Anda di halaman 1dari 28

Dalil-dalil naqli berkaitan guru dan tanggungjawabnya

Disediakan Oleh : Azlia Shakiela bt. Mohd Yusof 6 PISMP Pengajian Islam 2

Apakah dalil-dalil yang bermain di fikiran anda berkaitan GURU dan TANGGUNGJAWABNYA?

Pendahuluan
Guru ibarat lilin/ gunung berapi aktif Noor Jamaluddin(1978:1) Guru didefinisikan sebagai pendidik. Pendidik- orang dewasa yang bertanggungjawab memberi bimbingan kepada anak didik dalam perkembangan jasmani dan rohaninya agar mereka dapat mencapai kedewasaan serta mampu berdiri sendiri dan dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah bumi.

Tanggungjawab Guru

Guru Sebagai Penyampai Ilmu Guru Sebagai Kaunselor

Guru Sebagai Pendidik Guru sebagai contoh teladan

Guru sebagai hamba

1) Guru sebagai penyampai ilmu


Menyampai ilmu merupakan tugas utama guru apabila ke sekolah. Memindahkan ilmu yang dimiliki kepada anak didik selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jujun S. Suriamantri(1990)- penyampai ilmu harus mempunyai tanggungjawab profesional ( kebenaran, kejujuran, tiada kepentingan diri,mempunyai kekuatan dalam penghujahan)

Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang Telah diberi Kitab (yaitu): "Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya," lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit. Amatlah buruknya tukaran yang mereka terima. ( Ali Imran : 187)

Rasulullah S.A.W juga bersabda iaitu : "Kami para Nabi disuruh menempatkan masing-masing orang pada tempatnya dan berbicara dengan mereka mengikut tingkat pemikirannya
( Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

2) Guru sebagai pendidik


Dari segi bahasa - pendidik membawa maksud yang lebih luas berbanding pengajar atau penyampai ilmu. Abdul Salam Yusof (2003)- pendidik adalah seseorang yang memberi kesan besar terhadap perkembangan personaliti,mental, fizikal dan semangat seseorang manusia.

Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ( Al-Baqarah : 129)

Pendidik bertindak sebagai agen pengubah tingkah laku. bukan sekadar menyampaikan ilmu di dalam kelas tetapi mereka harus menyelitkan unsur didikan dalam setiap yang diajar. Contoh : semasa guru yang mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu Akidah, guru haruslah menyelitkan unsur didikan supaya murid-murid tidak terjebak dalam perkaraperkara yang dapat membatalkan akidah.

Diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah SWT, para malaikat, penghuni langit dan bumi, termasuk semut yang berada di dalam lubang dan ikan paus, sesungguhnya akan memberkati dan memberi rahmat kepada orang yang mahu mengajarkan kebaikan (ilmu kepada manusia ) ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

3) Guru sebagai kaunselor


Kaunselor- memberi bimbingan dan kaunseling kepada seseorang. Menurut Othman Mohammad : -bimbingan ialah usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai supaya matlamat penerima tercapai. -Kaunseling ialah proses menolong orang dalam keadaan suasana harmoni,penuh kesedaran dan saling memahami.

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. ( Surah AlNahl:125)

Seorang kaunselor mestilah berpendidikan dan mempunyai pekerti yang baik, malah kaunselor menjadi tempat rujukan, model dan contoh yang terhampir sekali dengan klien. Rasulullah bersabda (riwayat al-Tabari): Sebaik-baik manusia itu ialah yang lebih bermanfaat kepada manusia .

4) Guru sebagai contoh teladan masyarakat


Guru kencing berdiri,murid kencing berlari. Guru harus mempamerkan sahsiah yang baik agar diterima masyarakat. Guru yang mempunyai teladan sebenar telah meletakkan dirinya di suatu tempat yang amat istimewa. Menurut Mohd Ahmad Al-Rashid (1990), bahawa dalam prinsip tingkah laku dan moral, guru yang berkesan haruslah menunjukkan teladan( akhlak ) yang baik kepada pelajar.

Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. ( Al-Ahzab : 21)

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. ( Riwayat Imam Ahmad)

5) Guru sebagai hamba


Kewajipan bekerja haruslah berpaksikan kepada perintah Allah. Kenal pasti matlamat sebenar pekerjaan. Mengajarkan sesuatu perkara kerana Allah agar tidak tergelincir daripada amanah yang diberikan.

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan kepada-Ku. (Ad-Dzariyat :ayat 56 )

Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda : Kelak di hari kiamat Allah SWT akan menggenggam bumi dan menggulung langit dengan tangan kananNya. Kemudian Dia berfirman, Akulah Raja(penguasa)! Mana dia raja-raja di bumi? ( Riwayat Imam Muslim )

KITARAN MANUSIA SEPERTI ROBOT

Ayuh BERUBAH SEGERA!!!!

Hiduplah dalam kandangan ibadah

Apakah pandangan seorang guru mengenai telur??

Dakwah adalah yang utama.. TAPI Tanggungjawab mendidik bukanlah yang kedua..

...