Anda di halaman 1dari 21

Ayat Transformasi

DEFINISI
Disebut juga sebagai ayat terbitan. Penerbitan sesuatu ayat dgn mematuhi hukum dan rumus tranformasi. Proses transformasi ini mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula dan peluasan

Pengguguran
1. Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Tidak menjejaskan maksud ayat. cth : Kamu semua jangan bising. Jangan bising! Tuan silalah masuk Silalah masuk!

2. Pengguguran subjek FN yg serupa dalam ayat majmuk. FN ayat kedua digugurkan Ayat tersebut blh digabungkan utk menghasilkan ayat majmuk gabungan. cth : Dia berjaya. Dia berusaha bersungguhsungguh. Dia berjaya kerana dia berusaha bersungguh-sungguh. Dia berjaya kerana berusaha bersungguhsungguh.

3. Pengguguran predikat FK yang serupa dalam ayat majmuk. Predikat FK yang kedua boleh digugurkan cth : Rima bekerja di Petaling Jaya. Dila bekerja di Petaling Jaya. Rima bekerja di Petaling Jaya dan Dila bekerja di Petaling Jaya. Rima dan Dila bekerja di Petaling Jaya.

4. Pengguguran ( oleh + FN ) dalam ayat pasif. Dalam binaan ayat pasif struktur oleh + FN yg mengikut Kata Kerja dlm predikat ayat blh digugurkan tanpa menjejeskan makna ayat. cth: Halaman rumah kami telah dibersihkan oleh abang. Halaman rumah kami telah dibersihkan.

Penyusunan Semula
Bentuk perkataan dalam ayat diubah susunannya dan diterbitkan semula. Akan mengakibatkan pengguguran katakata tertentu, serta penggantian atau penambahan. Akan ada perubahan pada makna ayat.

1.

Penyusunan semula objek ayat aktif menjadi subjek ayat pasif. Penyusunan semula ayat terbitan jenis ini berlaku melalui proses menukar ayat aktif kepada ayat pasif. FN yg menjadi objek dalam ayat aktif disusun semula menjadi subjek dalam ayat pasif. cth : ayat aktif : Ali menendang bola ayat pasif :Bola ditendang oleh Ali. ( Bola yg menjadi objek dlm ayat aktif diubah dan disusun semula menjadi subjek dalam ayat pasif )

2. Penyusunan semula objek sipi menjadi objek tepat Blh dilakukan pada ayat yg mengandungi dua objek iaitu objek sipi dan objek tepat. cth : a) Guru Besar menghadiahi Mariam buku b) Guru Besar menghadiahkan buku kepada Mariam. ( buku yg menjadi objek sipi dlm (a) diubah dan disusun semula menjadi objek tepat dalam (b)

Cth : Atikah mengirimi sahabatnya sebungkus hadiah. Atikah mengirimkan sebungkus hadiah kepada sahabatnya. Ayah menghadiahi ibu sebentuk cincin berlian. Ayah menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada ibu.

3. Penyusunan semula menjadi ayat songsang. Dilakukan dengan cara menyongsangkan ayat. Ayat biasa menjadi ayat songsang. Proses ini berlaku apabila unsur keterangan tersebut hendak difokuskan dengan cara keterangan ini diletakkan di hadapan ayat.

Cth : a) Mereka duduk di atas kerusi rotan. b) Di atas kerusi rotan mereka duduk. a) Dia akan ke universiti jika lulus cemerlang. b) Jika lulus cemerlang dia akan ke universiti. a) Anak Pak Yusof melanjutkan pelajaran ke luar negara. b) Melanjutkan pelajaran ke luar negara, anak Pak Yusof.

Peluasan
Ayat terbitan drp ayat dasar yg ditambah dgn unsur-unsur yg baharu atau perkataan lain.

1. Peluasan FN sebagai subjek Melalui proses relativasi iaitu dgn cara memancangkan ayat baharu yg menggunakan frasa relatif yang ke dalam satu ayat lain. cth : ayat (a) dipancangkan masuk dgn ayat (b) utk menjadi ayat (c) a) Jurutera itu memeriksa bangunan b) Jurutera itu adik saya c) Jurutera yang memeriksa bangunan itu adik saya.

Ayat (c) mengalami proses peluasan predikat dgn cara memancangkan fras reletif yang bagi mengantikan frasa nama Subjek jurutera itu yang sama sepatutnya berulang dalam ayat tetapi digugurkan

2. Peluasan frasa nama sebagai frasa predikat. Dilakukan dgn cara memancangkan frasa relatif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dalam frasa nama predikat yg digugurkan. cth : ayat (a) dipancangkan masuk ke dalam ayat (b) menjadi ayat (c)

(a) Pelajar itu membaca buku. (b) Buku itu tebal. (c) Pelajar itu membaca buku yang tebal. Ayat (c) mengalami proses peluasan predikat dengan cara memancangkan frasa reletif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa yg berulang dalam Predikat tetapi digugurkan iaitu buku itu

3. Peluasan dengan kata hubung Menggabungkan dua ayat atau lebih dengan kata hubung seperti dan, serta, tetapi,lalu, jika, walaupun, kerana dan sebagainya. cth : 1. (a) Aziz membaca akhbar (b) Maria membaca akhbar (c) Aziz dan Maria membaca akhbar

2. (a) Azman membuat lawatan ke Muzium Negara. (b) Rakan-rakannya membuat lawatan ke Muzium negara. (c) Azman serta rakan-rakannya membuat lawatan ke Muzium Negara 3. (a) Pemburu itu terserempak dengan harimau itu. (b) Ia menembaknya. (c) Pemburu itu terserempak dengan harimau itu, lalu ia menembaknya.

4. Peluasan melalui proses komplementasi Mengubah ayat menjadi satu frasa nama dan memancangkannya pada satu ayat lain sebagi ayat komlemen atau pelengkap. Ayat yg melalui proses komplementasi ini lazimnya didahului oleh kata komplemen bahawa seperti ayat berikut

(a) Askar itu melaporkan ( sesuatu ) (b) Dia telah membunuh tiga orang musuh. (c) Askar itu melaporkan bahawa dia telah membunuh tiga orang musuh.