Anda di halaman 1dari 3

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG MISI MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI

PAMPLET KELAS 6 PINTAR SK SRI SETIA JAYA

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Prosedur Kelas 6 Pintar:


1.Masuk ke kelas, duduk ditempat sendiri dan keluarkan buku matapelajaran berkaitan mengikut jadual waktu kelas. 2. Pastikan semua kerja rumah yang diberikan telah disiapkan dirumah sebelum memulakan palajaran tersebut. 3. Siapkan semua kerja yang diberikan oleh guru di dalam kelas dan sentiasa mengambil bahagian dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran guru. 4.Sekiranya anda lewat, pastikan anda mendapatkan kebenaran guru yang sedang mengajar. 5.Sekiranya anda ingin keluar untuk ke tandas atau pejabat, dapatkan kebenaran guru atau ketua kelas (sekiranya tiada guru di dalam kelas). Hanya seorang murid sahaja boleh keluar pada satu-satu masa. 6. Pastikan anda mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran guru dengan bersungguhsungguh. 7.Pada akhir waktu, kemaskan dan simpan semua buku dan peralatan belajar ke dalam beg, Tunggu sehingga kebenaran pulang diberikan. 8. Tutup semua kipas dan lampu sebelum meninggalkan kelas.

9. Tutup semua tingkap dan pintu sebelum meninggalkan kelas. CARTA ORGANISASI 6 PINTAR 2012 10. Pastikan kelas dalam keadaan kemas dan teratur sebelum bergerak meninggalkan kelas. 11. Berada dalam barisan yang lurus ketika hendak bergerak meninggalkan kelas. PN SUHANA SELAMAT GURU KELAS 6 PINTAR

Peraturan Kelas 6 Pintar:


1. Sampai ke kelas mengikut jadual dan bersedia untuk belajar. 2. Ikut arahan dan hormati rakan-rakan serta guru. 3. Angkat tangan dan tunggu kebenaran untuk bercakap.Tidak dibenarkan sama sekali membuat bising. 4. Duduk ditempat sendiri kecuali mendapat keizinan untuk bergerak. 5. Sentiasa menjaga keselamatan diri dan perabot di dalam kelas. 6. Ketika loceng pulang berbunyi, duduk di tempat sendiri. Kebenaran untuk pulang hanya boleh diberikan oleh guru dan bukan oleh bunyi loceng. SITI AISYAH ELIAS KETUA KELAS 6 PINTAR

SITI NUR HIKMAH PENOLONG KETUA KELAS 6 PINTAR

SITI NUR HIDAYAH BENDAHARI KELAS 6 PINTAR