Anda di halaman 1dari 6

PKU 1013 KEUSAHAWANAN

PERMAINAN [ BOLA TEPUK ]

KUMPULAN 1. MOHAMAD HAFIZ BIN HASHIM [E20111002435] 2. SEHLLY JANTING [E20111002453] 3. LOW KAR PENG [E20111002442] 4. STEPHANIE KONG WAN FEI [E20111002451]

PENGENALAN

Sukan bola sepak merupakan sukan nombor satu di dunia.Sukan ini digemari oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua , muda, kanak-kanak, mahupun dewasa.Sukan ini menjadi sukan yang paling popular di semua negara seperti negara di eropah, asia, dan asia tenggara.

Di Malaysia ,bolasepak menjadi sukan kegilaan ramai tidak kira lelaki ataupun perempuan.Orang tua dan kanak-kanak juga menggemari sukan bola sepak.Oleh itu, kami mereka cipta,merancang untuk membina satu permainan yang sama konsepnya seperti bolasepak berikutan tahap populariti sukan bolasepak ini yang bukan hanya di negara malah di dunia.

Permainan yang dirancang bernama BOLA TEPUK.Permainan ini mempunyai konsep yang sama dengan bolasepak iaitu dari segi gol,bilangan pemain, dan masa tertentu yang diperuntukkan.Yang membezakannya ialah permainan ini lebih kepada kemahiran menggunakan jari dan otot-otot pada jari kerana permainan ini hanya memerlukan daya jari dan tangan untuk menepuk untuk menjaringkan gol.

KONSEP PERMAINAN (BOLA TEPUK)

Rajah 1

Permainan ini mempunyai konsep yang sama dengan bola sepak.Rajah 1 di atas menunjukkan contoh padang yang akan disediakan.Tetapi bukanlah padang yang kasar seperti karpet untuk permainan bola tepuk ini.Permukaan yang dibuat ialah licin supaya mudah untuk menepuk.

Ukuran saiz padang yang dibuat ialah kira-kira 1 meter lebar dan 2 meter panjang atau mungkin kecil lagi mengikut kesesuaian.Permainan ini memerlukan 2 orang untuk bertanding dan masa yang ditetapkan ialah selama 30 minit.

Seperti bolasepak,terdapat 2 jaring gol tetapi jaring gol untuk permainan ini adalah bersaiz kecil mengikut besar padang yang dibuat.Permainan ini mempunyai 11 orang pemain di dalam padang kecil ini tetapi pemain tersebut bukanlah orang tetapi

mungkin kertas keras atau plastik keras yang dipotong mengikut saiz yang bersesuaian dengan saiz padang yang dibuat.

Kertas keras atau plastik keras yang dipotong mesti dilipat dua untuk dijadikan sebagai pemain bolasepak.Setiap 11 kertas keras atau plastik keras yang dilipat ini mesti mempunyai warna yang berlainan untuk menunjukkan 2 pasukan.Sebagai contoh, 11 berwarna biru dan 11 lagi berwarna merah.

Rajah 2

Kertas yang dilipat untuk dijadikan pemain mesti berbentuk seperti rajah 2 di atas.

Rajah 3

Apabila ditepuk dari arah atas ,bahagian hadapan kertas keras yang dilipat akan menolak bola pergi kearah hadapan.

Seperti dalam permainan bolasepak,pemain permainan ini boleh menghantar bola kepada rakan lain dengan menepuk mengikut kemahiran sendiri.

Rajah 4

Seperti dalam bolasepak,pemain boleh menyusun pemain mengikut strategi masingmasing.Seperti dalam rajah di atas.Pemain menyusun dengan farmasi 4-4-2 seperti mana dalam sukan bola sepak. Gambar anak panah pada rajah di atas menunjukkan sekiranya pemain menghantar bola kepada rakan lain atau dalam istilah bolasepak passing.Namun, sekiranya bola yang dihantar dekat dengan pemain lawan,secara automatik pemain lawan mendapat hak untuk menepuk bola. Sekiranya tamat 30 minit permainan tanpa sebarang gol,pemain boleh menambah masa sesuka hati mereka.

KESIMPULAN

 Permaianan ini mempunyai persamaan konsep dengan bolasepak di padang  Permainan ini memerlukan kemahiran mengawal otot-otot kecil pada jari untuk menepuk bola.  Permaianan ini memerlukan kemahiran mental pemain untuk mengatur strategi bermain.  Permainan ini memerlukan kemahiran penglihatan untuk melihat atau menepuk tepat bola menuju ke arah jaring gol.  Permainan ini dapat mengembangkan kemahiran motor halus,kemahiran mental, dan kemahiran mata pemain.

Anda mungkin juga menyukai