Anda di halaman 1dari 8

KAEDAH CERAI DAN GABUNG.

MEMANTAPKAN KEMAHIRAN PENAMBAHAN, PENOLAKAN DAN GABUNGAN OPERASI NOMBOR NEGATIF UNTUK UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5MPV.
Disediakan oleh : PN. NOR ZURIYATINA BINTI ABU OMAR SMK ALMA

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Berdasarkan pengalaman saya semasa mengajar topik mengenai penambahan dan penolakan nombor negatif, didapati pelajar-pelajar amat sukar memahami kaedah pengiraan secara biasa. Ini adalah kerana kaedah biasa yang digunakan membuatkan pelajar keliru dengan konsep tersebut terutamanya bagi pelajar yang kurang minat dalam subjek matematik.

ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN


Konsep penambahan dan penolakan nombor negatif seharusnya dikuasai dan difahami dengan betul oleh setiap pelajar. Apabila mereka sudah menguasai konsep asas, secara tidak lansung mereka boleh menyelesaikan gabungan operasi yang melibatkan nombor negatif. Maka, pelajar dapat mengaitkan konsep ini dengan topik - topik yang relevan dengannya.

OBJEKTIF KAJIAN
Hasil daripada kajian yang dijalankan diharapkan pelajar akan dapat mencapai objektif berikut: Membantu pelajar untuk menguasai kemahiran asas nombor negatif iaitu konsep penambahan dan penolakan . Membantu pelajar menyelesaikan konsep gabungan operasi dengan lebih mudah dan cepat. Meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengaplikasikan konsep ini dalam kehidupan seharian. Meningkatkan kemahiran pelajar untuk memperolehi keputusan yang lebih baik di dalam setiap peperiksaan yang dijalankan.

Kumpulan Sasaran
16 orang Tingkatan 5MPV

TINDAKAN KAJIAN
Tinjauan masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenalpasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Maka beberapa aktiviti telah dicadangkan bagi mengenalpasti kelemahan pelajar dengan lebih terperinci iaitu :
Ujian Pra bagi menentukan tahap penguasaan kemahiran dalam menambah dan menolak dengan kaedah biasa yang digunakan. Memperkenalkan konsep penambahan, penolakan dan gabungan operasi dengan kaedah cerai dan gabung. Ujian Pos bagi membuktikan bahawa pelajar dapat memahami dan menguasai konsep melalui kaedah cerai dan gabung.

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN


BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8 9. 10. 11. 12. TINDAKAN Mengenalpasti masalah Merancang dan menyediakan proposal Kajian Tindakan Tinjauan di dalam kelas secara pemerhatian dan latihan Menjalankan ujian pra Analisa ujian pra Memperkenalkan kaedah cerai dan gabung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menjalankan ujian pos Analisa ujian pos Refleksi ujian pos Menyediakan laporan kajian tindakan Mesyuarat penyelaras pelaporan kajian tindakan Menghantar laporan Kajian Tindakan TARIKH 09/04/08 20/04/08 24/04/08

Anda mungkin juga menyukai