Anda di halaman 1dari 6

LANGKAH LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA Pada zaman atom ini, sifat mementingkan

kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkan dalam kalangan masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing terutama di kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik. Budaya barat diagung-agungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan. Semangat patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokohtokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa. Semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan. Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak. Mereka harus menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik . Secara tidak langsung, perbuatan membelot negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi sumbangan untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun dengan pesat dan menjadi negara maju. Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara. Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada kanakkanak. Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia. Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Misalnya, pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan negara, pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan kolaj dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan "negaraku" dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalam jiwa kanak-kanak semasa mereka mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan. Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak, kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu negara dan tidak mempunyai sifat-sifat patriotik. Mereka akan mengagung-agungkan budaya luar negara serta kurang kesedaran untuk mempertahankan maruah negara. Sebaliknya, mereka akan terpikat oleh dunia di luar dan meninggalkan tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahu melakukan perbuatan tidak setia kepada negara seperti mambakar bendera negara. Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan dan kukuh semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akan menjadi negara gemilang. Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KES PENDERAAN KANAK-KANAK DI NEGARA KITA Penderaan kanak-kanak dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan terhadap kanak-kanak sama ada secara fizikal, mental atau seksual Isu penderaan kanak-kanak telah menjadi topik perbicaraan pada awal tahun 1990-an yang merupakan satu masalah yang sangat membimbangkan masyarakat dan kerajaan. Terdapat banyak faktor berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak- anak yang masih kecil memang biasa kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu. Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen Keluarga Bahagia bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Tambahan pula, pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan. Kesimpulannya, semua pihak yang berkenaan perlu bekerjasama untuk menbendung berlakunya kes penderaan kanak- kanak. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Tuhan yang sangat suci.. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anakanak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti. Nilai murni yang boleh dipelajari dari esei ini ialah nilai bertanggungjawab, toleransi, kasih sayang, kasih sayang terhadap keluarga, melindungi hak kanak-kanak dan niali rasional.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KEGIATAN CETI HARAM Marcapada, kegiatan ceti haram semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Ceti haram merujuk kepada orang ataupun badan yang menawarkan pinjaman secara haram pada kadar faedah yang bukan calang-calang tingginya, disusuli dengan ancaman keganasan. Dalam masyarakat India, ceti haram dikenali sebagai Chettiar,dan dipanggil sebagai Tai Ee Long dalam masyarakat Cina serta Ah Long dalam masyarakat Melayu. Kejadian penceti haram bertindak ganas terhadap peminjam kredit yang tidak mampu menjelaskan hutang sering berlaku. Namun begitu, sesetengah orang masih membuat pinjaman daripada lintah darat ini. Apakah faktor yang menyebabkan orang ramai sanggup mengambil risiko untuk membuat pinjaman daripada ceti haram walaupun terdapat syarikat kewangan yang sah? Apakah implikasi-implikasi buruk daripada kegiatan ceti haram ini dan apakah langkah-langkah yang patut diambil oleh orang ramai bagi membendung masalah ini? Faktor-faktor Antara faktor yang menyebabkan orang ramai membuat pinjaman daripada ceti haram adalah kemudahan mendapat pinjaman daripada mereka. Ceti haram menawarkan pinjaman kredit kepada sesiapa yang tidak berupaya untuk memperoleh pinjaman daripada sumber yang sah seperti pihak bank kerana telah disenarai hitam , diisytiharkan muflis dan sebagainya. Tawaran pinjaman mudah tanpa prosedur dan syarat yang terlalu ketat dan rumit menjadi umpan laris kepada masyarakat. Ceti haram mempromosikan perkhidmatan mereka dengan tawaran menarik seperti pinjaman mudah dan segera tanpa cagaran sedangkan syarikat kewangan yang sah mengenakan syarat yang ketat dan mengambil masa yang panjang bagi meluluskan pinjaman. Kesempitan hidup atau masalah beban kewangan turut menjadi faktor orang ramai meminjam daripada ceti haram.Hal ini dikaitkan juga dengan kos hidup yang tinggi, perbelanjaan yang melebihi pendapatan dan kerugian yang dahadapi dalam perniagaan.Ibarat menangguk di air keruh, ceti haram menghulurkan pinjaman wang pada saat mangsa kesempitan wang misalnya ada yang memerlukan wang untuk perubatan ataupun kesinambungan perniagaan. Sesetengah peniaga menghadapi masalah kewangan iaitu modal pusingan. Mereka susah untuk mendapat pinjaman dari bank kerana pihak bank mengenakan syarat yang ketat sedangkan mereka tidak memiliki harta benda untuk dipajakkan kepada bank sebagai cagaran. Tambahan pula, pihak bank mengambil masa yang panjang untuk meluluskan pinjaman. Akibatnya, mereka terpaksa mendapatkan pinjaman kredit daripada ceti haram. Penguatkuasaan pihak berkuasa yang tidak ketat juga mendorong berleluasaan kegiatan ceti haram. Mengikut Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, operasi pinjaman tanpa lessen akan dikenakan penalti maksimum RM1000 bagi kesalahan kali pertama. Penalti sehingga RM5000 atau dipenjarakan 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan seterusnya. Hukuman yang dijatuhi tidak berat sehingga ceti haram berani mencabar undang-undang Negara secara terbuka kerana hukuman yang dijatuhi tidak berat walaupun mereka didapati melakukan kesalahan. Selain itu, pihak berkuasa juga tidak bertindak secara agresif dalam tugas menangani masalah ceti haram. Kegiatan meminjam wang daripada ceti haram boleh menporak-porandakan rumah tangga dan memusnahkan keamanan dan kebahagian keluarga terancam sekiranya si peminjam tidak mampu membayar hutang. Ceti haram mengenakan kadar faedah pinjaman yang tinggi. Dengan ini, jika peminjam tidak dapat menjelaskan hutang mereka dalam tempoh yang ditetapkan, hutang mereka akan berlipat ganda. Bagi si penghutang, ancaman berterusan yang diterima daripada penceti haram menyebabkan mereka semakin tertekan terutamanya golongan yang lemah dari segi iman dan pendidikan, mereka mungkin akan mengambil jalan mudah dengan membunuh diri. Banyak kes yang melibatkan peminjam sanggup membunuh diri bersama ahli keluarga mereka akibat tekanan daripada ceti haram apabila mereka tidak berupaya untuk menyelesaikan hutang mereka supaya penceti haram

tidak dapat menjejaki mereka sekeluarga. Selain itu, bermaharajalela aktiviti ceti haram akan menggalakkan kegiatan jenayah yang lebih serius dalam Negara. Kumpulan penjenayah terlibat dalam kegiatan ceti haram dan sumber wang mereka datang daripada kegiatan jenayah seperti pengedaran dadah, rompakan dan sebagainya. Kegiatan pinjaman wang ini membolehkan mereka mendapat keuntungan yang lumayan. Dengan ini, mereka dapat melancarkan kegiatan jenayah yang lebih serius dan dahsyat. Mereka akan bermodal dalam kegiatan cetak rompak VCD, mengimport senjata api, membuka pusat perjudian dan sebagainya. Kegiatan jenayah demikian akan mengancam keselamatan sosial dan menjejaskan imej negara. Secara tidak langsung, kegiatan jenayah juga akan menjejaskan sektor perlancongan Negara. Hal demikian kerana pelancong asing bimbang akan keselamatan diri mereka dan mereka tidak berani datang ke negara kita. Kegiatan ceti haram juga akan mencetuskan keganasan. Peminjam yang tidak mampu membayar akan diugut, digertak dan dikasari. Di samping itu, keluarga dan perniagaan mereka sering diganggu. Sebagai contohnya, rumah peminjam mungkin dikunci dan disimbah cat marah atau keluarga mereka akan dimaki hamun untuk memalukan si peminjam agar melangsaikan hutang mereka. Tambahan pula, anak isteri peminjam mungkin akan diculik sebagai ugutan untuk menebus balik wang yang sepatutnya diterima. Langkah-langkah Langkah-langkah yang dapat dilaksanakan bagi membanteras masalah ceti haram adalah penguatkuasaan undang-undang yang ketat, Pindaan Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 memberi kuasa kepada polis untuk melakukan penyiasatan, merampas dokumen dan menggeledah premis serta menangkap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti ceti haram tanpa waran. Pihak berkenaan harus mengawal pernerbitan iklan yang membabitkan pemberian pinjaman oleh ceti haram daripada bermaharajalela. Pindaan terhadap Akta Pemberi pinjaman Wang 1951 dengan menaikkan kadar denda maksimum dan hukuman penjara serta rotan terhadap pesalah. Mereka haruslah dikenakan denda yang lebih berat, misalnya didenda RM5000 atau dimasukkan penjara atau kedua-dua sekali. Bagi ceti haram yang mencederakan peminjam harus dikenakan hukuman yang berat, misalnya disebat. Polis dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) telaah bersetuju untuk mengehahkan pengeluaran permit berkenaan bagi memudahkan urusan pemantauan dan penguatkuasaan. Kesedaran tentang kesan buruk meminjam daripada ceti haram juga harus terdedah kepada masyarakat. Pihak berkenaan harus melancarkan kempen secara besar-besaran untuk menyedarkan orang ramai tentang padah meminjam daripada ceti haram. Aktiviti kesedaran tentang implikasi buruk meminjam daripada ceti haram juga boleh dibuat melalui akhbar ataupun media elektronik. Sebagai anggota masyarakat, kita juga mempunyai tanggungjawab untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat tentang aktiviti pinjaman haram. Syarikat kewangan dan pihak bank juga memainkan peranan penting dalam usaha membanteraskan kegiatan ceti haram. Syarikat kewangan dan pihak bank boleh menyediakan pelbagai bentuk pinjaman kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bank dan syarikat kewangan perlu menyediakan prrosedur yang lebih mudah dan tidak memerlukan cagaran dan syarat yang banyak serta ketat bagi memudahkan seseorang itu membuat pinjaman. Selain itu, mereka juga harus mempercepatkan pemberian pinjaman untuk golongan yang terdesak dan menghadapi masalah kewangan yang serius. Kesimpulannya, orang ramai hendaklah berganding bahu untuk mengatasi kegiatan jenayah ini daripada berleluasa lagi. Di sampinng itu, pihak berkenaan haruslah bertindak tegas kepada ceti haram dan juga pihak yang membuat pinjaman kepada ceti haram.Usaha-usaha ini mestilah dilakukan agar keharmonian dan kesejahteraan negara terjamin.

TUGASAN HARIAN TINGKATAN LIMA KEBURUKAN MEROKOK Umum mengetahui keburukan amalan merokok sama ada dari aspek kesihatan mahupun dari aspek ekonomi. Namun tabiat ini sukar dibendung malah telah menjadi rutin segolongan besar masyarakat kita tidak mengira remaja atau dewasa, lelaki atau wanita. Di Malaysia pula, golongan remaja lelaki merupakan golongan utama yang menghisap rokok. Bagi mereka, dengan menghisap rokok mereka dapat menghilangkan ketegangan perasaan dan fikiran yang dialamni dan juga sebagai suatu kepuasan. Sebenarnya, perbuatan merokok merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya penyakit barah paru-paru, arteri jantung dan batuk kering. Para penghisap rokok yang menghisap sebanyak 40 batang rokok atau lebih dalam sehari adalah 30 kali lebih berkemungkinan untuk diserang penyakit barah paru-paru. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), merokok menyebabkan 90% daripada jumlah kes penyakit barah paru-paru dan 75% daripada jumlah kes penyakit kerongkong yang tenat. Asap rokok mengandung sebatian-sebatian seperti benzpiren, fenol, dan hidrogen sianida yang mencemarkan paru-paru. Di samping itu, tar tembakau yang mengandung nikotin juga menyebabkan ketumbuhan sel-sel barah. Keadaan ini menyebabkan kesihatan para perokok menajdi terjejas dan tidak harianlah laporan Who yang menyatakan bahawa seramai 4.5 juta orang mati pada setiap tahun sebagai akibat keracunan dioksida dan nikotin yang berpunca daripada rokok. Penghisap rokok biasanya sahaja membahayakan perokok malah turut membahayakan kesihatan orang yang berada di sekitarnya. Apabila asap rokok dihembus oleh perokok, orang yang berhampiran dengannya akan turut menghidu asap tersebut dan mencemarkan paru-paru serta menjejaskan kesihatan mereka. Asap roko turt menyebabkan pencemaran alam seitar berlaku. Misalnya, jika terdapat 100 yang menghisap rokok di suatu ruang yang sempit, maka udara di kawasan itu akan tercemar, Andainya terdapat ramai orang yang menghisap rokok di sesuatu kawasan yang telah tercemar, kesihatan penduduk di kawasan itu sudah pasti akan terganggu. Menurut laporan Who seterusnya, perokok-perokok membelanjakan kira-kira RM600 billion pada setiap tahun untuk membeli 10 000 billion batang rokok. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penduduk di dunia ini membazirkan terlalu banyak wang hanya untuk membeli rokok. Lebih baik sekiranya jumlah wang yang besar itu dibelanjakan untuk memperbanyak kemudahan-kemudahan awan, infrastruktur sosial, pendidikan masyarakat, perkhidmatan hospital dan seumpamanya. Para remaja yang menghisap rokok juga membelanjakan wang dengan jumlah yang banyak semata-mata untuk membeli rokok. Bagi pelajar-pelajar bersekolah pula, wang saku yang diperoleh daripada ibu bapa digunakan untuk membeli rokok. Sesungguhnya, perbuatan itu hanya akan merugikan diri mereka sendiri, masyarakat 11 dan negara. Oleh yang demikian, pihak ibu bapa dan guru haruslah memastikan anakanak mereka dan para pelajar tidak menjadi perokok.

Meskipun kerajaan memperoleh pendapatan yang besar melalui cukai daripada perniagaan rokok namun usaha-usaha untuk mencegah amalan merokok itu tetap dijalankan. Langkah kerajaan mengharamkan iklan rokok di kaca televisyen mrerupakan suatu langkah bijak untuk mengelakkan lebih ramai orang yang menghisap rokok. Langkah menaikkan harga rokok melalui duti importnya juga berjaya mengurangkan jumlah perokok di negara ini. Kesimpulannya, saya insaf kerana selama ini saya merokok tanpa menhargai kesihatan badan diri dan juga kesihatan orang lain. Saya sedar bahawa memberhentikan merokok dapat mengelakkan kesihatan diri daripada pelbagai penyakit kanser seperti kanser paru-paru. Saya juga mengambil iktibar dan berjanji supaya tidak merokok pada masa yang akan datang. Saya telah berubah sikap dan sering mengingatkan diri supaya tidak merokok setiap hari. Nilai yang terdapat di dalam esei ini ialah harga diri dan rasional

Anda mungkin juga menyukai