Anda di halaman 1dari 25

910/1/2 PERCUBAAN j2k

STPM 2008

BAHASA MELAYU

( KERTAS 1 dan 2 )

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA STPM 2008

Anjuran Bersama

JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

DAN
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH

SKEMA PEMARKAHAN DAN JAWAPAN

PERINGATAN:
Skema pemarkahan dan skema jawapan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan
tidak boleh dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.

Skema ini terdiri daripada 25 halaman bercetak.


@ Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan PKPSM, KEDAH 2008
SULIT* 2

CADANGAN SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU j2k


PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM TAHUN 2008
NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

Pendahuluan
Penyusunan skema ini bertujuan menyediakan panduan am kepada pemeriksaan untuk
melaksanakan kerja pemeriksaan skrip jawapan calon. Matlamat utamanya adalah untuk
menjadikan kerja pemeriksaan ini mudah, tekal, dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
serta mencapai satu taraf penyeragaman yang memuaskan dalam pemeriksaan .

BAHAGIAN A : KARANGAN [ 50 MARKAH ]

1 Tujuan
Untuk menilai kebolehan calon dalam
a) mengemukakan isi-isi yang relevan bagi tiap-tiap soalan karangan tepat dan
sesuai.
b) menghuraikan dan merumuskan hujah-hujah dengan matang, lancar, dan
berkesan.
c) menyusun isi mengikut urutan yang sesuai.
d) menyampaikan isi dalam bentuk wacana yang utuh.
e) menggunakan bahasa yang betul, persis, dan sesuai.

Karangan calon akan dinilai dari aspek

1. kerelevanan (R)
2. pengolahan (P)
3. kebahasaan (B)

a) KERELEVANAN ( R )
(i) Kandungan karangan
• Pendahuluan
• Isi
• Kesimpulan

( ii ) Pendekatan
• Karangan berformat
• Karangan tidak berformat

b) PENGOLAHAN ( P )
Aspek pengolahan dinilai dari segi:
( i ) Kesepaduan karangan
• jalinan idea dengan idea
• jalinan perenggan dengan perenggan
• jalinan ayat dengan ayat .

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 3

( ii) Binaan karangan j2k

• Pendahuluan/Pengenalan
• Isi
• Penutup/Kesimpulan
c) BAHASA ( B )
Aspek bahasa dinilai dari segi:

( i ) Diksi / Pemilihan kata


• kata umum
• istilah
• peribahasa ( idiom)
( ii ) Tatabahasa
• Sintaksis
- ayat
- frasa
• Morfologi
- imbuhan
- gandaan
- kata majmuk
* Fokus kepada kesalahan struktur ayat

( iii) Aspek mekanis


• ejaan
• tanda baca

2. Cara Pemberian Markah
Pemeriksa hendaklah membaca setiap karangan untuk menilai markah yang wajar
diberikan kepada calon.
Pemberian markah untuk kerelevanan (R), Pengolahan (P), dan Bahasa (B) adalah
seperti yang berikut:

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 4

(A) Kerelevanan ( R ) [ 21 markah ] j2k

Markah Kerelevanan ( R ) terbahagi kepada pendahuluan/pengenalan, isi, dan


kesimpulan/penutup.
Pendahuluan ( 3 markah)
Tahap Markah Kriteria
Baik 3 Tepat dan jelas
Sederhana 2 Kurang tepat dan kurang jelas
Lemah 1 Tidak tepat/terlalu pendek/meleret-leret

Isi ( 15 markah ) ( 5 isi x 3 markah )


Tahap Markah Kriteria
Baik 3 Isi tepat, huraian jelas, dan berfokus kepada isi utama
Sederhana 2 Isi masih tepat tetapi huraian kurang jelas dan kurang
berfokus kepada isi utama.
Lemah 1 Isi dan huraian lemah

Penutup ( 3 markah )
Tahap Markah Kriteria
Baik 3 Baik dan meyakinkan
Sederhana 2 Kurang baik dan kurang meyakinkan
Lemah 1 Tidak meyakinkan, terlalu pendek

Catatan:
(a) Markah maksimum bagi aspek kerelevanan ialah:
(i) Pendahuluan = 3
(ii) Isi = 15 ( 3 markah x 5 isi )
(iii) Kesimpulan = 3
--------
Jumlah = 21

(b) Jumlah isi yang diterima tidak dihadkan, tetapi markah maksimum isi ialah
15.
(c) Cara menandakan markah
(i) Markah hendaklah ditulis di tepi sebelah kanan setiap perenggan
berakhir.

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 5

(ii) Jika perenggan berkenaan tidak mengandungi isi dan huraian yang tidakj2k
relevan, tandakan TR di tepi peenggan itu.
(iii) Jika perenggan berkenaan mengandungi isi dan huraian yang diulang,
tandakan UL di tepi perenggan itu.

(B) Pengolahan [ 14 markah ]


- Markah ‘R’ mempengaruhi markah ‘P’
Pengolahan karangan yang baik bermaksud:
• Isi dan buah fikiran disampaikan dengan kemas dan teratur (koheren)
• Idea yang disampaikan memperlihatkan hubungan logical yang padu
antara ayat dengan ayat dan antara perenggan dengan perenggan
(koheren)
• Ayat-ayat yang dibina menunjukkan kekukuhan tautan dari segi leksikal
dan nahuan (kohesi)

Tahap Markah Kriteria


Amat baik 13 – 14 • Pengolahan kemas dan teratur
• Memperlihatkan tautan yang kukuh
• Pemerengganan yang baik
Baik 10 – 12 • Pengolahan masih kemas dan masih teratur tetapi ada
bahagian yang tidak memperlihatkan koheren.
• Pemerengganan baik
Seder- 7 - 9 • Pengolahan masih kemas tetapi aspek koheren kurang
Hana memuaskan
• Pemerengganan masih baik.
Lemah 4 - 6 • Pengolahan kurang kemas dan tidak teratur
• Koheren dan kohesi tidak memuaskan
• Pemerengganan kurang baik
Amat 1 - 3 • Pengolahan amat lemah
lemah
• Tiada koheren dan kohesi
• Pemerengganan lemah.

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 6

(C) Bahasa [ 15 Markah ] j2k

Markah bahasa dinilai dari aspek penggunaan diksi, morfologi, sintaksis, dan aspek
mekanis.
Markah bahasa hendaklah dicampurkan dengan markah R dan P.

Taraf Markah Kriteria


Amat 13 - 15 • Kurang daripada 6 kesalahan sintaksis
Baik
• Penggunaan bahasa lancar dan berkesan
• Diksi tepat dan luas
Baik 10 - 12 • Mengandungi 6 hingga 10 kesalahan sintaksis
• Penggunaan bahasa secara keseluruhan masih lancar
dan berkesan
• Diksi masih tepat dan luas
Sederha 7 - 9 • Mengandungi 11 hingga 15 kesalahan sintaksis
na
• Penggunaan bahasa tidak lancar
• Diksi tepat
Lemah 4 - 6 • Mengandungi 16 hingga 20 kesalahan sintaksis
• Penggunaan bahasa tidak lancar dan tidak berkesan
• Diksi ada yang tidak tepat dan terbabas.
Amat 1 - 3 • Mengandungi lebih daripada 21 kesalahan sintaksis
Lemah
• Penggunaan bahasa amat lemah dan tidak lancar
• Diksi banyak tidak tepat dan terbatas.

(a) Tulis jumlah markah pada akhir karangan


(b) Pemeriksa dikehendaki membuat bulatan pada jumlah markah keseluruhan yang
diperoleh oleh calon
(c) Bagi karangan berformat, jika karangan calon tidak menepati format, tolak 1
hingga 5 markah daripada markah R
(d) Bagi karangan yang kurang daripada 650 patah perkaraan pemeriksa hendaklah
menolak markah keseluruhan seperti yang berikut :
• Jumlah perkataan antara 550 – 649 : tolak 2 markah
• Jumlah perkataan antara 451 – 549 : tolak 4 markah
• Jumlah perkataan kurang daripada 450: tolak 6 markah
(e) Karangan hendaklah tidak melebihi 700 patah perkataan.

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 7

• Bagi karangan yang melebihi 700 patah perkataan pemeriksa hendaklah j2k
membuat satu garisan melintang bagi menunjukkan pemeriksaan dilakukan
setakat itu sahaja. Bahagian yang selebihnya tidak perlu diperiksa.
• Bagi karangan yang keseluruhannya terpesong, markah malsimum yang
boleh diberi hendaklah tidak melebihi 5 markah.

BAHAGIAN B - RUMUSAN [ 20 MARKAH ]

1. Tujuan Pengujian
Menilai :
(a) pemahaman calon terhadap isi petikan karangan.
(b) Kebolehan calon mengenal pasti isi utama, isi sokongan ( huraian dan hujah ),
dan kesimpulan petikan.
(c) Kebolehan calon mengolah semula kandungan petikan dengan menggunakan
bahasa sendiri secara berkesan tanpa mengubah maksud asal petikan. Calon
sepatutnya menggunakan bahasa sendiri.
Penilaian rumusan merangkumi aspek yang berikut ;
(a) Isi ( I )
• Isi utama ( IU )
• Isi sokongan ( IS )
• Kesimpulan ( K )
(b) Persembahan ( P )
ƒ Pengolahan
ƒ Bahasa

2. Cara Pemberian Markah


Pemeriksa hendaklah membaca setiap rumusan untuk menilai markah yang wajar
diberikan kepada calon.

(a) Isi [ 10 markah ]


Pemberian markah untuk Isi ( I ) merangkumi aspek Isi Utama ( IU ) , Isi
Sokongan ( IS ) , dan Kesimpulan ( K ) . Berikan markah seperti berikut.

Taraf Markah Kriteria


Amat Baik 9 – 10 IU Tepat dan lengkap
IS Cukup ( 5 isi ) tepat dan lengkap
K Tepat dan lengkap

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 8

Baik 7-8 IU Tepat dan lengkap/ IU kurang tepat dan kurang lengkap j2k

IS Cukup ( 4 / 5 isi ) tepat dan lengkap/ cukup dan lengkap


K Kurang tepatdan kurang lengkap / tepat dan lengkap
Sederhana 5–6 IU Kurang tepat/ salah tempat/kurang lengkap
IS Kurang sedikir ( 3 isi ) / IS Lemah 4
K Kurang tepat /salah tempat/kurang lengkap
Lemah 3–4 IU Samar/kurang lengkap/kurang tepat
IS Tidak cukup ( satu atau dua isi )
K Kurang tepat/kurang lengkap/ tiada
Amat 1–2 IU Salah / tiada
Lemah
IS Tidak cukup / tidak jelas / lemah / kabur /salah
K Salah / tiada

Nota :
a) Isi sokongan ( IS )kurang lengkap juga ialah isi sokongan yang lemah.
b) Dua ( 2 ) IS yang lemah dianggap sama nilai dengan satu ( 1 ) IS yang tepat dan
lengkap.
c) Rumusan hendaklah tidak melebihi tiga perenggan.Jika calon menulis lebih
daripada tiga perenggan, tolak 1 markah.

(b) Persembahan ( 10 markah )


Pemberian markah untuk persembahan ( P ) merangkumi aspek tatabahasa ,
pengolahan( binaan, rentetan, jalinan),dan diksi ( pilihan kata , ungkapan , idiom )

Taraf Markah Kriteria


Amat Baik 9 – 10 • Olahan rumusan kemas
• Keberkesanan penyampaian terserlah
• Tidak ada kesalahan tatabahasa yang serius
Baik 7–8 • Olahan rumusan masih kemas
• Penyampaian memuaskan
• Tidak ada kesalahan tatabahasa yang serius
Sederhana 5–6 • Olahan rumusan agak baik
• Penyampaian mash berkesan
• Mengandungi sedikit kesalahan tatabahasa tetapi tidak
begitu serius

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 9

Lemah 3–4 • Olahan rumusan kurang kemas j2k

• Penyampaian kurang berkesan


• Mengandungi kesalahan tatabahasa yang serius
Amat 1–2 • Olahan rumusan tidak kemas
Lemah
• Penyampaian tidak berkesan
• Mengandungi terlalu banyak kesalahan tatabahasa
yang serius

Cara Pemeriksaan
(a) Pemeriksa hendaklah menandakan IU, IS dan K seperti yang berikut.

Aspek Singkatan Maksud


IU IUT tepat dan lengkap
IUL kurang tepat/kurang lengkap
IUST Salah tempat
IUX Salah
IS IS Tepat dan lengkap
ISL Kurang tepat/ kurang lengkap
K KT Tepat dan lengkap
KL Kurang tepat / kurang lengkap
KST Salah tempat
KX Salah

JUMLAH PERKATAAN
Rumusan hendaklah tidak melebihi jumlah perkataan yang telah ditetapkan dalam
soalan. Bahagian rumusan yang selebihnya tidak perlu diperiksa. Pemeriksaan
hendaklah membuat satu garis melintang bagi menunjukkan pemeriksaan dilakukan
hingga setakat itu.

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 10

BAHAGIAN C : ALIH BENTUK TEKS [ 15 MARKAH ] j2k

1. Tujuan Pengujian
(a) Untuk menilai kebolehan calon mengalih suatu bentuk bahasa daripada pelagai
bentuk teks kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden dengan mengekalkan isi
yang asal.
(b) Kebolehan calon menggunakan bahasa yang betul dalam bentuk prosa bahasa
Melayu moden.
Penilaian merangkumi aspek-aspek berikut :
1. Isi ( I ) 5 markah
2. Persembahan ( P ) 10 markah
3.
2. Cara Pemberian Markah
Pemeriksa hendaklah membaca setiap jawapan alih bentuk teks untuk menentukan
markah yang wajar diberikan kepada calon.
1. Isi ( 5 markah )
Taraf Markah Kriteria
Amat baik 5 Tepat, tiada is/fakta terpesong atau tertinggal
Baik 4 Secara keseluruhan masih tepat, tetapi ada sedikit
isi/fakta kurang tepat atau tertinggal
Sederhana 3 Secara keseluruhan masih baik tetapi sebahagian
daripada isi terpesong atau fakta tertinggal
Lemah 2 Tidak tepat, banyak isi terpesong atau tertinggal
Amat Lemah 1 Secara keseluruhan isi tidak tepat/sipi / menyeleweng /
tertinggal.

2. Persembahan ( 10 markah

Taraf Markah Kriteria


Amat baik 9 – 10 • Jalinan kemas
• Tidak ada kesalahan bahasa
• Bentuk alih bahasa yang terhasil tepat
Baik 7–8 • Jalinan kemas
• Tidak ada keslahan bahasa yang serius
• Bentuk alih bahasa yang terhasil tepat

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 11

Sederhana 5–6 • Jalinan kurang kemas j2k

• Terdapat beberapa kesalahan bahasa tetapi tidak


menjejaskan isi teks
• Bentuk alih bahasa yang terhasil kurang sesuai/kurang
tepat
Lemah 3–4 • Jalinan kurang kemas
• Terdapat banyak kesalhan bahasa yang serius
• Bentuk alih bahasa yang terhasil tidak tepat
Amat Lemah 1–2 • Jalinan tidak kemas
• Terdapat banyak kesalahan bahasa yang serius
sehingga merosakkan isi teks
• Bentuk alih bahasa yang terhasil terpeasong

Catatan :
Calon yang menyalin keseluruhan teks diberi sebanyak 1 markah
Jawapan berbentuk ulasan/laporan/ringkasan diberi maksimum 2 markah.

BAHAGIAN - D : ANALISIS KESALAHAN BAHASA [ 15 MARKAH ]


1. Terdapat enam ( 6 ) kesalahan dalam petikan tersebut.
2. Bagi setiap kesalahan –
2.1. pengesanan diberi satu ( 1 ) markah
2.2. menyatakan sebab kesalahan diberi satu ( 1 ) markah
2.3. membetulkan kesalahan diberi satu ( 1 ) markah
3. Pelajar dibolehkan menjawab dalam apa-apa bentuk asalkan mereka menjawab
berdasarkan fakta pada perkara 2 iaitu 2.1. , 2.2 dan 2.3.

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 12

TERHAD j2k

SKEMA JAWAPAN

BAHASA MELAYU

KERTAS 1 DAN KERTAS 2

‘Hasil ujian esei bergantung kepada pemeriksa. Pemeriksa berlainan akan memberikan
markah yang berlainan, malahan pemeriksa yang sama mungkin memberikan markah
yang berlainan pada skrip jawapan yang sama pada masa yang berlainan. Ketidaktekalan
seperti ini menjejaskan kebolehpercayaan ujian kerana skor ujian telah membayangkan
prasangka dan pandangan pemeriksa’

TERHAD

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 13

j2k

SKEMA JAWAPAN
KERTAS 1

Soalan Jawapan Soalan Jawapan


1 C 31 D
2 B 32 D
3 A 33 B
4 C 34 B
5 C 35 D
6 D 36 D
7 D 37 C
8 C 38 D
9 C 39 C
10 D 40 B
11 D 41 C
12 B 42 D
13 D 43 B
14 A 44 D
15 C 45 A
16 B 46 D
17 A 47 D
18 C 48 D
19 D 49 D
20 B 50 C
21 A 51 C
22 D 52 A
23 A 53 B
24 A 54 B
25 B 55 C
26 B 56 D
27 C 57 C
28 D 58 B
29 B 59 A
30 B 60 D

A = 9 B = 15
C = 15 D = 21

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 14

j2k
Bahagian A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan
berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [50]

1 Kes kehilangan kanak-kanak di Malaysia semakin membimbangkan banyak pihak.


Namun, kes kehilangan kanak-kanak ini dikatakan berpunca daripada kecuaian dan kelalaian
ibu bapa itu sendiri. Bincangkan.

Skema Jawapan

Pengenalan
- Kes kehilangan kanak-kanak semakin bertambah dan sering mendapat perhatian
umum.
- Contoh nama kanak-kanak yang hilang.
- Fokus soalan.

Isi-isi.
1 Faktor kecuaian atau kelalaian ibu bapa
• membiarkan kanak-kanak bermain atau berjalan sendiri tanpa pengawasan ibu
bapa.
• Ibu bapa leka ketika membeli belah.

2 Faktor sindiket penculikan kanak-kanak untuk mendapatkan wang.

3 Faktor kanak-kanak itu sendiri yang mudah dipujuk dan ada yang ‘hiperaktif’. Hanya
dengan sebiji gula-gula, kanak-kanak akan mengikut sesiapa sahaja yang tidak dikenali
oleh mereka.

4 Kepincangan masyarakat – jiran tidak mengenali antara satu sama lain. Jika penculik
membawa anak-anak jiran, tiada sesiapa yang tahu.

5 Kelemahan pihak berkuasa. Kanak-kanak yang diculik tidak ditemui dan penculik
juga tidak dapat diberkas. Oleh itu, penjahat atau penculik semakin berani melakukan
kegiatan mereka.

6 Pengaruh rakan kanak-kanak itu sendiri. Rakan-rakan mengajak bermain di tempat-


tempat yang berbahaya. Kes Asmawi hilang ketika pergi bermain di kafe siber bersama
rakan-rakan.

Penutup
- Selain faktor kecuaian ibu bapa, terdapat juga faktor lain.
- Harapan agar orang yang bersalah dapat ditangkap dan masalah kehilangan kanak-
kanak tidak akan berlaku lagi.

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 15

j2k
2 Selain mengemukakan unsur pengetahuan sejarah, mata pelajaran Sejarah dikatakan
mampu memupuk nasionalisme dalam kalangan pelajar. Bincangkan.

Skema Jawapan

Pengenalan
• Sejak 1990-an subjek Sejarah telah dijadikan mata pelajaran teras di peringkat PMR
dan SPM
• Sejarah penting dalam memupuk nasionalisme pelajar/ semangat kenegaraan.

Isi-isi

1 Sejarah mengingatkan pelajar mengenai kemerdekaan negara dan berusaha untuk


mengisi kemerdekaan tersebut dengan perkara-perkara yang berfaedah.
2 Sejarah memaparkan kerjasama dan tolak ansur antara kaum yang sekian lama terjalin.
3. Dengan mempelajari Sejarah, prasangka kaum dan perselisihan dapat dielakkan.
4. Sejarah memaparkan perjuangan tokoh/orang terdahulu bagi menuntut kemerdekaan
negara.
5 Dapat memupuk sikap menghormati pemimpin dan mereka yang telah berjasa kepada
negara.
6 Memberi keinsafan kepada generasi muda / pelajar mengenai suka / duka kesusahan
yang dilalui oleh genarasi dahulu.
7 Memupuk rasa sayang dan bangga terhadap tanah air.

Kesimpulan

ƒ Fokus kepada soalan.


ƒ Harapan pelajar.
ƒ Kaitkan dengan wawasan negara.

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 16

3 Penerokaan hutan di kawasan tanah tinggi untuk tujuan pembangunan semakin j2k
berleluasa di negara kita. Sekiranya penerokaan hutan dilakukan tanpa kawalan di kawasan
tersebut, ia akan meninggalkan kesan terhadap alam sekitar di negara kita. Sebagai seorang
pegawai di Jabatan Alam Sekitar, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada
pelajar sekolah tentang kesan penerokaan hutan di kawasan tanah tinggi terhadap alam sekitar.
Tulis teks ceramah itu selengkapnya.

Skema jawapan

Pendahuluan
- Kata alu-aluan
- Konsep penerokaan hutan di kawasan tanah tinggi
• Kawasan hutan ditebang dan dimusnahkan dengan pelbagai cara dan pelbagai
tujuan. Misalnya penebangan untuk pembalakan, pembukaan kawasan ladang,
pembinaan kawasan petempatan dan industri, dan
ditenggelami air untuk projek hidroelektrik.
• Kemusnahan hutan secara besar-besaran ini berlaku secara semula jadi dan
kesan daripada aktiviti manusia.
- Fokus soalan

Isi-isi
Isi 1 : Kesan penerokaan hutan terhadap aspek kepelbagaian biologi.
- Spesies fauna dan flora diancam kepupusan sehingga tidak sempat menjalankan
pemuliharaan . pada tahun 2000, dianggarkan lebih daripada satu juta spesies
haiwan dan serangga akan lenyap dari muka bumi ini dan tidak dapat dijangkakan
berapa banyak lagi spesies yang akan lenyap apabila kita melangkah masuk ke alaf
21 nanti.
- Pelbgai spesies fauna dan flora diancam kepupusan dan kemusnahan akibat
kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hutan dimusnahkan, fungsi pokok
sebagai pengeluar utama akan turut mengalami kemusnahan.
Isi 2 : Kemusnahan habitat dan tempat tinggal.
- Proses penerokaan hutan memusnahkan sama sekali habitat hidupan liar.
Kemusnahan habitat mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Oleh sebab itu,
haiwan berhijrah ke hutan atau habitat yang lain untuk mencari perlindungan atau
tempat baru.
- Persaingan intra dan interspesies akan berlaku ditempat baru. Mana-mana spesies
yang kalah akan musnah dan pupus.
Isi 3 : Memusnahkan edaran nutrien dalam ekosistem
- Kesan akibat penerokaan hutan juga akan memusnahkan edaran nutrien dalam
ekosistem hutan hujan tropika. Dalam keadaan semula jadi edaran nutrien akan
berlakua dengan lengkap dan sempurna di bawah pokok hutan.
- Jika penebangan hutan rantaian dan nutrien tanah akan hilang dengan cepat kerana
larian air permukaan bertambah dengan mendadak di kawasan hutan gondol.
- Proses fotosintesis juga akan turut terganggu yang sekaligus memusnahkan edaran
nutrien.
Isi 4 : Perubahan cuaca setempat
- kemusnahan hutan menyebabkan peningkatan suhu sekitar disebabkan ketiadaan
pelindung yang menghalang pancaran matahari, dan lebihan gas karbon dioksida
dalam atmosfera. Seterusnya akan mengurangkan hujan atau mengubah corak
hujan yang lazimnya berlaku sehingga mewujudkan fenomena kemarau.

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 17

- Pengurangan kelembapan udara ekoran daripada fungsinya untuk membebaskan j2k


wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi sudah hilang atau berkurangan.
Udara sekitar menjadi kering dan cuaca menjadi panas. Keadaan ini menggalakkan
pula berlakunya fenomena jerebu.
- Tiupan angin yang lebih kencang disebabkan oleh tekanan udara yang lebih rendah
berbanding dengan kawasan sekitar yang bersuhu sejuk (berhutan tebal) di samping
kekurangan perlindungan daripada bahangan matahari. Ketiadaan hutan
menyebabkan penghalang semula jadi kepada tiupan angin tidak dapat berfungsi
dengan berkesan. Kesannya di kawasan lapang atau kawasan gondol tiupan angin
lebih kencang.
Isi 5 : Kesan ke atas sistem geomorfologi
- penerokaan hutan akan mendedahkan permukaan bumi secara langsung kepada
pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa, hakisan, larian air permukaan, serta
pelbagai jenis gerakan jisim.
- Permukaan bumi yang kehilangan pelindung, daya pengikat, dan cengkaman tanah
oleh akar-akar pokok menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun
bukit menjadi tidak stabil.
- Wujud kesan-kesan gegalur dan beberapa kes kejadian tanah runtuh serta banjir
lumpur di Malaysia merupakan kesan-kesan utama yang terjadi terhadap elemen
geomorfologi akibat pemusnahan hutan secara besar-besaran.
Isi 6 : Kesan ke atas sistem hidrologi
- Mengurangkan kadar susupan air kedalam tanah dan seterusnya menurunkan paras
air dalam tanah. Hal ini akan menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air
kepada sungai, tasik, kolam, dan paya.
- Mengurangkan jumlah hujan tempatan yang menjadi input utama kepada sistem
hidrologi setempat ekoran daripada kekurangan dan ketiadaan proses transpirasi
pokok.
- Meningkatkan kadar larian air permukaan yang membawa banyak kelodak dan
lumpur ke dalam sungai, memendap, dan mencetekkan dasar sungai yang
seterusnya mengalakkan kejadian banjir.
- Mempercepatkan kadar luahan air sungai (discas) khususnya di muara.
Isi 7 : Pencemaran air
- Proses larian air permukaan telah membawa hasil hakisan dan kelodak ke dalam
sungai yang mengakibatkan punca air tercemar.
Isi 8 : Pencemaran udara
- Proses tebang dan bakar membebaskan asap yang mengandungi gas-gas
merbahaya seperti gas karbon dioksida dan karbon monoksida terbebas ke
atmosfera.

Penutup
- Fokus soalan
- Pendapat sendiri
- Wawasan negara

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 18

4 Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Bertindak 3K ( Kebersihan, Keceriaan dan j2k


Keselamatan ) Menangani Masalah Keracunan Makanan Peringkat Negeri, anda diminta
menyediakan satu laporan tentang punca – punca yang menyebabkan berlaku kes keracunan
makanan di sekolah. Sediakan laporan tersebut.

Skema Jawapan

• Format jawapan mestilah dalam bentuk laporan

Punca – Punca Berlaku Kes Keracunan Makanan.


( Atau tajuk–tajuk lain yang relevan dengan soalan karangan.
Perkataan tajuk tidak diwajibkan. Huruf pangkal bagi
tajuk laporan mestilah huruf besar )

1.0 Pendahuluan____________________________________________________
_____________________. Berikut ialah laporan tersebut. ( Ayat ini perlu ada
pada akhir pendahuluan )

2.0 Jawatankuasa
Pengerusi : ____________________
Setiausaha : ____________________
Ahli Jawatankuasa:
____________________
____________________
____________________

3.0 Punca Berlaku Kes Keracunan Makanan

3.1 Sikap / Kesedaran golongan pelajar terhadap pengabaian kebersihan


masih rendah / kurang dipentingkan
____________________________________________________
_________________________________________________________
_________________.
( Huraian yang munasabah berkaitan isi 3.1 berserta contoh )

3.2 Pengusaha kantin lebih mementingkan keuntungan tanpa memikirkan


untuk memberi khidmat kebajikan.
____________________________________________________
_________________________________________________________
_______________________ .
( Huraian yang munasabah berkaitan isi 3.2 berserta contoh )

Isi – isi seterusnya ( lihat skema jawapan ) ditulis mengikut format seperti isi 3.1, 3.2,
3.3 dan seterusnya.

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 19
4.0 Penutup
_________________________________________________________
j2k
____________

( Lihat skema jawapan bahagian kesimpulan )

Laporan disediakan oleh, Tarikh : 5 Jun 2008


( Nama Huruf Besar )
Setiausaha
Jawatankuasa Bertindak 3K
Peringkat Negeri

Isi-isi Cadangan.

1.0 Pendahuluan

- Definisi keracunan makanan


- Statistik kes keracunan makanan
- Contoh – contoh kes keracunan makanan
- Menyatakan fokus soalan : Punca – punca berlaku kes keracunan
makanan di sekolah.

2.0 Senarai jawatankuasa


Pengerusi : ___________________
Setiausaha : ___________________
Ahli Jawatankuasa :
1 ___________________
2 ___________________
3 ___________________

3.0 Punca Berlaku Kes Keracunan Makanan

3.1 Sikap atau kesedaran golongan pelajar terhadap pengabaian kebersihan masih
rendah / kurang dipentingkan.
3.2 Pengusaha kantin lebih mementingkan keuntungan tanpa memikirkan untuk
memberi khidmat kebajikan
3.3 Pengabaian pemilihan pengusaha kantin secara tender tidak dilakukan dengan
telus, tegas dan bijaksana.
3.4 Kelemahan pihak pengurusan sekolah melakukan pemantauan secara berjadual
dan berterusan. Pemeriksaan kendiri harian dan bulanan kurang dilakukan.
Tidak ada tindakan susulan.
3.5 Pemeriksaan kesihatan terhadap pengusaha kantin dan pembantunya tidak
dilakukan, seperti mengambil suntikan tifiod supaya terpelihara daripada
pembawa penyakit berjangkit.

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 20

3.6 Surat akuan pengiktirafan kesihatan pengusaha / penyedia makanan kantin j2k
sekolah yang dikeluarkan pihak hospital kerajaan dan jabatan kerajaaan sebagai
jaminan / bukti / tahap kesihatan tidak melibatkan semua.
3.7 Proses penyediaan, penyajian dan pembungkusan makanan kurang
menitikberatkan kebersihan, kesihatan dan melebihi tempoh / had / masa
selamat dimakan.
3.8 Pengusaha kantin sekolah yang terlibat dalam kes keracunan tidak
disenaraihitamkan. Tamatkan kontrak agar tidak menimbulkan kes berulang.
3.9 Pengusaha kantin kurang berhati – hati semasa memilih dan menentukan
pembekal bahan mentah yang bersih dan bebas daripada sebarang
pencemaran.
3.10 Faktor penggunaan air yang bersih tidak diutamakan semasa penyediaan
makanan, mencuci bekas makanan dan minuman.

4.0 Penutup
- Menyatakan fokus soalan
- Harapan calon yang positif terhadap fokus soalan
- Menghubung kait isu dan matlamat negara.

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 21

Bahagian B j2k

5 Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan
ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih tiga
perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. [20]

8 Jun ialah Hari Laut Sedunia yang pertama kali diisytiharkan pada 8 Jun 1992 di
Puncak Bumi, Rio de Janeiro, Brazil. Pengisytiharan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran
mengenai pentingnya laut kepada kehidupan manusia. Tahukah kita bahawa peranan laut
begitu menakjubkan sebagai pemampan? Laut memampan haba, gas rumah hijau seperti
karbon dioksida dan bahan cemar untuk mengimbangkan iklim bumi, seterusnya melindungi
manusia daripada perubahan mendadak kenaikan suhu bumi. Berbanding pencemaran darat
yang boleh dilihat dengan jelas dan lebih mudah diuruskan, pencemaran di laut tidak dapat
disempadankan. Kesan buruknya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Malangnya, kebutaan
ini menyebabkan manusia kian angkuh dengan pelbagai aktiviti yang terus-menerus
memusnahkan laut.

Sampah plastik, sisa industri, dan minyak dikenal pasti sebagai angkara utama manusia
yang mengganggu dan seterusnya membunuh habitat dan hidupan marin. Meskipun dalam
kepekatan yang kecil, komponen beracun pencemar ini mampu membantutkan kebolehan
hidupan marin untuk membiak dan membesar. Peningkatan drastik pencemaran laut
berasaskan plastik sejak tahun 1940-an, kini merupakan isu yang begitu meruncing. Setiap
tahun, puluhan ribu hidupan marin terkorban atau cacat akibat sampah plastik. Kajian
mendapati sekurang-kurangnya 30,000 hidupan mati terperangkap atau tercekik.

Selain itu, pembuangan sisa minyak dan tumpahan dari kapal dan Perang Teluk telah
meninggalkan kesan terhadap persekitaran dan biodiversiti laut. Kesan kemusnahan daripada
tumpahan minyak amat sukar dikenal pasti. Hal ini demikian kerana kesannya terhadap hidupan
marin tidak kelihatan dengan mata kasar serta tidak menyebabkan perubahan ekonomi serta-
merta. Tumpahan minyak paling buruk dalam sejarah adalah daripada kapal tangki minyak
Exxon Valdez pada tahun 1989 yang pecah dan menumpahkan lebih 35,000 tan minyak
mentah di perairan Prince William Sound di Alaska. Minyak bukan sahaja telah meliputi 2,300
kilometer persegi permukaan laut, malah dalam masa tiga hari, 50 peratus daripada minyak itu
mendak di pesisiran pantai. Hal ini menyebabkan kematian ratusan ribu hidupan marin,
termasuk 13 peratus daripada populasi anjing laut, 28 peratus daripada populasi memerang
laut, dan sehingga 645,000 ekor burung laut. Hakikat bahawa minyak berskala besar yang
tumpah ke dalam salah satu ekosistem marin terkaya dengan biodiversiti dunia telah
menyebabkan kegemparan di serata dunia serta menimbulkan pelbagai kontroversi.

Hal ini telah menyebabkan kesedaran mengenai pencemaran laut telah diuar-uarkan
dan diberi perhatian di seluruh dunia. Di negara ini, langkah mewujudkan Taman Laut Malaysia
sebagai kawasan perlindungan laut sejak 1994 melalui Akta Perikanan 1985 dilihat sebagai
permulaan yang baik bagi usaha pemuliharaan laut. Setakat ini sebanyak 40 pulau yang paling
kaya dengan biodiversiti laut telah diwartakan sebagai Taman Laut dan beberapa pulau lagi
masih dalam kajian.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana


”Pencemaran Laut Kian Kritikal”, Mingguan
Malaysia, Jun 2008, halaman 16-17)

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 22

Skema Jawapan Rumusan j2k

Idea utama :
Pengistiharaan Hari Lautan Sedunia pada 8 Jun adalah untuk meningkatkan kesedaran
mengenai pentingnya lautan kepada kehidupan manusia. Laut berperanan menjadi pemampan
haba, gas rumah hijau karbon dioksida dan bahan cemar untuk mengimbangkan iklim bumi,
seterusnya melindungi manusia daripada perubahan mendadak kenaikan suhu bumi akibat
proses pemodenan. Pencemaran di laut tidak dapat disempadankan dan tidak dapat dilihat
dengan mata kasar.

Isi sokongan :
Isi 1: Sampah plastik, sisa industri, dan minyak dikenal pasti sebagai angkara
utama manusia yang mengganggu dan seterusnya membunuh habitat dan
hidupan marin.

Isi 2: Meskipun dalam kepekatan yang kecil, komponen beracun pencemar ini
mampu membantutkan kebolehan hidupan marin untuk membiak dan
membesar.

Isi 3: Selain itu, pembuangan sisa minyak dan tumpahan dari kapal dan
Perang Teluk telah meninggalkan kesan terhadap persekitaran dan
biodiversiti laut.

Isi 4: Kesan kemusnahan daripada tumpahan minyak amat sukar dikenal pasti. Hal
ini demikian kerana kesannya terhadap hidupan marin tidak kelihatan
dengan mata kasar serta tidak menyebabkan perubahan ekonomi serta-
merta.

Isi 5: Hakikat bahawa minyak berskala besar yang tumpah ke dalam salah satu
ekosistem marin terkaya dengan biodiversiti dunia telah menyebabkan
kegemparan di serata dunia serta menimbulkan pelbagai kontroversi.

Kesimpulan
Kesedaran mengenai pencemaran laut telah diuar-uarkan di seluruh dunia. Di negara ini,
langkah mewujudkan Taman Laut Malaysia sebagai kawasan perlindungan laut sejak 1994
melalui Akta Perikanan 1985 dilihat sebagai permulaan yang baik bagi usaha pemuliharaan
laut.

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 23

Bahagian C j2k

6 Alih puisi di bawah ini kepada prosa biasa bahasa Melayu moden [ 15 ]

Wasiat Ayah
Harum bau setanggi ketika ayah pergi
meninggalkan kami anak-anak si petani
yang berani dan berdikari
mengharungi arus globalisasi.

Ayah tinggalkan sawah dan bendang


untuk kami kerjakan
atau kami biarkan
bendang ditumbuhi lalang.

Aku melangkah ke menara gading


abang kakakku semua sudah bersanding
hanya tinggal aku di bumi asing
tiada masa untukku bermain-main.

Wasiat ayah; jadilah orang yang berguna


kepada agama, bangsa dan negara
sayangi yang muda, hormati yang tua
agar hidup aman sentrosa.

Wasiat ayahanda kata keramat


penuh nasihat bersulam hikmat
menjadikan aku seorang yang cermat
memilih jalan hidup yang selamat.

(Dipetik dan diubahsuai daripada,


Dewan Sastera, Mei 2007 )

Skema Jawapan.

Haruman setanggi mengiringi pemergian ayah penyajak. Ayah penyajak seorang petani dan
telah meninggalkan penyajak dan saudara-saudaranya. Ayah penyajak seorang yang berani
dan berdikari bagi mengharungi arus globalisasi. Ayah penyajak telah meninggalkan sawah
bendang sama ada untuk mereka usahakan ataupun membiarkannya ditumbuhi lalang.
Penyajak sedang melanjutkan pelajaran di menara gading, sementara abang dan kakaknya
sudah berkahwin/mendirikan rumah tangga. Penyajak keseorangan di luar negara dan dia tidak
mempunyai masa untuk berleka. Ayah penyajak meninggalkan wasiat/pesanan agar penyajak
menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara. Dia turut berwasiat agar
penyajak menyayangi anak-anak/orang muda dan menghormati orang tua agar kehidupannya
menjadi aman dan sentosa. Wasiat ayah penyajak merupakan kata-kata keramat yang
penuh/sarat dengan nasihat dan hikmah. Wasiat ayahnya itu menjadikan penyajak seorang
yang berhati-hati dalam memilih jalan hidup yang selamat dan betul.

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 24

7 Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan
j2k
memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah. [ 15 ]

Retti Eliza bersiap-siap di biliknya. Dia akan menemui Hamzan di Medan MARA Kuala
Lumpur jam tiga petang. Di dalam kereta abang iparnya nanti, dia tidak akan berpeluang
bercakap tentang Sofian dengan kakaknya. Kalau tidak berpeluang bercakap hari ini, terpaksa
ditunggu sampai semingga lagi kerana sejak berkahwin, kakaknya pulang ke Melaka seminggu
sekali.
Apabila dia keluar dari bilik, didapatinya kakaknya sedang membasuh pinggan di dapur.
Segera dia ke dapur.
“Kakak, boleh Ti tanya?” katanya.
“Eh, macam ada yang rumit pula!” kakaknya tersenyum.
“Apa pendapat kakak, saya pun turut putus tunang dengan Sofian?”
“ Itu hak Ti, Macam kakak gunakan hak kakak juga. Itu saja.”
“Tapi tak ada alasan kan?”
“Eh, Ti lulusan tinggi, kakak hanya SPM! Ti buat keputusan ikut pertimbangan
sendirilah,” balas kakaknya selamba.
Retti Eliza tidak boroleh apa-apa maklumat daripada kakaknya. Kenapakah Sofian
ditolak oleh kakaknya dulu? Sekarang kakaknya seperti menyindir dia dengan menyebut soal
kelulusan.
Di Kuala Lumpur, Retti meminta abang iparnya berhenti di mana-mana sahaja. Dia akan
menaiki teksi ke Pasar Budaya sebelum ke Medan MARA.

( Dipetik dan diubahsuai daripada novel “Takungan Hajat”


Karya Rahman Shaari,Terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1995)

Skema Jawapan.

Retti Eliza bersiap-siap di dalam biliknya kerana dia akan menemui Hamzan di Medan
Mara Kuala Lumpur pada pukul tiga petang. Dia tidak akan berpeluang bercakap dengan
kakaknya tentang Sofian di dalam kereta abang iparnya. Sekiranya dia tidak berpeluang
bercakap tentang hal tersebut pada hari itu, dia terpaksa menunggu sehingga seminggu lagi
untuk kerana semenjak berkahwin kakaknya pulang ke Melaka seminggu sekali. Apabila dia
keluar dari biliknya, didapati kakaknya sedang membasuh pinggan di dapur dan Retti segera
pergi ke dapur.

Retti meminta kebenaran untuk bertanya sesuatu kepada kakaknya. Sambil tersenyum
kakaknya membalas soalan Retti dengan mengandaikan yang Retti mempunyai kerumitan.
Retti menanyakan pendapat kakaknya berhubung dengan pertunangannya yang putus dengan
Sofian. Kakaknya mengatakan bahawa hak itu ialah hak Retti seperti yang kakaknya
menggunakan haknya. Retti menegaskan bahawa dia tidak mempunyai alasan. Kakaknya
menyindir Retti dengan mengatakan bahawa Retti berkelulusan tinggi, sedangkan dia sendiri
hanya berkelulusan SPM. Kakaknya dengan selamba berharap Retti membuat keputusan
sendiri mengikut pertimbangannya.

Retti Eliza tidak memperoleh apa-apa maklumat daripada kakaknya.Dia memikirkan


punca Sofian ditolak oleh kakaknya dahulu. Pada waktu itu, kakaknya seperti menyindirnya
dengan menyebut soal kelulusan. Di Kuala Lumpur, Retti meminta abang iparnya berhenti di
mana-mana sahaja. Dia akan menaiki teksi ke Pasar Budaya sebelum ke Medan MARA.

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*


SULIT* 25

Bahagian D j2k

8 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan,
jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [ 15 ]

Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan, telah berusaha menjadikan sukan sebagai
suatu kegiatan yang bermanafaat demi meningkatkan tahap kesihatan rakyat negara ini. Sukan
bukan sahaja menyihatkan badan, malah berupaya untuk menjadikan negara kita sebagai
sebuah negara yang terkenal sekali di peringkat antara bangsa. Kerajaan juga turut berusaha
untuk menyedarkan tentang kebaikan bersukan dan beriadah melalui media massa dan
kempen-kempen yang pelbagai agensi kerajaan jalankan.

Skema Jawapan

Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan, telah berusaha menjadikan sukan
sebagai suatu kegiatan yang bermanafaat demi meningkatkan tahap kesihatan rakyat negara
ini. Sukan bukan sahaja menyihatkan badan, malah berupaya untuk menjadikan negara kita
sebagai sebuah negara yang terkenal sekali di peringkat antara bangsa. Kerajaan juga turut
berusaha untuk menyedarkan tentang kebaikan bersukan dan beriadah melalui media massa
dan kempen-kempen yang pelbagai agensi kerajaan jalankan.

Bil Kesalahan Sebab Kesalahan Pembetulan

1 … berusaha Tidak ada kata hubung komplemen ‘untuk’ … berusaha untuk


menjadikan … dalam ayat majmuk komplemen. menjadikan …

2 …bermanafaat Kesalahan ejaan bagi kata pinjaman ... bermanfaat ...


3 ... terkenal sekali Menggunakan kata penguat darjah ... terkenal ...
... penghabisan secara berurutan.

4 ... antara bangsa Kesalahan ejaan bagi kata majmuk yang ... antarabangsa ...
... telah mantap. Kata majmuk ini tidak boleh
dieja secara terpisah.

5 ... menyedarkan Kata kerja aktif transitif “menyedarkan” tidak ... menyedarkan
tentang ... boleh diikuti oleh kata sendi nama, tetapi masyarakat tentang
mesti diikuti oleh objek. ...

6 ... kempen- Menyalahi struktur ayat pasif jenis kata ganti ... kempen-kempen
kempen yang diri ketiga. yang dijalankan oleh
pelbagai agensi pelbagai agensi
kerajaan kerajaan.
jalankan.

PERCUBAAN STPM 2008 SULIT*