Anda di halaman 1dari 6

Isu-Isu Pendidikan di Malaysia by KULANZ on 06/08/2009 150 COMMENTS Answer an easy survey and win movie tickets now!

! Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup.

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.

Struktur Pendidikan Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:  Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia;  Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;  Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan

Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.

Akses Pendidikan Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:    pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan;   penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

Ekuiti Pendidikan Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

Tenaga pengajar Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi bidan terjun. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.

Program PPSMI Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang bertaraf dunia, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk. Kesan globalisasi Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilainilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya kosmopolitan. Sahsiah Pelajar Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan

dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi. Isu-isu lain dalam sistem pendidikan Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:  Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;  Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;  Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;   Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya; Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad;  Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan;  Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan  Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

5 Isu Panas dalam Dunia Pendidikan 2011


Posted on February 3, 2011 by cikgu malaysia

58Share
Sejak masuk aje tahun 2011 ini, mungkin cikgu-cikgu dan anda semua perasan yang mana terlalu banyak isu berkaitan dengan pendidikan panas di dada-dada akhbar dan juga blog-blog popular. Tidak hairan untuk aku katakan bahawa isu pendidikan menjadi semakin panas dalam 2-3 hari ini sejak bermulanya krisis pelajar Malaysia di Mesir yang akhirnya mendapat perhatian Perdana Menteri kita untuk menghantar kapal laut dan kapal terbang untuk membawa balik pelajar-

pelajar kita itu. Walaupun antara yang terlambat, tapi aku harap pelajar-pelajar kita semuanya selamat-selamat belaka. Antara isu panas dalam dunia pendidikan dalam tempoh masa 1-2 bulan dalam tahun 2011: 1. Isu cikgu atau guru GSTT. Dari awal Disember hingga ke akhir Januari, cerita GSTT berjaya masuk ke surat khabar dan banyak mendapat respon pada setiap hari. Tak kurang juga guru kontrak juga ingin mengetahui status terkini mereka seperti mana yang berlaku dengan kes GSTT. Sampai hari ini, belum ada apa-apa berita yang menggembirakan. 2. Isu buku teks bahasa english. Macam mana boleh ada kesilapan dalam buku teks tu? Nak salahkan penilai, penilai akan kata dia tak pilih buku tu. Dia pilih buku lain. Nak salahkan cikgu yang buat buku teks tu, memang dah sah-sah salah mereka. Tapi kalau buku tu dah banyak sangat salahnya, apsal nak juga buku tu yang diterima? Mengapa buku itu yang dipilih? Takkan para penilai nak pilih buku teks yang bermasalah bukan? Kat sini, banyak isu panas timbul dan akibatnya..teruk Pak Muhyiddin nak jawab dibuatnya.. 3. Isu Interlok. Ini satu lagi isu yang diperbesarkan dan dipolitikkan. Bila dah masuk isu politik, macam-macamlah yang akan bersuara. Bagi aku, ada banyak lagi buku yang lagi panas berbanding Interlok. Banyak isu perkauman yang diceritakan dan kita kena faham mengapa buku atau novel seperti Interlok dan Konserto Terakhir dijadikan buku komsas dalam sekolah menengah. Setiap novel seperti Interlok dan Konserto Terakhir ada jalan ceritanya, ada nilainilainya tersendiri, dan isu-isu yang dibincangkan ada motifnya tersendiri. Dan kita akan belajar dari jalan ceritanya. Baik dan buruk kita akan tahu. Bukan untuk dipolitikkan. Jadi, bila dah jadi macam ni, kalau aku sebagai Abdullah Hussein pun akan merajuk. Kita buat ikhlas, nak bagitau perkara sebenar, tapi dipolitikkan. Apa kes?? Itulah hakikat sebenar yang berlaku pada masyarakat kita ketika, sebelum, semasa dan selepas merdeka. Yang nak malu, kenapa? Itu sejarah. Kita belajar dari sejarah untuk jadi insan yang lebih baik. Takkan sampai hari ini masih tak boleh bezakan? Yang mana baik dan yang mana tak baik? 4. Isu cikgu masuk mahkamah sana sini. Ada cikgu yang merogol, ada ustaz yang buat kerja tak senonoh, ada cikgu kena tipu dalam skim tertentu, ada cikgu

pukul budak dan sebagainya. Semuanya berkait dengan mahkamah. Isu ini, memang panas sepanjang tahun. Tak tahu bila nak jadi sejuk balik.. 5. Isu Krisis Pelajar Malaysia di Mesir. Bila Pak Muhyiddin tersalah cakap, memang macam-macam yang marah dan mengamuk dan tulis macam-macam kat blog mereka. Itulah, bila kita dah terlajak kata, susah nak tarik balik, terlajak kereta atau perahu, boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Bila kata sampai tak ada keperluan nak ambil pelajar Malaysia balik itu memang buat orang kita marah. Takkan nak tunggu sampai ada yang dah dikafankan baru nak ambil tindakan? Dan akhirnya Pak Najib dah ambil tindakan. Mungkin selepas berbincang dengan Pak Muhyiddin dan rakan-rakan serta pertubuhan yang lain, mereka sepakat untuk ambil pelajar Malaysia yang masih berada dalam ketakutan di Mesir. Jadi, isu pendidikan ni tengah panas sekarang. Ada banyak lagi isu yang lain. Tapi aku ketengahkan 5 isu ini aje sebab tengah famous buat waktu ini. Aku yakin menteri pendidikan kita tengah sakit kepala nak jawab isu-isu ni. Nampak jugalah dia macam bermasalah sekarang dan sampai satu tahap, Pak Najib kena masuk campur. Isu ni terlalu panjang, panas dan luah untuk dibincangkan. Aku harap yang baik-baik berlaku kerana kita semua rakyat Malaysia. Lebih baik kita duduk berbincang dan fikir apa yang baik untuk negara kita daripada bercakaran sesama sendiri. Itu lebih baik. Pasti.

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?sec=Isu_Semasa&in=arc

Anda mungkin juga menyukai