Anda di halaman 1dari 1

Sumbangan sektor Pertanian di Malaysia

Pada tahun 2005 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah
Bin Hj. Badawi telah mengumumkan bahawa sektor pertanian akan menjadi sektor
yang akan dimajukan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Sejak pengumuman
tersebut , ramai korporat melibatkan diri mereka dalam sektor.

Terdapat pelbagai sumbangan sektor pertanian di Malaysia. Antaranya,


peluang pekerjaan dapat dipertingkatkan. Melalui sektor ini , bilangan petani
semakin meningkat. Tambahan pula, kes-kes pengangguran dapat dikurangkan.
Sekali gus , ia dapat mengurangkan kes pengganguran yang bertimbun-timbun.

Kedua, ekonomi negara dapat dipertingkatkan. Melalui sektor ini, ekonomi


penduduk tempatan menaik. Sejak akhir-akhir ini , isu pencantuman baka hangat
diperkatakan. Contohnya , pencantuman baka padi menghasilkan dua kali tuaian
setahun berbanding sekali setahun. Melalui teknologi ini juga, banyak baka baru
tanaman dihasilkan seperti pisang, rambutan, dan durian.

Ketiga, sektor pertanian tempatan dapat mengurangkan import dari negara


luar seperti Thailand, Indonesia dan Filipina. Malaysia mengimport kelapa dan
pisang dari Filipina, jambu dari Thailand dan Indonesia. Kesemua barangan import
tersebut boleh dikurangkan dengan menanamnya secara meluas. Selain itu, hasil
tanaman yang berlebihan dapat dieksport ke negara-nagara luar. Ini dapat menjana
kewangan yang lebih.

Keempat, melalui pertanian juga, hubungan Malaysia dan negara-negara lain


dapat didekatkan seperti Singapura, Indonesia, Filipina dan sebagainya. Malaysia
mengeksport kayu balak ke negara-negara tersebut.

Kesimpulannya, sektor pertanian memberi banyak sumbangan seperti


pekerjaan, dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai