Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Kuliah Kelompok dari : Pn Rosliza bt Aziz (Pensyarah Ilmu Pendidikan IPG Kampus Dato Razali Ismail)
FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING Satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu melalui usahanya sendiri untuk mengembangkan kemampuan supaya memperolehi kesejahteraan dalam hidup serta berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat. KONSEP ASAS BIMBINGAN MC Daniel dan Shaftel 1957 .Bimbingan adalah satu pola perkhidmatan yang merangkumi orientasi, maklumat pendidikan dan kerjaya, inventori, individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan. KONSEP ASAS KAUNSELING Boy and Pine (1968) mendefinasikan kaunseling sebagai satu perhubungan bersemuka dimana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Ada ciri seperti komunikasi efektif, saling hormat menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor & penumpuan diberikan atas keperluan-keperluan masalah-masalah serta perasaan-perasaan klien. Pepinsky and Pepinsky (1954) berpendapat kaunseling adalah satu proses interaksi yang terjadi di antara dua orang yang dipanggil sebagai kaunselor dan klien, dilaksanakan di satu setting yang profesional, dan melalui pula hubungan dimudahcara bagi mengujudkan perubahan-perubahan tinkahlaku klien. KONSEP ASAS PSIKOTERAPI
1) Penekanan kepada pemulihan penyakit mental yang serius. 2) Menyelesaikan masalah perubahan reconstruktive dalam individu disamping pertumbuhan. 3) Psikoterapi mengambil masa yang panjang. (outpatient & inpatient)
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 7:40 PM
http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/bimbingan-dan-kaunseling.html
1.
2. 3 4 5. 6.
MATLAMAT BIMBINGAN Bimbingan menolong pelajar-pelajar mempelajari, memahami pengalaman. Nilai, sikap dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyakat majmukMalaysia. Bimbingan adalah melayan keperluan-keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Bimbingan menolong pelajar-pelajar memilih dan merancang hidup mereka dengan berkesan. Menolong mereka menyedari kekuatan dan kelemahan mereka dan memberi fokus kepada pengukuhan kekuatan-kekuatan yang ada. Bimbingan menjadikan pelajar-pelajar lebih tegas diri, dapat menyesuaikan diri dalam situasi alam sekitar. Bimbingan (data lost)
George dan Christiani 1981 menyatakan matlamat bimbingan ialah : MATLAMAT BIMBINGAN 1. Menolong perubahan perlakuan. 2. Menambah kemahiran klien untuk mengendalikan kehidupannya sendiri. 3. Menambah kemahiran membuat keputusan. 4. Membaiki hubungan dengan masyarakat. 5. Membantu perkembangan bakat klien
http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/matlamat-dalam-bimbingan.html
seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Definisi Bimbingan Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya. Prinsip-prinsip bimbingan Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka. fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah. murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela. guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat. perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan. Pendekatan Bimbingan Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K) Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling. Guru ini tidak digelar kaunselor MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan. Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan. Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling kelompok.
Perkhidmatan lebih bersifat terbuka . Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin. Perkhidmatan bersifat pelbagai modality
http://kaunseling.wordpress.com/2008/08/27/definisi-bimbingan-dan-kaunseling/