Anda di halaman 1dari 7

Konsep Falsafah Pendidikan Islam

Falsafah Islam sebenarnya tidak jauh berbeza daripada pengertian falsafah seperti yang diutarkan oleh ahli falsafah Barat. Menurut Sheikh Mustafa Abd.Al- Razak (tt): Falsafah Islam berkembang di Negara Islam dan di bawah naungan Negara Islam..hasil pemikiran ahli falsafah yang berada di bawah lingkungan kekuasaan Islam tentang hakikat sesuatu dalam premis pemikiran yang logic dan sistematik. Menurut perspektif Islam, pendidikan bermaksud satu proses secara berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek,akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kepada kebaikan di dunia dan akhirat.

Tokoh tokoh pendidik barat melihat pendidikan itu hanya sebagai satu proses melatih akal, jasmani dan moral yang membentuk seseorang untuk menjadi insan dan warganegara yang baik. Manakala dari kaca mata tokoh- tokoh pendidik Islam pula, pendidikan mempunyai pengertian dan konsep yang lebih luas dan syumul. Perspektif Barat hanya menekankan aspek jasmani dan luaran dalam pendidikan tetapi perspektif Islam mengambil kira aspek kerohanian.

Menurut Abdul Halim El-Muhammady,1993: Pendidikan Islam adalah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan as Sunnah,pengalaman Salaf AlSalih serta ilmuan muktabar. Proses tersebut bertujuan untuk melahirkan insan yang soleh dan mampu untuk memikul tanggugjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T.ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidupnya di dunia dan akhirat. Menurut Abdul Halim Haji Mat Diah, 1989: Pendidikan Islam ialah proses yang dilalui oleh anak dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidikan untuk mencapai tujuan membentuk manusia Muslim berdasarka ajaran Islam.

Prinsip Falsafah Pendidikan Islam


Islam agama yang bersifat syumul ajaran-ajarannya terhadap seluruh aspek kehidupan manusia. Semua ajaran-ajaran dalam agama Islam menjurus kepada tiga dasar utama iaitu: Beriman, Beramal dan Berakhlak. Menurut urutan keutamaan pendidikan Islam berkisar pada tiga perkara: a. Pendidikan Keimanan kepada Allah Ta`la b. Pendidikan Akhlaqul Karimah c. Pendidikan Ibadah Dra Zuhairini

konsep Falsafah Pendidikan Timur


Pendidikan merupakan sesuatu elemen yang amat penting bagi seseorang bagi ahli falsafah Timur baik di dunia ini ataupun di akhirat. Pendidikan mempunyai fungsi- fungsi berikut:  Membolehkan seseorang untuk mencapai kebijaksaaan  Mengekalkan struktur kekeluargaan  Menggubal undang undang  Memenuhi kehendak kehendak sosial dan ekonomi

Prinsip Falsafah Pendidikan Timur


Falsafah Pendidikan Timur menggariskan beberapa prinsip seperti di bawah:  Kehidupan manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup berubah.Perubahan akan berlaku akibat kontek dengan guru masing masing tanpa mengambil kira sama ada guru itu seseorang nabi, sifu atau tok guru;  Sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu pencapaian kebahagiaan.Contoh:menurut ajaran Buddha,sekiranya kita hidup semata- mata untuk mengejar kebendaan sahaja, agak mustahil untuk kita bahagia.

 Manusia belajar melalui pemerhatian alam semulajadi mereka.Ini bermaksud bahwa refleksi kendiri atau muhasabah diri yang kita lakukan hasil pemerhatian tersebut akan menimbulkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan atau keinginan untuk bertaubat;  Setiap manusia ingin memperoleh kebijksaan dan mencapai Nirvana.Kesemua jalan hidup sebenarnya manghala ke arah tersebut.Apabila kita sudah menjadi bijak, secara automatik,kita akan buat baik dan elakkan diri daripada perbuatan jahat.