Anda di halaman 1dari 6

‫عملن زياره فغهوبوغ صلة الرحيم‬

( 19 Oktober 2007 / 07 Syawal 1428 H )

:ِ‫حمْدُ ِلِ اْلقَاِئل‬


َ ْ‫اَل‬

ُ‫ وَأَشْـهَدُ أَنّ مُحَـمّدًا َعبْدُ ه‬،ُ‫َأ ْشهَدُ أ نْ لّ اِلَ هَ اِلّ الُ وَحْدَ هُ لَ َشرِيْ كَ لَ ه‬
‫َورَ ُسوُْلهُ َأدّى ا َلمَاَنةَ وَبلّ غَ الرّ سَاَلةَ وَنَ صَحَ ا ُل ّمةَ وَ َكشَ فَ اْل ُغ ّمةَ َوجَاهَدَ فِي‬
َ‫صلّ وَ َسلّمْ وَبَارِ كْ عَلَى َحِب ْيبِ كَ َورَ سُـوْلِك‬
َ ّ‫ اَل ّلهُم‬.َ‫َسِبيْ ِلهِ َحتّى أَتَا هُ اْلَي ِقيْ ن‬
‫سَـيّ ِدنَا مُحَـمّدٍ َوعَلَـى آلِ هِ وَأَ صْحَـاِبهِ وَالتّاِبعِـيْنَ َلهُ مْ بِإِحْ سَانٍ إِلَى‬
.َ‫َي ْومِ الدّْين‬
َ‫ ُأوْصِيكُمْ وَِايّاي ِبَت ْقوَى ال‬،َ‫ اِّت ُقوْا ال‬،َ‫ َفيَا َأّيهَا اْل ُم ْؤمِـُنوْن‬،ُ‫َأمّا َبعْد‬
.َ‫وَطَا َعِتهِ َفقَدْ فَازَ اْل ُمّت ُقوْن‬
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kita
kepada Allah SWT dengan menunaikan segala suruhan-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya, mudah-mudahan kita semua
beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,


Alhamdulillah, kita semua baru sahaja sama-sama merayakan Aidil Fitri
dalam suasana yang meriah dan mengembirakan, di samping puasa di
bulan Ramadan kita lalui dengan jayanya, mudah-mudahan segala

1
amal ibadah kita di sepanjang Ramadan yang lalu diterima Allah SWT
dan kita mengharapkan untuk hidup kita berterusan dalam ketaatan
dan keredhaan Allah SWT.

Hari ini genap seminggu kita berada dalam bulan Syawal yang mana
masih lagi teras kehangatan suasana hari raya dengan amalan ziarah
menziarahi dan kunjung mengunjung antara satu sama lain. Kerana
itu, adalah sangat rugi sekiranya kita tidak mengamalkan budaya
amalan ziarah menziarahi sesama kita, khususnya saudara kita yang
dekat mahupun yang jauh, termasuk menziarahi guru-guru, jiran
tetangga, rakan-rakan sepejabat dan sebagainya.

Sebenarnya amalan ziarah amat dituntut dalam Islam dan dikatakan


bahawa seseorang Muslim itu tidak sempurna imannya sekiranya ia
tidak menghubungkan silaturrahim sesama mereka. Hal ini ditegaskan
oleh Rasulullah SAW dalam Hadis Baginda yang berbunyi:

َ‫ َم نْ كَا ن‬: َ‫ قَالَ رَ سُولُ اللّ هِ صَلّى الُ عَ َليْ هِ وَ سَلّم‬: َ‫"عَ نْ اَبِي ُهرَْي َرةَ قَال‬
ِ‫ َومَ نْ كَا نَ ُي ْؤمِ نُ بِالِ وَاْلَيوْ مِ ال ِخر‬،ُ‫ُي ْؤمِ نُ بِالِ وَاْلَيوْ مِ ال ِخرِ فَلَ ُي ْؤذِ جَارَ ه‬
ْ‫ْمـ ال ِخرِ َف ْلَي ُقلْ َخ ْيرًا َأو‬
ِ ‫ِنـ بِال ِ وَاْلَيو‬
ُ ‫َانـ ُي ْؤم‬
َ ‫َنـ ك‬
ْ ‫ َوم‬،ُ‫ض ْيفَهـ‬
َ ‫ِمـ‬
ْ ‫َف ْليُ ْكر‬
".ْ‫ص ُمت‬
ْ َ‫ِلي‬
Maksudnya: “Dari Abi Hurairah RA katanya : Sabda Rasulullah SAW
"barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat janganlah ia
menyakiti jirannya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata
yang baik atau diam.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN,
Amalan ziarah atau kunjung mengunjung merupakan salah satu
wasilah atau cara mengerat dan mengukuh tali silaturrahim sesama
2
kita. Amalan ziarah memberi manfaat yang amat besar dan faedah
yang berguna dalam konteks perpaduan ummah. Amalan ziarah juga
membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat,
yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi mudah dan
sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan
yang dinamakan hubungan silaturrahim.

Namun, yang mengecewakan serta amat mendukacitakan kita, di


mana terdapat sebahagian di kalangan umat Islam atau sahabat-
sahabat kita pada hari ini kurang memberi perhatian terhadap amalan
ziarah menziarahi terutamanya menziarahi saudara-saudara terdekat,
sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya di luar musim-musim
perayaan atau sambutan-sambutan tertentu. Ini disebabkan fahaman
dan amalan ziarah hanya bersifat bermusim atau menjadi tradisi yang
diamalkan sempena sambutan perayaan sahaja seperti hari raya
puasa yang sedang kita raikan ataupun hari raya haji semata-mata.
Akibatnya amalan ziarah semakin hari semakin terhakis dan diabaikan
dalam keluarga dan masyarakat kita dengan alasan kesibukan dengan
tugas-tugas harian dan sebagainya.

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Islam telah menggariskan pelbagai panduan untuk menghubungkan
silaturrahim sesama manusia, lebih-lebih lagi saudara seagama,
supaya umat Islam menjadi umat yang kuat, umat yang berjaya, umat
yang tidak hidup bersendirian atau dengan istilah “aku aku”, “engkau
engkau”. Sebaliknya umat Islam itu bersaudara, saling kenal
mengenal, bantu membantu antara satu dengan yang lain.
Kerana itu, pengertian silaturrahim dalam Islam amat luas serta amat
mendalam. Contohnya, bila seseorang telah mengucap dua kalimah
syahadah, maka terjalinlah ikatan persaudaraan Islam atau
silaturrahim, tidak kira di mana mereka berada, apa bahasa mereka,
apa warna kulit mereka dan sebagainya. Pendek kata semua orang
3
Islam adalah bersaudara dan berada dalam akidah yang satu
sepertimana Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah


bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang
bertelingkah, bertaqwalah kamu kepada Allah mudah-mudahan kamu
mendapat rahmat.”

MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN,


Melalui amalan ziarah juga, hubungan sesama manusia menjadi erat
dan bertambah ikrab. Ini disebabkan asal kejadian manusia dari
keturunan yang satu iaitu dari keturunan nabi Allah Adam AS, dengan
sebab itulah Islam mengajak manusia supaya saling kenal mengenal
antara satu sama lain, hormat menghormati, saling bekerjasama dan
faham memahami sepertimana Firman Allah dalam surah al-Hujurat
ayat 13:

Maksudnya: “Wahai umat manusia sesungguhnya kami telah


ciptakan kamu lelaki dan perempuan dan telah kami jadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan,
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang paling takwa di antara
kamu.”
Untuk itu, bagi sesetengah manusia yang hidup mereka tidak
mematuhi syariat Islam, umpamanya mereka suka mencari kesalahan
orang lain, atau suka mencaci, membuat fitnah, mencerca orang lain,
bersifat hasad dengki, bersifat khianat, melakukan kezaliman dan

4
sebagainya. Mereka ini boleh digolongkan sebagai orang yang menurut
jalan syaitan, yang sentiasa berusaha merosakkan manusia untuk
memutuskan hubungan silaturrahim serta mengajak hidup
bermusuhan.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Hampir kesemua ibadah-ibadah dalam Islam dituntut dilakukan dalam
bentuk berkumpulan atau berjama'ah, seperti kita digalakkan solat
berjama'ah di masjid-masjid atau di surau-surau atau kewajipan
sembahyang Jumaat setiap minggu. Ianya tidak lain bagi memberi
galakan kepada umat Islam bertegur sapa atau bertukar-tukar
pandangan. Begitu juga dengan ibadah haji contohnya merupakan
ibadah yang mengajak kepada menghubungkan silaturrahim dengan
saudara-saudara Islam di seluruh pelosok dunia, dilaksanakan tanpa
membezakan antara orang kaya atau miskin, berpangkat ataupun
tidak, mereka sama-sama menunaikan ibadah haji dalam satu jamaah.
Demikian juga, dengan ibadah zakat, ianya menghubungkan nilai
persaudaraan di kalangan umat Islam dengan sifat tolong-menolong,
bantu membantu, akhirnya lahirlah nilai kasih sayang antara yang
kaya dengan yang miskin.

Akhirnya, mimbar Jumaat sekali menyeru tuan-tuan sidang jamaah


sekalian, marilah sama-sama kita menghidupkan amalan ziarah
menziarahi, mempereratkan hubungan silaturrahim dan kasih sayang
sebagai umat Islam yang bersaudara, iaitu persaudaraan bukan sahaja
di dunia ini bahkan persaudaran sampai ke akhirat. Insyaallah, mudah-
mudahan Allah memberkati hidup kita, melapangkan segala kesulitan,
membukakan pintu rahmat-nya, mengurniakan kita kehidupan yang
damai dan tenteram.

َ َّ ‫ن ال‬ َ‫أ‬
ِ ‫ن الَّر‬
: ِ ‫جيْم‬ ِ ‫ا‬ ‫ط‬ْ ‫ي‬ ‫ش‬ َ ‫م‬
ِ ‫ه‬
ِ ‫الل‬ِ ‫ب‬ ُ ‫ذ‬ ‫و‬
ْ ‫ع‬
ُ

5
Bererti: “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah
petunjuk kepada-Nya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka
hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki
untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit
sempit-sesempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit
(dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab
kepada orang-orang yang tidak beriman.”
(Surah al-An’am ayat : 125)

ِ‫بَارَ كَ الُ لِ يْ وَلَ ُك مْ فِى اْل ُقرْآ نِ اْلعَ ِظيْ مِ وََن َف َعنِي وَإِيّاكُ مْ ِبمَا ِفيْ هِ مِ نَ اليَا ت‬
ُ‫ َأ ُقوْل‬.ُ‫سمِيعُ اْلعَ ِليْ م‬
ّ ‫وَالذّ ْكرِ الْحَ ِكيْ مِ وََت َقّبلَ ِمنّ ي َو ِمنْكُ مْ تِلوَتَ هُ إِنّ هُ ُهوَ ال‬
ِ‫َقوِْل يْ َهذَا وَأَ ْسَت ْغ ِفرُ الَ اْلعَ ِظ ْي مَ لِ يْ وَلَكُ مْ وَلِ سَاِئرِ اْلمُ سْ ِل ِميْنَ وَاْلمُ سْ ِلمَات‬
ُ‫وَاْل ُم ْؤ ِمِنيْ نَ وَاْل ُم ْؤ ِمنَا تِ ا َل ْحيَاءِ ِم ْنهُ مْ وَا َل ْموَات فَا ْسَت ْغ ِفرُ ْوهُ إِنّ هُ ُهوَ اْل َغ ُفوْر‬
.ُ‫الرّ ِحيْم‬