Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Melarik merupakan suatu proses yang dijalankan untuk memesin lilitan bahan-bahan yang berbentuk silinder dan melakukan kerja-kerja memotong selari permukaan. Proses melarik yang dijalankan di dalam bengkel biasanya menggunakan Mesin Pelarik jenis tetengah.Operasi lain yang boleh dijalankan dengan mesin larik ialah seperti melarik penampang, melarik tirus, mengulir, menggerudi, menggerek dan melulas, membuang segi serta memenggal.Namun demikian, dalam projek kali ini hanya melibatkan operasi menampang, mengulir, melurah dan menggerudi sahaja.

OBJEKTIF
Objektif projek ini dijalankan adalah untuk ;-

i)Melatih para pelajar untuk mempelajari cara-cara melarik bahan yang berbentuk selinder agar menghasilkan sesuatu bahan kerja yang mempunyai diameter dan panjang yang berbeza-beza.

ii)Melatih para pelajar menggunakan mesin pelarik dengan cara yang betul dan lebih cekap disamping mengutamakan keselamatan diri, rakan-rakan dan mesin.

LANGKAH KESELAMATAN
Keselamatan adalah faktor utama yang amat penting bagi mengelakkan diri daripada mengalami sebarang kecederaan. Peraturan-peraturan keselamatan di dalam bengkel wajib diketahui dan dipraktikkan oleh setiap pelajar semasa berada di dalam bengkel atau semasa menjalankan kerjakerja melarik dan sebagainya. Dengan ini, risiko yang melibatkan kecederaan pada diri pelajar dan kerosakan pada mesin atau peralatan dapat dielakkan. Berikut merupakan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar ;-

TABIAT BEKERJA Utamakan kebersihan dan kekemasan pakaian. Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan-rakan. Bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri. Tidak tergopoh-gapah melakukan kerja. KESELAMATAN DIRI SENDIRI Pakai pakaian yang sesuai. Rambut handaklah sentiasa kemas dan pendek Jangan bergurau senda ketika melakukan kerja. Dilarang memakai sebarang bentuk perhiasan seperti cincin,gelang,jam atau sebagainya. Hendaklah memakai kasut dan gogal semasa menjalankan kerja-kerja melarik. KESELAMATAN MENGGUNAKAN PERALATAN DAN MESIN Dilarang menggunakan mesin yang telah rosak. Dapatkan keterangan yang lengkap sebelum mula menggunakan mesin. Laporkan kepada pensyarah dengan segera apabila terdapat sebarang kerosakan pada mesin. Alat yang telah digunakan haruslah di simpan semula ke tempat asal dan disusun dengan kemas. KESELAMATAN BENGKEL Keadaan dalam bengkel haruslah sentiasa kemas dan bersih. Bersihkan mesin larik selapas menggunakannya dan buang tatal dan cooler yang terdapat dalam bekas ke tempat yang telah dikhaskan. Bersihkan bengkel setelah siap melakukan kerja. Pastikan semua suis dan tingkap ditutup sebelum meninggalkan bengkel.

PERALATAN YANG DIGUNAKAN


1)MATA ALAT *Merupakan alat yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja melarik.

2)BESI BERBENTUK SILINDER *Merupakan bahan kerja yang digunakan bagi menjalankan kerja-kerja melarik.Mempunyai panjang 65 mm.

3)PEMEGANG MATA ALAT *Untuk memegang mata alat dan diketatkan pada tiang mata alat.

4)GOGAL *Untuk melindungi mata daripada terkena tatal semasa melarik dan mencanai.

5)MESIN PENCANAI *Digunakan untuk mencanai mata alat yang tumpul.

6)SKRU PENGETAT *Digunakan untuk mengetatkan skru pada pemegang mata alat, tiang mata alat serta mengetatkan bindu supaya bahan kerja tidak mudah tanggal semasa bindu berputar.

7)MESIN *Digunakan untuk melarik penampang, melarik tirus, mengulir, menggerudi, menggerek dan melulas serta membuang segi.

LANGKAH KERJA
1)Potong besi yang berbentuk selinder sepajang 100 mm seperti dalam gambarajah di bawah ;2)Sediakan mata alat yang telah siap sedia dicanai dengan betul dengan menggunakan mesin pencanai seperti dalam gambarajah dibawah;3)Hidupkan semua suis pada mesin larik dan pastikan sistem lampu, gear dan cooler berfungsi serta kelajuan dilaraskan dengan betul.Matikan semula suis bagi melakukan kerja-kerja pemasangan mata alat dan bahan kerja pada bindu. 4)Masukkan besi yang berbentuk selinder ke dalam pemegang benda kerja dan ketatkan bindu agar besi tersebut tidak tertanggal semasa mesin dihidupkan. 5)Masukkan mata alat dan ketat pada pemegang mata alat dengan cara yang betul.Kemudian pasangkan pemegang mata alat tersebut pada tiang mata alat seperti dalam gambarajah di bawah;6)Setelah itu,hidupkan semula suis mesin larik dan jalankan kerja-kerja menampang terlebih dahulu untuk mendapatkan diameter yang paling besar iaitu 35 mm. 7)Buat lubang pada kedua-dua hujung benda kerja dengan menggunakan mata gerudi yang dipasang pada tetengah mesin larik seperti dalam gambarajah di bawah;8)Setelah itu keluarkan mata gerudi yang dipasangkan pada tetengah tadi.Gunakan tetengah biasa,dekatkan hujung tetengah hingga menyentuh benda kerja dan kuncikan tetengah bagi memudahkan kerja-kerja melarik dijalankan. 9)Kemudian jalankan kerja-kerja melarik mengikut diameter dan panjang yang telah ditetapkan sehinggalah selesai.Gunakan mata alat yang sesuai bagi menjalanlan kerja-kerja melurah.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, projek melarik adalah bertujuan untuk melatih para pelajar tentang cara-cara melarik yang betul untuk menghasilkan bahan kerja yang mempunyai diameter dan panjang yang berbeza-beza yang telah ditetapkan.

Walaupun kebanyakan pelajar mengalami masalah apabila mesin terhenti buat seketika dan mata alat yang tumpul sekaligus menghasilkan bahan kerja yang kurang halus,namun semuanya dapat diatasi dengan bantuan dari pensyarah.Secara tidak langsung juga, para pelajar didedahkan dengan teknik-teknik mencanai mata alat yang betul mengikut operasi yang ingin dijalankan.

Disamping itu,para pelajar juga dapat memahirkan lagi cara-cara penggunaan mesin pelarik serta dapat menggunakan mesin ini dengan cara yang betul dan cekap disamping mengutamakan keselamatan diri, rakan-rakan dan juga mesin.

Akhir sekali, dengan adanya kemahiran yang telah dipelajari sepanjang menyiapkan projek melarik, para pelajar tidak lagi perlu bimbang apabila menjalani latihan industri ataupun apabila berada dialam pekerjaan kelak.

Anda mungkin juga menyukai