Anda di halaman 1dari 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


KUALA LIPIS, PAHANG D.M.
EDU 3108 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

Ahli Kumpulan
Farhana Abu Zaki Syahida Faizzah Hashmi

Peranan Guru Sekolah Rendah


Tajuk 5 : Bincangkan bagaimanakah peranan anda sebagai agen perubahan dalam proses melaksanakan program LINUS di sekolah anda.

AGEN PERUBAHAN

Guru sentiasa mengalami perubahan sepanjang profesion perguruan.


cnth: menerima murid baru, kuasai ilmu dan kemahiran baru, kurikulum baru, kaedah P&P baru dan sebagainya.

Guru tidak boleh mengelakkan diri daripada menghadapi perubahan. Perubahan membawa kesan positif dan negatif. negatif

Perubahan merupakan tindakan membuat sesuatu mengikut cara yang lain. Perubahan bersifat generatif iaitu perubahan disuatu bahagian boleh menyebabkan perubahan di bahagian yang lain. Bersedia dan sentiasa menjadi agen perubahan sebaik mungkin.

4 Bidang Utama bagi membina keupayaan moral untuk menghadapi perubahan iaitu: iaitu: Membina visi peribadi (personal vision buiding) Inkuiri Masteri Kolaborasi

Membina Visi Peribadi


Menyiasat dan mengenalpasti hasrat diri menjadi seorang guru.

Inkuiri
Mengamalkan penilaian kendiri atau refleksi tentang hasrat peribadi supaya dapat membentuk tabiat dan norma seorang yang sanggup belajar sepanjang hayat.

Masteri
Kefahaman yang mendalam tentang bidang yang diceburi agar keberkesanan dapat dipertingkatkan. cth : Latihan Pembangunan Staff

Kolaborasi
Dapat menggandakan keberkesanan terhadap sesuatu yang diusahakan. Cth: sokongan dari rakan sekerja

LINUS

Program Literasi dan Numerasi


National Key Result Areas (NKRA s) KPM menyasarkan: Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun persekolahan. Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan. Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum.

Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM). Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3. Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.

RASIONAL Program LINUS


Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan. PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi. Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1. Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

DEFINISI KONSEP
Definisi Literasi kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung dan ) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian Definisi Numerasi kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian

MATLAMAT LINUS
Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas

KUMPULAN SASAR
Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI


Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid dapat : i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup; ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung dan

OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI


Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid dapat : i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000; ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor; iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan mengukur dalam sentimeter.

STRATEGI PELAKSANAAN LINUS DI SEKOLAH


Wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun:
Saringan 1 (Mac) Saringan 2 (Jun) Saringan 3 (September)

Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Murid yang masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi ini akan diasingkan daripada murid arus perdana dan diajar secara intensif oleh guru-guru yang telah dipilih. Program dikendalikan oleh guru BM, Matematik & Pemulihan.

GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

PELAKSANAAN PROGRAM LINUS


BAGAIMANAKAH PERANAN ANDA SEBAGAI AGEN PERUBAHAN DALAM PROSES MELAKSANAKAN PROGRAM LINUS DI SEKOLAH ANDA?

Anda mungkin juga menyukai