Anda di halaman 1dari 3

Nasihat (Pantun Dua Kerat) (Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari)

Maksud
Rangkap 1 Seseorang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata. Rangkap 2 Orang yang perasa akan mudah terusik perasaannya oleh sesuatu perkara. Rangkap 3 Orang yang tidak insaf akan dirinya akan mendapat balasan akibat perbuatannya. Rangkap 4 Jika kita terlalu mendengar cakap orang kita juga yang akan menerima musibah. Rangkap 5 Sekiranya kita hendak selamat kita perlu sentiasa ingat akan nasihat orang. Rangkap 6 Sudah menjadi lumrah hidup manusia sesuatu perkara yang besar bermula daripada perkara yang kecil.

Tema
Nasihat kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat mengharungi segala cabaran dalam kehidupan.

Persoalan 1. Persoalan suka mendengar cakap orang tanpa memikirkan akibatnya. 2. Persoalan perasaan yang mudah tersentuh. 3. Persoalan melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.

Bentuk 1. Pantun ini terdiri daripada enam rangkap. 2. Pantun ini berbentuk pantun dua kerat yang terdiri daripada sebaris pembayang
dan sebaris maksud.

3. Pantun ini mengandungi lapan hingga dua belas perkataan dalam setiap rangkap. 4. Pantun ini mengandungi tujuh hingga tiga belas suku kata dalam setiap baris. 5. Rima akhir rangkap pertama hingga rangkap kelima aa dan rima akhir rangkap
keenam ab.

Gaya Bahasa
Anafora Jika ada padi berhampalah, Jika ada hati berasalah. Singkope Sakit pandan tak tahukan duri, Sakit badan tak tahukan diri. Aliterasi Dengar cakap enggang makan buah belolok, Pengulangan bunyi konsonan n Asonansi Jika ada padi berhampalah, Pengulangan bunyi vokal a Kata ganda Tanda bersatu bergotong-royong

Nilai 1. Nilai rasional


Sesuatu tindakan yang hendak dilakukan hendaklah difikirkan terlebih dahulu dengan sewajarnya.

2. Nilai keinsafan
Setiap orang perlulah sedar dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang telah dilakukan.

3. Nilai merendah diri 2

Tidak menyombong diri terhadap seseorang atau sesiapa saja.

Pengajaran 1. Kita hendaklah merendah diri kalau kita tidak tahu akan sesuatu perkara. 2. Kita perlulah menjaga tutur kata supaya tidak menyakitkan hati orang lain. 3. Kita perlulah tidak terlalu mendengar atau percaya kepada kata-kata orang. 4. Kita perlulah beringat sebelum mendapat kesusahan.

Latihan

1. Berikan maksud rangkap Gaharu cengal, giam, Tak tahu, tak kenal diam

2. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum
mendengar dan mempercayai kata-kata orang lain?

Jawapan:

1. Maksud rangkap tersebut ialah seseorang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan
lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata. 2. Pada pendapat saya, kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum mempercayai katakata orang lain adalah kerana :

a. Untuk mengelakkan salah faham. b. Supaya diri kita tidak terjebak dalam masalah. c. Supaya kita tidak mudah tertipu.

Anda mungkin juga menyukai