Anda di halaman 1dari 6

HEXA PRO EDUCATION GROUP SDN. BHD. (INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL PUTRA) NO.

441 JALAN KENANGA 29/11, INDAHPURA, 81000 KULAI JAYA, JOHOR DARUL TAKZIM.

KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME TAHAP / LEVEL NO DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO AND TITLE NO DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO AND STATEMENT NO. DAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN / LANGKAH / NO. AND LEARNING EXPERIENCE/ STEPS E-011-1 JURUTEKNIK RENDAH ELEKTRONIK INDUSTRI TAHAP 1 M02 TEST ON MEASURING INSTRUMENT 02.01 OPERATE ANALOGUE / DIGITAL MULTIMETER 02.02 OPERATE SIGNAL / FUNCTION GENERATOR 02.03 OPERATE OSCILLOSCOPE 02.04 OPERATE TACHO GENERATOR LE1 OPERATE ANALOGUE / DIGITAL MULTIMETER LE2 OPERATE SIGNAL / FUNCTION GENERATOR LE3 OPERATE OSCILLOSCOPE LE4 OPERATE TACHO GENERATOR

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVE

PERFORM MEASUREMENT & TESTING EQUIPMENT USING CHECKLIST, STANDARD OPERATING PROCEDURE ( SOP ), OPERATION MANUAL, CALIBRATION SET / REFERENCE UNIT, ANALOGUE MULTIMETER, DIGITAL MULTIMETER, FREQUENCY COUNTER, FUNCTIONAL GENERATOR, TEST KIT, TACHOMETER, TOOL & SPANNER, MEASURING METERS, SAFETY EQUIPMENT, AND SERVICE MANUAL. SO THAT, ANALOGUE AND DIGITAL MULTIMETER OPERATED, SIGNAL / FUNCTION GENERATOR OPERATED, OSCILLOSCOPE OPERATED AND TACHO GENERATOR OPERATED IN ACCORDANCE WITH STANDARD EQUIPMENT. E-011-1/M02/KP(1/4) Muka : 1 Drp 6

NO. KOD / CODE NO

TAJUK : PENGENALAN KEPADA MULTIMETER TUJUAN : Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk nyatakan jenis dan perbezaan multimeter,nyatakan fungsi dan kegunaan multimeter,terangkan bahagian-bahagian utama multimeter dan nyatakan ruang penggunaan pada multimeter.

NO. KOD / CODE NO

E-011-1/M02/KP(1/4)

Muka : 2 drp 6

PENERANGAN : Meter pelbagai atau multimeter adalah satu alat yang amat berguna dalam kerja-kerja elektrik dan elektronik seperti mengukur bacaan voltan arus terus (AT), voltan arus ulangalik (AU), mengukur nilai rintangan dan juga mengukur arus di dalam sesuatu litar. Ia juga digunakan untuk tujuan pengukuran dan pengujian sesuatu alat atau komponen. Di samping itu ia dapat menentukan sama ada komponen itu berada dalam keadaan baik atau tidak sebelum digunakan. Malahan, multimeter juga dapat mengesan kerosakan di dalam litar.Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu: i.

ii.

Jenis analog Jenis digital

1. Jenis Analog
Multimeter analog kerap digunakan dalam pembelajaran tetapi bacaan yang diperolehi kurang tepat kerana ia bergantung kepada kemahiran seseorang itu mengendalikannya. Kemahiran dalam menentukan bacaan dan julat pemilih akan mempengaruhi bacaan yang diperolehi. Rajah 1 menunjukkan contoh multimeter analog.

Rajah 1 : Multimeter Analog 2. Jenis Digital Multimeter digital ini amat sesuai digunakan untuk memperolehi bacaan yang tepat kerana ia memaparkan bacaan pengukuran dalam bentuk digital yang dipamerkan pada skrin. Bacaan yang diperolehi adalah lebih setepat bacaan sebenar. Walaubagaimana pun penggunaan multimeter jenis ini amat jarang digunakan kerana harga yang lebih mahal. Rajah 2 menunjukkan contoh multimeter digital.

Rajah 2 : Multimeter Digital

NO. KOD / CODE NO

E-011-1/M02/KP(1/4)

Muka : 3 drp 6

3. Bahagian-Bahagian Utama Multimeter

Skala bacaan Pelarasan(-) Julat pemilih Ohm Terminalpenunjuk 0 sifar Jarum (+) ( common ) Out )

Rajah 3 : Multimeter Analog

Transistor (+) Terminal Tester Julat pemilih Paparan (-) Terminal ( common ) ( Out )

Rajah 4 : Multimeter Digital

NO. KOD / CODE NO


3.1 Skala bacaan

E-011-1/M02/KP(1/4)

Muka : 4 drp 6

Menunjukkan skala bacaan yang diperolehi daripada pengukuran yang diukur samada bacaan voltan arus terus, voltan ulang alik, arus elektrik dan juga nilai rintangan. Setiap bacaan yang hendak dibaca haruslah pada skala yang tepat mengikut ukuran pada julat pemilih. Rajah 5 menunjukkan skala bacaan yang terdapat pada multimeter analog. Setiap barisan bacaan adalah berbeza untuk setiap bacaan pengukuran.

Bacaan nilai Jarum penunjuk Nilai bacaan ACV Ohm ( DCV,A )

Rajah 5 : Skala bacaan 3.2 Julat pemilih Julat pemilih adalah satu tombol dimana tempat untuk memilih unit sukatan yang dikehendaki

Voltan arus terus (DCV)

Voltan ulang Alik (ACV)

Voltan arus terus (DCV)

Voltan ulang Alik (ACV) Arus terus (DCA)

Arus terus (DCmA)

Ohm ( )

Ohm ( )

Rajah 7 : Julat pemilih multimeter digital

Rajah 6 : Julat pemilih multimeter analog 3.3 Terminal keluaran Pada sesebuah multimeter mempunyai 2 keluaran iaitu terminal positif dan terminal negatif dimana ianya akan disambung pada litar atau kaki komponen yang akan disukat. Ia adalah sebagai punca untuk menyukat sesuatu kuantiti atau nilai. 3.4 Pelarasan 0 ohm

Merupakan satu tombol yang membolehkan pelarasan dibuat untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan kedudukan jarum penunjuk berada tepat pada kedudukan 0 sebelum membuat sesuatu pengukuran. Kedudukan 0 yang dimaksudkan adalah 0 pada bahagian sebelah kanan skala bacaan . Pelarasan 0 ohm mesti dilakukan setiap kali julat pemilih menukar unit sukatan ohm pada julat pemilih.

NO. KOD / CODE NO

E-011-1/M02/KP(1/4)

Muka : 5 drp 6

3.5 Pelarasan sifar Ianya untuk memastikan kedudukan berada betul-betul pada kedudukan 0 iaitu pada keadaan asal untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Kedudukan 0 ini bermaksud pada bahagian sebelah kiri skala bacaan. 4. Cara Mengukur Pada Multimeter Multimeter mempunyai pelbagai fungsi yang tersendiri untuk mengukur dan membuat pengujian terhadap komponen ataupun peralatan. Diantaranya adalah :ii. iii. iv. i. menyukat nilai rintangan () menyukat voltan arus terus (DCV) menyukat voltan arus ulangalik (ACV) menyukat arus terus (DCmA) 4.1 Menyukat rintangan () Bacaan bahagian atas sekali pada skala bacaan digunakan untuk menyukat nilai rintangan dalam ohm. Untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan pelarasan yang sesuai adalah penting. Julat ini ditandakan pada julat 0 hingga infiniti (). Setiap kali pengukuran hendak dibuat, pelarasan sifar perlu dilakukan untuk memastikan kedudukan jarum penunjuk berada tepat pada bacaan sifar. Setkan julat pemilih pada kedudukan julat yang paling tinggi dan tentukan nilainya. Jika bacaan yang ditunjukkan besar, setkan juga julat pemilih pada julat yang sesuai iaitu pada nilai yang lebih besar. Pelarasan sifar perlu sentiasa dilakukan bagi mendapatkan bacaan yang tepat. Bacaan yang diambil adalah dari kanan ke kiri skala bacaan. 4.2 Menyukat voltan arus terus Garisan skala yang kedua untuk menyukat voltan DC iaitu yang ditandakan dengan DVC. Skala ini ditandakan dengan beberapa angka iaitu 0.1, 0.25, 2.5, 10, 50, 250, 1000. Julat ini diplotkan bagi membuat pengukuran untuk julat yang disetkan pada julat pemilih. Setkan julat pemilih pada kedudukan DCV iaitu pada julat yang paling tinggi untuk mengelakkan bacaan yang diperolehi melebihi skala yang telah ditetapkan. Sekiranya bacaan yang diperolehi kecil dan tidak dapat dibaca dengan tepat, laraskan julat pemilih kepada julat yang kecil sedikit.bacaan yang diambil adalah dari kiri kana pada skala bacaan. 4.3 Menyukat voltan arus ulangalik Garisan skala yang ketiga digunakan untuk menyukat voltan AC yang ditandakan dengan ACV. Skala ini juga ditandakan dengan beberapa angka iaitu 0.1, 0.25, 2.5, 10, 50, 250, 1000. Setkan julat pemilih pada keadaan kedudukan ACV dan setkan julat ke nilai yang paling tinggi. Ia adalah untuk memastikan multimeter tidak rosak akibat voltan lampau. Jika bacaan yang diperolehi kecil dan tidak dapat dibaca, laraskan julat pemilih pada julat yang sesuai. Bacaan yang diambil adalah dari kiri ke kanan skala bacaan. 4.4 Menyukat arus terus Garisan skala yang kedua digunakan untuk menyukat arus terus (DCmA). Bacaan yang diambil adalah sama dengan skala voltan arus terus (DCV) dan menggunakan julat 10, 50 dan 250. Semasa membuat pengukuran arus litar perlu dipisahkan dari punca bekalan bagi membolehkan bacaan diperoleh adalah tepat. Setkan julat pemilih pada kedudukan DCmA iaitu pada nilai yang paling tinggi. Putuskan litar dari punca bekalan dan ambil bacaan yang telah ditunjukkan pada skala penunjuk. Jika nilai yang diperolehi kecil, laraskan julat pemilih pada julat

yang sesuai untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Bacaan yang diambil adalah kiri ke kanan skala bacaan.

NO. KOD / CODE NO


SOALAN : 1.

E-011-1/M02/KP(1/4)

Muka : 6 drp 6

Terangkan funsgi atau kegunaan multimeter? ........................................................................................................................................................ ........................................................................................................................................................ ........................................................................................................................................................ ........................................................................................................................................................ ............................................................ Nyatakan bahagian-bahagian utama yang terdapat dalam sesebuah multimeter? ........................................................................................................................................................ ........................................................................................................................................................ ........................................................................................................................................................ ........................................................................................................................................................ ............................................................ Nyatakan empat ruang pengukuran yang terdapat dalam sesebuah multimeter? ........................................................................................................................................................ ........................................................................................................................................................ ........................................................................................................................................................ ........................................................................................................................................................ ............................................................

2.

3.

RUJUKAN :

1. Frank D. Petruzella, Industrial Electronics, ISBN: 0-02-801996-2 (1996), ms 120-123


2. http://www.scribd.com/doc/40695752/Multi-Meter, 3/12/2011