Pastikan semua punca elektrik dimatikan setiap kali meninggalkan dorm.

24.1.15 Penggunaan alatan elektrik yang menggunakan punca kuasa daripada asrama adalah

dilarang kecuali dengan kebenaran Pengetua atau warden.

24.1.16 Hanya makanan kering sahaja yang dibenarkan disimpan di dalam kamar.

24.2 Pemeriksaan Asrama.

24.2.1 Pemeriksaan Rasmi Asrama diadakan pada setiap hari Ahad jam 10.00 pagi. lni

bertujuan untuk menentukan kebersihan, kekemasan dan peraturan-peraturan dipatuhi.

24.2.2 Para pelajar diwajibkan berdiri di katil masing-masing dengan memakai pakaian

seragam lengkap yang ditetapkan.

24.2.3 Almari hendaklah dibuka agar dapat diperiksa.

24.2.4 Bagi pelajar yang balik bercuti, katil dan almari handaklah dikemas dengan baik

Peraturan Am Asrama

Written by Administrator Monday, 01 December 2008 19:30 - Last Updated Friday, 05 December 2008 03:43

sebelum meninggalkan sekolah.

24.2.5 Pada hari persekolahan, pemeriksaan asrama dijalankan pada setiap hari pada jam

7.00

pagi. Pemeriksaan mengejut akan diadakan dari semasa ke semasa.

24.3

Balik Bermalam.

24.3.1 Pelajar dibenarkan untuk pulang bermalam sebulan sekali

24.3.2 Untuk batik bermalam di luar jadual , ibu bapa hendaklah membuat permohonan

bertulis kepada pengetua dua hari sebelum tarikh pelajar pulang bermalam.

24.3.3 Kad pelajar hendaklah ditandatangani oleh Penolong Kanan (HEM) atau ketua warden atau warden bertugas sebelum pelajar keluar dan setelah kembali ke sekolah.

24.3.4

Para pelajar hendaklah sampai ke sekolah sebelum 6.00 petang.

24.3.5

Pelajar yang balik bermalam hendaklah memakai pakaian sekolah atau asrama /

outing.

24.4 Keluar Ke Bandar

24.4.1 Pelajar dibenarkan untuk ke bandar sebulan sekaii iaitu pada minggu ketiga kecuali

atas kes-kes kecemasan.

24.4.2 Kebenaran hendaklah diperoleh sekurang-kurangnya dua hari sebelum keluar ke

Peraturan Am Asrama

Written by Administrator Monday, 01 December 2008 19:30 - Last Updated Friday, 05 December 2008 03:43

bandar.

24.4.3

Kad pelajar hendaklah ditandatangani sebelum dan selepas balik ke sekolah.

24.4.4

Pelajar yang keluar ke bandar hendaklah memakai pakaian sekolah / asrama.

24.4.5

Pelajar boleh memohon dari warden untuk keluar ke bandar bersama keluarga pada

masa-masa seperti berikut :-

Ahad/Cuti Am : 11.00 pagi hingga 6.00 petang.

24.4.6 Kad pelajar hendaklah diserahkan di pondok pengawal untuk disimpan oleh pengawal

dan pelajar dikehendaki mengambilnya sernula apabila pulang ke sekolah.

24.5 Menerima Pelawat.

24.5.1

Para pelajar hanya dibenarkan untuk menerima pelawat pada masa­masa berikut

sahaja :

Sabtu Minggu 1 dan 3 : 12.30 tengah hari hingga 6.00 petang Sabtu : 2.00 petang hingga 6.00 petang.

Ahad/Cuti Am : 11.00 pagi hingga 6.00 petang.

24.5.2 Para pelajar dilarang sama sekali untuk menerima pelawat semasa waktu

persekolahan kecuali dengan izin Pengetua

Peraturan Am Asrama

Written by Administrator Monday, 01 December 2008 19:30 - Last Updated Friday, 05 December 2008 03:43

24.5.3 Para pelajar dilarang untuk membawa pelawat ke kamar, kawasan asrama, dan

tempat-tempat larangan yang ditetapkan.

24.5.4 Pelawat dibenarkan untuk menemui pelajar di kantin, pondok rehat, dan

tempat-tempat yang telah disediakan.

24.5.5 Hanya ibu bapa, penjaga, atau saudara-mara pelajar yang berdaftar sahaja

dibenarkan untuk melawat pelajar.

24.5.6 Ibu bapa atau pelawat atau saudara mara hendaklah mendapat kebenaran daripada

Pengetua atau warden bertugas sebelum membawa anak mereka keluar.

24.5.7 Ibu bapa atau pelawat hendaklah membawa kad pelawat dan menyerahkannya di

pondok pengawal dan mengambilnya semula apabila meninggalkan sekolah selepas lawatan.

24.5.8

Tanpa kad pelawat, ibu bapa atau pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan

sekolah.

24.6 Sembahvang

24.6.1 Semua pelajar diwajibkan menunaikan sembahyang lima waktu di surau asrama.

24.6.2 Kebersihan dan kekemasan surau hendaklah sentiasa dijaga.

24.6.3 Semua sejadah, telekung dan peralatan yang telah digunakan hendaklah disusun

dengan kemas.

Peraturan Am Asrama

Written by Administrator Monday, 01 December 2008 19:30 - Last Updated Friday, 05 December 2008 03:43

24.7 Dewan Makan

24.7.1 Masuk ke dewan makan pada waktu yang ditetapkan

24.7.2 Beratur dan mengikut arahan.

24.7.3 Menjaga kebersihan, tertib dan tidak membuat bising.

24.7.4 Memakai pakaian yang telah ditetapkan dalam keadaan bersih dan kemas .

24.7.5 Tidak dibenarkan masuk ke bahagian dapur.

24.7.6 Makan selepas membaca doa.

24.7.7 Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa keluar dari dewan makan kecuali

bagi pelajar sakit sahaja.

24.7.8 Pelajar perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh

Pengetua atau wakilnya.

24.7.9 Tidak membawa keluar sebarang peralatan dewan makan seperti pinggan, gelas dan

sebagainya.

24.8 Larangan dan Tegahan

Peraturan Am Asrama

Written by Administrator Monday, 01 December 2008 19:30 - Last Updated Friday, 05 December 2008 03:43

24.8.1 Semua alat muzik, radio dan alat-alat bunyian yang lain dilarang dibawa ke asrama

tanpa kebenaran warden.

24.8.2 Semua jenis senjata seperti kerambit, parang dan lain-lain adalah diharamkan dibawa

masuk ke asrama.

24.8.3 Pelajar-pelajar dilarang merokok, berjudi, menganiayai pelajar lain, memeras ugut,

bergaduh dan membuat bising di asrama dan sekolah.

24.8.4 Dilarang berhutang wang atau memberi hutang kepada pelajar lain.

24.8.5 Tidak dibenarkan memakai atau menyimpan barang kemas, wang berlebihan (lebih

daripada RM20.00) dan barang-barang berharga.

24.8.6

Dilarang memasuki asrama putera dan asrama puteri bagi jantina pelajar yang

berlainan.

24.8.7

Pelajar dilarang berpakaian atau berkelakuan tidak senonoh.

24.8.8

Dilarang menggunakan pemanas air (water heater).

24.9 Rawatan ke Hospital

24.9.1 Pelajar mestilah mengisi kad kebenaran ke hospital.

Peraturan Am Asrama

Written by Administrator Monday, 01 December 2008 19:30 - Last Updated Friday, 05 December 2008 03:43

24.9.2 Pelajar mestilah mengisi borang mendapatkan rawatan ke hospital.

24.9.3 Bagi sakit yang ringan, masa ke hospital pada hari persekolahan, adalah pada pukul

2.30 petang. Pelajar dikehendaki menaiki kenderaan luar sekiranya tidak ada kenderaan sekolah yang disediakan.

24.9.4 Bagi pesakit yang memerlukan rawatan segera, tidak ada masa tertentu untuk ke

hospital dan pihak sekolah akan menyediakan kenderaan.

24.9.5 Setelah mendapat rawatan di hospital, pelajar mestilah pulang segera ke sekolah dan

pelajar berkenaan tidak dibenarkan bersiar-siar atau membeli-belah atau pulang ke rumah dan sebagainya.

24.9.6 Laporan rawatan doktor mestilah diserahkan kepada guru bertugas atau warden

sebaik sahaja pulang dari hospital.

24.10 Bilik Sakit

24.10.1 Pelajar yang sakit mestilah berada di dalam bilik sakit melainkan, setelah mendapat

pengecualian daripada pihak warden. Jika pelajar tersebut dianggap tidak sakit.

24.10.2 Pelajar lain hanya boleh menemani pelajar sakit di bilik sakit setelah mendapat

kebenaran daripada warden.

24.10.3 Pelajar hendaklah membawa cadar dan sarong bantal sendiri ke bilik sakit.

24.10.4 Makanan dan minuman daripada dewan makan hanya dibenarkani untuk dibawa

masuk ke bilik sakit apabila pelajar sakit tersebut tidak berupaya untuk berjalan ke dewan

Peraturan Am Asrama

Written by Administrator Monday, 01 December 2008 19:30 - Last Updated Friday, 05 December 2008 03:43

makan.

24.10.5

Pengguna bilik sakit bertanggungjawab ke atas kebersihan bilik sakit selepas

digunakan.

24.10.6 Buku laporan keluar / masuk bilik sakit mestilah diisi oleh pengguna bilik sakit.