Anda di halaman 1dari 42

Article http://www.scribd.com/doc/14164228/TEORI-PERKEMBANGAN-KANAK http://www.slideshare.net/syafie90/pringkat-pringkat-perkembangankanakkanak-dan-teoriteori-perkembangan-yang-berkaitan http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-perkembangan-kanakkanak.html jean piaget http://eprints.utm.my/6258/1/2.pdf http://teoripiaget.blogspot.com/ http://www.scribd.

com/doc/4853347/Perkembangan-Fizikal-dan-KognitifKanakkanak

MONDAY, JULY 6, 2009

Teori Perkembangan kanak-kanak.


Teori Perkembangan kanak-kanak. Ada beberapa teori yang menjelaskan perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah: 1) Kematangan Biologi Teori ini melihatkan perkembangan fizikal sebagai perubahan fisiologi dan neurologi yang tidak dapat dikawal. Teori Perkembangan Arnold Gesell. Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut. 2) Kognitif Menurut teori ini, individu menyumbang secara aktif kepada perkembangan intelektual mereka. Ia menyatakan seseorang individu akan berusaha menyelesaikan masalah atau percanggahan dalam cara pemikiran mereka dan mencari cara baru untuk memahami persekitaran mereka. Teori Perkembangan Jean Piaget. Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sensorimotor (lahir hingga 2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke atas). Perkembangan kognitif melibatkan proses-proses seperti skema asimilasi, akomodasi, penyusunan semula dan keseimbangan.

3) Sosial Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran kanak-kanak tersebut. Teori Perkembangan Robert Havighurst. Robert Havighurst menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Menurut beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagian kepada individu manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya. Beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nialai-nilai, norma dan budaya masyarakat.
POSTED BY LEPAT AT 6:03 AM

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Proses perkembangan dan pertumbuhan berlaku dalam keadaan yang salingberkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku.Perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segikualiti mahupun kuantitit. Keseluruhan perubahan ini disebut sebagai penyuburan. Konsep pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kognitif(dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain dan dari satu jangka masake satu jangka masa yang lain contohnya seperti ketinggian dan berat badanseseorang dan juga perubahan dalam struktur dan fungsi seperti otot-otot sarafdan kalenjar. Manakala konsep perkembangan membawa maksud suatuperubahan yang bersifat kualitatif atau suatu proses yang melibatkan individumencapai tahap kematangan contohnya kemampuan seseorang menyebutperkataan mengikut peringkat umur dan juga seseorang yang cenderung kearahyang lebih baik dari segi pemikiran, kerohanian, moral dan sosial. Teori perkembangan manusia

Kadar pertumbuhan dan perkembangan adalah berbeza antara setiap individu,ini adalah disebabkan oleh pengaruh persekitaran dan baka. Berdasarkan faktorbaka, corak perkembangan kanak-kanak diwarisi sejak kecil dan dikawal olehkod genetik daripada kedua ibubapa. Manakala faktor-faktor persekitaran yangmempengaruhi kanak-kanak adalah termasuk latar belakang keluarga, kesihatandan pemakanan, amalan asuhan kanak-kanak, status sosio-ekonomi sertapersekitaran sekolah. Teori Perkembangan Arnold Gessell Menurut Gessell, faktor baka merupakan penggerak utama terhadapperkembangan individu. Perkembangan menurutnya berlaku secara dalamandanmengikut pola serata urutantertentu yang dikawal oleh kematangan. Olehkerana perkembangan kanak-kanak ini sudah ditentukan oleh pola, maka tingkahlaku kanak-kanak adalah senang untuk diramal. Gessell juga mengutarakanbahawa setiap individu adalah unik dan seharusnya dihormati. Dengan ini kanak-kaka mestilah dibenarkan berkembang mengikut tahap perkembangan di manasetiap kanak-kanak itu mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri. Menurut teori perkembangan Arnold Gesell seseorang individu mampuberkembang mengikut tahap umur dari satu peringkat kesatu peringkat mengikutkadar perkembangan sendiri tanpa ada paksaan untuk mencapai perkembangantersebut. Ini kerana menurut Gesell proses perkembangan individu adalahdikawal oleh kematangan atau fisiologi, selagi kematangan fisiologi tidak dicapaiapa saja yang dilakukan tidak akan berjaya. Oleh yang demikian itu, seseorangguru memainkan peranan yang penting dalam membantu murid mencapaipertumbuhan dan perkembangan yang optimum dan memahami bahawa setiapmurid perlu dibenarkan berkembang atau melakukan sesuatu mengikut kadarperkembangan mereka sendiri.

Sehubungan itu untuk membantu murid mencapai tahap perkembanganynag optimum, guru mestilah mengetahui tahap perkembangan murid danmenghormati keupayaan dan keunikan setiap murid. Guru jugatidak bolehterlalu mendesak murid meakukan aktiviti yang sukar dan tidak bersesuaiandengan tahap perkembangan dan kematangannya. Guru juga harus mengetahui perkembangan yang menyuluruh setiapmurid, Dengan pengetahuan ini, barulah guru dapat menyediakan aktiviti danprogram yang berkesan untuk para pelajar seterusnya meningkatkan keyakinankanak- kanak ke arah yang lebih progresif. Sikap guru yang prihatin ini akandapat membantu murid mencapai tahap perkembangan dan pertumbuhan yangoptimum . Teori Perkembangan Robert Havighust Havighust telah menggariskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalahberpaksikan kepada teori sosio budaya dan antrapologi. Beliau jugamenegaskan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh faktorpersekitaran.Nilai dan institusi setiap sosio budayaini akan melahirkanpersonaliti yang berbeza antara setiap individu. Havighust juga telah memperkenalkan tugas perkembangan y angmerujuk kepada sesuatu tugas bermula dari awal kelahiransampailah ke usiaremaja.Menurutnya setiap individu akan melalui perkembangan tugasan ini .Apabila berjaya melakukan tugasan ini kanak-kanak akan berasa gembira dansebaliknya apabila menemui kegagalan. Teori perkembangan yang dikemumukan ini amat penting untukmembantu meningkatkan tahap perkembangan dan pertumbuhan muridketahap yang optimum keranamelalui perkembangan tugasan Havighust ini gurudapat menyediakan objektif yang sesuai untuk aktiviti pengajaran danpembelajaran yang sesuai untuk membantu pelajar kearah tahap perkembanganyang optimum. Guru juga haruslah menyediakan aktiviti yang

bersesuaiandengan peringkat kanak-kanak seperti pada usia kanak-kanak murid( 6-12tahun) murid lebih berminat pada aktiviti yangberbentuk permainan, lakonan dan lain-lain aktiviti ynag dapat membentuk kreativiti. Dengan aktiviti sebegini muridakan bergerak ke arah perkembangan dan pertumbuhan yang optimum. KESIMPULAN Manusia dilahirkandengan sifat semulajadi yang baik dan diibaratkan sebagaikain putih yang boleh dicorakkan mengikut kehendak pemiliknya. Oleh itumasing- masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan berhak untuk dikembangkan potensinya ke arah yang optima dan terus maju. Tahapperkembangan setiap individu adalah berbeza dari pelbagai sudut seperti fizikal,kognitif, emosi dan sosial walaupun masing-masing melalui peringkat pertumbuhan yang sama. Setiap individu boleh dikembangkan potensinya mengikut kebolehan danbasebagaimana yang dinyatakan oleh HowardGardner, manusia mempunyailapan jenis kecerdasan yang boleh dipertingkatkan iaitu kecerdasan verbal,logical, spatial, muzikal kinestatik, intrapersonal, interpersonal,dan naturalis.Bagaimanapun terdapat juga factor-faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhandan perkembangan murid . Untuk membantu murid mencapai tahap perkembangan d anpertumbuhan yang optimum, guru haruslah menyesuaikan kaedah pengajarandengan keupayaan dan kebolehan murid. Apabila guru mengetahui danmengenali keupayaan murid, beliau dapat mengaplikasi pelbagai kecerdasandalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapatmeningkatkankeyakinan pelajar seterusnya mengembangkan potensi diri kearah perkembangan dan pertumbuhan yang optima. Umpamanya, gurubolehmelibatkan murid yangtergolong dalam kecerdasan logikal dengan

aktiviti yangbercorak eksperimen untuk menguji idea-idea mereka di samping menyediakan ruang dan peralatan yang berkaitan untuk membangunkan kekuatan dan keupayaan murid. Penglibatanmengikuttahap kecerdasan ini dapat melahirkan pelajaryang berjaya mengikut kebolehannyatersendiri. Apabila keperluansetiapkepelbagaian kecerdasan ini dipenuhi dan dipraktikkan, murid akan bergerak ketahap perkembangan dan pertumbuhan yang optimum. Rasionalnya, manusia adalah makhluk yang amat unik dan amatberpotensi untuk dikembangkantahap pertumbuhan dan perkembangannya.Sehubungan itu, apabila semua keperluan dan kepentingan dipenuhi ia akanberkembang dengan baik. Seterusnya menunjukkan keupayaan dan potensinyasebagai warga yang berguna untuk masyarakat, bangsa dan agama. KAEDAH-KAEDAH YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEWUJUDKAN IKLIM BILIK DARJAH YANG KONDUSIF Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan mewujudkan suasana yangkondusif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Yang dimaksudkan dengansuasana yang kondusif ialah rutin bilik darjah berjalan dengan lancar (bilik darjahbersih dan ceria, susun atur perabot tersusun dan kemas), disiplin kelasterkawal, peggunaan bahan atau sumber pengajaran dengan baik dan aktivitipengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan terkawal. Salah satu ciri guru yang baik dan efektif ialah guru yang berjayamengurus bilik darjah dengan baik. Peranan guru sebagai pengurus bilik darjahadalah berasaskan kepada empat eleman pengurusan iaitu merancang ( gurusebagai perancang ), mengelola ( guru sebagai pengelola), mengarah ( gurusebagai pengarah ) dan mengawal ( guru sebagai pengawal )

Guru Sebagai Perancang

Di dalam bilik darjah, guru berperanan penting sebagai perancang bagi menggerakkan suasana bilik darjah yang kondusif. Guru perlu melihat dari aspekrutin harian, kutipan yuran, kehadiran dan lain-lain. Namun perkara penting adalah yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah melibatkan tujuh perkara : Objektif Bahan atau sumber Stategi/pendekatan/teknik Pemeringkatan isi Aktiviti Kemudahan dan susunan fizikal kelas Penilaian Guru Sebagai Pensyarah Guru mestilah bertindak sebagai pensyarah dan menjadi pengarah kepada pelajar-pelajarnya : Menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti berbincang (membentuk kumpulan, membuat laporan), menjawab soalan, mendengar, membaca, mengira dan menulis, serta membuat latihan. Menjalankan rutin harian bilik darjah seperti membersihkan kelas dan mengatur barang yang ada. Mematuhi peraturan dan disiplin keluar masuk kelas, berbaris, ucap selamat, dan lain-lain lagi. Guru Sebagai Pengawal Guru mengawal beberapa perkara bagi memastikan kelas sentiasa berada dalam suasana yang kondusif. Mereka akan mengawal : Mengawal aktiviti pengajaran dan pembelajaran. a.mengawal pelajar membuat demontrasi atau uji kaji supaya mengikut prosedur uji kaji yang sebenar. b.mengawal pelajar membuat kerja pertukangan. c.Mengawal pelajar dalam aktiviti berkumpulan. d.Mengawal perbincangan supaya tidak menyeleweng daripada tajuk yang dibincang. e.Mengawal pergerakan pelajar. f.Mengawal perhatian pelajar melalui kedudukan guru, mimik muka,

nada suara dan lain-lain lagi. Mengawal peraturan dan adab. Guru perlulah mengawal tingkah laku pelajar supaya tidak bertentangan dengan peraturan sekolah amnya dan peraturan bilik darjah khususnya. Kawalan tingkah laku bukan bergantung pada dendaan sahaja. Malah iajuga terletak pada cara guru mendekati pelajar. Namun guru perlulahtegas dan adil. Setelah peranan guru telah jelas dan dapat di aplikasikan, maka kita lihat pulabilik darjahyang boleh memberikan suasana yang kondusif untuk memastikanpengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan baik. Terdapat beberapa jenis bilik darjah berdasarkan ciri dan fungsinya sepertibilik darjah tradisi, bilik darjah terbuka, bilik darjah bercantum, bilik darjahprasekolah, bilik darjah KBSR/KBSM, bilik darjah multimedia, bilik darjah khas 2 TEORI-TEORI KOGNITIF PENGENALAN Pada masa dahulu, apabila memperkatakan tentang sikap, manusia tidak dikaitkan dengan bidang psikologi walaupun kajian terhadapnya telah dilakukan sekian lama. Pada awalnya, ideaidea ahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh naluri, diikuti pula dengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesan daripada pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalah kosong. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan peranannya. Berikut dengan itu juga kajian mengenai sikap dan tingkah laku manusia

dijalankan. Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru. Seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif. Sebagai manusia yang telah dikurniakan otak untuk berfikir, kita seharusnya dapat bertindak balas degan sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat dan bersedia pula untuk berubah sikap jika kita dapati bahawa idea kita sebelum ini adalah salah atau negatif. Teori-Teori / Model Teori-Teori / Model yang membincangkan tentang perubahan sikap ialah : 1 Model Respons Kognitif (Kognitif respons Theory) 2 Teori Kognitif Percanggahan (Percanggahan Cognitive Theory ) 3 Teori Perkembangan Kognitif (Cognitive Development Theory)

Latar Belakang Anthony G. Greenwald Pelopor asas Teori Kognitif Respons ini ialah Anthony G. Greenwald. Dari tahun 1965 hingga

1986 beliau menjadi pembantu pensyarah di Jabatan Psikologi, Universiti Ohio. Kemudian, beliau merupakan pensyarah di Jabatan Psikologi, Universiti Washington dari tahun 1986 hingga sekarang.. Beliau pernah belajar di kolej Yale dan Universiti Harvard dan kemudian memperoleh Ph. D beliau dalam tahun 1963. Beliau menjadi penyunting dalam Jurnal Personaliti dan Psikologi Sosial dari tahun 1977 1979. Dari tahun 1998 2004, beliau memenangi anugerah sains di Institut Kebangsaan Kesihatan Mental. Beliau juga mengarang beberapa jurnal artikel yang memberi implikasi dalam sikap dan perubahan sikap, kognitif sosial, kognitif ketidaksedaran, sikap dan kognitif sosial, penyelidikan metodeologi, ganjaran dan dendaan pembelajaran, stereotaip, mengkategorikan pelajar dalam pendidikan tinggi, kawalan perhatian dan tindakan manusia. 1 Model Respons Kognitif (Kognitif respons Theory)

Satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia memperoleh dan berubah sikap mereka apabila bertindak ke atas komunikasi berbentuk pemujukan. Teori memberi fokus kepada kenyataan bahawa penerima sesuatu maklumat bukan sekadar memberi tindak balas terhadap maklumat yang diterima, tetapi juga menggerakkan pemikirannya terhadap maklumat tersebut. Apabila seseorang menerima sesuatu perkara, maklumat yang cuba memberi mesej tentang

sesuatu perkara, maklumat tersebut akan dihubung kaitkan dengan pengetahuan sedia-ada, menjadikan pemikirannya bertindak balas secara aktif terhadap maklumat yang diterima. Teori ini mula diambil perhatian oleh Anthony G. Greenwald pada tahun 1930 an. Kajian beliau adalah berkenaan dengan perubahan sikap. Perubahan sikap ini berhubung dengan pembelajaran, persepsi, fungsi dan konsistensi. Keistimewaan teori ini adalah teori ini diambil daripada teori-teori yang lain dan dengan mengumpulkan teori-teori ini, maka muncullah apa yang dikenali oleh Greenward sebagai Kognitif respons Komponen di dalam Kognitif Respons : Jika diminta untuk menyenaraikan hasil pemikiran seseorang yang bersesuaian dengan mesej yang diberikan, didapati boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu : 1 Kekutuban 2 Asal Kriteria Yang Terdapat dalam Kognitif respons Model Terdapat empat kriteria yang menentukan Kognitif respons Model ini yang membezakannya dengan kajian-kajian yang lain dalam mengkaji sikap. Kriteria- kriteria tersebut ialah : I Peranan Produksi

II Kajian Multidimensi i Teori Kualitatif

Kualitatif digunakan untuk menjangkakan sikap sama ada pro atau kontra terhadap sesuatu maklumat dalam mencari struktur dalam pemikiran. Kualitatif melibatkan perangkaan. ii Teori Berasaskan Ingatan Apabila manusia berhadapan dengan sesuatu maklumat yang tidak dijangkakan, kognitif akan mencari semula maklumat daripada stor ingatan dan kemudiannya cuba mengaitkannya dengan maklumat yang baru diterima. Pendek kata, ia memberitahu kita apa yang mendesak seorang ketika mereka berdepan dengan situasi yang tidak dijangka dan di desak untuk membuat keputusan terhadap sikap mereka dengan objek objek. Teori Berasaskan Ingatan adalah bertentangan dengan teori pusat maklumat yang mana Pusat maklumat Teori ini cuma menitikberatkan sama ada menerima atau menolak sesesuatu maklumat baru. Teori Berasaskan Ingatan mengiktiraf bahawa penerimaan sesuatu maklumat daripada satu teks tertentu adalah aktif dan bukannya pasif.Implikasi Kognitif respons Anthony G.Greenwald menghasilkan Kognitif respons pada tahun 1968 dan telah digunakan dalam bidang pengiklanan oleh Peter Wright di dalam bidang pemasaran kerana ia membekalkan pemahaman yang penting tentang pujukan dan lebih-lebih lagi cuba membuat ramalan terhadap gangguan, ulangan dan isu-isu yang terlibat. Peter Wright mendapati bahawa

iklan mampu mengubah pemikiran pengguna dan seterusnya mempengaruhi sikap pengguna. Beliau telah menggunakan kaedah lisan dalam kajiannya untuk mengukur kognitif respons terhadap sesuatu iklan itu. Hasil dapatan Peter Wright, beliau menyusun kognitif respons ke dalam tiga kategori iaitu :

KELEMAHAN MODEL KOGNITIF RESPONS Satu masalah yang ketara dalam Model Kognitif respons ini ialah ia terlalu bergantung kepada teori-teori yang lain. Satu teori tidak cukup untuk menerangkan perubahan sikap seorang dengan berkesan. Terdapat satu perasaan yang menyeluruh bahawa teori ini cuba memahami bagaimana perubahan sikap diperlukan, akan tetapi matlamat itu tidak jelas tercapai. Ia kelihatan tidak mungkin untuk memahami dengan tepat bagaimana sikap berubah dan kemudian juga ia tidak realistik dan diterangkan ke atas semua perubahan sikap. Selain itu, teori ini sangat bergantung kepada fakta bahawa perubahan dalam sikap adalah sebagai kesan akibat daripada kesedaran dan proses pemikiran yang aktif. IMPLIKASI KOGNITIF RESPONS MODEL TERHADAP PEMBELAJARAN 1 Pengiklanan 2 Peranan Guru Di Kelas

3 Alat Bantu Mengajar TEORI PERCANGGAHAN KOGNITIF

Bagaimana seseorang itu tergerak untuk bertindak? Sebenarnya terdapat satu daya dalaman dan proses yang kompleks dalam diri manusia untuk menyumbang ke arah terhasilnya tingkah laku. Kajian telah membuktikan bahawa dalam menghasilkan sesuatu tingkah laku, banyak melibatkan akal, perasaan, interaksi dengan persekitaran. Proses tersebut melibatkan motivasi, kognitif dan pembelajaran.

Latar Belakang Leon Festinger Leon Festinger ini dilahirkan Pada 8 Mei pada tahun 1919 dan meninggal pada 11 Februari 1989. Beliau merupakan ahli psikologi sosial yang terkenal dengan Teori Kognitif Ketekalan. Leon Festinger memperoleh Sarjana muda sains dari Kolej Bandar di New York pada tahun 1939. Kemudian beliau memperoleh Ph. D dari Universiti Iowa pada tahun 1942. Semasa di Universiti Iowa, beliau menjalankan kerja penyelidikan akademik di bawah seorang ahli psikologi Jerman bernama Kurt Lewin. Kurt lewin sebagai mana yang kita ketahui memperkenalkan Field Theory yang mana pada ketika itu telah banyak mempengaruh kajian Festinger. Selepas menamatkan pengajian Ph. D pada tahun 1942, Leon Festinger mengikut Kurt Lewin ke Kumpulan Dinamik Pusat Penyelidikan di Institut Teknologi Massachusetts dan menjadi penolong pensyarah di situ. Kajian Leon Festinger

Festinger berjaya menyertai kumpulan berkeagamaan kuat tadi dan menghadiri mesyuarat mereka. Seorang wanita dianggap memiliki kebolehan memberitahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Teorinya meramalkan bahawa kebanyakan penganut agama tidak akan berubah kepercayaan dan idea mereka ke atas wanita tersebut sekiranya ramalan banjir tidak berlaku. Mengikut Teori Percanggahan Kognitif kebanyakan penganut agama akan mempercayai dengan kuat kepada wanita tersebut walaupun wanita tadi telah dibuktikan tanggapan banjirnya adalah salah kemudian. Itu adalah apa yang berlaku dan menjadi kenyataan kemudian. Banyak pengikut pengikut agama menjual harta dan barang kepunyaan dan ada kalanya meletakkan jawatan kerja mereka untuk menanti ketibaan dunia akhirat ini.

Teori Percanggahan Kognitif Kognitif Percanggahan adalah keadaan ketidakselesaan atau ketegangan dalam individu tersebut bila individu tersebut berasa dirinya mempunyai idea atau tanggapan yang tidak selaras dengan orang lain. Apabila munculnya situasi percanggahan ini, seseorang itu akan cuba mengurangkan jumlah ketegangan atau ketidakselesaan dengan mengubah kepercayaan atau mengubah pendapat mereka. Percanggahan ini mungkin berbentuk percanggahan di antara sikap dengan sikap atau tingkah laku dengan tingkah laku atau sikap dengan tingkah laku. Misalnya, seseorang wanita

menentang prejudis (sikap). Dia tidak sukakan pekerja lelaki bekerja di pejabatnya (sikap). Ini merupakan satu percanggahan antara sikap dengan tingkah laku. Contoh seterusnya, seorang ingin mengamalkan diet (sikap), tetapi setiap hari dia makan makanan pada kuantiti yang tinggi (tingkah laku). Di sini, kita dapat lihat percanggahan antara sikap dengan tingkah laku seseorang. Gangguan seumpama ini akan mendorong seseorang untuk bertindak iaitu kenyataan yang bertentangan dengan kepercayaan dan tingkah lakunya. Bila seseorang diganggu dan didorong untuk bertindak, proses pembelajaran berlaku. Empat bidang Kajian Percanggahan Kognitif Oleh Festinger Leon Festinger (1957) dalam bukunya A Theory of Cognitive Percanggahan membincang tentang empat bidang sebagai sokongan ke atas teorinya. 1 Percanggahan pos keputusan

2 Pematuhan Paksaan 3 Pendedahan kepada Informasi. 4 Sokongan

Kesimpulan Teori Percanggahan Kognitif adalah tidak selaras di antara dua atau lebih pendapat atau idea. Percanggahan boleh memotivasikan tingkah laku atau mengubah pendapat seseorang. Kajian

Festinger menunjukkan pendapat dan kepercayaan boleh diubah untuk memadai pelbagai situasi sosial. Berdasarkan pada prinsip-prinsip asas tentang Percanggahan kognitif bolehlah dikatakan bahawa berlakunya ketakserasian apabila wujudnya dua pemikiran atau kognitif yang bercanggah . Percanggahan ini hanya boleh dikurangkan melalui perubahan sikap dan tindakan, mencari sokongan kognitif orang lain atau menolak segala ketakserasian yang dianggap tidak EORI PERKEMBANGAN KOGNITIF Ahli psikologi Eropah telah lama mengenal pasti asas pembentukan mental dan hubungannya dengan perkembangan kognitif manusia. Mereka menyarankan bahawa minda memainkan peranan penting dalam aspek perkembangan yang dilalui oleh manusia.

Latar Belakang Jean Piaget Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973). Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang

ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat polapola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanakkanak. Jadual 1: Konsep-Konsep Asas Berhubung Dengan Teori Kognitif Piaget Konsep Takrif Skemata Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat baru Asimilasi Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada Akomodasi Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru Keseimbangan Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman. Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja

berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkatperingkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkatperingkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangkan yang berikutnya. Tahap-Tahap Perkembangan Mental Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur. Tahap-tahap perkembangan itu ialah : 1) Tahap Sensori Motor atau deria motor ( sejak dilahirkan - 2 tahun ) 2) Tahap Pra Operasi 3) Tahap Operasi Konkrit 4) Tahap Operasi Formal Teori Erikson Seorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak-kanak, zaman bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan individu yang ( 2 tahun - 7 tahun ) ( 7 tahun - 11 tahun ) ( 11 tahun - 15 tahun )

dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. kelihatan di tahap

Ini jelas

pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan, minum, perhatian dan kasih sayang, dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika tidak, bayi berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya dan akan menjadi defensif serta akan cuba melindungi dari persekitaran yang tidak memberangsangkan nya. Ini bercanggah dengan pendapat Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanakkanak pada setiap tahap mempunyai perkembangan tertentu Jadual 2: Teori Eric Erickson dan Tahap Psikososial Tahap Keadaan Sosial Ekoran Psikososial 1.Lahir hingga 1 tahun Sokongan, pemberian keperluan asas, ada kesinambungan hidup. Kekurangan sokongan, penafian, tidak konsisten. Mempercayai Tidak mempercayai 2. 2 hingga 3 tahun

Mengendalikan sendiri dan sokongan. Perlindungan yang berlebihan, kekurangan sokongan dan keyakinan Kebebasan Keraguan 3. 4 hingga 5 tahun Galakan, peluang sendiri, bertanya Tiada peluang, perasaan negatif Inisiatif Perasaan bersalah 6 hingga 11 tahun Kemahiran diri, pendidikan yang cukup dan produktif, menjadi model yang baik Kurang latihan, arah dan sokongan. Kerajinan Rendah diri 5. 12 hingga 19 tahun Kestabilan dalaman yang berterusan, kefahaman mendalam mengenai model seks, mendapatkan maklum balas positif. Kekeliruan tujuan, maklum balas yang kurang

jelas, kurang memahami ekspektasi. Identiti Kekeliruan peranan 6. Awal 20 hingga 35 Meluaskan kemesraan, persefahaman, mempercayai. Kesunyian Kemesraan Pengasingan 7. 36 hingga 55 tahun Tujuan hidup, produktiviti Kekurangan perkembangan diri Kebolehan menghasilkan sesuatu Terhenti 8. 55 tahun ke atas Perasaan mesra, perpaduan, berarah Kurang kesempurnaan, ketidakpuashatian. Kesempurnaan hidup

Putus harapan Implikasi Teori Piaget Dalam Pengajaran & Pembelajaran Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan ialah secara. Penggerak utama Kognitivisme adalah Jean Piaget. Idea utama Kognitivisme adalah perwakilan mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui Kognitivisme struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat ini secocok dengan skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumat tersebut ke dalam skema ini. Sekiranya tidak secocok dengan skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai atau skema akan diubah suai. Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktif. Mengikut Konstruktif, pengetahuan dibina secara aktif oleh murid yang berfikir. Murid ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya, sebaliknya murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Teori Konstruktif Dalam buku Anita E woolfolk, Piaget menganggap pembelajaran sebagai satu proses konstruktif kerana individu dikehendaki menyusun semula pemahaman dan minda mereka terlebih dahulu.

Turut penting dalam memahami fahaman konstruktif adalah keupayaan seorang yang berbeza dari segi penggunaan otak kiri atau otak kanan bagi membentuk pelajar yang Global atau Analitik. Jadual 3: Teori Fungsi Otak Terbelah Dua (R. Sperry & Ornstein ( 1969 ) KAWALAN OTAK KIRI KAWALAN OTAK KANAN Bahasa Pola Nombor Bentuk Fakta/logik Imaginasi Urutan/linear Dimensi Analisa manipulasi/globalisasi Lirik Rentak Bukti penerokaan idea Objektif Subjektif Tersurat Tersirat Kecenderungan Analitik Kecenderungan global Jadual 4: Ciri-ciri pelajar global atau Analitik : Pelajar Analitik Pelajar Global Belajar sendiri belajar bersama rakan sebaya Suka belajar dalam cahaya terang suka belajar dalam cahaya samar Makan selepas selesai kerja Makan semasa kerja Kedudukan belajar formal Kedudukan belajar tidak formal Lakukan kerja satu per satu Lakukan beberapa kerja serentak Fahaman konstruktif adalah pendapat mengenai pembelajaran sebagai persepsi individu berdasarkan pengalamannya jika berbanding dengan fahaman objektiviti yang berpendapat

mengenai pembelajaran sebagai aktiviti penerimaan pengetahuan secara mutlak. Jadual 5: Perbezaan Fahaman Objektiviti dan Konstruktif FAHAMAN OBJEKTIVITI FAHAMAN KONSTRUKTIF Pengetahuan wujud secara bebas dan bersifat mutlak Pengetahuan tidak bersifat mutlak, fahaman hanyalah persepsi maklumat yang diterima Pengetahuan boleh dipindah dari seorang secara pakej. Pengetahuan tidak dapat dipindah kerana setiap manusia mempunyai persepsi tersendiri Pembelajaran adalah proses penerimaan pengetahuan secara pakej. Pembelajaran mempunyai perkaitan dengan struktur kognitif, pembentukan skemata, asimilasi, adaptasi dan equilbrium Guru sebagai sumber ilmu utama. Guru hanya pemudah cara kepada pencapaian ilmu pengetahuan. Pengajaran bertujuan menyalurkan ilmu pengetahuan dari guru kepada murid. Pengajaran bertujuan menyusun dan membina konsep dan pengalaman murid semua mempunyai keupayaan yang sama untuk mentafsir sesuatu maklumat

Semua murid dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan guru terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Setiap individu mempunyai persepsi yang berlainan terhadap apa yang diajar berdasarkan pengalaman masing-masing. Mempunyai kata putus tentang apa yang harus diketahui oleh murid. Guru perlu mengubah peranan mengikut pengalaman dan kefahaman murid murid diuji untuk mengetahui sama ada mereka dapat merekodkan dan mentafsir Murid diuji untuk mengetahui tahap kefahaman dan cara merangka mengendalikan maklumat maklumat seperti mana yang diharapkan oleh guru. yang diterima. Murid dianggap bijak apabila mereka memberi respons yang diharapkan oleh guru. Murid dianggap bijak apabila mereka memberi respons yang konstruktif terhadap apa yang dibimbing oleh guru walaupun respons itu di luar tahap kefahaman guru. murid dianggap sebagai pengawal

disiplin dan penguat kuasa peraturan pembelajaran. Guru dianggap sebagai pengurus kelas yang menangani masalah disiplin murid yang berbeza bagi menyesuaikan mereka dengan tahap kefahaman masing-masing. Guru tidak mengharapkan apa-apa pertambahan ilmu atau peningkatan kefahaman tentang bidang yang diajar hasil interaksi dengan murid. Guru turut meningkatkan kefahaman tentang bidang yang diajar hasil interaksi dengan murid. Rumusan Teori perkembangan ini telah sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru dan juga ibu bapa tentang perkembangan yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi perkembangan kognitifnya yang kemungkinan dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan, kecerdasan dan sebagainya. Teori perkembangan ini telah sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru dan juga ibu bapa tentang perkembangan yang lalui oleh seseorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak adalah berbeza dari sep perkembangan kognitifnya yang kemungkinan dipengaruhi oleh faktorfaktor lain seperti baka, persekitaran, makanan dan sebagainya.

Wednesday, April 18, 2007


LATAR BELAKANG JEAN PIAGET

Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist." Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanakkanak.

Soalan-soalan : 1. Di mana dan bilakah Jean Piaget dilahirkan? a) Helsinki, Finland; 6 Ogos 1898

b) Nauchatel, Swizerland; 9 Ogos 1896 c) Rome, Italy; 3 February 1986 d) Gothenburg, Sweeden; 26 Disember 1888

2. Universiti yang pernah menjadi tempat Jean Piaget melanjutkan pelajaran adalah : a) University of Swizerland b) Nauchatel University c) United Nation University d) Oxford University

3. Pada usia berapakah Jean Piaget menghembuskan nafas terakhir? a) 82 tahun b) 83 tahun c) 84 tahun d) 85 tahun Posted by ba-e-yah at 11:12 PM 0 comments

Wednesday, February 28, 2007


PENGENALAN

Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsepkonsep penting tersebut adalah : 1. Skema -Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. -Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. -Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan.

-Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. -Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya. 2. Asimilasi -Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. -Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. -Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanakkanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal". 3. Akomodasi -Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. -Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. -Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. -Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu. 4. Adaptasi -Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. -Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada

empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah : Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun) Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

Soalan-soalan : 1. "merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada". Hai ini menerangkan ......................... a) skema b) asimilasi c) akomodasi d) adaptasi

2. Terdapat ............... tahap perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget. a) 1 b) 2 c) 3 d) 4

3. Tahap sensori motor dikenali juga sebagai ....................... a) tahap praoperasi b) tahap deria motor c) tahap operasi konkrit d) tahap operasi formal Posted by ba-e-yah at 2:59 AM 0 comments

Wednesday, February 14, 2007

TAHAP SENSORIMOTOR (0-2 TAHUN)

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks) Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular) Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem

pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua) Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi) Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal) Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanakkanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenisjenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.

soalan-soalan: 1. Dalam perkembangan deria pembahagian mengikut umur? a. 2 b. 4 c. 6 d. 8 motor, berapakah tahap yang didasarkan

2. Pada umur yang berapakah bayi tersebut mula meniru sebarang pergerakan yang dilihat? a. 4-8 bulan b. 8 bulan- 1 tahun c. 1-1.5 tahun d. 1.5- 2 tahun

3. Pernyataan manakah yang salah? a. Pada umur 1-4 bulan, bayi mula bertindak balas dengan menggerakkan kepala dan mata pada sumber bayi. b. Pada umur 8-12 bulan, bayi mengalami proses cuba jaya yang mudah. c. Sejak lahir hingga 1 bulan, bayi masih tidak mampu melakukan gerakan.

d. Kanak-kanak belum berkeupayaan untuk memahami aktiviti permainan pada umur 19 bulan.

4. Apakah yang berlaku pada kanak-kanak berumur 1 tahun 5 bulan? a. berlakunya proses peniruan b. mengalami proses cuba jaya yang mudah c. hanya mampu melakukan genggaman d. mula memahami fungsi individu dalam rumahtangga.

5. pada tahap deria motor apakah unsur-unsur yang ada? i pemahaman tentang akibat dan ruang ii dapat membuat keputusan iii konsep tentang objek iv kebolehan mengira a. i, ii b. ii, iii c. iii, iv d. i, iii

(jawapan:1. c, 2. b, 3. d, 4. b, 5. d) Posted by lis_capri at 11:56 PM 0 comments

Monday, January 29, 2007

TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asasyang berlaku iaitu : 1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. 2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. 3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitupengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :

1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) 2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ) Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'. Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila

bentuk dan susunannya berubah. Soalan- soalan : 1. Menurut Piaget, tahap praoperasional berlaku berasaskan 3 fenomena mental berikut kecuali a) persepsi b) ingatan c) bayangan d) pengamatan

2. Kanak-kanak pada tahap praoperasi ...................... a) Boleh membezakan jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek apabila diubah bentuk dan susunannya b) Tidak boleh membezakan jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek apabila diubah bentuk dan susunannya c) Memahami bahawa kuantiti adalah berhubung kait dengan susunan keadaan fizikal sesuatu

objek d) Mengatakan bahawa tanah liat yang tela diubah bentuk dari bulat ke segiempat adalah sama kuantitinya

3. Proses kognitif pada tahap praoperasi ialah : a) pemikiran konkrit b) egosentrik c) operasi formal d) pemikiran kritis

4. Perkembangan yang paling penting menurut Piaget pada tahap praoperasi ialah ........................

5. Pemikiran ............................... merupakan pemikiran kanak-kanak yang melihat dunia secara keseluruhannya menurut perspektif mereka sendiri.

6. Pada tahap ..............................., kanak-kanak belum lagi boleh memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Posted by rezha at 11:50 PM 0 comments

TAHAP OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN)

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi

berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri. Soalan Objektif 1. Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget iaitu semasa berusia 7-11 tahun, kanak-kanak mengalami suatu tahap yang dinamakan ........... a) Operasi Formal b) Pra-Operasi c) Operasi Konkrit d) Operasi Motor 2. ``Keupayaan kanak-kanak memanipulasi konsep dan idea adalah terhad, hanya memahami pada objek yang dapat dilihat sahaja. `` Tahap manakah dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget yang sesuai untuk menggambarkan penyataan di atas. a) Deria Motor b) Operasi Konkrit c) Pra-Operasi d) Operasi Formal 3. Inhelder dan Piaget (1958) menerangkan bahawa kanak-kanak di tahap Operasi Konkrit;

a) Boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas sesuatu objek. b) Boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas sesuatu yang abstrak. c) Mampu memahami sepenuhnya perkara-perkara abstrak seperti konsep ketuhanan.keadilan dan makna hidup. d) Belum memahami konsep pengekalan dan unsur pemikiran logik. Soalan Subjektif Terangkan perkembangan dan konsep-konsep yang telah dapat difahami oleh kanakkanak pada tahap Operasi Konkrit. Jawapan untuk soalan objektif 1. c, 2.b, 3.a

Posted by ain at 11:45 PM 0 comments

ISU-ISU BERKAITAN TEORI PIAGET

Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidang Psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkatperingkat perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan perkembangan skema. Namun, teori dan kajiannya tetap menerima kritikan teutama berkaitan kelemahan teori dan metodologi yang digunakan. Dari segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Paiget tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan

set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu yang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia sepatutnya dapat menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama. Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini adalah bercanggah dengan teori Piaget. Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian. Posted by ain at 11:43 PM 0 comments

APLIKASI TEORI PIAGET


~PERKEMBANGAN BAHASA~

Setiap benda hidup saling berhubungan antara satu sama lain untuk membentuk satu jaringan dalam kehidupan. Tumbuh-tumbuhan walaupun tidak kelihatan secara jelas jenis perhubungan yang berlaku, namun perkaitan tetap wujud seperti terjadinya proses pendebungan bagi menghasilkan induk baru. Haiwan juga berhubungan dengan mewujudkan suara dan bunyi-bunyian yang hanya akan difahami oleh spesiesnya sahaja. Semut contohnya saling berkomunikasi dengan menggunakan sesungut apabila bertembung dengan semut-semut yang lain. Begitu juga bagi manusia yang akan berkomunikasi dengan menggunakan bentuk yang lebih meluas dan komplikated iaitu penggunaan bahasa yang pelbagai antara bangsa yang berbeza, isyarat, tanda, bahasa badan, pergerakan mata, ekspresi emosi dan sebagainya. Pembentukan dan perkembangan bahasa ini sebenarnya telah bermula sejak bayi lagi dan semakin kompleks sejajar dengan peningkatan usia kanak-kanak.

Dalam teori Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak amat jelas dan ketara pada tahap praoperasi iaitu semasa kanak-kanak berumur 2-7 tahun. Menurut para ahli psikologi, sehingga kanak-kanak berumur empat tahun, mereka sudah menguasai kosa kata, gramatika, makna semantis/paragmatis, dan wacana yang berhubungan dengan pengalaman mereka sehari-hari (Miller, 1979). Kanak-kanak mudah menyerap semua bahasa yang didengar setiap hari bergantung dengan lingkungan keluarga dan masyarakat di mana dia dibesarkan. Seperti contoh, kanak-kanak berbangsa Melayu jika dibesarkan dalam keluarga yang bercakap setiap hari dalam bahasa Inggeris, lama-lama kelamaan akan fasih dalam bahasa Inggeris. Perkembangan bahasa berlaku secara berperingkat-peringkat. Ianya bermula dengan perkembangan bahasa ego yang berfungsi untuk mengungkap keinginan diri tanpa memerhatikan keinginan dan komunikasi dua arah. (Miller, 1979). Bahasa ini diungkap semasa anak-anak menginginkan suatu keperluan, iaitu jika lapar, mereka akan bercakap dan mengadu kepada ibunya. Pada tingkat umur tertentu, barulah anak secara sederhana dapat menanggapi keinginan orang lain dalam berkomunikasi secara pragmatis dan secara perlahan mula menunjukkan minat untuk berbual dan bercakap tentang sesuatu isu. Kemudian, pembentukan bahasa berkembang lagi setelah anak-anak mula bersekolah sehinggalah mereka menguasai bentuk-bentuk bahasa yang lebih rumit seperti bahasa penulisan yang lebih formal. Sebenarnya perkembangan dan pembentukan bahasa tidak pernah berakhir sehingga akhir hayat seseorang. Pembentukan bahasa akan sentiasa berkembang jika seseorang itu menginginkan perkembangan tersebut berlaku. Contoh yang jelas dapat dilihat apabila manusia berlumba-lumba ingin menguasai bahasa selain daripada bahasa ibundanya. Permintaan inilah yang mewujudkan kursus-kursus pembelajaran bahasa di institusi-institusi pendidikan. Proses asimilasi, akomodasi dan adaptasi yang diketengahkan oleh Piaget akan sentiasa berlaku dalam hidup manusia sehinggalah dewasa. Posted by ain at 11:41 PM 0 comments

Beri Nilai