Anda di halaman 1dari 5

Asas Model Kurikulum Dalam Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Model kurikulum yang menjadi asas program mengandungi

pengurusan dan komponen pedagogikal perancangan pendidikan. Model yang menjadi asas bertujuan untuk mencapai matlamat yang akan dihasilkan. Model berasaskan kepada teori psikologi. Terdapat dua perbezaan teori perkembangan dan teori amalan. Teri perkembangan menyatakan secara umum tentang faktor yang memberi kesan kepada tingkahlaku kanak-kanak. Teori amalan menjelaskan apa yang pengamal mesti lakukan untuk menggalakkan sesuatu tingkahlaku. Tiga teori perkembangan yang diaplikasikan dalam program pendidikan awal kanak-kanak yang menjadi teori yang diamalkan iaitu: model perkembangan kanak-kanak model pengajaran terus model berasaskan teori Piaget model perkembangan interaksi model montessori

y y y y y

* http://bustamkamri.blogspot.com/2011/03/asas-model-kurikulum-dalam-program.html

Asuhan & Pendidikan awal kanak-kanak 2.0 MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK2.1 MODEL PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK a)Model MontessoriLatar Belakang Model Pendidikan Montessori

Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori (1870-1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Di sekolah ini beliaumenghabiskan masa selama 2 tahun bersama rakan-rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal. Di samping itu,beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan membuat pemerhatian danujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui kajian tersebut. Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori seorang tokoh yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor. Melalui kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh beliau kepada kanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-kanak biasa.Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan hasil pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh memperbaiki kanak-kanak normal (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).Model Montessori dalam pendidikan awal kanak-kanak muncul dalam awal abadke 20. Dr. Maria Montessori adalah wanita pertama yang menerima ijazah dalam perubatan daripada Universiti Rome. Beliau telah menubuhkan sekolah Montessori yang dikenali sebagai Casas dei Bambini untuk kanak-kanak dari rumah miskin dan kanak-kanak yang kurang berupaya. Beliau telah dipengaruhi oleh Rousseau, Locke, Itard danSequin. Beliau bersetuju dengan Rousseau bahawa kebebasan adalah penting bagikanak-kanak dan konsep kelas sebagai sebuah komuniti. Beliau mempelajari pentingnya pengalaman awal, ketertiban, dan deria dari Itard dan Sequin. Itard dan Sequin adalah pelopor awal dalam penilaian ke atas kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak dengan keperluan khasnya. Montessori mengembangkan bahan sensori untuk belajar yang merefleksikan kegiatan yang konkrit sepertimana yang digunakan oleh Sequin dan itard untuk penilaian. Seperti Piaget, teori perkembangan Montessori juga adalah konstruktivis. Beliau mengambarkan peringkat dalam perkembangan atau tempoh sensitif untuk belajar. ChattinMcNichols (1992) dalam Sue C. Wortham (2010)menyatakan, seperti Piaget dan Vygotsky, Montessori percaya dalam alampembelajaran yang aktif dimana guru berkhidmat sebagai pembimbing kepadaperkembangan kanak-kanak.

Kaedah Mengajar

Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat semua kanakkanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).Ciri-ciri berikut adalah :

Semua kanak-kanak mempunyai absorbent mind . Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif. Semua kanak-kanak ingin belajar. Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja. Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan. Semua kanak-kanak ingin berdikari.Montessori menekankan kepada : Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya kanak-kanak bolehmenggunakan deria mereka. Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan Sensory TeachingAnd Learning . Kaedah mengajar di sekolah Montessori mengutamakan latihandaya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanakmendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini merupakan satuusaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan menggunakan tanganmereka. Idea ini iaitu The part to intellectual development is through the hand , merupakan tema yang penting dalam kaedahnya.

Matlamat Pendidikan Montessori

Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan individu secaramenyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek. PersatuanMontessori Amerika pada tahun 1984, dalam Brewer pada tahun 1998 menyatakanbahawa matlamat program Montessori adalah untuk memperkembangkan aspekaspekberikut (Nor Nurulhayati et al., 2009) : Penumpuan Kemahiran membuat pemerhatian

Kesedaran dan segi susunan dan urutan Koordinasi Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali Konsep matematik Kemahiran bahasa Kemahiran menulis dan membaca Kebiasaan dari segi seni kreatif Kefahaman tentang alam semulajadi Pengalaman dalam memahami sains sosial Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah

Pendidikan Montessori merangkumi pelbagai aspek penting iaitu : Persekitaran Pusat Prasekolah.Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai

kawasan yang luasuntuk kanak-kanak bergerak dengan bebas serta

dilengkapi dengan taman permainandan juga kebun bunga untuk

mewujudkan suasana yang menyeronokkan.

Peralatanasas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan

hitam dan pelbagai lagiharuslah sesuai dengan umur mereka, bagi

memudahkan kanak-kanak menggunakankemudahan tersebut di

samping dapat mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu proses pembelajaran. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik,

teratur, sistematikdan indah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009). Kanak-kanakBerdasarkan kepada aktiviti individu, kanak-kanak pelbagai umur melibatkan diri dalamaktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-kanak bebas memilih mana-manaprojek yang mereka sukai. Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja.Kanak-kanak mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan menirurakan-rakan yang lebih tua (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

GuruKawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memerhati kanak-kanak dari jauh danhanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentangbagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memujikanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat self rewarding , motivasiintristik. Guru-guru Montessori mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikutikursus intensif di peringkat ijazah (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

BahanMempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk mengajar pelajaran tertentu.berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat baliksetelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan bahan tersebut.Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan dibinadengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu yang divarnish (Nor Nurulhayati Aris et al., 2009).

*http://www.scribd.com/doc/36760501/Teori-Dan-Model-an-Awal-Kanak-kank

Anda mungkin juga menyukai