Anda di halaman 1dari 18

BAB 1

PENGENALAN

1.1

PENGENALAN

Harta, zakat dan cukai merupakan 3 perkara yang saling bersangkut paut dan memerlukan satu sama lain. Setiap manusia di dunia ini telah pun ditetapkan rezekinya di sama ada dari segi harta, jodoh dan sebagainya. Namun dalam harta seseorang itu terdapat juga hak insan-insan lain yang mana zakat berfungsi untuk memberi hak tersebut kepada orang yang sepatutnya. Selain daripada zakat, terdapat juga pungutanpungutan yang lain dalam Islam yang berbentuk cukai seperti jizyah, kharaj, usyur, fai, ghanimah dan dharibah.

Sistem pungutan dalam Islam sering kali disalahtafsir dan dikecam oleh bangsabangsa lain di mana ia dianggap tidak adil dan hanya mendatangkan manfaat kepada orang Islam sahaja. Contohnya jizyah, terdapat banyak isu di luar negara di mana jizyah dikatakan digunakan untuk merampas harta orang-orang bukan Islam. Namun ini kerana orang luar tidak mengkaji sepenuhnya sistem ekonomi Islam ini untuk mengetahui apakah kebaikan dan manfaat yang diberikan oleh sistem ini.

Dalam tugasan ini, kami akan membincangkan tentang harta, zakat dan cukai dan bagaimana ia dapat menberi kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

BAB 2

HARTA

2.1

PENGENALAN

Harta dalam bahasa Arab dikenali sebagai al-ghina yang membawa maksud tiada keperluan atau kurang keperluan. Berharta pula dikenali sebagai al-ghaniyu yang bermaksud mencukupi. Dalam Islam, harta terbahagi kepada 2 iaitu harta fizikal dan rohani. Harta fizikal merupakan pemilikan material seperti wang, dan aset. Harta rohani pula merangkumi ilmu dan keimanan dalam diri seseorang.

2.2

PANDANGAN ISLAM TERHADAP HARTA

Harta kekayaan dan semua yang terdapat di muka bumi dan dalamnya adalah sebenarnya milik Allah dan manusia hanyalah memegang amanah yang telah diberikan untuk mendapatkan harta dan menguruskannya menggunakanya untuk tujuan beribadat kepada Allah. Setiap orang yang lahir telah ditetapkan rezekinya maka ia tidak boleh mengambil lebih dari apa yang telah Allah tetapkan kepadanya.

Namun ramai orang yang tidak sedar tentang hakikat tersebut dan menganggap bahawa harta tersebut semata-mata hasil dari titik peluh pencarian mereka. Orang yang sebegini sering kali menganggap bahawa harta itu adalah segala-galanya dan mereka inilah yang akan mencintai dunia lebih daripada akhirat kerana tidak sanggup untuk berpisah dengan kesenangan dunia yang dimilikinya.

Dalam Islam, pemilikan harta adalah digalakkan dan umat Islam memang digalakkan untuk mencari harta bagi menyenangkan diri dan menggunakan harta tersebut untuk berjuang di jalan Islam. Harta-harta yang diamanahkan oleh Allah terhadap kita haruslah digunakan pada jalan yang sesuai dengan agamanya.

Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya untuk mencari harta dengan syarat bahawa tuntutan harta dunia dan akhirat haruslah seimbang bagi mengelakkan manusia menyeleweng dari jalan yang sebenarnya dan tergolong dalam ahli neraka.

BAB 3

ZAKAT

3.1

PENGENALAN

Mengeluarkan zakat merupakan salah satu daripada rukun islam. Zakat dari segi bahasa bermaksud menyuburkan atau menyucikan. Dari segi istilah pula ia bermaksud mengeluarkan kadar harta yang tertentu kepada orang yang tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Terdapat 2 jenis zakat iaitu zakat fitrah dan zakat harta benda. Zakat fitrah diwajibkan atas semua umat Islam manakala zakat harta benda hanya diwajibkan kepada orang Islam yang merdeka, harta yang dizakatkan hendaklah milik sendiri, cukup nisab dan sampai haul.

3.2

TUJUAN ZAKAT

Zakat bermaksud menyuburkan dan menyucikan, maka tujuan zakat itu adalah untuk menyuburkan hubungan persaudaraan antara sesama umat muslim dan mengembangkan harta umat Islam yang berharta kepada sesama umat Islam yang kurang berkemampuan. Ia juga bertujuan untuk menyucikan hati umat Islam daripada segala sikap tamak, angkuh, pentingkan diri dan hasad dengki seperti yang dimaksudkan dalam firman Allah:

Ambillah sebahagian dari harta mereka sebagai sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak buruk) (Al-Taubah 19:103)

Dalam harta seseorang itu, terdapat hak anak-anak yatim, janda-janda, golongan fakir dan miskan, orang yang sanggup bekerja namun tiada jalan, orang yang pandai namun tidak berkemampuan, dan orang lemah yang tiada berupaya kerja. Selain itu, terdapat juga hak untuk berjihad di jalan Allah dimana harta itu untuk menegakkan kebenaran Islam dan menghancurkan kezaliman dan kepalsuan. Seseorang yang mengeluarkan zakat akan memberi hak orang-orang yang tersebut kepada mereka di mana ia akan dibalaskan dengan balasan yang baik daripada Allah seperti dalam firmannya yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (Al-Taubah 9:11)

Maka (bagi mengatakan kesyukuran) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing, pemberian yang demikian adalah baik bagi orang yang bertujuan memperolehi keredaan Allah, dan mereka itulah orang yang berjaya (Al-Rum 30:38)

Dengan mengeluarkan zakat, harta kita berkurangan secara fizikalnya namun pada hakikatnya ia akan mempergiatkan kegiatan ekonomi masyarakat seterusnya mungkin akan memberi pulangan yang lebih kepada orang yang mengeluarkan zakat itu. Seperti firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, Maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezki yang sebaik-baiknya. (Surah Saba: 39)

Zakat merupakan ibadah yang bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada diri kita, tetapi juga kepada masyarakat di sekeliling kita. Oleh itu, apabila berbelanja, kita haruslah sedar bahawa dalam harta yang kita miliki itu, terdapat juga hak orang lain yang mana kita tidak harus belanjakan. Ini mampu menyemai perasaan berjimat cermat dan mengikis perasaan angkuh dan takbur dari diri kita.

BAB 4

CUKAI

4.1

PENGENALAN

Dalam sistem ekonomi Islam, terdapat beberapa jenis pungutan cukai yang merupakan pungutan wang yang bukan berbentuk denda oleh kerajaan terhadap rakyat yang bertujuan untuk kegunaan umum. Cukai-cukai yang dikenakan ialah jizyah, kharaj, usyur, fai, ghanimah dan dharibah.

4.2

JIZYAH

Jizyah merupakan cukai tahunan yang diwajibkan ke atas orang bukan Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Islam. Orang bukan Islam ini dibenarkan untuk mengamalkan ajaran mereka, menjalankan aktiviti harian tanpa sekatan dan diberikan perlindungan daripada ancaman.

Jizyah dibayar bagi menggantikan tuntutan jihad atau mempertahankan negara yang hanya diwajibkan ke atas orang Islam sahaja. Kewajipan membayar jizyah pula hanya terletak pada orang bukan Islam yang lelaki dewasa yang berupaya untuk berperang sahaja. Lelaki fakir, miskin, tua, uzur, cacat, wanita, kanak-kanak dan ahli agama yang beribadat di tempat suci mereka tidak diwajibkan membayar jizyah.

Orang luar yang tidak memahami sistem jizyah menganggap ianya merupakan suatu penindasan kepada orang bukan Islam walhal kewajipan untuk membayar jizyah adalah sangat longgar dan kadarnya tidak membebankan. Mereka menganggap pembayaran jizyah adalah salah satu cara untuk melucutkan harta orang bukan Islam dan mengambil hak mereka. Malah ada yang menganggap bahawa perolehan dari jizyah ini digunakan untuk membiayai aktiviti keganasan di seluruh dunia.

4.3

KHARAJ

Kharaj merupakan cukai tanah yang dipungut daripada orang bukan Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Islam dan dipungut berdasarkan jenis tanah dari segi kesuburan, jenis tanaman dan keluasan tanah.

4.4

USYUR

Ia merupakan pungutan cukai terhadap perniagaan yang dijalankan dalam negara Islam di mana kadar bagi orang Islam adalah 2.5 peratus, orang bukan Islam 5 peratus, dan orang Harbi, orang bukan Islam yang tidak tinggal di bawah pemerintahan Islam namun sering menganggu dan menentang pemerintahan Islam adalah 10 peratus. Kadar yang tinggi ini adalah bagi membayar balik terhadap kerosakan dan kerugian yang telah mereka lakukan kepada kerajaan Islam.

4.5

FAI

Merupakan harta yang dirampas bukan kerana peperangan. Contohnya adalah harta yang disita oleh kerajaan.

4.6

GHANIMAH

Merupakan harta rampasan perang. Perlu diambil oleh pemerintah sebanyak 1/5 sebelum diagihkan kepada tentera yang berperang selebihnya.

4.7

DHARIBAH

Dharibah merupakan satu pungutan khas yang diambil dari umat Islam yang kaya atau layak sahaja dan dalam keadaan yang tertentu sahaja. Keadaan yang dimaksudkan adalah apabila Baitul Mal mengalami kekurangan wang yang terlampau sehingga jika tidak dipungut, maka sebuah kewajipan akan terabai. Dharibah hanya boleh dipungut dan digunakan dalam keadaan-keadaan yang berikut sahaja: a. Untuk memenuhi keperluan asas orang-orang fakir dan miskin. b. Untuk pembiayaan pemerintahan negara agar tetap berfungsi sebagai pemelihara rakyat. c. Untuk penyediaan kemudahan awam seperti hospital, jalan, masjid sekolah dan seumpamanya.
9

4.8

CUKAI DALAM ISLAM

Pembayaran cukai dalam Islam bukanlah bertujuan untuk membebankan sesiapa sepertimana yang disalah anggap oleh sesetengah pihak. Segala cukai yang dipungut seperti jizyah hanya wajib dibayar oleh sesetengah pihak yang mampu sahaja sedangkan individu yang tidak berkemampuan mahupun golongan wanita dan ahli agama tidak pula diwajibkan membayar, cukai yang dipungut pula adalah untuk menggantikan tuntutan jihad yang tidak wajib ke atas orang bukan Islam. Cukai yang lain pula seperti kharaj pula dikutip berdasarkan jenis tanaman, kesuburan, dan keluasan di mana jumlah yang dibayar semestinya berada dalam kemampuan dan tidak membebankan pihak tersebut. Bagi kutipan usyur pula, bukan hanya orang bukan Islam yang membayar, peniaga muslim pun harus membayar cukai yang sama namun kurang dari segi kadarnya kerana orang Islam perlu membayar zakat.

Segala pungutan cukai yang diperolehi pula bukanlah hanya dinikmati oleh orang Islam sahaja. Ia digunakan dalam pentadbiran, pertahanan dan pembangunan negara di mana orang bukan Islam turut sama menikmati kemudahan yang diberikan oleh kerajaan dan dilindungi oleh tentera Islam.

10

BAB 5

BAGAIMANA HARTA, ZAKAT DAN CUKAI MEMBERI KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN DALAM HIDUP BERMASYARAKAT

5.1

PENGENALAN

Harta adalah pemberian Allah kepada kita, zakat dan cukai pula adalah untuk menyalurkan harta tersebut kepada semua orang yang berhak mendapatkannya. Oleh yang demikian, haruslah kita sebagai pemegang amanah untuk menggunakan harta kita untuk memakmurkan lagi masyarakat Islam dan beribadat kepada Allah. Zakat adalah perkara yang telah diturunkan oleh Allah kepada semua umat Islam, maka sudah tentunya ia mampu mendatangkan kebaikan kepada kita semua kerana segala yang baik itu adalah dari Allah. Dengan itu, haruslah kita berusaha untuk mencari jalan bagi membolehkan harta, zakat, dan cukai untuk mendatangkan kebaikan kepada semua masyarakat.

5.2

HARTA

Harta merupakan tunjang kepada pembangunan ekonomi pada masa kini. Dalam sesuatu masyarakat, sentiasa ada orang yang berharta dan orang yang miskin. Harta mampu memberi kesejahteraan dan keharmonian kepada masyarakat kita apabila ia digunakan dengan sebaiknya tanpa sikap pentingkan diri dan bertetapan dengan ajaran Islam.

11

Contohnya apabila dalam sesuatu masyarakat itu kekurangan kemudahan awam, seorang pengusaha atau peniaga yang kaya menyumbangkan hartanya untuk membina kemudahan tersebut untuk kegunaan awam. Dengan itu orang ramai mampu memenuhi keperluan mereka terhadap kemudahan awam tersebut di samping mendatangkan pahala kepada orang yang menyumbang kerana telah berjasa kepada masyarakat dan tidak kedekut dalam pembahagian hartanya. Dengan kemudahan yang mencukupi, sesuatu komuniti atau masyarakat mampu hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera.

Selain itu, orang yang berharta juga mampu untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang lain dengan mendirikan atau menubuhkan sesuatu institusi perniagaan atau pekerjaan. Apabila keperluan pekerjaan masyarakat dipenuhi, maka kejadian yang tidak diinginkan seperti jenayah dan masalah social akan berkurangan membolehkan masyarakat membangunkan diri dan tempat mereka tanpa sebarang kekangan.

Harta yang dimiliki itu juga mampu digunakan untuk memberi peluang kepada golongan yang kurang berupaya untuk berusaha meningkatkan taraf hidup mereka. Contohnya seorang yang mempunyai kemahiran namun tiada modal diberikan pinjaman atau modal oleh orang yang berkemampuan bagi menjalankan perniagaan. Contoh yang seterusnya adalah orang yang bijak namun tiada peluang untuk belajar, jika diberikan biasiswa oleh orang yang kaya, maka dia mampu untuk menyambungkan pelajaran di tingkat yang lebih tinggi dan kemudiannya mendatangkan manfaat kepada masyarakat di sekelilingya.

Namun, harta yang dimiliki atau diperolehi itu haruslah dipastikan kesahihannya dan ia haruslah diperoleh dan dibelanjakan pada perkara yang bertetapan dengan ajaran Islam. Tidak bolehlah seorang Islam itu memberi pinjaman kepada orang yang ingin

12

untuk menjalankan perniagaan yang haram di sisi Islam seperti penjualan arak atau babi. Tidak boleh juga bagi seorang Islam untuk meminta pinjaman dari orang kaya yang menjalankan perniagaan yang haram dari segi Islam seperti perjudian atau apa-apa yang berunsurkan riba. Ini kerana Islam menegaskan bagaimana seseorang itu mendapatkan dan membelanjakan hartanya. Jika haram salah satunya maka haramlah semuanya.

Harta jika digunakan sebaiknya mengikut ajaran Allah akan mendatangkan kebaikan dan pahala namun jika digunakan mengikut nafsu akan mendatangkan bencana kepada diri. Sikap cintakan harta haruslah dijauhi kerana harta tidak mengikut kita ke akhirat, hanya amal dan iman yang akan menjadi pelindung di hari perhitungan nanti.

5.3

ZAKAT

Zakat merupakan satu kewajipan bagi semua umat Islam di mana melakukannya dianggap ibadat dan jika tidak dibuat akan mendapat dosa. Seperti yang telah disebut tujuan zakat adalah untuk menyuburkan harta dan menyucikan jiwa.

Zakat tidak dapat dinafikan mendatangkan banyak kebaikan kepada kehidupan bermasyarakat. Ini kerana melalui zakat, orang-orang yang fakir, miskin, dan orangorang lain yang mempunyai hak atas harta tersebut mampu mendapatkan bahagian mereka dimana tanpa zakat, hak golongan tersebut akan terabai. Melalui zakat, kita mampu meringankan beban golongan kurang berupaya di mana ia akan memberikan kelegaan bagi mereka dalam menempuhi hidup yang serba kekurangan dan memberikan kesedaran kepada mereka untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kejayaan. Tanpa zakat, golongan ini mungkin merasa tertindas dan akhirnya mencari
13

jalan yang tidak diredhai Allah seperti mencuri, merompak dan sebagainya. Ini mendatangkana kesan yang buruk kepada masyarakat kerana ia akan membahayakan keselamatan sesuatu kelompok masyarakat tersebut. Dengan pembayaran zakat, kebajikan orang kurang upaya akan terjamin dan secara automatiknya masalah sosial akan berkurangan dan menjamin masyarakat mampu hidup dengan harmoni.

Selain itu, zakat juga membantu untuk melahirkan masyarakat yang sihat dari segi mental. Ini kerana dengan adanya zakat, pemberi zakat tadi dapat mengikis perasaan kedekut pada dirinya dan membebaskan diri daripada perhambaan diri terhadap harta benda. Dia akan menguasai hartanya dan bukan dikuasai hartanya. Zakat juga membolehkan pemberi zakat itu berbelanja dengan betul dan tidak berpoya-poya kerana dia tahu bahawa dalam hartanya itu, terdapat hak orang-orang yang lain. Individu yang tidak mengiktiraf adanya hak orang lain dalam hartanya adalah individu yang kejam. Penerima zakat juga akan mendapat kebaikan dari segi mental. Dengan menerima zakat, tiada perasaan iri hati dan dengki terhadap orang yang memiliki harta kerana dia tahu bahawa pemilik harta telah pun memberikan semula hak yang dimiliknya. Dengan ini, masyarakat mampu hidup dengan aman damai tanpa adanya persengketaan antara orang yang kaya dan miskin.

Melalui zakat juga, golongan yang berjuang di jalan Allah juga mampu untuk mendapatkan pertolongan dari segi kewangan. Golongan ini terutamanya terdiri daripada tentera, pendakwah, pelajar dan sebagainya. Tanpa pembiayaan yang secukupnya, golongan tentera mungkin tidak mampu untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara Islam, maka ia telah menyumbang kepada keharmonian masyarakat dengan melindunginya daripada ancaman luar. Golongan pelajar pula sentiasa berjuang untuk mendapatkan ilmu yang akan memanfaatkan agama dan masyarakatnya. Maka dengan bantuan dari zakat, mereka mampu untuk belajar ke

14

peringkat tinggi dan kemudiannya kembali berbakti untuk membangunkan dan memajukan kehidupan masyarakat.

Zakat turut digunakan untuk melindungi dan membantu umat Islam yang berhutang dan tidak berupaya untuk membayar balik hutangnya. Jika tidak dibantu, orang ini mungkin akan menghadapi ancaman dari segi nyawa, keluarga atau harta bendanya. Maka dengan itu, zakat akan diberikan kepadanya bagi membolehkan ia melangsaikan hutangnya dan menjamin kesejahteraan dirinya dan masyarakat di sekelilingnya.

Tujuan zakat adalah untuk beribadat kepada Allah, meringankan beban golongan yang memerlukan dan mengembalikan hak orang kepada mereka. Namun dalam proses tersebut, ia turut menyumbangkan kepada kesejahteraan dan keharmonian masyarakat kerana ia membersihkan jiwa masyarakat dari fikiran yang tidak baik dan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada golongan yang kurang berupaya.

5.4

CUKAI

Cukai merupakan sumber utama pendapatan negara, cukai dalam Islam dengan cukai dalam sistem ekonomi yang lain mempunyai perbezaan dari segi perlaksanaannya namun tujuannya adalah sama iaitu untuk menambahkan pendapatan ekonomi negara. Perolehan ini kemudiannya akan disalurkan semula kepada masyarakat melalui pembangunan negara atau pembinaan kemudahan awam.

15

Cukai adalah perlu untuk sumber pendapatan negara, tanpa perlaksanaan cukai, negara tidak akan mempunyai pendapatan dan seterusnya segala keperluan rakyat akan terabai dan keadaan ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Terdapat banyak kisah di negara-negara terdahulu di mana rakyat memberontak kerana keperluan hidup mereka tidak dipenuhi. Ini akan membahayakan bukan sahaja negara tetapi juga masyarakat yang tinggal di negara tersebut. Tanpa kemudahan yang mencukupi, kesihatan, pendidikan dan semua aspek kehidupan rakyat akan menurun dan masalah sosial akan bertambah. Akhirnya ia mungkin akan mengakibatkan kepada rusuhan atau pemberontakan yang akan menyebabkan berlakunya pergaduhan atau peperangan. Maka cukai memainkan peranan yang penting dalam memastikan kemudahan rakyat sentiasa dipenuhi bagi menjamin keharmonian kehidupan mereka.

Selain itu, cukai juga digunakan untuk membiayai kos pentadbiran dan pertahanan negara. Tanpa pembiayaan yang mencukupi, pentadbiran dan pertahanan negara tidak dapat dijalankan. Tanpa pentadbiran, negara tidak akan membangun dan ini akan menjurus kepada kemerosotan kehidupan rakyat dan masalah dalam negara akan timbul di mana ia melibatkan masalah sosial dan ekonomi. Jenayah akan meningkat dan membahayakan dan menggugat keamanan dalam masyarakat. Tanpa pertahanan pula, negara akan terdedah kepada ancaman dari luar. Sekiranya peperangan berlaku, rakyat akan menjadi mangsa peperangan seperti yang berlaku di Iraq dan Afghanistan.

Jika negara mempunyai pendapatan yang tinggi, maka kehidupan rakyat akan terjamin dan pembangunan dalam negara akan sentiasa meningkat menjurus kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan masyarakat. Malaysia merupakan negara contoh bagi kebanyakan negara Islam yang lain kerana berupaya untuk membangun pada kadar yang pesat. Rakyat Malaysia hidup dalam suasana yang aman dan damai kerana pembangunan yang dijalankan telah memenuhi keperluan rakyat.

16

5.5

KESEPADUAN ANTARA HARTA, ZAKAT DAN CUKAI

Antara harta, zakat dan cukai haruslah ada kesepaduan bagi membolehkan sesebuah negara atau masyarakat hidup dengan sejahtera. Kekurangan salah satu daripada perkara di atas akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem ekonomi dan menyebabkan masalah berlaku. Contohnya tanpa zakat, hak-hak orang lain tidak akan diberikan kepada mereka, akan berlakunya permusuhan antara pemilik harta dengan orang miskin, dan ibadat zakat akan terabai dari dilakukan. Tanpa cukai pula, perbendaharaan negara akan bantut dan tidak mampu untuk membangunkan ekonomi atau mempertahan negara dari serangan luar.

Orang Islam yang cukup syarat haruslah mengeluarkan zakat dan membayar cukai manakala orang bukan Islam pula haruslah membayar cukai yang dikenakan jika cukup syarat. Tujuannya adalah untuk membawa kebaikan kepada keseluruhan masyarakat yang menetap bersama. Kebaikan yang didatangkan hasil dari pembayaran zakat dan cukai bukan hanya dirasai oleh golongan kurang upaya, namun turut dirasai sendiri oleh pembayar tersebut sama ada secara fizikal atau mental.

17

BAB 6

KESIMPULAN

Sistem pungutan cukai dan zakat Islam merupakan hasil daripada ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan berpandukan kepada Al-Quran. Islam merupakan agama yang paling sempurna dan lengkap, maka sistem Islam yang mengikuti ajarannya juga adalah sistem yang paling sesuai dengan kehidupan seluruh masyarakat tanpa mengira masa dan tempat.

Melalui tugasan ini, kami pelajari bahawa harta kekayaan itu bukanlah hak milik kekal kita, tiada yang kekal melainkan Allah. Oleh itu, segala harta yang telah diamanahkan kepada kita perlulah digunakan untuk berjuang di jalan Allah dan segala hak orang lain haruslah dikeluarkan dengan membayar zakat bagi memastikan ibadat zakat dijalankan dan hak orang dikembalikan, agar kita tidak dibelenggu oleh hak orang pada harta kita pada hari perhitungan kelak. Selain itu, ia juga untuk memastikan bahawa saudara Islam kita yang kurang berkemampuan mampu hidup dengan lebih baik bagi mengelakkan hasad dengki dan perasaan benci antara satu sama lain.

Bagi orang bukan Islam pula, pembayaran cukai tidak patut dianggap sebagai berat sebelah kerana orang Islam telah membayar zakat malah dengan syarat yang lebih ketat dari pembayaran jizyah. Tambahan pula hasil dari pungutan cukai tersebut bukanlah hanya dinikmati umat Islam tetapi semua yang menetap di dalamnya. Maka semua lapisan masyarakat harus mengetepikan persengketaan dan bersatu bagi melahirkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.

18

Anda mungkin juga menyukai