Anda di halaman 1dari 9

2

AYAT DAN MAKSUD )9( 10))

Firman ALLAH

Surah Al Jumuah ayat9-10 2.1MAKSUD AYAT Hai orang- orang yang beriman, apabila diseur untuk menunaikan solat pada hari jumaat, maka bersegerelah kamu kepada megingat Allah dan tinggakanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu lah mengetahui . Apabila telah ditunaikan salat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak banyak supaya kamu beruntung Dan dua azan solat Jumaat dihubungkan dengan 2 azan untuk solat Subuh ertinya : dan sunat juga 2 azan bagi solat Jumaat (Ianatut Tholibin Juz 1, Hal 232). Dalil dari fatwa di atas ialah : 1. Dalam kitab Hadith Bukhari : Dari Saib bin Yazid, beliau berkata : adalah azan pada hari Jumaat mula-mulanya manakala Imam telah duduk di atas mimbar, begitu pada masa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam pada masa Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar radiyaLlahu anhu ketika pada masa Saidina Uthman bin Affan RadiyaLlahu anhu dan manusia sudah banyak beliau menambah azan yang ketiga di atas Zaura (Hadith diriwayatkan oleh Bukhari sahih Bukhari Juz 1, hal 116). Hadith ini menyatakan : 1. Pada mulanya, iaitu pada zaman rasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam dan seterusnya pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Umar RadiyaLlahu anhuma iaitu sampai pada tahun 23 Hijrah. Azan solat Jumaat hanya sekali iaitu pada ketika Imam telah duduk di atas mimbar. Azan ini dinamakan sebagai azan pertama 2. Kemudian khalifah yang ketiga saidina Uthman bin Affan (berkuasa dari tahun 23 Hijrah35 hijrah) menambah sebuah azan lagi di atas zaura. Azan tambahan ini dinamai dalam hadith ini azan ketiga kerana Qamat dianggap azan kedua Secara tertibnya : 1. Azan 1 pada ketika Imam telah duduk di atas mimbar 2. Azan 2 -Qamat atau Iqamat 3. Azan 3 azan tambahan dari Saidina Uthman. 3. Azan ketiga ini ditambah olejkh Khalifah Uthman kerana melihat bahawa manusia sudah ramai, brejauhan tempat bekerja sehingga diperlukan satu azan lagi yang diletakkan terdahulu dari azan kedua iaitu dinamakan azan ketiga. Azan ketiga yang dikerjakan terdahulu ini boleh ibaratnya boleh dianggap lonceng baru yang memberitahu penumpang bahawa keretapi akan berangkat, dan hendaklah bersiap-siap. 2. Hadith Riwayat Imam Bukhari : Dari Saib bin Yazid berkata : Pada mulanya azan Hari Jumaat itu ketika Imam telah duduk di mimbar. Hal ini terjadi pada ketika zaman Nabi, zaman Abu Bakar dan Umar radiyaLlahu anhu. Maka ketika tiba zaman Khalifa Uthman bin Affan radiyaLlahu anhu iaitu pada ketika manusia sudah ramai, beliau memerintahkan agar diadakan azan ketiga di atas Zaura. Maka tetaplah situasi secara demikian (Hadith riwayat Bukhari Sahih Bukhari Juz 1 halaman 117).

Hadith yang kedua ini sama dengan hadith yang pertama, tetapi yang kedua bertambah kalimah maka tetaplah situasi secara demikian . Kalimah ini bererti, bahawa azan ketiga itu diterima baik oleh seluruh ulama Islam, tiada yang membantah sehingga diamalkan secara demikian terus menerus sehingga sekarang. Di dalam Kitab Mawahibul Laduniyah karangan Imam Qasthalani : Kemudian dari itu, bahawasanya perbuatan Saidina Uthman menjadi IJMAK SUKUTHI, kerana tiada seorang yang membantah (Mawahibul Laduniyah Juz II, halaman 249 zarqani Juz II hal 382). Jika sudah dinamakan IJMAK maka ia adalah dalil yang kuat bahawa azan ketiga sunat hukumnya. Bolehkah menolak IJMAK ? Sila rujuk : Hukum Mengikut Jemaah/Ijmak Ulamak Tersebut dalam kitab hadith yang bererti : Berkata RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam : Pegang teguhlah sunnah aku dan sunnah khalifah-khalifah ar Rasyidin sesudah aku (Hadith riwayat Abu Daud Sunan Abi Daud Juz 4 Halaman 201). Imam Syafie dalam kitab Al Umm menerangkan : Dan yang mana di antara yang kedua itu yang terjadi pada masa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam lebih saya sukai (Umm Juz I, halaman 195). Imam syafie adalah mujtahid mutlaq terkenal dengan Ahlu Hadith tentu sangat menyukai ibadat yang terjadi pada masa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam tetapi beliau menyukai juga apa yang diperintahkan oleh Saidina Uthman sebagai Khalifah ar Rasyidin, walaupun yang terjadi pada masa RasuluLlah lebih disukai. Apa hukumnya meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat kerana tidak dibenarkan ketua dengan alasan tidak boleh meninggalkan kerja? Apakah senarai uzur atau halangan yang membolehkan seseorang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat? Apa tindakan yang patut dilakukan oleh seseorang yang dilarang meninggalkan kerja bershif pada saat tibanya waktu menunaikan sembahyang fardhu Jumaat, dengan catitan bahawa kerja bersyif itu boleh diambil alih oleh orang yang tidak wajib bersembahyang Jumaat, seperti perempuan dan orang yang bukan Islam? Dan bagaimana pula tindakannya jika tidak ada orang yang mahu mengambil alih kerja itu? Apa hukumnya seseorang ketua tidak membenarkan pegawainya yang sedang bekerja untuk pergi menunaikan sembahyang fardhu Jumaat, sedangkan ketua itu boleh mengambil kebijaksanaan dengan menugaskan atau mencari (mengambil pekerja baru) orang yang tidak wajib bersembahyang Jumaat untuk melakukan kerja berkenaan? Untuk makluman, kerja berkenaan berlaku ketika keadaan aman dan jika tidak dikerjakan tidak akan menjejaskan keselamatan Negara, misalnya: Kerja berjual beli, kerja di kilang, kerja menjaga peralatan penyiaran televisyen dan yang berhubungkait dengannya dan sebagainya.

Sekian dipohonkan dan kaola berharap akan mendapat fatwa berkenaan dengan seberapa segeranya.

Jawapan: .. , , , Hukum sembahyang fardhu Jumaat ialah fardhu ain apabila berhimpun syarat-syarat sah sembahyang Jumaat itu. Dalil yang menjelaskan kefardhuan sembahyang Jumaat itu sebagaimana firman Allah Taala: 9) ) (9:) Tafsirnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Surah al-Jumuah:9) Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam juga menjelaskan akan kewajipan sembahyang Jumaat itu sebagaimana sabdanya: () Maksudnya: Menyegerakan Jumaat itu wajib ke atas setiap orang yang bermimpi (baligh). (Hadis riwayat an-Nasai)

Tersebut di dalam Kitab Mughni al-Muhtaj: Bahawa syara telah menentukan syarat-syarat wajib sembahyang Jumaat itu ke atas setiap orang yang Mukallaf iaitu baligh, berakal, merdeka, lelaki, orang yang muqim, yang tidak sakit dan lain-lain lagi seperti takut, tidak mempunyai pakaian, lapar dan dahaga. Dan tidak wajib Jumaat itu bagi kanak-kanak dan orang gila sebagaimana pada sembahyang yang lain. Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab ar-Raudhah: Tidak wajib Jumaat bagi orang yang pitam kerana pitam itu seperti orang

gila, dan tidak wajib bagi hamba, perempuan dan orang musafir yang diharuskan, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu alaihi wasallam: : (() Maksudnya: Sembahyang Jumaat itu hak yang wajib ke atas setiap orang Islam kecuali empat: Hamba yang dimiliki atau perempuan atau kanak-kanak atau orang sakit. (Hadis riwayat Abu Daud dan lain-lain) Sabda Baginda lagi: () Maksudnya: Tidaklah (wajib) sembahyang Jumaat itu bagi orang yang musafir dan orang yang sakit. (Hadis riwayat al-Baihaqi) Berkata Imam an-Nawawi di dalam kitab yang sama: Dan tidak wajib sembahyang Jumaat itu ke atas mereka yang berkeuzuran yang diberikan kelonggaran (rukhshah) pada meninggalkan sembahyang berjemaah. (Kitab Mughni al-Muhtaj:1/376) Dan berkata Ibnu Abbas bahawa: Sembahyang Jumaat itu adalah seperti sembahyang berjemaah.. Di antara keuzuran-keuzuran yang boleh seseorang itu meninggalkan sembahyang Jumaat ialah sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika dilambatkan akan menyebabkan mayat menjadi busuk, dan orang yang menghidap penyakit cirit-birit dan takut akan mencemarkan kebersihan masjid. Imam ar-Rafie juga menyebut di dalam kitab at-Tatimmah mengenai sembahyang berjemaah bahawa orang yang dipenjara (dikurung) itu juga adalah dianggap sebagai keuzuran. (Kitab Mughni al-Muhtaj:1/376) Berkata asy-Syirazi di dalam kitab al-Muhadzdzab: Bahawa tidak wajib sembahyang Jumaat itu bagi orang yang takut akan berlaku suatu yang tidak baik pada dirinya atau hartanya sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu anhuma bahawa Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: : : : () Maksudnya: Barang siapa yang mendengar seruan azan dan dia tidak pergi kepadanya untuk bersembahyang, maka tiada sembahyang baginya kecuali orang-orang yang mempunyai keuzuran. Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah keuzuran itu? Baginda menjawab

(bersabda): Tepat dan sakit. (Hadis riwayat Abu Daud) Tidak wajib sembahyang Jumaat itu bagi orang yang terkena hujan di dalam perjalanan menuju ke masjid menyebabkan pakaiannya basah dan terhalang tujuannya untuk bersembahyang, dan tidak wajib ke atas orang yang menunggu orang sakit yang tidak boleh ditinggalkan dan tidak wajib pula ke atas orang yang mempunyai keluarga (kerabat) atau menantu/ipar lelaki atau orang yang dikasihi yang hampir mati (nazak). (AlMuhadzdzab:1/152) Beliau (asy-Syirazi) juga menyebutkan, di antara keuzuran-keuzuran yang boleh seseorang itu meninggalkan sembahyang berjemaah ialah kerana hujan lebat, berlumpur dan angin yang kuat di waktu malam yang sangat gelap, makanan yang terhidang sedang dia merasa lapar atau menahan daripada kentut, berak dan kencing. Daripada keuzuran berjemaah yang lain ialah orang yang takut akan berlaku sesuatu yang tidak baik (mudharat) pada dirinya atau hartanya atau dia sakit.(Al-Muhadzdzab:1/131) Imam an-Nawawi menyebutkan, di antara yang dikatakan keuzuran itu ialah apabila dia takut daripada orang yang akan membuat zalim ke atas dirinya daripada sultan atau orang lain yang akan menzaliminya atau dia takut daripada pemiutang yang akan memenjarakannya atau dia mesti membayarnya sedangkan dia tidak berdaya. Dan termasuk takut tentang sesuatu yang mengenai harta itu ialah jika sekiranya roti sudah dibakar di dapur dan periuknya sudah di atas api sedang tidak ada orang yang menjaga di tempat itu. (Kitab al-Majmu: 4/100) Maka daripada penjelasan terhadap kelonggaran (rukhshah) yang diharuskan bagi meninggalkan sembahyang Jumaat itu, pegawai-pegawai yang ditugaskan bekerja pada waktu sembahyang Jumaat dan kerja tersebut tidak boleh ditinggalkan, kerana tidak ada orang lain yang akan mengendalikannya, adalah keadaan tersebut termasuk dalam keuzuran yang diharuskan syara, sebagaimana juga orang yang menunggu orang sakit yang tidak boleh ditinggalkan, atau kerja tersebut tidak boleh ditinggalkan kerana mentaati ketua. Di dalam Islam mentaati ketua itu adalah wajib pada perkara yang bukan maksiat dan bukan menderhaka kepada Allah dan RasulNya. Hal ini telah dijelaskan dalam firman Allah Taala: 59)..) (59:) Tafsirnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada uli al-amri (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. (Surah an-Nisa:59) Baginda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam juga menjelaskan di dalam hadis daripada Ibnu Umar, Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda:

, , , () Maksudnya: Bagi seorang Muslim itu adalah wajib mendengar dan taat kepada orang yang berkuasa, sama ada dia menyukai atau sebaliknya, kecuali dia diperintahkan melakukan perkara maksiat. Jika dia disuruh melakukan perkara maksiat, maka tidak wajib mendengar dan mentaati (perkara itu). (Hadis riwayat Muslim) Hendaklah diingat, bahawa pegawai yang ditugaskan itu janganlah dia bercita-cita atau mengharapkan supaya bertugas pada waktu sembahyang Jumaat agar dia terlepas daripada pergi menunaikan sembahyang Jumaat. Demikian juga menjadi kewajipan ketua untuk memerhatikan dan mencari jalan dengan bijaksana bagi mengaturkan jadual pekerjaan untuk pegawai-pegawai dan kakitangannya yang bertugas pada hari Jumaat sehingga tidaklah terhalang orang-orang yang wajib Jumaat untuk menunaikannya. Umpamanya dengan cara yang bijaksana, jika mungkin, kita mengaturkan orang-orang yang tidak wajib jumaat seperti pegawai-pegawai dan kakitangan yang bukan beragama Islam untuk menjalankan tugas-tugas itu pada hari jumaat, ataupun memadai pegawai-pegawai dan kakitangan yang beragama Islam itu hadir ke masjid dan selepas itu mereka akan mengambil alih semula tugas-tugas daripada pegawai-pegawai perempuan atau mereka yang bukan beragama Islam tadi. Sekiranya tidak tedapat orang-orang yang bertugas itu mereka yang tidak wajib Jumaat, yakni semuanya wajib Jumaat belaka, maka hendaklah dipastikan serta dielakkan supaya pegawaipegawai yang berkenaan itu, jangan sampai ada yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat secara berterusan atau berturut-turut, dalam makna, mereka hendaklah digilir-gilir, umpamanya: Jumaat ini si A yang bertugas sementara si B menunaikan Jumaat. Untuk Jumaat yang lain, si A pula menunaikan sembahyang Jumaat sementara si B bertugas. Begitulah seterusnya. Perlu diingat, bahawa amaran kerana meninggalkan fardhu Jumaat secara berturut-turut tanpa uzur itu adalah sangat keras dan berat. Banyak hadis Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam yang memberi amaran sekeraskerasnya kepada orang yang meninggalkan sembahyang Jumaat tanpa keuzuran kerana perbuatan tersebut adalah tanda bagi orang-orang munafiq dan menjadi sebab turunnya kebinasaan di dunia dan di akhirat. Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: () Maksudnya: Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada keuzuran maka dia telah meletakkan Islam itu di belakangnya (meninggalkannya). (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Di dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda: () Maksudnya: Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali dengan tiada keuzuran maka dia adalah seorang munafiq. (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda kepada satu kau, yang tidak bersembahyang Jumaat: , () Maksudnya: Sesungguhnya Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda kepada satu kaum yang meninggalkan sembahyang Jumaat: Aku menitikberatkan (memerintahkan) supaya lelaki itu bersembahyang dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam membakar rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang Jumaat. (Hadis riwayat Muslim)

__________________________________________________________________ ______

Rabu 15 Jul 2009


156 - Wajib Mandi Di Hari Jumaat Bagi Menunaikan Solat Fardhu Jumaat

Wajib Mandi Di Hari Jumaat Bagi Menunaikan Solat Fardhu Jumaat


http://fiqh-sunnah.blogspot.com


Maksudnya: Dari Abdullah bin Umar radhiyallahu anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda: Jika seseorang dari kamu mendatangi (solat) Jumaat, hendaklah dia mandi. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 877)


Dari Abu Said al-Khudri radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda: Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap muslim yang telah deawasa (baligh). (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 879) Sayyid Sabiq rahimahullah menjelaskan: Majoriti ulama memilih pendapat wajibnya mandi untuk solat Jumaat. (Diperakui oleh al-Albani sebagai pendapat yang benar, Tamamul Minnah, m/s. 126, Pustaka Sumayyah) Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim berkata: Diwajibkan mandi bagi sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, iaitu orang-orang yang diperintahkan untuk menunaikan solat Jumaat, menurut pendapat yang ulama yang paling sahih, berdasarkan dalil-dalil yang disebutkan. (Abu Malik Kamal asSayyid Salim, Shahih Fiqih Sunnah, jil. 2, m/s. 305, Pustaka at-Tazkia) Penjelasan: 1 Wajib mandi pada hari Jumaat sebelum pergi menunaikan solat fardhu Jumaat. Cukup dengan sekali mandi.

2 Orang yang berhadas (hadas kecil) setelah mandi, maka cukup dengan berwudhu, tidak perlu mandi semula. 3 Sesiapa yang berjunub pada hari Jumaat tersebut, cukup baginya mandi sekali sahaja (merangkumi mandi junub dan mandi hari Jumaat). 4 Boleh mandi sama ada mahu mandi di waktu awal pagi atau lewat pagi sebelum pergi menunaikan solat Jumaat. Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan: Waktu mandi adalah setelah terbitnya fajar, bila mandi setelah itu maka itu mencukupi, dan bila mandi sebelumnya maka tidak mencukupi. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, jil. 3, m/s. 85, Pustaka Azzam) Wallahu alam. Rujukan:
1 Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Shahih Fiqih Sunnah, Pustaka at-Tazkia. 2 Ibnu Qudamah, al-Mughni, Pustaka Azzam. 3 Muhammad Nashiruddin al-Albani, Tamamul Minnah, Pustakla Sumayyah. 4 Muhammad bin Ismail ash-Shanani, Subulus Salam, Darus Sunnah.

Anda mungkin juga menyukai