Anda di halaman 1dari 2

Latihan Tatabahasa Set A 1. Kerja ____________ kain songket daripada benang emas memerlukan ketelitian dan kemahiran. A.

tenunan B. penenun C. ditenun D. menenun 2. Kerja-kerja menyiapkan jambatan yang ______________ itu akan disambung kembali. A. berhenti B. dihenti C. terhenti D. perhentian 3. Pemuda itu tidak suka ______________ dengan sesiapa pun. A. bergaul B. digaulkan C. pergaulan

D. menggauli

4. Sudah lebih lima tahun Rahimah ______________ di luar negeri. A. menetapkan B. ditetapkan C. ketetapan D. menetap 5. Daripada lawatan itu kamu akan memperoleh ______________ yang banyak . A. pengetahuan B. berpengetahuan C. ketahuan D. mengetahui 6.Keadaan lalu lintas di bandar itu _________________. A. mengawal B. terkawal C. kawalan

D. dikawal

7. Pasukan polis hutan berjaya ___________________ rusuhan itu. A. dicegah B. mencegah C. pencegahan D. tercegah 8. " Cikgu Zahid _________________ kamu ke biliknya," kata Lam kepada Ali. A. suruhan B. menyuuruh C. disuruh D. bersuruh 9. Mak Cik Yam membeli seikat pucuk paku dan dua ______________ petai di pasar tani itu. A. pucuk B. keping C. papan D. untai 10. Pak Malim membawa _____________ pukat dan _____________ joran sewaktu ke laut. A. serawan ....... sebentuk B. sehelai.......... sebatang C. sebidang....... sebuah D. serawan ........ sebatang 11. Halimah menyiang ikan _______________ adiknya memotong sayur di dapur. A. lalu B. maka C. manakala D. serta 12. Setiap pagi, Sarjan Aziz menggilap kasutnya ________________ berkilat. A. untuk B. hingga C. selagi D. apabila 13. _________________ yang hadir dalam majlis itu ? A. Adakah B. Bilakah C. Mengapakah D. Siapakah

14. "_______________ tuanku mengizinkan patik menyiasat punca kejadian itu ?" tanya Laksamana Indera. A. Bilakah B. Adakah C. Bagaimanakah D. Siapakah 15. "Pokok-pokok bunga ini harus kamu siram selalu supaya ____________," kata Aini kepada Lin. A. sihat B. besar C. segar D. sembuh 16. Kisah sedih itu sudah ______________ daripada ingatan saya. A. bebas B. hanyut C. lenyap D. lupa 17. Kami berjaya memasuki pertandingan ______________ pidato peringkat daerah. A. awal B. besar C. akhir D. adil 18. Kejayaan budak miskin itu ke universiti telah __________________ penduduk kampung. A. membuka mulut B. membuka mata C. membuka pintu D. membuka telinga 19. Dia seperti _______________ dalam majlis itu kerana tiada sesiapa yang mahu berkawan dengannya. A. kutu embun B. kucing kurap C. kuda kayu D. kera sumbang 20. Ravi berlari _______________ apabila dikejar anjing. A. lintang-pukang B. susup-sasap C. mundar-mandir

D. bolak-balik

21. Sultan Pahang akan merasmikan bangunan baru itu ______________ akan berangkat pada pukul lapan pagi. A.Beta B. Baginda C.Hamba D. Beliau 22. Cikgu Lim berkata kepada murid-muridnya,''__________________ialah rakyat Malaysia. '' A.Kami B. Hamba C.Kita D. Anda 23. Kam Wah berkata kepada pemuda itu,''_____________ hendak berjumpa dengan siapa '' A.Puan B. Encik C.Engkau D. Beliau 24. Mereka ________________pergi ke Desaru untuk bercuti. A. berlima B. kelima C.kelima-lima D. lima-lima 25. ________________adalah kegemaran saya pada masa lapang. A.Bacaan B. Membaca C.Pembaca D. Membacakan

Anda mungkin juga menyukai